nuffnang

Friday, April 22, 2011

koin ya no gotoshi!!!

Salam semua ^^

hari ni bermulalah study leave sebelum final exam..aduhai sekejap betul masa berlalu seperti mana tajuk entry ni KOIN YA NO GOTOSHI!!!

bukak blog abang aku dia ada tulis pasal dia balik kampung hari tu kat Terengganu ,sepupuku yang baru lahir dan juga yang telah 5 bulan terlantar di hospital kuala terengganu..kalau nak tahu sila baca entry ni


tembamkan budak ni..rasa macam nak cubit-cubit je pipinya..comell sangat...

teringat perbualan jaa dengan ma beberapa hari lepas :-

jaa: salam ma, baby baru  tehna dah ada nama belum??
ma: tak lagi..lama jugak tunggu kat labour room semalam..baby besar sikit..
jaa: hehehe..yeke,berapa kilo..3kilo lebih(mak cakap tp lupaa)
ma: boleh tahan la besarnya..macam adik ila(adik bongsu jaa) time kecik dulu..bulat..hehe
jaa: haaa..yeke,okey ^^

ingatkan besar macam mana, rupanya memang besar..alalala,tembamnya pipi diaaaa...nasib baik abg jaa balik ambik pic ni, boleh tengok..hihihi..ni anak pasangan yang jaa edit video hari ti..nak tengok sila kelik dengan sopannya dekat entry ni.. tapi bila tengok pic badan xdelah besar mana pun, pipi je tembam lebih..hehehe..

ni pulak Aqil Zakwan yang sekian lama terlantar di hospital...masa jaa daftar sem 4 ni dia dah kat hospital sampai sekarang dah habis satu sem masih lagi kat sana..huhuhhu...sedih pulak...bulan satu lagi (baca sini)


gambar terbaru adik aqil...ala,sekarang dah setahun lebih..huhuhu..separuh masa adik dihabiskan kat hospital,membesar di hospital..sambut bday first pun kat spital..moga cepat sembuh ye dik...kesian maksu dah lama dok spital..huhuhu...jom doakan adik Aqil cepat sembuh okeh!


omakaih..banyak pulak jaa tulis kan...grrr!!ok hupdate lelaju sebab banyak koje nak kene siapkan nih!!kataa study leave kena study lah!bukan ngadap belog atau facebook!!adeih!!cuma nak bagitau yang masa tu berlalu begitu pantas kan...alamak,dah habis sehari ari ni..cuba fikir balik..ape yang telah aku buat hari ni??berapa set soklan dah siap..halamak!baru tiga set!adeih..tu tak masuk lagi dengan cek jawapan...

akanku cuba sedaya upaya mengikut jadual belajar yang telah ditetapkan...bukan jadual belajar sangat, tapi jadual menjawab soalan dan jugak ulangkaji..alamak!!reaction of benzene, transition element,mechanism semua belum lagi ingaty semua..tak masuk lagi bab integration math yang selalu asyik lupaa je pastu bio pulak pasal parts of brain,ubat-ubatan dan speciation..halamak!!banyak aih!!!cuak pulak nih!!

nak cakap pulak pasal masa ni..rasanya banyak berkaitan dengan no dua...hujung bulan nih dahku akan masuk umur 20 tahun...waaaa,muda lagi seh!!bermakna dah dua dekad jaa hidup atas muka bumi ini..terima kasih Ya-Allah, aku masih diberi peluang bernafas di bumi pinjamanmu ini..

ada dua perasaan di situ , terasa muda bila berada dengan kawan-kawan yang sudah keja sudah berumahtangga...yeehaa!bolehla join group perbincangan orang tua pasnih!!ekekeke..tak terasa jakun lagi bila berbicara hal-hal orang dewasa..ngeee ;p namun begitu terasa tua bila berada dalam kalangan budak-budak..takleh dah main papan gelongsor sambil makan lolipop lagii..huhuhu.. dah masuk umur dewasa dah...

nak tahu tak tadi dahku menggodek blog yuyu zulaikha sambil baca post dia yang lama-lama..sampai ke 2010 pegi baca taw tak!!masa tu dia tek pemes macam sekarang lagi,satu post satu dua komen je,ataupun xda langsung komen..sekarang kemain lagii ye..dua minit post dah 20komen..huh,mantop yep!!apapun penulisannya tetap sama macam dulu tapi mungkin gayanya lain sikit..kalau korang nak taw pegilah baca sendiri..hehe...

satu lagi sila undi gua di contest blog tercantik anjuran woot-woot okeh!sila tick no 1 dan vote!!tapi kalau rasa belog ini tak berapa nak cantik nak buat camana..hukhuk...


okeyh,nak sambung study..bubye korang!!^^
Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...