nuffnang

    Sunday, January 22, 2012

    Masjid Cheng Ho, Surabaya

    Assalamualaikum....


    hari ni nak share tentang masjid Cheng Ho, salah satu masjid yang kami singgah semasa jaulah ke Surabaya yang lepas... bagi yang belum baca boleh baca kisah jaulah kami part 1 dan part 2 dulu  :D

    nama Cheng Ho ni macam familiar ngan kita kan...kita ada belajar sejarah tentang laksamana Cheng Ho ni, tapi adakah masjid ini sempena nama beliau??atau orang lain..kenapa guna nama Cheng Ho?? jom tanya pak cik google'..

    nama masjid ini adalah penghormatan kepada Cheng Ho, seorang laksamana berasal dari cina yang beragama islam. Dalam perjalanannya di kawasan Asia Tenggara, Cheng Ho bukan hanya berdagang dan menjalin persahabatan, juga menyebarkan agama Islam. masjid ini juga dikenali sebagai masjid Muhammad Cheng Ho Surabaya dan didominasi oleh warna merah,hijau dan kuning. Pintu masuknya menyerupai bentuk pagoda, terdapat juga relief naga dan patung singa dari lilin dengan lafaz Allah dalam huruf Arab di puncak pagoda.


    menarik kan??ok tengok jap rupa masjid ni...





    The sisters...Allhamdulillah i'm now a part of them...nikmat terbesar ni :D



    saya rasa gambar nik cantiiik sangat, kami semua saling bergandingan bahu memandang ke arah masjid dan masjid tu ada tulisan Allah yang besar..combination warna masjid ni pun cantik, sesuai dengan indahnya Islam..



     bahagian dalam







    Kalau ada peluang dan masa ke Surabaya jangan lupa singgah masjid ni yee..heehe...oklah saya sebenarnya agak sibuk sebab ni blok yang terakhir bagi semester 1..lepas ni nak balik Malaysia!!yeaay!!!!2 minggu lagi..


    sebenarnya saya ada hutang janji nak update pasal PERMAI, tapi maaf sangat sebab memang sibuk dan saya perlu cari masa untuk buat entry tu..entry singkat dan bergambar ini saja setakat ni yang mampu..heehe, nak utarakan hujah dan pendapat perlukan masa, kena fikir ayat sesuai, hujah mantap dan meyakinkan..heehe..




    ok till then :D


    P/S: nice flasmob!!! check it out



    4 comments:

    Unknown said...

    huhu..bestnyer mata meandang..huhu..lawa

    sjaa64 said...

    @apik pehe- ha'ah..lawa kan masjid ni :)

    Nizam said...

    cantik masjid ni...ia memang jadi tempat solat atau sekadar tempat pelancongan?

    afqh said...

    cantik
    tak sangka masjid cheng ho ni kat indon
    ingat kat china
    t.kasih berkongsi
    bertuahnya dapat pergi sana

    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...