nuffnang

Friday, November 4, 2011

kalau stress apa kata baca surat cinta :)

Assalamualaikum....



memandangkan ramai tengah stress dengan nak exam laginya, saya rasa benda tu tak elok untuk kesihatan..ayuhh, kita jangan dok pening-pening sangat fikir sal semua benda tu, insyallah kita akan diberi kemudahan oleh Allah untuk menyiapkannya.. (^_^) maksud saya janganlah sampai tak nak beraya disebabkan banyak kerja lagi tak siap...kita memang kena fikirkan semua tu, tapi janganlah terlebih-lebih sampai tak boleh nak tunaikan tanggungjawab, kerja-kerja kita yang lain kan...




saya rasa lebih baik kita tenangkan diri dengan mengingati Allah, baca surat cinta yang Allah telah titipkan, serius lepas tu kita akan rasa tenang dan dapat buat kerja dengan baik..saya pernah cuba dan saya tak cakap kalau saya tak pernah rasa...saya pernah macam tu, saya sedihh sangat, saya tension saya rasa nak nangis...tapi tak tahu camna nak luahkan pada orang lain, yes back to the basic..kembali kepada pencipta kita, sesungguhnya Allah itu maha mengetahui apa sahaja yang kita alami...insyallah jika kita kembali kepada-Nya kita akan mendapat sedikit ketenangan xD



kita mesti pernah terfikir kan, mengapa aku diuji sebegini rupa??mengapa aku??

 Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan:

Kami telah beriman(I am full of faith to Allah), sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3-


jom baca dan fahami ! 




lepas tu kita mungkin juga pernah mempersoalkan, kenapa sampai sekarang aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan??sudah penat mencuba namun masih gagal... (T_T)

Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal dia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.

-Surah Al-Baqarah ayat 216-



kenapa aku dapat ujian yang seberat ini???

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

-Surah Al-Baqarah ayat 286-



nampak kan kat sini, semua perkara yang menjadi persoalan kepada kita telah tertulis terang di dalam AL-Quran, tak payahlah kita nak cari pelindung lain selain yang maha pengasih dan penyayang Allah S.W.T dan tak payahlah nak cari rujukan lain selain kitab suci Al-Quran..




janganlah sedih, nak call boyfriend jap, suruh dia nyanyikan lagu-lagu cinta...baru rasa tenang hati pasni bolehla fokus buat kerja...betul ke??mungkin masa bf kita nyanyi tu kita rasa...alalala sweetnyer pakwe aku nih, takde dah orang lain yang boleh ganti dia, dialah jejaka paling sweet kat dunia..awww!! saya pernah bercinta, dan saya pernah melalui semua ni dulu-dulu...tapi semua tu sampai bila??adakah dia bagi kita ketenangan sampai bila-bila??




sekejap je rasa happy, sebabnya semua tu hanyalah hati kita yang menyatakan yang kita tengah gembira..hakikatnya???yang paling senang adalah keluar jalan-jalan jap, ambil angin tengok betapa indahnya alam ciptaan Allah, tengok bukit, gunung dan pokok-pokok menghijau...





tapi yang paling penting kita mesti nak cari sesuatu yang boleh sejukkan hati kan, itulah saya cakap....baca surat cinta dan fahami apa maknanya, insyallah kita akan dapat sesuatu...saya pun masih baru nak kenal apa isi kandungan sebenar surat cinta ni, mungkin dari kecik lagi dah baca...tapi baca bahasa Arab jelah, tak tahu apa maknanya...tapi bila kita dah kenal dan fahami, insyallah kita akan lebih mencintai Allah...orang kata, "tak kenal maka tak cinta kan" kalau kita belum cuba mengenali Allah, kita mungkin susah nak mencintai-Nya...




insyallah, sama-samalah kita mencuba..saya dulu-dulu ada juga share pasal macamana nak hilangkan stres kan, kalau ikut sains dopamine level will affect our emotion, in simple words "we are stress because we have high level of dopamine" apa tu??ohh, mungkin budak sains je taw...okey, nak terang kat sini pun panjang kena masuk kelas lain pula..heehe...tak pun nak hilangkan stress makan coklat, bersiar-siar, bercakap dengan seseorang, meluahkan perasaan...




memang betul dan saya setujuu dengan semua tu, sebab saya pun pernah menulis pasal tu pada entry yang dulu-dulu...tapi saya sedar, untuk mendapat ketenangan yang betul-betul adalah dengan refleksi diri, cuba ubah diri mana yang tak betul dan paling penting baca surat cinta Allah..dalam tu dah ada tercatat semua persoalan yang bermain dalam fikiran kita, itu hanyalah contoh-contoh..banyak lagi benda lain dan semuanya ada ditulis dalam surat cinta itu sama ada tersurat atau tersirat (^_^)



Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...