nuffnang

    Sunday, March 11, 2012

    Manusia perlu dibentuk menjadi manusia bukan dipaksa menjadi robot

    Assalamualaikum....


    Siapakah kita??pernahkah anda bertanya kepada diri sendiri dan berfikir tentang perkara ini, anda dan kita semua adalah seorang manusia yang dilahirkan dari rahim seorang ibu dan asal usul kita hanyalah daripada gabungan sperma ayah dan ovum ibu yang akhirnya dikandung oleh ibu selama 9 bulan...secara lumrahnya kita semua sama, langsung tidak ada perbezaan walau sedikitpun..




    namun apakah yang membezakan kita semua?? ada yang pandai dan kurang, ada yang kaya, hidup sederhana dan ada juga yang hidup merempat jadi gelandangan dan tiada langsung tempat berteduh....ada yang penuh ilmu agama dan berkeperibadian yang begitu baik bersopan santun namun ada juga yang jadi penjahat, perompak dan sebagainya....lalu persoalan ini diutarakan lagi, mengapakah terjadinya kejadian seperti ini???mengapa ada juga perbezaan antara kita walhal kita semua manusia???




    ayuh kita kembali berfikir lagi, seorang bayi itu boleh diibaratkan seperti kain yang putih...jadi menjadi tanggungjawab ibu bapa dan penjaga bayi tersebut bagaimana untuk mencorakkan anak mereka...memang tidak dinafikan faktor genetik merupakan faktor penyumbang terbesar kepada setiap anak terutama ciri-ciri fizikal mereka sama ada berambut hitam, perang, kulit kuning langsat, hitam manis dan sebagainya...namun semua itu hanyalah ciri-ciri fizikal,sifat dan keperibadian seseorang anak itu tersangat bergantung kepada bagaimana ia dibesarkan...seorang anak kembar seiras yang dilahirkan dari keluarga sama tetapi dibesarkan oleh keleuarga, kawasan, agama dan budaya yang berbeza sudah pasti akan membersar menjadi dua orang insan yang benar-benar berbeza...








    kalau seorang dibesarkan di tanah melayu dan seorang lagi di eropah mereka sudah pasti akan berbeza sama sekali..seorang bercakap melayu dan beragama islam dan seorang cakap Inggeris dan agama kristian...jadi jelaslah bahawa cara kita dibesarkan itu sememangnya sangat mempengaruhi siapa diri kita yang sebenarnya...secara lumrahnya manusia itu boleh dibentuk, seandainya dari kecil ibu bapa sudah mengajar anak-anak supaya mengaji, menutup aurat, beri didikan agama sepenuhnya sehinggalah anak tersebut boleh berdikari dan mempunyai jati diri dan tidak akan tergugat dengan apa-apa godaan sekalipun...tahu tak kenapa??mereka bukan tidak mahu mencuba, tidak mahu merasa tetapi mereka sudah tahu apakah sebab dan akibat yang akan berlaku seandainya mereka tetap melakukannya...




    secara analoginya, cuba kita perhatikan berapa ramai pelajar di luar sana yang suka ponteng sekolah??tidak siapkan kerja rumah, tidak mengulang kaji pelajaran dan sebagainya...mengapa perkara ini berlaku??adakah mereka memang betul-betul malas atau sengaja tidak mahu melakukan semua itu...atau adakah mereka hanya pergi sekolah semata-mata ayah dan ibu mereka yang suruh dan menjadikan sekolah sebaqgai tempat bertemu kawan-kawan bukannya tempat untuk belajar...mungkin mereka mahukan keseronokan dan merasa bangga apabila dimarahi guru, terasa seperti hero apabila tidak menyiapkan kerja sekolah yang telah diberi serta langsung tidak mempunyai cita-cita dan impian tentang masa depan mereka...




    namun bagaimana pula dengan pelajar yang begitu rajin pergi sekolah, buat semua kerja yang diberi...kemudian pulang pergi ke tempat tuisyen dan menghadiri semua aktiviti yang telah ditetapkan oleh ibu bapa mereka...apa yang lagi tidak menghairankan adalah ada pelajar yang begitu bersungguh-sungguh belajar, membeli buku-buku rujukan, rajin bertanya guru sekiranya tidak faham dan buku-buku latihan penuh dibuat...sering pula mendapat markah dalam tinggi dan tidak putus-putus berdoa untuk mendapat kejayaan..mengapa terdapat perbezaan yang begitu ketara antara dua pelajar ini??pernahkah anda berfikir??




    saya memberi analogi tersebut supaya kita lebih jelas tentang apa yang saya ingin katakan...seseorang yang hanya buat sesuatu benda tanpa mengetahui mengapa mereka perlu melakukannya...mereka sebenarnya hanyalah melakukan perkara yang sia-sia ibarat menampar angin dan mengejar pelangi...sampai bila-bila pun tidak akan dapat sebaliknya hanya kita sendiri yang lelah...kalaulah kita tahu yang tanggungjawab kita sebagai pelajar, haruslah belajar bersungguh-sungguh, tidak mengkhianati kepercayaan orang tua kita kepada kita serta memikirkan masa depan yang cerah...kita pasti berasa gembira belajar, menyiapkan segala tugasan dan sebagainya kerana kita yakin yang sesuatu yang best dan menarik akan menanti kita kelak..




    begitu juga dengan perkara lain, saya bagi contoh yang paling senang dalam kehidupan kita iaitu solat, puasa dan menutup aurat...kalaulah kita hanya solat masa kecik-kecik sebab mak ayah yang suruh, memang tidak kemanalah kita...duduk diam-diam dalam bilik, lepas tu mak ayah tanya dah solat ke belum kita jawab "dahhh" senang je kan??tak susah pun...lepas tu kalau kita dah besar panjang belajar jauh-jauh di perantauan meninggalkan keluarga memang sejadah telekung entah ke manalah jawabnya...sebab apa??kita tak tahu kenapa kita kena solat, masa kecik pun mak cakap kene solat so kita buat lepas tu bila mak tak suruh tak buat..pergi sekolah agama pun tidur, ujian asyik fail je sebab bacaan solat tak hafal lepas tu praktis tak langsung, mak ayah pulak langsung tak ambil pusing...lalu jadilah kita ROBOT!





    Sama juga dengan puasa, dari kecil kita tahu yang kita tak boleh makan minum dari pagi hari sampai maghrib sampai kebuluran dah tak larat nak pergi sekolah apa semua kan, tapi kita tak pernah tahu kisah  dan hikmahnya kenapa kita kena puasa...jangankan nak cari dalam buku-buku agama, apatah lagi baca tafsir Quran kan tapi tanya orang pun kita tak nak..jadinya takde orang kita makan je...kalau ada orang tak makan, sebab segan ataupun takut kene tangkap dengan pihak jabatan agama....orang macam ni bukan sahaja memang jahil tapi lebih dari itu, sebab namanya BODOH SOMBONG!




    kemudian sejak dari kecik mak ayah kita selalu belikan baju yang cantik-cantik yang seksi dan tak cukup kain, bukan mereka takde duit nak beli baju labuh yang banyak lagi cantik tapi mereka terlebih duit sebab bila pergi kedai tengok baju yang hanya singkat tutup atas sikit bawah sikit lagi mahal dari baju yang boleh tutup seluruh tubuh..pelik jugak kan?? tapi sebab pergi sekolah memang wajib pakai tudung, baju kurung ok la kan, pakaian seragam sekolah, apa boleh buat...alaa, sekejap je sekolah balik sekolah kita boleh enjoy lagi..keluar dengan kawan-kawan pakai seksi-seksi lepak mall tengok wayang pun boleh lagi kan....jadi maknanya kita tutup aurat pakai baju labuh dan tudung sebab memang peraturan sekolah je la??sebab kalau tak pakai kene panggil dengan cikgu disiplin gitu??kalau peraturan dan hukum Allah tak takut ke?mungkin tak takut sebab balasannya bukannya dapat sekarang, kalau sekolah dah tentu-tentu kene panggil dek ustazah tak pun cikgu disiplin...maka jadilah kita ROBOT!!




    rasanya tak perlu kot saya ulas dengan lebih panjang lebar, rasanya analogi dan tiga contoh mudah yang saya buat itu dah mampu membuka minda kita....sejujurnya saya sebagai manusia biasa memang sangat tak suka bila dipaksa, bahkan bila dipaksa saya jadi makin malas nak buat....kalau buat pun sebab terpaksa, sebab peraturan seperti contoh diatas, bukan sebab suka dan rela hati nak buat benda tu..contoh lagi, masa sekolah setiap pelajar asrama wajib solat berjemaah di surau tapi sebab saya rasa benda tu terpaksa, sebab WAJIB maka saya rasa malas dan rela solat sorok-sorok belakang almari, kalau warden datang checking sanggup menyorok sebab nak lari dari hukuman dunia punya pasal...gila kan??memang gila...sebab kita tak rasa kenapa perlu solat berjemaah. kenapa???solat dalam bilik pun sama je...sah jee, serabut je nak suruh aku solat kat surau berjemaah...tapi bila kita dah faham kenapa, kita akan rasa betapa indahnya solat berjemaah bersama-sama, eratkan ukhwah dan rasa bersatu...







    Jadi apa yang sebenarnya saya nak sampaikan adalah setiap individu itu memang berbeza dan kita semuanya tidak sama...alangkah beruntungnya kita kalau kita lahir dalam keluarga yang akidah kedua ibu bapa kita mantap, pandai mendidik anak-anak sehingga menjadi seorang yang faham agama, tahu apa yang apa kita buat bukan sekadar belajar untuk ambil ujian pendidikan islam, tetapi lebih dari itu...berjaya menjadi manusia yang sebenar-benarnya manusia, mempunyai hati dan perasaan bukan sekadar robot yang menurut perintah dan hanya melakukan apa sahaja mengikut apa yang disuruh tanpa langsung faham apa yang dia sedang buat...manusia robot memang hipokrit dan hidupnya sangatlah rugi kerana menipu diri sendri...




    Janganlah kita menilai orang lain hanya sekadar melihat ciri fizikal mereka sebaliknya, selidikilah latar belakang mereka...bagaimanakah latar belakang keluarganya, kalau keluarganya sudah memberinya ilmu yang cukup mantap tapi diri dia sendiri yang hanyut lalai..itu memang salah dia sendiri tapi kalau sebaliknya bawalah mereka untuk menjadi manusia yang sebenar-benarnya manusia...bukan sekadar robot semata-mata...Jom kita sama-sama berdoa agar kita dapat jadi seorang manusia yang sebenarnya manusia, punyai hati dan perasaan serta faham apa yang kita buat serta tanggungjawab kita...Jom sama-sama kita berubah, kalau bukan hari ini...bila lagi??


    terima kasih sudi baca entry yang cukup panjang ini (^_^)


    P/S: Credit all the pictures to google :)






    No comments:

    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...