nuffnang

Saturday, November 8, 2014

jiwa kental

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah ala kulli hal.

It has been a tough week for me.
There's a lot of thing to be settled down.
And yeah! I dunno why but I had to face this.

:( :'(

Semester 7 sekarang.
Blok 29 sekarang, jadi tinggallah sisa 1 blok lagi sebelum habis, blok 30.
4 tahun sudah di Jakarta. Banyak benda yang aku lalui.
Sumpah terlalu banyak sampaikan aku tak mampu nak luahkan.

Peperangan dengan diri, dengan sahabat, dengan study dan dnt.
Yeah that's my life in Jakarta.

Belajar cara nak handle program.
Belajar cara kawal emosi.
Belajar untuk berdikari.
Belajar uruskan masa.
Belajar uruskan duit.

Memang banyak benda yang aku belajar.
Sungguh kota hamka ini ada seribu satu kenangan.
Lagi dua tahun nak balik for good.
Tak tahu nak kata cepat ke lambat.

Tapi untuk aku sendiri aku berharap semua ini akan berlalu dengan pantas.
Nak cepat2 koass, nak cepat2 balik malaysia.
Nak cepat2 berbakti dekat ma, Abah, masyarakat.

Allahu.
Tak tahulah ready ke tidak.
Tapi aku kena jugak ready.

Tetiba teringat sharing dari Kak Aisyah, founder muharikah.com.
Katanya study medic betul2, be a good doctor!
Sebab doctor itu profesi dan tak boleh pisahkan dengan DnT.
Banyak kali orang akan datang share tentang dnt.
Tapi kali ni ada kelainan, bercakap tentang dunia medik.
Yeah!! Let's struggle! Be a good Muslim doctor one fine day! ^^

Semester 7 ni kena jadi ketua pbl.
Kena jadi Ketua batch.
Satu benda yang beratla.
Aku tulis kena sebab aku tak berapa suka.
Kenapa? Wallahua'alam.
Tak perlulah diceritakan :(


Cuma sekarang ni aku kena kuatkan hati,
Cekalkan diri, kuat.

Tapi aku xnak jadi macam lembu kena tarik.
Kalau terlalu lembut kepala aku dipijak-pijak.

Kalau aku marah2, kasar emosi,
Itu lagilah teruk, xmenunjukkan qudwah hasanah.
Akhlaqul muslimah yang sepatutnya berlembut.
Aku buat salah sikit, semua nampak.
Kelompok aku dipersalahkan.
Sungguh tidak logik di situ!!!


Kalau nak ikutkan perangai aku yang dulu,
Berang naik angin marah2 boleh je.
Boleh je aku nak balas ayat sentap.
Tapi aku tak nak jadi tunjukkan akhlak buruk tu.
Orang provoke kita balas balik..hmmm..


Aku tolong buat macam2 takde orang nak appreciate.
Bukan berharap apa sangat, xnak ucap terima kasih pun takpela.
At least berikanlah kerjasama.
Itu je aku minta.
Kerjasama.


Tetiba terfikir, baru handle Kelompok kecil pun dah rasa macam ni,
Apelah agaknya rasa PM kita yang setiap hari kena macam2 tu.huhuu..


Aku ada mission.
Cuba sebaiknya kawal diri.
Diam selagi gak perlu bersuara.
Tak perlu nak balas2 emosi.

Insya Allah.
Kita ada cara nak selesaikan.
Allah pun cakap, mohonlah pertolongan dengan sabar dan solar.

Dua je kunci:
Sabar, solat.

Sabar layan karenah manusia yang bermacam ragam.
Sabar, kuat dan tak mudah melatah.

Kemudian solat,
Mohonlah pada Allah agar diberi kekuatan.
Semoga Allah tunjukkan jalan.

Insya Allah.
Pegang ke dengan apa yang Allah cakap.
Semoga semuanya baik2 saja.

Allah menguji kita sebab Dia sayangkan kita, dan nak tinggikan derajat kita.
Maka kita sepatutnya rasa beruntungkan?

Heee..that's how we think.
Tetap positive dan semangat!!!


Strong girl never give up.

Dan jiwa kental kena ada untuk jadi mujahidah.
Nak kejar cinta Allah dan syurga!

Ohyeahh.
Jom sama-samalah kita :D




Wednesday, October 1, 2014

trip ke pulau tidung


Assalamualaikum and hai...


lama dah tak menulis dan kali ni aku nak share sikit experience pergi Pulau haritu. Kira-kira 2 minggu yang lalu 11-12 september. Kemudahan dah ada, sebenarnya boleh sangat nak update blog setiap hari, tapi mungkin sebab sekarang dah banyak platform web social yang lain seperti facebook, twitter dan instragram, aku lebih banyak share dekat situ. Poor you my lovely blog..hihiii...insya Allah benda2 yang dirasakan perlu aku akan update kat blog, especially when I wanna share a long story, experiences, ideas and all..


Sebenarnya plan asal nak bawak adik2 baru 2014 untuk pergi sama2, ada kawan local sekali nak ikut, tapi apakan daya rupanya  mereka masih ada program dengan campus yang kena ikut. Lepas tu kawan local kena teman adik dia ada perjumpaan dekat campus jugak, jadinya yang tadi sepatutnya kami ada 14 orang jadi 6 orang je :(




Apa apapun trip kami diteruskan jua. Alhamdulillah ^^  i'm the project manager for this trip...haha.Aku memang dah lama berhajat nak gi Pulau ni, tapi tak pernah berkesempatan dengan kekangan masa, teman2 dan sebagainya..pernah beberapa kali plan, tapi tak jadi sebab beberapa faktor. Oh dan sebenarnya walaupun blog ni dah lama tak berupdate tapi kalau orang Google ukrida mesti jumpa blog ni..hihuu...ramai adik2 yang baca blog ni, dulu kan rajin tulis pasal Ukrida, study kat sini macamana dan sebagainya. Bukan setakat adik, ayah adik pun baca...segan ittew u'olls..hehee...tapi bestla jugak sebenarnya, at least I did something, share my experiences with them, so that they know something bout the place that they wanna further their studies. Aku pun dulu cari jugak blog beberapa seniors ukrida, buktinya I knew a few of the bloggers before masuk study sini...cuma ada sorang kakak yang still bertegur dan betul2 kena dari blog, hai Kak ana  in case u read this :)


Ok pagi2 11hb tu kami gerak dari tanjung duren pukul 5 pagi. Aku sewa Angkut, kalau ada yang tak tahu Angkut tu adalah angkutan umum, macam van singgah2 tu...lepas pick up semua anak2 dan cukup 6 orang kami gerak ke muara Angke, pelabuhan untuk naik feri ke pulau Tidung. Sampai sana dalam pkul 6 lebih, dan feri gerak dalam pukul 7 lebih. Feri ni bukan macam feri biasa, takde tempat duduk..hehe...semuanya bersila macam pelarian dah rasa, macam nak kena gi jual -_-" semua boleh duduk gaya bebas nak baring, terlentang ke, tidoq ke. Aku tak tido, tapi ambil peluang duduk kat luar, sambil ambik angin dan tengok ombak



ألم تر أن الفلك تجري في البحر بنعمة الله ليريكم من ءاياته إن في ذلك لآيات لكل صبار شكور
ertinya:
Tidakkah kamu memperhatikan bahwa sesungguhnya kapal itu berlayar di laut dengan nikmat Allah, supaya diperlihatkan Nya kepadamu sebagian dari tanda-tanda (kekuasaan) Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi semua orang yang sangat sabar lagi banyak bersyukur. (Q.S. Luqman: 31)



Sampai je kat sana, kaki dibawa ke homestay. Sampai kira2 pukul 10 lebih camtu. Sampai je dengan penat dan lapar, kami dihidangkan dengan makanan tengahari yang enak dan welcome drink jus mangga.  My all time favourite!!heee...sementara tunggu zohor dan nak pergi sorkelling dan bermain2 kami berehat dulu, ambil angin dan main2 kat tepi pantai to. Punyalah beli simkad baru tri untuk main internet tapi xde line pun. Sangat slows...patutlah Bapak to cakap website tak boleh nak update sebab internet loading..hahaa...aku pertikaikan sebab harga dekat website lain, itu yang dia cakap website tak boleh update...apa apa ajala.




Lepas solat zohor kami ready nak snorkellimg. Yeayy!! Dah la semua org first time. Kehkeh...kami diberi basikal satu sorang sepanjang kat pulau tu dan kami ke kawasan snorkelling tu untuk naik bot dengan basikal. Tapi kat sini semua tempat nak kena bayar parkir..biasalah tempat wisata kan...kami snorkelling dengan jayanya, melihat ikan dan karang, trapi sayang ikan tak berapa banyak pun...hohoo...



 me underwater...hohooo :)

Lepas snorkeling kami main banana boat, diorang tanya nak jatuh tak? Dan aku cakap jatuh sekali...banyak dah kes banana boat ni pernah ada kakak senior yang patah tangan gara2 banana boat ni. Scary you! Dia biasa biasa je cumanya dia jatuhkan kita secara tiba tiba tanpa  kita sedar. lepas tu kami main donut boat...ok donut boat sumpah best, super duper excitingg!! kemudian kami terjun jambatan cinta. aku terjun 2 kali, angela dengan vais sekali dan mereka bertiga yang lain xnak terjun...


  us. after snorkelling, playing water sport and jumping from jambatan cinta...


lepas tu kami balik ke homestay sekejap sebelum pergi ke pantai dan tengok sunset.

 homestay colle adventure. betul2 tepi laut.
 wakaf kat depan homestay.


kami dan speda.
pondok atas pokok dekat pantai. teringat zaman kecik2 dulu ada juga pondok macam ni .
lepas penat main air pantai dan buaian kami berbasikal lagi ke tempat sunset. subhanallah cantik sungguh! 




lepas penat seharian bermain air dan berspeda kami balik ke homestay. sampai je kat rumah makanan dah tersedia! alhamdulillah boleh mengisi perut yang lapar :) lepas dah siap mandi, solat jamak maghrib isyak, rehat2 sebentar kami keluar beli minuman dan ke kedai cenderahati...beli baju pulau tidung...hehee.lepas tu kami makan barbeque. orang kat situ yang bakarkan, kitorang ready makan je! ikan dia memang super segar! sedap...lepas tu tidur dengan lenanya.


ok bangun pagi solat subuh aku dengan semangatnya kejutkan diorang nak pergi tengok sunrise. lepas tu kami pergi kejutkan adik yang akan bawa kitorang, adik tu bangun dengan muka terkejut...kami tunggu dia bersiap lepas tu dia pergi macam tu je, tanpa cakap apa2 dekat kami...apebendanya dia ni...hohooo...akhirnya kami hanya menunggu sunrise depan homestay je...




 subhanallah. cantik kan!! pemandangan dari depan homestay je..

orang yang sediakan makanan cakap adik tu akan datang lagi, tapi dah cerah tak datang2 jugak..lepas tu kami siap2 breakfast mandi dan siap nak balik...katanya kami balik jam 7, rupa rupanya tengahari...aku call tuan travel, dia kata adik tu pergi sekolah...lol, sekolah lagi budak ni rupanya, tapi keje jadik tour guide kami...patutlah muka dia terkejut, nak pergi sekolah rupanya...dia kata aktiviti pagi ni bebas kita nak ke mana saja naik speda tu...


kami pun naik speda pusing2, jumpa adik tu dengan kawan2 dia tengah menulis, katanya ada praktikum...baru SMA tahu...so kami pergi pusing satu pulau nak main pantai lagi dan balik homestay bersiap untuk pulang! lepas zohor naik feri lagi dan sampai kat muara angke tu kami makan seafood segar dulu baru naik angkut pulang. sampai dah nak dekat isyak kat rumah....alhamdulillah, such a wonderful experience...mungkin lepas ni boleh pergi lagi tapi ke pulau lain pulak :)

ok till then, thanks for reading!



Wednesday, July 23, 2014

balik Raya 2014 dan program tanzim

Bismillah.

Assalamualaikum...nak throwback sikit kisah balik raya

17 July 2014

Balik raya haritu sebenarnya first time jejak KLIA2. Yelah nama pun baru beberapa bulan beroperasi...tapi sebab sampai pun macam dah agak lewat, janji nak bukak puasa dengan kakak dan abang, depa keje area sini...abang kat subang, akak pula dekat cyberjaya...tapi la ni da tukar cawangan KL pulak..tak sempat explore apa pun, sampai ambil bagasi langsung ambik klia transit.

Tapi nak dijadikan cerita, aku terlepas stesen putrajaya..ya Allah..sebenarnya salah faham, dengar dah announcement next station putrajaya n time tu memang tgh berhenti, aku ingat next tu yang depan lagi. Pastu tanya orang putrajaya depan lagi ke? Dia angguk je...hukaloh..😧 so aku tak turun. Terpaksalah pusing gi kl central balik dan kembali kesitu semula..hmmm, nak wat ccmne..tersalah bukannya naik hari2...


Kak long pulak marah kata aku tido, bukannya tidur..wuwuwuu..tapi alhamdulillah selamat sampai sebelum maghrib...dorang da beli air, makanan belum sebab aku kata nak makan berat lepas solat...tapi murah rezeki kami, ada makcik buat doa selamat dan agihkan makanan pada orang berbuka. So dapatlah makan free berbuka haritu 😘

Lepas berbuka dan solat maghrib, kitorang plan nak berjalan kapan dekat alamanda. So pergilah lepak situ pusing2 masuk kedai macam macam. Banyak jugak orang jual kuih raya, nak raya katakan. Yang tak boleh blah abang aku kata dia kena war time to jugak. Ingat war apa, rupanya game -_-"



kat tengah2 alamanda...macam da kat kampung nak beraya


Lepas jalan2 ingat nak lepak minum kopi old town sat, tapi dah tutup...awal benar tutupnya so kitorang plan nak balik je...utk menjimatkan duit pengangkutan kami naik Bas je...dahla bawa beg besar, lantak la kan..haha...dalam bus tu jumpa kawan sekerja Kak long n mintak tolong dia bawakan  beg sampai ke bilik...orang dari bangladesh, tak pandai cakap melayu, speaking ajela...belikan diorang air kotak soya, tapi xnam ambik pula, dia kata tolong ikhlas..baiknya lahai :)

Duduk dalam bilik sat Kak long ajak pi swimming, padahal dah lambat time tu...u know me, suka sesangat swimming so apa lagi...dahla takde orang, lepas gian swim lelama...Hehee...time tu macam da pkul 10 lebih da, n ada sekumpulan lelaki dalam 4 org cmtu nak datang swimming. Pak guard kata tak  boleh da,last pkul 10. Pastu Dengar dorang bebel2 pempuan berdua tu boleh pulak..hihii...


18 July

esoknya kitorang bangun sahur dan solat subuh macam biasa....aku rasa mengantuk sangat dan nak tidur tapi kak long ajak berbual2 dan dia tak boleh tidur...last sekali dalam pukul 7 macam tu dia ajak pegi swimming lagi...aku apalagi on ajelah..



keadaan swimming pool...memang bersih dan takde orang :)


petang tu kak long nak gerak pergi rumah pak cik dekat klang sebab dia cuti dua hari dan aku dah nak pergi tempat program dekat masjid salak tinggi.so kitorang naik bus dan erl transit sesama dan berpisah di kl central...panjang jugak perjalanan kami nak pergi, awalnya kami naik train turun stesen nilai. lepas tu ingat nak ambik teksi langsung ke tempat, tapi tunggu punya tunggu teksi tak ada, kemudian naik bus yang menghala ke salak tinggi...sebab bus tu tak lalu betul2 dekat tempat program, maka kami ambil teksi ke sana..alhamdulillah sampai :)


malam tu berkenalan dengan team SPSL dan mereka2 yang hebat dari tempat yang lain. kemudian kami tidur bersama dan yang best dapat iktiqaf dekat masjid, join qiam berjemaah...alhamdulillah, dahla dalam 10malam terakhir ^_^ 


19-20 July

kami bergerak pagi2 ke masjid KLIA. banyak benda dapat kat sini, dapat pengalaman baru, kawan baru, ilmu baru...insya Allah semoga kefahaman juga bertambah dan dapat jadi lebih matang...pengisian juga sangat2 best, alhamdulillah dan malam tu sekali lagi dapat iktiqaf di masjid KLIA...


masjid KLIA yang tersergam indah ^^


selepas tamat program, ada sister yang hantar pegi airport...kali ni naik MAS so naik dekat KLIA la...time ni mas ada promo rm79 oklah dari naik bas rm50++ lepas tu lama pulak perjalananya...sampai je di terengganu mak su datang ambil dengan ayah su dan kitorang berbuka di rumah :) sebelum tu singgah bazar ramadhan dulu, my first bazar ramadhan for this year...hehee...dekat indonesia mana ada bazar macam ni, paling pun diorang jual kuih2 dan air tepi jalan...malaysia sangatlah mewah, bulan puasa bukan dapat berjimat/kurus tapi terbalik...nafsu tinggi betul bila ke bazar, semua benda nak beli end up tak makan pun dan membazir :(


itulah kisah balik raya tahun ni, kalau rajin insya Allah nak tulis kisah hari raya...hihii...makin lama makin malas nak update, pesanan sikit :


 "jaga diri, jaga iman, jaga amal"

"berbuat baik jangan pernah ingat, ikhlaskanlah diri, 
semoga Allah menganjari dengan pahala berlipat ganda" 


:)




Monday, June 23, 2014

kita yang perlukan Allah :)


"Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka diantara kamu ada orang yang kikir, dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah-lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang membutuhkan(Nya); dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan menganti (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu (ini)".(QS. 47:38)




bismillah.

tengah mengaji, then come across this ayat.
banyak kali dah baca, tapi entah mengapa kali ni Allah bagi perasaan yang luar biasa, rasa sangat sebak bila baca...mungkin Allah nak bagi reminder buat diri ini T_T

Sebenarnya Allah tak perlu pun harta yang kita nafkahkan tu, sebab Dia Maha Kaya, tapi kitalah yang sangat memerlukannya... kita dianjurkan bernafkah dan berjihad itu, hanyalah agar kita dapat pahala dan balasan yang baik...

kita memberi sesuatu yang bukan milik kita pun sebenarnya, tapi balasan kebaikan dan pahala tu kita dapat subhanallah...maha pemurah kan Allah? 

Kemudian Allah sambung ayat "Jika kamu berpaling dan kembali menjadi kafir setelah beriman, maka Allah akan menghancurkan kamu, kemudian mengganti kamu dengan kaum yang lain yang tidak seperti kamu yang bersedia bernafkah, berjihad, melaksanakan perintah, dan menjauhkan diri dari larangan-Nya.

teringat kata2 seorang kakak waktu mukhayam lepas, yang mana kita insya Allah tidak sampai tahap menjadi kafir namun
apabila kita sudah faham agama Allah, yakni Allah suruh kita menjadi abid dan khalifah di muka bumi, menegakkan agama Allah, menyampaikan kepada orang lain untuk menegakkan kembali ustaziatul alam tetapi kita berpaling, samalah keadaan kita seperti mereka.

nauzubillah....sangat2 terkesan, memang betul pun, kita ni takda apa pun, hanyalah orang biasa yang mana Allah langsung tidak memerlukan kita untuk berada di sini kalau kita sendiri yang memilih untuk berada di sini, namun ingatlah Allah dah cakap yang Allah akan gantikan kita dengan orang lain, yang nak taat kepada Allah, yang nak sampaikan agama ni pada orang lain yang berkejar kejaran nak rebut pahala dan syurga.

namun tempat kita di mana?

kita yang perlukan Allah.
kita yang perlukan jalan dakwah ni.
kalau kita tak nak, nak berhenti separuh jalan,
nak give, nak stop....terserah...

tiada siapa yang rugi.
yang rugi hanyalah diri kita sendiri.
kita yang mencelakakan diri kita sendiri.

kalau kita tak nak, ramai lagi orang lain nak.
kalau kita menyerah, ramai lagi yang nak bangkit berjuang.
takda orang pun nak pandang kita.
takda orang pun yang nak pujuk rayu kita kembali.
takde.

nak jadi loser sebelum sampai penamat?
terserah. buatlah pilihan yang tepat.
sebab memang betul, jalan ni memang panjang, berliku, banyak onak duri, banyak benda kena berkorban, masa, tenaga, wang, even benda2 yang mungkin kita suka buat dan kawan2.

tapi kita kena yakin, jalan ini menjanjikan kemanisan di penghujungnya. yakinlah dengan janji Allah...janji Allah itu benar.

biarlah kita bersusah2 di dunia sementara ni,
supaya kita dapat hidup bersenang-senang secara infinity di alam yang kekal abadi, mendapat kemenangan agung, mendapat kenikmatan yang jauh lebih hebat dari apa yang kita bayangkan...

subhanallah.
tetaplah berjuang.
sampai akhir hayat dikandung badan.



hannah
1859
23062014

Tuesday, June 17, 2014

aku busylah!!

Assalamulaikum....

Bercakap tentang masa, semua orang dapat masa yang sama...24 jam sehari tanpa ada yang kurang dan lebih...tapi perasan atau tidak, seringkali kita merasakan masa kita tak cukup, tetiba dah petang...ehh dalam pkul 12 malam, kemudian esoknya sudah pagi tanpa kita rasa kita dah puas tidur...itulah masa, bergerak pantas meninggalkan kita..

bercakap pula tentang komitmen, semua orang ada komitmen dan tanggungjawab masing2..rasa lelah dan penat dengan semua benda, tengok schedule pun asyik penuh je, setiap minggu, setiap malam ada je benda nak buat. 

Engkau penat, aku penat, tapi penat kita mengarah ke mana?
Engkau busy, aku pun busy, tapi busy buat apa?

"Aku busy dengan persatuan, kena buat proposal kau ape tau"
"Aku busy nak kena uruskan program senamrobik ni, datuk turun tauu"
"Aku busylah nak tengok bola, takkan tak layan world cup bro"
"Makalah PBL tak siap lagi, nak study untuk exam lagi, practicum xbaca lagi"
"Malam minggu nak tengok movie la, malificient tak tengok lagi"

Pokoknya busy!
Aku busylah!!


Alahai busy dia mengalahkan PM.
banyak sangat benda nak buat, banyak sangat benda nak fikir.






Tapi kalau difikirkan, sampai bila pun kita takkan pernah lari dari busy...
Semua orang pasti akan ada tanggjungjawab tu, tak kiralah tanggungjawab sebagai anak, pelajar, ibu, isteri, pekerja,kakak, adik, ketua dalam persatuan dan macam-macam lagi. It is like a never ending story...

wherever u go, whatever u do,u will always have responsibility because u live in community....hmm mak cakap ,kalau nakbuat hal sendiri pegi tinggal dalam gua =="

Tapi kita kena ingat, hidup kita ni mesti ada ending.
bila-bila masa je Allah boleh tarik nyawa kita.
bila bila masa je kita boleh jadi jenazah.

Allahu.

Angan-angan kita selalu besar, nak makan sedap, kerja bagus,tinggal di rumah besar dan macam-macam lagilah...tapi agak-agak angan angan kita tu dapat tak jadi kenyataan Kalau kita tak berusaha mencapainya. Tapi cukup ke inpian kita hanya sekadar itu???


Kalau kata nak jadi doktor, insya Allah lepas habis study ni kita akan kerja sebagai doktor...kita akan dapat makan gaji, kemudian dapat beli kereta dan rumah dengan duit gaji tu...dah settle. Takkan tu je??takkan tu je impian kita hidup dekat dunia ni? Hmmm...

Masa yang kita ada sangatlah sedikit,
kerja yang kita kena buat Juga sangatlah banyak...
Kalau masa kita tak diisi dengan benda2 baik, pasti diisi dengan yang sebaliknya.

Ada orang suka duduk saja2.
berehat atas katil tanpa buat apa2..
Berangan nak kawin dengan anak raja.
Tapi usaha sedikit pun tak ada.

orang ni ada macam2 jenis, kalau jenis tak boleh duduk saja2,
jenis suka busykan diri sendiri, tak suka duduk hadap buku 24,
pasti akan cari sesuatu untuk dibuat, masuk persatuan,
masuk games, pergi lepak, cari group dan macam2 lagi...

kalau masa yang kita ada tu tak dibusykan dengan Islam,
pasti dibusykan dengan jahiliyah.

takde titik tengah.
Jalan lurus, parallel,
tiada yang bengkok.

warna hitam dan putih,
berbeza, tiada warna kelabu.



Setiap hari, setiap waktu solat pun kita memohon supaya Allah tunjukkan kita jalan yang lurus. Jalan yang boleh membawa kita dekat dengan Dia...jalan yang boleh menjauhkan kita dari melakukan kemaksiatan...berulang ulang kita memohon, tidak malukah kita sebagai hamba?

Memohon ditunjukkan jalan, namun bila jalan sudah di depan mata kita enggan melaluinya...kita ikut jalan lain, kita ikut jalan yang tak lurus, jalan yang buat kita lebih jaub dari Dia....tanya diri sendiri, tak malukah kita??

Semoga Allah sentiasa menuntun kita,
semoga Allah sentiasa redha dengan apa yang kita buat.

semoga ungkapan aku busy, hanyalah kerana Dia.
sungguh aku busy bekerja kerana Dia.
Bekerja menegakkan agama Allah di muka bumi,
busy menyeru hati2 manusia supaya kembali pada Dia.


semoga itulah yang boleh kita jawab nanti T_T
semoga..

Allahu'alam...



Tuesday, May 13, 2014

baru

Bismillah.

Apa yang kita tanam sekarang , adalah apa yang kita akan tuai nanti. Seringkali hal ini kita dengar. Namun sejauh manakah hal ini kita sematkan dalam diri?

Entah.
aku rasa aku masih banyak bermain.
masih banyak memikirkan hal diri.
masih banyak perkara yang tak terbuat.


bercakap banyak.
berbuat tidak :(

Pernah aku mengatakan kalau kita nak buat sesuatu, fikir dulu. Introspeksi diri dulu, seandainya hal itu memberi lebih banyak kebaikan,baru buat. kalau tidak, tinggalkan.


kalau nak rasa pengorbanan. Berbagi.
berbagi rasa dan masa.

kita penat. Mereka penat.
kita semua penat.

tapi penat kita menghala ke mana?


Mei 2014.
cepat sungguh waktu berjalan.

aku tak tahu bilakah Allah nak tarik nyawa aku.
mungkin esok, mungkin lusa.
mungkin juga sejurus selepas aku tulis ini.

aku bukan takut mati.
tapi aku takut memikirkan ke mana aku pergi selepas mati T_T

Amalku hanya sedikit cuma.
khilafku banyak tak terkira.






Kalaulah dosa itu berbau , pasti tiada siapa ingin mendekatiku.
Namun semua itu bukanlah alasan.
kerana aku tahu aku ada Dia, tuhan yang satu.
maha pengampun, maha berkuasa atas segala sesuatu.

Mei penuh dengan aktiviti.
manis, pahit semua ada.

kisah mafest,
kisah mata kena keratitis,
kisah ditipu dengan pujuk rayu,
kisah bandung games,
kisah masuk blok baru,
kisah usrah baru.

aku ingin membuka lembaran baru.
Aku ingin mencoret di kertas putih.

semoga lakaran ini menjadi potret indah,
menjadi sesuatu yang bermakna,
menjadi kenangan dalam hidup,
menjadi saksi di hadapan Allah kelak.

biarlah apa mereka kata.
yang aku tahu aku akan berjuang selagi nyawaku ada :)





Tuesday, April 22, 2014

resepi kek pisang yang simple dan sedap :)

Assalamualaikum....

hari ni nak share satu lagi resepi..dulu dulu pernah buat tapi lama dah tak buat, balik cuti semester haritu, adalah pisang kat rumah tak termakan dan masak melampau jadinyaa saya ada idea macamana nak guna pisang tu..maka jadilah kek pisang simple dan sedap ini..hahaa..perasan lebih :p bukan nak perasan sangat tapi mak kata sedap lepas tu dia suruh buat lagi habiskan pisang yang ada, haa sampai cenggitu sekali :D

macam biasa saya ni jenis yang suka mencuba, cedok sana sini sikit ilmu pastu kita wat la gaya kita sendiri, pastu jadi ^^

ok bahan-bahan yang diperlukan adalah:


  1. 2 cawan tepung gandum
  2. 4 biji pisang yang masak
  3. 1 sudu kecil soda bikarbonat
  4. 1 sudu kecil baking powder
  5. 3/4 cawan gula
  6. 1/2 cawan minyak masak
  7. 2 biji telur
  8. sedikit esen vanilla

cara-caranya:

  1. ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder
  2. griskan loyang dengan mentega
  3. kalau nak bakar pakai oven, panaskan oven suhu 180 degree..kalau nak kukus, panaskan air yang nak dikukus tu...
  4. blender pisang, telur, gula dan esen vanilla sampai sebati
  5. campur semua bahan di dalam bekas, kacau biar semua bercampur dan masukkan minyak masak
  6. tuang dalam loyang yang dah digris dengan mentega tu.
  7. bolehla bakar/kukus dalam masa lebih kurang 45 minit - 1jam.
  8. siap! bolehla dimakan bersama kawan dan keluarga




selamat mencuba!


Monday, April 21, 2014

program live-in, Salatiga

Assalamualaikum....

setelah sekian lama tidak menconteng, ingin juga aku share sedikit pengalaman sepanjang program live-in yang diadakan di salatiga..rasa macam tak kena kalau tak share, macam ada sesuatu yang kurang gituu..haha..proram ni sebenarnya adalah program yang wajib dihadiri oleh semua mahasiswa angkatan 2011 ukrida, tapi ramai jugak yang tidak dapat ikut disebabkan hal dan masalah tertentu. bagi aku, program ni best sebab kita berpeluang kenal tempat orang, belajar budaya mereka dan sambil-sambil tu bercuti..hehee...


ramai tak ikut sebabnya live-in ni diadakan seminggu selepas cuti semester start. jadinya ramai yang dah balik kampung dulu..aku stay je kat rumah sementara beli barang-barang yang orang kirim..oh ye aku jual kain pasang sulam dan telekung sulam. quran pelangi pun ada. sampai satu bagasi tu penuh dengan barang orang lain je. barang kita takde..ok back to the topic. eheem..

live-in ni macam homestay la, kita tinggal dengan keluarga angkat, ikut keluarga angkat pergi kerja, ikut dia pergi kebun masak dan sebagainya...pokonya kita ni kena anggap yang kita ni dah jadi sebahagian dari keluarga mereka. gitulah..kitorang ada dalam 400++ orang dibahagikan kepada tiga dusun. ada dusun nglelo, dusun ngaduman dan dusun cuntel. dusun ngelelo dan ngaduman dekat je, dusun cuntel yang jauh.

ok, kami bertolak pada 3 februari 2014 lebih kurang pukul 1.30 petang selepas sesi pendaftaran, taklimat dan pembahagian kepala dusun diadakan...sempatlah dulu kami solat jamak taqdim...alhamdulillah dapat pulak satu bas dengan haz so kitorang duduk sebelah sebelah..farah dapat bas lain tapi kitorang dapat dusun yang sama...perjalanan yang memakan masa selama lebih kurang 19jam itu sungguh memenatkan..tak terkira dah berapa kali bangun tido tengok tak sampai2 lagi haa...

lebih kurang pukul 8.30 pagi, alhamdulillah kami semua dari 8 buah bas sampai di kawasan wisata salatiga. bas kitorang parkir kat situ. awalnya aku ingat dah sampai, rupa rupanya kami diharuskan menaiki pick-up untuk sampai ke dusun...jalan ke dusun tu berbukit bukau dan sempit manakan bisa bas nak lalu...kami dibahagikan mengikut dusun, satu dusun ada 4 pick-up...3untuk memuatkan pelajar dan 1 lagi untuk bag...untung juga tak campur laki perempuan dalam pick up yang sempit dan nak melalui jalan berliku ituu..

setelah hampir setengah jam dalam pick up kami pun sampai di dusun ngelelo!! kami dihantar ke gereja dulu sebab ada taklimat pembukaan dan pembahagian keluarga angkat...ada makan-makan, kami macam tak berapa berani nak makan, syubhah tentang kehalalannya..bila tanya, diorang cakap makanan kat situ halal belaka, takde stok 'babi'. ermmm kalau bukan cik bi semua halal ke? >_<

selepas selesai majlis pembukaan dan taklimat, tibalah pemnbahagian group..taraaaa!!! aku dapat pak jonet, bersama 3 orang lagi kawan semuanya orang timur indonesia...orang ntt...etryn, vivi dan maria..pak jonet dan keluarga beragama catholik..dan tiga lagi kawan pun cristian...kat rumah pak jonet ada bela anjing aku ni dahla penakut anjing...ya Allah dugaan sungguh!! anjing dia memang sesuka hati je masuk dan berkeliaran kat dalam rumah tu...sebab kat sana kan sejuk, anjing ni selalu ke dapur, pergi kat ungun api nak panaskan badan...manja sungguh!


 ruang tamu rumah pak jonet. macam raya dah haa ada kerepek bagai tersusun rapi. aku tanya selalu macam ni ke? pastu pak jonet kata taklahh..kalau ada orang datang je..aku pergi rumah lain pun mostly diorang letak mende ni..sangat-sangat welcoming! :D


 tempat makan. hari pertama kami tak dibenarkan pun tolong masak basuh pinggan ke apa, tapi esoknya kami berkeras nak wat gak...apa guna gi sana tido makan aje kan..merasalah basuh pinggan ala-ala kenduri pakai besen cedok air sejuk gilaa airnya.


 masak pun tradisional pakai kayu api...oh ye kalau korang tengok itu memang tanah semata-mata takde lantai. jadinya kena pakai selipar la sepanjang masa kat rumah ni. kat luar dengan bilik adalah lantai mozek tu tapi diorang pakai selipar sepanjang masa so jadi kotor, buka selipar time nak tido naik atas katil je, tempat solat pun non hado :(

tapinya aku pi ambik tikar dan solat kat tepi katil. kekadang solat atas katil je, kalau maghrib aku pegi solat jemaah dekat rumah haz..bapak tuan rumah dia pak imam, sepatutnya jadi macam surau sementara sebab masjid tengah direnovate tapinya macam sunyi je..takde orang kampung datang pun.



ibu rumah dengan kakaknya yang tinggal kat sebelah umah je, diorang ni masak sama-sama kekadang tu..alah dari pintu ke pintu dua langkah saja..hehee..
 pemandangan depan rumah yang kitorang tinggal.sangat bersih kan? sejuk tauu kat sini..kaki gunung katakan...malam-malam kitorang takde nak buat apa keluar lepak-lepak kat sini sebab nak cari line telefon dan internet..heheeh..


pagi-pagi kami ikut ibu pergi kebun, ambik rumput nak kasi lembu makan..macam-macam sayur diorang tanam kat sini ada broccoli, ubu, lobak dan banyak lagilah..




okee ini pulak wc a.k.a tandas umum. kan kalau ada keluarga yang takde toilet sendiri diorang akan basuh baju dan mandi kat sini jek.banyak je lagi rumah kat dusun ni, tapi sebab takde toilet diorang takdelah hantar student tinggal kat situ.



ini pulak time kitorang buat jualan dekat warga dusun. awalnya ingat nak kasi je lepas tu rupanya ada buat jualan...harga pulak murah-murah je antara rp 2-10 ribu sajaa..berebut-rebut diorang nak beli, nak pulak yang datang awal tu beli banyak-banyak sampaikan yang datang lambat tu dah tak sempat nak beli apa-apa..kat sini kan sejuk jadinya kitorang digalakkan untuk kasi baju tebal.

 lori bawak sayur yang dah siap sedia ditimbang untuk dijual. punyalah murah katanya broccoli sebakul besar tu cuma 5ribu...ya Allah kat sini satu bijik kot 5ribu...yelaa kat sana orang tanam, kat sini import jauh2..tu yang jadi mahal tuu..

tumbuk bawang pakai mende alah ni...tradisional klasik sangat tauu...aku rasa nak tumpah sekali tumbuk..hahaha..


habis jualan kat dusun nglelo kitorang naik ke dusun ngaduman, tak jauh sangat pun dalam 10-15 minit jalan kaki naik bukit...haa ok letak gambar sekeping aci dak? :P sejuk sampai bercakap keluar asap..ala-ala cameron laa..diorang cakap macam dapat percutian percuma gitu.


 ini pulak keadaannya kat tempat jualan dusun ngaduman.kat sini lebih ramai orang, tapi kami singgah sekejap je lepas tu jalan-jalan dan ambik gambar.



ok ini pulak bapak yang datang jual dengan motor. nampak tak kelapa tuu? haa diorang jual cenggitu jee..lepas tu ikan diorang akan keringkan dulu baru hantar jual kat dusun ni..sini kan jauh dari pekan, sejam naik pick up tu baru boleh dan mostly diorang kat sini takde pengangkutan..kalau ada pun motor tu pun jarang sekali yang ada..kalau nak pegi pasar kena bangun awal, ada sekali je pukul 5. sape nak pegi kena naik pick up tu ramai-ramai...


aku tengah masak sup broccoli...sedap sungguh segar dari ladang!! tapi sebab ada rasa asap-asap sikit ala ala makanan pergi berkemah tu aku tak suka sikit..hehe...kalau ikutkan ibu dia nak masuk banyak gila msg tapi aku tak kasi..bubuk garam sikit-sikit dah aa..hihii..


okey lepas makan kita gi jenjalan! adik ni cucu sedara ibu. bapak jonet dan ibu ada sorang je anak tu pun smp kelas 3 kalau tak salah. belajar kat salatiga, tinggal dengan sedara dan balik jarang-jarang. haritu dia ada balik nak mintak duit bayar apa ntah..adik ni bawak pusing dusun dari hujung ke hujung, eh dusun ni kecik je pun..hehee..tapi dia bawak pusing ke kandang sapi lepas tu lalu kat kali kat kebun sana..

hari yang sama ada macam program pertunjukan tarian gitu kat dusun ngaduman, adik ni nak ikut.so bawak jelaa..




tarian kuda kepang versi jawa...lepas budak2 ni siap menari ada tarian untuk orang lelaki dewasa, diorang menari sampai kena rasuk..takut pulak nengoknyeee...ingatkan diorang berlakon, tapi orang kat situ cakap diorang terlalu menghayati, bersemangat dan penat akhirnya kena rasuk camtu...bahaya betoii..


bersama teman-teman serumah. sebelum tak pernah bertegur pun dengan diorang ni, pernah terserempak gitu jela kat kampus. kat sini kan dah rapat, biasalaa macamlah tak kenal aku peramah dan pemesra. tak kisahla sapepun orang tu, aku akan cuba untuk masuk dengan diorang...cuba jadi neutral dan fleksibel dalam apa jua keadaan..tapi dalam masa yang sama aku ada prinsip dan batas aku yang tersendiri..

berkawan pun berkawan jugak, tapi kalau diorang dah sampai tahap ajak kita buat benda yang kita memang tak buat, kena berani katakan tidak! tapi kita tak boleh teragak-agak nak katakan ya! kalau benda tu mendatangkan kebaikan untuk diri kita jugaa..gituu..



sebelum kitorang balik, pak jonet dan ibu sediakan sayuran sekotak sorang...macam-macam sayur ada..ada labu, broccoli, terung, ubi..segar dari ladang..bapak keluar awal pagi pukul 5 kot ambik sayur untuk kitorang...terharu sungguh T__T


tibalah saatnya perpisahan, kitorang duduk sekejap dan bapak macam ucap terima kasih datang, dia cakap dia anggap kitorang dah macam anak sendiri..walaupun baru 4 hari kat situ, kitorang banyak berborak dengan bapak ibu..walaupun ibu tak pandai cakap bahasa indonesia lancar...bila bapak tu cakap jangan lupakan mereka, dia terus menangis sebab..mengeluarkan air mata, ibu pun sama..aduhaii...etryn dengan vivi pun samaa...nangis..aku macam biasa, berlagak cool..haha..

kitorang ada kasi barang dan duit sikit dekat pak jonet sekeluarga. makanan yang kitorang bawak tak termakan pun, lepas tu ada bag yang kitorang beli dengan hadiah dari ukrida jugaa..jam dinding kalau tak salah.


family photo!
walaupun berbeza agama, bangsa, negara dan budaya kita boleh bersama juaaa..heheee..

saya dah ready nak balik jakartaa! paling ready nak balik malaysia! jumpa ma abah adik-adik tercehntaaa :)


beg kitorang dimuatkan dalam truck kecik ginilaa...bus tak boleh naik sampai atas, jalan dia kecik dan berliku liku curam...truck yang kosong tu akan diisi oleh kami..hehe..



saat-saat terakhir. gambar ni diambil time dalam truck dah pun...diorang menangis..huwaaa..


alhamdulillah. esok pagi sampai jakarta! pengalaman live-in ni sangat best. mungkin first and last trip kot dengan kawan-kawan local under ukrida..hehee...taakpee kita kat empat orang ni grab sebanyak-banyaknya experience yang boleh...benda benda camni la yang kita boleh cerita dekat anak cucu kita kelak. 

aku ni memang pelik dan lain sikit. tak suka streotype...semua orang gini aku kena jadi gini, mostly anak malaysia jarang rapat dengan indonesian tapi bagi aku takde hal..aku rapat je ngan bebudak local sebab nanti senang, yelah batch 2011 pun ada 13 orang je pun malaysian..memang takde pilihan lainlah angkatan dulu yang ada sampai 80 orang...

okey itu sahaja sedikit pengalaman yang dapat dikongsi...thanks for reading! :)


Friday, January 31, 2014

resepi cheese cake yang simple

Assalamualaikum.

jarang2 saya share resepi ni, haritu memang teringin la nak makan cheese cake dan tanya la beberapa orang kawan dan cari dekat blog jugak resepi cemana nak buat kek ni. pastuu time tu diorang plan nak sambut bday housemate a.k.a cik jah jadinya daripada beli ape kata kita try wat cake ni yedak :D

ok bahan-bahan yang kita perlukan adalah...

  1. sebungkus biskut saltcheese. nak pkai biskut lain pun boleh tapi biskut keju laa :)
  2. nestum/oat (saya pakai oat)
  3. 250g cream cheese
  4. 1/2 tin susu pekat
  5. secawan susu segar

 oat dengan biskut cheese yang saya pakai

pakai cheddar cheese pun boleh. kalau ada philadephia cheese pun okey gak. tapi saya tak jumpa cari so saya tak pakai..hehee..


cara-cara
  1. putar cream cheese bersama susu sampai creamy. nak blender pun boleh saja ^^
  2. lapiskan loyang dengan plastik wrapping. 
  3. celup biskut dengan susu segar, susun dalam loyang. kalau takde susu segar, korang ambik je susu pekat tu bancuh jadi cair. takdehal..hihuu
  4. sapu cheese dengan susu yang diputar tadi nipis-nipis atas biskut yang disusun tadi.susun elok-elok. lepas tu bolehla tabur nestem/oat.
  5. susun biskut lagi dan ulang langkah 3 dan 4 sampai ketebalan yang kita nak.
  6. bahagian atas kasi topping cream cheese dengan oat tebal sikit..lepas tu..siap!! letak dalam peti ais biar sejuk
  7. boleh makan bersama keluarga dan kawan2 :)




mudah kan! simple sangat-sangat. kawan-kawan pun kata sedap..hehe


tak perlu panaskan apa-apa. lebih senang dari kek batik..hehee..selamat mencuba!!

sebelum makan baca bismillah dulu :D
Oh yee supaya lebih sedap buatlah dengan penuh kasih sayang ^_^


nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...