Assalamualaikum..
Alhamdulillah Allah memberi ruang dan peluang untuk saya mencoretkan sesuatu di sini,berkongsi rasa dan pengalaman. post pertama di tahun 2014 :)
oasis tamat 29 dis 2013. insyaAllah saya akan turut tulis tentang oasis.
30 Disember 2013
pagi pagi kami dah bangun dan seperti biasa qiam, solat subuh dan baca almathurat. kami bertolak kira kira pukul 8.30 pagi.sebelum memulakan perjalanan kami diingatkan dahulu tentang hadaf jaulah, nak mengeratkan ukhwah dan mentadabur alam .kami dibahagikan kepada 2 kereta. kami berlima belas, jadi satu kereta 7 orang dan satu lagi 8 orang.
awalnya kami ingin ke air terjun gethuk dan kemudian ke cave tubing. namun kami harus memilih salah satu kerana kedua dua tempat itu berlainan arah. kami semua bersepakat untuk ke cave tubing, waterfall tu dekat bogor boleh pergi. hehehe..kami memilih paket oya water tubing dengan cave tubing. oya water tubing tu rp45,000 dan cave tubing rp30,000 seorang namun dapat potongan rp5,00 dan setiap orang perlu membayar rp70,000 tiap orang.
sampai ,kami dibekalkan dengan jaket keselamatan dan untuk ke tempat starter oya water tubing tu kami kena naik lori kecik. dalam tu duduk sekali dengan pelampung besar semua. sepanjang perjalanan tu subhanallah sangat cantik pokok menghijau. jalannya juga agak mencabar, bak kata mereka ini jaulah ke mukhayam? kekee...2 in 1 pun boleyy ^^
orang yang kenal saya pasti tahulah saya memang suka mende-mende macam ni...panjat memanjat, terjun menerjun..hihii..awalnya kami dilepaskan satu persatu mengikut arus sungai dan kemudian kami kena berkumpul untuk saling berpegangan, boleh pegang tali kat tepi tube atau pegang tangan..kami hanya duduk atas pelampung tu dan bapak tu tarik, kemudian kami wat bulatan. ini namanya bulatan gumbira di atas air. rasa sungguh comel dan kool bergaya...
ada satu point yang kita boleh terjun dari aras 4meter atau 8meter. kami semua pilih yang 4meter, itupun dah cukup tinggi. belum berani untuk yang 8meter. saya jadi penerjuan no. 2 dalam kalangan kami.. hehee...perasaan yang sangat best bila dapat terjun dan berenang-renang ke bawah waterfall..kerana arus air sangat deras sampaikan nak berenang pun susah, tak dapat melawan arus...hehee..dalam fikiran saya, alhamdulillah kami memilih untuk water tubing instead of pergi waterfall sebab kat sini pun ada waterfall jugak. kira paket, 3 in one gitu..
kerana kami tak bawak camera, yelahh habislah basah kalau bawa ni gambar saya carik kat google..hehe...tempat di mana lelaki itu berdiri di situlah tempat terjunan dan lepas terjun tu boleh pergi main air terjun kat bawah tu...haa gituu...tube atau pelampung inilah yang kami pakai..sebenarnya ada paket ambil gambar bayar rp100k tapi time tu kami tak tahu pun.
sepanjang ber'tubing' ada yang share apa yang diorang dapat sepanjang perjalanan, ada yang kata terjun tu ibarat kita mencabar kemampuan diri sendiri yang mana kita mampu melakukannya tapi disebabkan rasa takut dan tak berani mencuba tu kita tak dapat buat. ada yang cakap masalah rasa macam dah keluar dengan hasil terjunan..hehee..menarik sungguh! ada jugak ibrah dari bapak yang bawak kitorang, dia share yang pernah ada peristiwa anak tercampak dari pegangan ibu sebab arus terlalu deras dan pak cik ni cakap hidup ni kena ada kemajuan, kalau harini bantu seorang esok kena bantu 2 orang gitu..
sampai dekat penghujung, kami naik truck lagi untuk ke tempat seterusnya, cave tubing di gua pindul!. oh ye sejarah gua pindul ni asalnya dari seorang baby dibawa mandi di sungai kat gua ni, lepas tu pipinya terbendul (terlanggar) dinding gua. pindul tu bahasa jawa, kalau bahasa indonesia terbentuk dan bahasa melayu terlanggar..hehe..jadi diambil singakatan, pipi terbendul: pindul. haa inilah uniknya indonesia! main gabung perkataan tu memang diorang juara, tapi senang juga jadi ringkas..hehee...
di sini agak mencabar juga sebab line up tersangatlah panjang sampai kami dah bosan menunggu...time dah nak dekat masuk tu hujan turun, allahu rabbi sangat sejuk!! time tu rasa macam berdebar jugak boleh ke masuk gua dalam keadaan hujan yang macam ni takut jadi apa-apa kang.time tu ada anak kecik menangis kesejukan ke ketakutan. kita yang dewasa ni pun sejuk dan takut apatah lagi yang kecil. lepas tu bapak yang jaga tu suruh orang yang bawak anak ni jalan dulu dan alhamdulillah kami tak menunggu lama lepas tu boleh masuk.
bila dah kat dalam tu sangat best! bapak yang tunjuk kat kitorang tu explain semua benda yang ada kat gua tu. dalam gua tu sangatlah gelap tapi dia suluh dengan lampu. ada banyak sangat kelawar yang duduk bergantungan, ada burung-burung, lepas tu nampak kristal yang sangat cantik berkilau-kilau. subhanallah!!! first time tengok kristal dalam gua macam tu, bapak tu explain pasal stalaktik dan stalakmit dapat pegang kristal jugak. alhamdulillah sangat best dan rasa berbaloi je untuk perjalanan 350meter.
sampai ke hujung gua, naik dan ganti pakaian...hujan turun lagi dan kami kesejukan tak dapat pergi candi borobodur, oh ye plan asal nak pergi candi borobodur lepas cave tubing tu...tapi sebab dah lambat, hujan, sejuk kami semua bersepakat untuk terus pergi cari tempat makan. kami pergi makan dekat jejamuran. salah satu wisata kuliner yang popular kat jogja. makanan berasaskan jamur, bagi yang tak tahu jamur adalah cendawan..hehee...ada jamur crispy, sup jamur, jamur goreng masam manis, goreng penyet dan banyak lagi.
lepas tu terus balik falah..hee..banyak sangat benda dapat dalam sehari, insyaAllah saya update part 2 :)
No comments:
Post a Comment