nuffnang

Thursday, April 28, 2011

jangan keluar dengan lelaki, penipu je semua..jangan percaya sangat dekat laki!!!

Salam semua :)

semakin ku tak ingin update, semakin kuat keingginanku untuk update, hehehehe..tak apalah curik masa sekejap-sekejap kan...nak buat pengakuan sikit, hari tu aku ada cakap xnak dah blogging kan..tapi aku still rancak mengupdate!!adakah aku saja nak tipu atau nak tarik perhatian orang..sesungguhnya aku adalah seorang yang tidak tetap pendirian..benda yang aku tulis adalah mengikut emosi aku masa tu..kalau masa tu tengah sedih, entry pun berbaur sedih, tengah happy pun macam tulah kan..

masa aku tulis tu sungguh aku mungkin lepas kena brainwash sebab terlalu gilaa update sampai 5-6 post sehari..sampai aku dok hadap blog alah ni lebih separuh hari..dan masa tu aku bermotivasi nak belajar jadi timbullah entry nak stop blogging...tapi aku cakap mungkin aku tak update kan, bukannya memang tak nak hupdate langsung!!!bagi aku lepas aku study satu bab atau buat soklan beberapa set, tempat aku release tension atau stress adalah dengan blogging..baca blog orang, isu semasa dan update sikit pastu sambung baca buku balik..did u get what i mean??sape yang rasanya dia macam aku jom sett!!!


berbalik pada tajuk post, setelah sekian lama aku tak chat dengan abang aku tetiba malam tadi dia chat, adalah borak-borak sikit sebab dah lama kot tak jumpa dia..aku balik kampung dia tak cuti, aku cuti dia pulak busy..hehe...kekadang aku rasa bertuah jugak punya abang yang concern pasal aku( dahla dia wajib baca setiap entry aku, kembanglah kalau baca nih!), ambil berat pasal aku sebab aku taw kalau aku buat salah dia tak tegur dosa tu boleh terpalit kat dia jugak..

hari tu masa pergi hospital aku pakai jeans yang agak-agak kecik sikit pastu dia cakap kat mak aku "jaa sejak-sejak dok KL dah mula pakai seluar ketat" waahhaha..mak aku pastu bagitaw aku..padahal tak adalah ketat manaa pun dan mak aku langsung tak cakap apa-apa...dia tak pulang nak cakap straight to the point kat aku, tapi bagitaw mak aku je..pastu mak aku sampaikan kat aku.. :)

yang kedua hari tu dia ada chat dengan kawan aku pastu siap tanya lagi roomate aku tentang aku kat sini..cmne pakaian aku ada pakwe ke tak..wahahahha..aku budak baik je, budak kampung mana ada dressing seksi meksi cenggitu, pakwe pun takdaaa..kuikui :p

dan malam tadi sebelum aku offline sempat lagi dia cakap tak payah percaya sangatlah dengan lelaki ni, semua tu penipu berdebah je..aku tak cakap okey, kata-kata ini dari seorang lelaki sendiri..seorang lelaki yang mengatakan lelaki tu ramai penipu je..tapi tak adalah semua kan, cuma kenalah berpada-pada dan jangan percaya sangat tu je..>.<

nah ambik printscreen, aku memang sengaja blurrkan sebab aku malas nak tunjuk profile FB dia nanti kang riak pulak kalau ramai pembaca wanita blog aku nak pergi add dia..muahahahahahha!!(gelak jahat) mentang-mentang aku tulis pasal dia yang baik nasihat aku bagai, nanti ramai pulak datang nak isi borang, aku rasa dia single lagi tapi tak tahulah sekarang ni sebab dia ada tengah usha sorang bestfren aku zaman sekolah dulu..haih, kalau jadi lah depa, bestfren aku akan jadik kakak iparku..hehe..best jugak ^^

sekarang nih aku single, mana ada nak kuar berdua dah, kalau dulu selalulah ngan pakwe..hehe...tak pun dulu aku ada keluar dengan sorang mamat ni, dia dah kerja dan kitorang kenal sebab dia reader blog aku, add ym dan mulalah chatting hampir tetiap hari..ini first time aku berani tahap gaban keluar dengan lelaki waktu malam seorang diri, tapi lepas aku kenal dia agak lama la tapi di alam maya je, sebab dia tinggal kat shah alam je berkali-kali dia ajak kau keluar dan siap jemput dan hantar depan pintu pagar kolej...nak keluar siang dia kerja jadi terpaksalah malam..

berani kan aku??nasib baik dia sorang lelaki yang baik, apa yang dia cerita dekat online itulah dia yang sebenar..dia baru je start kerja tak sampai setahun tapi dah ada rumah dan kete, dah boleh kawin la kan...nasib baik jumpa yang baik kalau yang jahat camne??ohh, itu memang kerja gilaa pernah aku buat sebab biasanya aku kalau jumpa orang first time memang akan bawak kawan, mana taw dia tu penipu besar je ke atau gambar orang lain dia letak padahal muka lain..dan macam-macamlah boleh tipu kat alam maya ni..pastu dia ajak aku keluar aku asyik mengelak je, macam-macam alasan aku beri sampai dia dah malas nak ajak lagi..ym pun aku asyik buat offline..hehe..sekarang ni tataw la apa jadi kat dia, mungkin dia silent reader aku lagi??atau mungkin dia baca post ni..hehehehe..aku tak kisah sebab aku tak kutuk apa-apa hanyalah cerita semata-mata..apapun aku suka kenal dengan dia =D

oklah nak pi solat zohor pastu nak sambung study, korang doakan aku rajin belajar ye..biar apa yang aku baca tu terus melekat kat kepala, biar apa yang aku study dapat keberkatan dan biar aku fokus, tidak mengantuk...agak panjang jugak aku berceloteh dan lebih setengah jam dah ni...lebih timing..heheheh^^


kalau rasa blog ni,layak undilah k..ada masa dua hari lagi..huhuhu..
klik ni dan vote no.1 ek..thanks a lot!!! (^_^)

p/s: kak tie, ex-roomate dahku datang melawat adik-adik kat sini..hehe, dia dah habis praktical nak balik kampung da...huhu, jeless =.=
Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...