nuffnang

    Wednesday, October 1, 2014

    trip ke pulau tidung


    Assalamualaikum and hai...


    lama dah tak menulis dan kali ni aku nak share sikit experience pergi Pulau haritu. Kira-kira 2 minggu yang lalu 11-12 september. Kemudahan dah ada, sebenarnya boleh sangat nak update blog setiap hari, tapi mungkin sebab sekarang dah banyak platform web social yang lain seperti facebook, twitter dan instragram, aku lebih banyak share dekat situ. Poor you my lovely blog..hihiii...insya Allah benda2 yang dirasakan perlu aku akan update kat blog, especially when I wanna share a long story, experiences, ideas and all..


    Sebenarnya plan asal nak bawak adik2 baru 2014 untuk pergi sama2, ada kawan local sekali nak ikut, tapi apakan daya rupanya  mereka masih ada program dengan campus yang kena ikut. Lepas tu kawan local kena teman adik dia ada perjumpaan dekat campus jugak, jadinya yang tadi sepatutnya kami ada 14 orang jadi 6 orang je :(




    Apa apapun trip kami diteruskan jua. Alhamdulillah ^^  i'm the project manager for this trip...haha.Aku memang dah lama berhajat nak gi Pulau ni, tapi tak pernah berkesempatan dengan kekangan masa, teman2 dan sebagainya..pernah beberapa kali plan, tapi tak jadi sebab beberapa faktor. Oh dan sebenarnya walaupun blog ni dah lama tak berupdate tapi kalau orang Google ukrida mesti jumpa blog ni..hihuu...ramai adik2 yang baca blog ni, dulu kan rajin tulis pasal Ukrida, study kat sini macamana dan sebagainya. Bukan setakat adik, ayah adik pun baca...segan ittew u'olls..hehee...tapi bestla jugak sebenarnya, at least I did something, share my experiences with them, so that they know something bout the place that they wanna further their studies. Aku pun dulu cari jugak blog beberapa seniors ukrida, buktinya I knew a few of the bloggers before masuk study sini...cuma ada sorang kakak yang still bertegur dan betul2 kena dari blog, hai Kak ana  in case u read this :)


    Ok pagi2 11hb tu kami gerak dari tanjung duren pukul 5 pagi. Aku sewa Angkut, kalau ada yang tak tahu Angkut tu adalah angkutan umum, macam van singgah2 tu...lepas pick up semua anak2 dan cukup 6 orang kami gerak ke muara Angke, pelabuhan untuk naik feri ke pulau Tidung. Sampai sana dalam pkul 6 lebih, dan feri gerak dalam pukul 7 lebih. Feri ni bukan macam feri biasa, takde tempat duduk..hehe...semuanya bersila macam pelarian dah rasa, macam nak kena gi jual -_-" semua boleh duduk gaya bebas nak baring, terlentang ke, tidoq ke. Aku tak tido, tapi ambil peluang duduk kat luar, sambil ambik angin dan tengok ombak



    ألم تر أن الفلك تجري في البحر بنعمة الله ليريكم من ءاياته إن في ذلك لآيات لكل صبار شكور
    ertinya:
    Tidakkah kamu memperhatikan bahwa sesungguhnya kapal itu berlayar di laut dengan nikmat Allah, supaya diperlihatkan Nya kepadamu sebagian dari tanda-tanda (kekuasaan) Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi semua orang yang sangat sabar lagi banyak bersyukur. (Q.S. Luqman: 31)



    Sampai je kat sana, kaki dibawa ke homestay. Sampai kira2 pukul 10 lebih camtu. Sampai je dengan penat dan lapar, kami dihidangkan dengan makanan tengahari yang enak dan welcome drink jus mangga.  My all time favourite!!heee...sementara tunggu zohor dan nak pergi sorkelling dan bermain2 kami berehat dulu, ambil angin dan main2 kat tepi pantai to. Punyalah beli simkad baru tri untuk main internet tapi xde line pun. Sangat slows...patutlah Bapak to cakap website tak boleh nak update sebab internet loading..hahaa...aku pertikaikan sebab harga dekat website lain, itu yang dia cakap website tak boleh update...apa apa ajala.




    Lepas solat zohor kami ready nak snorkellimg. Yeayy!! Dah la semua org first time. Kehkeh...kami diberi basikal satu sorang sepanjang kat pulau tu dan kami ke kawasan snorkelling tu untuk naik bot dengan basikal. Tapi kat sini semua tempat nak kena bayar parkir..biasalah tempat wisata kan...kami snorkelling dengan jayanya, melihat ikan dan karang, trapi sayang ikan tak berapa banyak pun...hohoo...



     me underwater...hohooo :)

    Lepas snorkeling kami main banana boat, diorang tanya nak jatuh tak? Dan aku cakap jatuh sekali...banyak dah kes banana boat ni pernah ada kakak senior yang patah tangan gara2 banana boat ni. Scary you! Dia biasa biasa je cumanya dia jatuhkan kita secara tiba tiba tanpa  kita sedar. lepas tu kami main donut boat...ok donut boat sumpah best, super duper excitingg!! kemudian kami terjun jambatan cinta. aku terjun 2 kali, angela dengan vais sekali dan mereka bertiga yang lain xnak terjun...


      us. after snorkelling, playing water sport and jumping from jambatan cinta...


    lepas tu kami balik ke homestay sekejap sebelum pergi ke pantai dan tengok sunset.

     homestay colle adventure. betul2 tepi laut.
     wakaf kat depan homestay.


    kami dan speda.
    pondok atas pokok dekat pantai. teringat zaman kecik2 dulu ada juga pondok macam ni .
    lepas penat main air pantai dan buaian kami berbasikal lagi ke tempat sunset. subhanallah cantik sungguh! 




    lepas penat seharian bermain air dan berspeda kami balik ke homestay. sampai je kat rumah makanan dah tersedia! alhamdulillah boleh mengisi perut yang lapar :) lepas dah siap mandi, solat jamak maghrib isyak, rehat2 sebentar kami keluar beli minuman dan ke kedai cenderahati...beli baju pulau tidung...hehee.lepas tu kami makan barbeque. orang kat situ yang bakarkan, kitorang ready makan je! ikan dia memang super segar! sedap...lepas tu tidur dengan lenanya.


    ok bangun pagi solat subuh aku dengan semangatnya kejutkan diorang nak pergi tengok sunrise. lepas tu kami pergi kejutkan adik yang akan bawa kitorang, adik tu bangun dengan muka terkejut...kami tunggu dia bersiap lepas tu dia pergi macam tu je, tanpa cakap apa2 dekat kami...apebendanya dia ni...hohooo...akhirnya kami hanya menunggu sunrise depan homestay je...




     subhanallah. cantik kan!! pemandangan dari depan homestay je..

    orang yang sediakan makanan cakap adik tu akan datang lagi, tapi dah cerah tak datang2 jugak..lepas tu kami siap2 breakfast mandi dan siap nak balik...katanya kami balik jam 7, rupa rupanya tengahari...aku call tuan travel, dia kata adik tu pergi sekolah...lol, sekolah lagi budak ni rupanya, tapi keje jadik tour guide kami...patutlah muka dia terkejut, nak pergi sekolah rupanya...dia kata aktiviti pagi ni bebas kita nak ke mana saja naik speda tu...


    kami pun naik speda pusing2, jumpa adik tu dengan kawan2 dia tengah menulis, katanya ada praktikum...baru SMA tahu...so kami pergi pusing satu pulau nak main pantai lagi dan balik homestay bersiap untuk pulang! lepas zohor naik feri lagi dan sampai kat muara angke tu kami makan seafood segar dulu baru naik angkut pulang. sampai dah nak dekat isyak kat rumah....alhamdulillah, such a wonderful experience...mungkin lepas ni boleh pergi lagi tapi ke pulau lain pulak :)

    ok till then, thanks for reading!



    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...