nuffnang

    Friday, April 8, 2011

    Tips: update blog walaupun tengah sibuk dan banyak tugasan harian ^^

    Salam semua ^^

    sebenarnya tak adalahlah tips sangat tapi hanya ingin berkongsi apa yang aku buat untuk menjaga blog kesayangan dalam kesibukan tugasan harian ^^

    adalah beberapa kawan aku cakap:

     "jaa,rajin gila kau update blog??bila masa ko tulis??"
    "eh jaa tu tak study ke??aku tengok asyik blogging je"
    "jaa sepanjang masa ke update blog??"

    oh tidak sama sekali la kawan-kawan...aku bukanlah blogger tegar sentiasa dengan laptopnya...mungkinlah beberapa minggu lepas aku rajin sangat sampaikan 4-5 post sehari..itu memang rekodlah,aku biasanya satu post je sehari ^^ apa yang penting aku nak pastikan setiap hari ada orang masuk blog ni, barulah hidup kan..kalau tidak kusam la jawabnya ;(

    ok back to the point, apa yang aku buat untuk update blog walhal tengah busy dan jadual penuh dengan kerja..bagi aku satu post sehari sudah memadai sebab kalau banyak-banyak tak ada orang baca buat apa jugak kan..huhuhu...apa yang penting, pembaca kita tahu yang kita akan update setiap hari dan akan terus ke blog kita setiap hari,update itu penting walaupun entry ringkas ^^

    • Bila ada idea terus tulis dekat draft-aku biasanya akan tulis tajuk entry aku dan rough idea lepas tu buat draft dekat post..jangan sia-siakan idea anda yang menarik ;)

    • Bila ada masa terluang contohnya waktu petang lepas balik belajar mesti nak hilangkan bosan kan..terus bukak draft dan edit post mana-mana yang berkenan di hati..

    • biasanya aku akan tulis dalam 3-4 entry sekaligus lepas tu buat auto-published mengikut masa dirasakan paling sesuai,biasanya waktu orang ramai online:peak hours..meskipun kita tengah belajar,bercuti dan apa sahaja blog kita tidak akan sunyi =D

    • Buat 'link connection' dengan twitter dan facebook..contohnya network blog,setiap kali entry baru kita published, maka setiap kali itu ia akan keluar dekat page yang telah kita 'setting' awal-awal contohnya page blog kita dekat facebook..begitu juga dengan rakan-rakan di twitter

    • kadang-kadang kesibukan tugasan harian boleh menghilangkan mood kita untuk menaip entry dan pada masa yang sama tak boleh berfikir nak tulis pasal apa dalam blog...biasanya aku suka baca surat khabar dan cerita menarik atau isu hangat itu juga boleh dijadikan bahan menulis selain tambahan apa yang berlaku di sekeliling kita..



    rasanya itu sahajalah yang aku buat setakat ini untuk update blog dalam masa yang singkat...namun tidaklah setiap hari kan kita sibuk, cubalah buat cerita dan entry yang menarik perhatian pembaca untuk membaca dan seterusnya pembaca itu akan mengajak rakan mereka membaca cerita kita yang mereka gemari...menulis sebenarnya memberikan kepuasan bagi diri aku sebab aku dapat meluahkan apa yang terbuku dalam hati ini...


    ada juga kawan yang cakap 'blogging' membuang masa namun semua itu adalah pilihan diri kita sendiri...kalau kita tulis entry pendek, namun berkualiti dan menarik tak adalah memakan masa yang lama pun..dalam masa setengah jam pun boleh siap sedangkan kalau kita keluar pergi makan pun dah sejam lebih,nak jimatkan masa apa kata tapau je???tak pun masa korang lepak tu boleh je lama berjam-jam..apapun sentiasalah berfikiran positif dan jangan lalai dan terlampau leka blogging sehinggakan 'assignment' dan tugasan harian terabai..

    mungkin ketika post itu publish kita tengah leka belajar dalam kelas ataupun tengah berada di tengah-tengah hutan untuk 'camping'..hehhehe,kan menarik macam tu..tak adalah sarang lelabah ataupun sawang dalam blog...kesibukan tugas bukanlah alasan, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih ^^

    p/s: gembira dengan peningkatan blog aku sekarang,terima kasih semua =D

    18 comments:

    Unknown said...

    jaa..cam knur idea ilang terus bila penat..takde mood nak tulis blog..tapi rajin sgt baca org punya update..sengal..kan? :)

    Tok Esah said...

    terbaaaekk jaa~!!! hehe

    Tok Esah said...

    terbaaaekk jaa~!!! hehe

    mr_right said...

    berguna gak eh !!
    hee..
    suke3 ~

    forever love said...

    bgs2.. tp atq tak reti nk auto publish.. hahah

    kindergartenlibrary said...

    macam tu ? baru tau !!

    AiMaN said...

    ajar aku sikit kat..hihih

    OmmaHussein said...

    waaa...tips yg berguna..tq2.. =)
    btw..saya follow blog awak yer.. =)

    sjaa64 said...

    @Princess Nur

    HEHEHEE....biasalah tu,klu penat xdenyer nak update2..huhuu..sbb tu bagus buat auto-published ni ;)

    sjaa64 said...

    @Tok Esah

    bese2 jelah tok!!!hikhik =D

    baru nk bertatih ginilah

    sjaa64 said...

    @mr_right

    suka ke??jaa lagi suker..hehe ^^

    sjaa64 said...

    @forever love

    yeke atiq???alaa,edit post option tu je

    sjaa64 said...

    @nelly

    haaa,cmtulah sygss ;D

    sjaa64 said...

    @AiMaN

    hahahhaa...iot atok!!ingt dop aku yg ajar mu dulu cmne nak buat auto-published ni dulu??

    sjaa64 said...

    @nida-razak

    thanks nida ;)
    hiksss!!!

    yaya_flanella said...

    rajin baca org punya je! hee

    ❤ lovelymasha❤ said...

    caiyokk..akak pun slalu guna autopublish kalau time xsmpt...hehe

    Easy Official said...

    Ooo..macam tu..buat auto-published ea..thanks for the tips..

    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...