nuffnang

    Sunday, January 5, 2014

    jaulah jogjakarta (part 2) - keraton, gunung merapi, candi prambanan

    Assalamualaikum...

    sambungan dari jaulah jogja part 1

    31 disember 2013

    pagi-pagi lagi dalam pukul 8 camtu kami keluar rumah dan bergerak ke keraton. keraton ni macam tempat sejarah dekat jogja la jugak. ada tempat tinggal sultan dan tempat tu sebenarnya masih digunakan untuk majlis keramaian seperti hari raya dan sebagainya. terdapat juga pameran pakaian yang diorang pakai dan gambar-gambar sultan lama. menarik memang menarik tapi yang agak menyedihkan adalah rajanya adalah islam tapi mengamalkan kepercayaan khurafat. orang-oranya juga memakai pakaian yang seolah-olah berkemban pada tiap kali upacara. kesian jugak menengoknya.



    kami dibawa oleh tour guide yang menunjukkan tempat-tempat dan menerangkan pada kami.kat betul-betul tengah dataran tu kami dapat lihat ramai bapak-bapak yang mostly dah tua berpakaian serupa dan berkaki ayam tengah duduk-duduk. bila ditanyakan, mereka sebenarnya adalah rakyat yang tinggal di tanah raja tanpa bayaran jadi mereka harus mengabdikan diri mereka secara sukarela secara bergilir-gilir. mereka duduk di situ untuk diambil absen (kedatangan) dahulu. 



    inilah pakaian diorang. katanya mereka harus duduk dekat kawasan keraton tu secara sukarela. tapi mereka ada yang buat kerja lain juga untuk menyara kehidupan, jadinya duduk-duduk di situ hanya part- time dan bergilir-gilir gitulah...


    lepas keluar dari keraton, kami pergi ke kawasan sekitar malioboro untuk membeli sedikit cenderamata untuk housemates dan kenang-kenangan buat diri juga. oh kami pergi juga ke tempat pembuatan batik, jogja terkenal dengan batiknya juga. cantik sungguh batik, secantik harganya..hehee..harga paling murah rp150k yang saiznya sebesar poskad.

     antara corak batik dengan tulisan Al-fatihah di atasnya. cantik!


    kami kemudiannya meneruskan perjalanan ke gunung merapi. breakfast nasi uduk atas kereta..hehee... sampai je kat kaki gunung merapi tu sungguh sejukk..kami mesti naik jeep untuk pergi naik lebih atas dan ke tempat persinggahan area gunung merapi tu. jalan kat situ memang mencabar habis. kami ambil 3 jeep sebab 1 jeep tu boleh muat 5 orang. untuk short journey bayar rp250k untuk satu jeep..boleh jugak nak sewa motor tapi dengar kata kalau motor lalu ikut laluan lain, pakai jalan raya dan tak begitu mencabar.


    awalnya cuaca baik je, ok confession ni first time saya naik jeep yang boleh berdiri camni..seronok tauu! hehee :p saya rasa sangat best, hirup udara dingin, jeep bergoyang macam roller coaster dan tengok keindahan kawasan kat situ. ada orang cakap "rasa macam kat oversea" hehee..selama ni dok jakarta tak rasa yelahh hirup udara sampah dan asap, macet tiap hari, panas lagi. mana nak cari nature yang macam ni? hehee... apapun, alhamdulillah, setiap apa jua ciptaan Allah tu tidaklah sia-sia tapi kita ni manusia cepat sangat nak complain sana sini kan..hehee ^^



    lebih kurang camtulah gayanya, tapi di pertengahan jalan hujan turun dengan lebatnya wehoo..kami terpaksa tutup jeep dan duduk diam-diam...perhentian pertama adalah tempat peninggalan time gunung merapi memuntahkan isinya..banyaklah barang yang dipamerkan seperti botol-botol yang dah lebur, alat senjata api dan banyak lagi. botol-botol tu biasanya takat lebur dia lebih kurang 1000degree celcius. bayangkanlah betapa panasnya kann...rasanya lebih panas sebab kawasan ni macam dah agak kebawah sikit. 


    contoh komputer tv yang separa lebur. banyak lagi kat situ ada rangka motor, pinggan mangkuk dan rangka binatang yang mati pada saat kejadian. 

     ok ni dekat perhentian ke-2. kat bawah tu dia macam ruangan untuk orang menyelamatkan diri ke macam tu, tapi sebab time ni hujan air membanjiri, tapi ada kawan masuk katanya hanyalah ruangan kosong macam tu je. menurut cerita orang kat situ ada yang meninggal kat dalam tu sebab tak sempat pun nak selamatkan diri. seram jugak mendengarnya..kat sini kami banyak bergambar, haa macam-macam gaya dalam hujan :)



    ok ni pula perhentian ketiga, perhentian terakhir kami. perasan tak batu tu bentuk apa? cuba tengok betul-betul. batu ni berbentuk wajah manusia gergasi...hehee..tapi wajahnya tidak terlalu jelas kelihatan pun, bergambar jugak kat sini...apa yang best kat area sini boleh tengok lorong tempat larva tu keluar. gunung merapi ni aktif, akan meletup bila-bila masa je dalam masa 4-7 tahun. terakhir meletup tahun 2010, time tu pukul 12 malam...so boleh jadi tahun ni meletup lagi? wallahua'lam...


    untuk pengetahuan anda sayalah pembawa jeep itu! weeho!silalah buat muka percaya :p


    subhanallah...cantik sungguh ciptaan Allah ^^ gunung merapi. walaupun kau memusnahkan jiwa dan harta benda namun engkau memberi manfaat...engkau menjadi tempat wisata di mana manusia seluruh dunia datang nak melancong ke sini...orang-orang boleh berniaga dan mendapat pekerjaan di situ. engkau juga menjadikan tanah sekitar subuh, boleh bercucuk tanam...hebat bukan? macam manusia juga, dari satu sisi keburukan yang kita nampak kat seseorang apa kata apa benda baik yang dia dah buat? apa manfaat dia pada orang ramai? intai kebaikan, sorokkan keburukan :D


    ok lepas turun dari gunung merapi kami ke candi prambanan. ok ada kisah yang saya nak coretkan kat sini, walaupun tiada yang membaca, bolehla saya sendiri yang baca suatu hari nanti :p  harga untuk orang indonesia adalah rp35k dan kalau tourist/international rp120k, punyalah jauh perbezaannya tu..kami kan student kat sini..suruh bapak supir yang belikan tapi dia cakap pulak mahasiswa dari malaysia memang akan kena mahal la kan, cakap jelah dari jakarta. bukan menipu memang benar kami dari jakarta kan? pandai-pandailah kita ber'ghulam' di sini..hihii...Alhamdulillah lepas tunjuk student card tu kami dapat je harga local ;)

    oleh sebab semalam tak sempat pergi candi borobodur, alhamdulillah sempat jugak kali ni ke candi prambanan...sebenarnya takdelah apa sangat, hanya batu-batu tempat tinggalan orang hindu dulu beribadat je. tapi orang kata kalau pergi jogja tak pergi candi macam tak lengkap gituu...candi lembah bujang dah musnah dah..huu...so masuk ambil gambar, dan pusing-pusing...orang kata panas kalau pergi siang, tapi kami time ni memang hujan rintik-rintik dan memang dah petang nak maghrib dah pun.



    ok letaklah sekeping gambar tanda dah sampai sini :p perasan tak gambar tu banyak warna hijau? sebenarnya time dekat gunung merapi tu tetiba camera jadi semua warna biru akan jadi hijau dan merah jadi pink. baju kami mostly biru termasuk baju hujan kat belakang tu pun biru jadi warna hijau..alamak handphone guwaa T_T rasanya masuk air, tapi bila tukar default setting balik jadi ok macam biasa. tertekan setting camera la kot..heheee...alhamdulillah ok saja ^^

    sebenarnya banyak sangat orang menjual cenderamata kat bawah lepas turun candi tu, tapi sebab tak larat fikir nak balik dah penat seharian berjalan malas nak singgah dah...hehee...sebenarnya kami ada plan untuk ke dieng pada keesokan harinya, tapi sebab semua dah macam penat, lepas tu cuaca macam agak tak mengizinkan sebabnya  nak pegi dieng tu untuk tengok sunrise sebenarnya..orang kata jugak pemandangan kat situ cantik, tapi kalau hujan memang kami tak dapat tengok apa juga. lepas bersyura dengan semua ahli mesyuarat tingkat, kami decide tak pergi dieng dan buat aktiviti bebas pada hari ke-3. ada yang ke malioboro, ada yang ke spa dan ada yang masak-masak kat rumah..oh ye saya berdating dengan kawan sekolah yang study kat UGM ^^

    alhamdulillah jaulah dua hari yang cukup bermakna, berjalan bersama-sama sisters jakarta..hehee...insyaAllah panjang umur murah rezeki kita berjaulah lagi ^^



    No comments:

    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...