nuffnang

Thursday, October 6, 2011

subhanallah...alangkah indahnya jika dia seorang muslim

Assalamualaikum...

Alhamdulillah hari ni genap sebulan aku di bumi Jakarta, bumi yang akan mengajar aku erti kehidupan yang sebenar, akan mendewasakanku dan bakal menjadi saksi perjalanan hidup aku selama 5 tahun di sini (insyallah)...pejam celik pejam  celik je kan, tapi dah banyak perkara yang aku belajar di sini termasuk dari segi  pemerhatian dan pelaksanaan :D

semalam macam biasa aku ke kelas, ohh memang kat sini majoriti kawan-kawan aku adalah beragama kristian...tetiba dia panggil aku "siti tolong aku baca surat dong!!" aku ingat surat apelah yang dia nak suruh aku baca..tetiba dia keluarkan AL-Quran dari beg dia, AL-Quran yang beserta tafsir...aku pelik la cemana dia boleh bawak pula kan..

Rupa-rupanya dia mendapat satu sms tentang perbandingan agama dan mahu baca sendiri dalam Quran, dia suruh kawan kitorang yang muslim bawakan, mungkin dia tak berpuas hati kot..nak baca sendiri..terus dia suruh aku carik surah AL-Imran ayat 3- 4 yang bermaksud :-

" dia menurunkan kitab (AL-Quran) kepadamu (Muhammad) yang mengandungi kebenaran, membenarkan (kitab-kitab) sebelumnya, dan menurunkan Taurat dan Injil, sebelumnya, sebagai petunjuk bagi manusia, dan dia menurunkan AL-Furqan. sungguh orang-orang yang ingkar terhadap ayat-ayat Allah akan memperoleh azab yang berat. Allah maha perkasa lagi memberi hukuman"

sungguh bersungguh-sungguh dia berusaha untuk mengkaji, menilai dan mengetahui isi kandungan dalam AL-Quran..aku sendiri belum begitu menghayati isi kandungan Quran itu sendiri, "subhanallah...alangkah bagusnya kalau dia seorang muslim" kata seorang rakanku yang kebetulan ada di situ...dia memberitahu aku dia mahu mengkaji bagaimana perpecahan agama boleh berlaku dan mengapa adanya beberapa kitab..

aku mungkin masih jahil, tidak begitu yakin untuk memberikan jawapan...kalau aku katakan AL-Quran adalah wahyu Allah yang suci, sempurna mungkin ia akan mengguris perasaan dan menggugat persahabatan kami kan...tidak mungkin pula aku katakan perkara yang tidak elok pada kitab suci mereka...dia nampaknya begitu teruja bila mengetahui dalam AL-Quran ada ayat yang menunjukkan kitab-kitab terdahulu sebelum AL-Quran...

namun kami tidak sempat berbual lagi lama, perlu masuk kuliah...aku harap agar dia mendapat hidayah dan menemukan cahaya islam dalam dirinya, walaupun dia merupakan penganut kristian yang agak kuat siapa tahu kan..mungkin dia masih tercari-cari nur dalam agama itu sendiri...aku tahu masih banyak benda yang perlu aku pelajari dan fahami, bukan sekadar hanya membaca AL-Quran sebegitu sahaja, membaca tafsir dan memahaminya merupakan perkara yang cukup indah :)



insyallah, aku berharap aku dapat berubah menjadi seorang muslimah sejati..mungkin perubahan itu memakan masa, aku tahu aku memang banyak kejahilan di masa lampau namun aku tahu aku masih ada waktu untuk berubah...mendekatkan diri dan bersahabat dengan orang yang baik akan membawa kita menjadi seorang yang baik,insyallah (^_^)


p/s: jangan terlalu mudah menilai seseorang


Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...