nuffnang

Wednesday, April 20, 2011

Alhamdulillah....rasa dah lega sikit ^^

Salam semua ^^
Tadi baru siap print report unit 6 Biology yang bertajuk 'the effect of temperature on metabolic rate of lucilia sericata larvae' .kiranya banyak la research pasal metabolic rate kebelakangan nie..huhu...lucilia sericata tu nama saintific bagi lalat..sebelum jadi lalat, telur tu akan jadi larvae dulu ataupun namanya maggots..oh,geli geleman jugaklah main dengan baby-baby lalat nih..huhu ^^

Hari tu ada cerita pasal maggots si baby lalat tu kat entry ni...experiment tulah, individual investigation..penat kot buat eksperiment nih..yelah semua kena research dan buat experiment sendiri...tu pun setelah beberapa kali idea kene reject, macam tak boleh nak pikir sangat benda-benda yang outstanding, kenelah critical thinking and think out of the box!

setelah berhempas pulas dan bertungkus lumus beberapa bulan buat benda alah ni, finally siap jugak...penat tu memang lah tambahan pula dengan bau maggots yang aku rasa sampai kini masih teringat-ingat,menyengat hidung taw =.=  dan jugak geli-geleman time nak deal dengan makhluk ciptaan Allah yang nampak macam tak berguna namun memberi banyak kegunaan sebenarnya..maggots ni boleh guna dalam perubatan sebab dia boleh rawat sel-sel mati kat badan kita...

Alhamdulillah, report yang membelenggu aku selama ini sudah siap dan tunggu untuk dihantar esok...rasa dah kurang beban dan boleh fokus sepenuhnya kepada final exam ni...esok last kelas dan lepas itu tamatlah kelas bagi program a-level 2 tahun kat INTEC ni..sekejap  betul masa berlalau,tuptup dah nak exam...dulu kemain,alamak kenapalah aku kena buat A-level kat INTEC, dah la dua tahun,..tak boleh ke nak fly terus macam member lain??diorang pergi Rusia, mesir, Jordan tak buat A-level pun..huh!jelesss...

tapi tengok 3 minggu lagi dah final..sekejap je pun..mana-mana pun sama je, rezeki kita mungkin di sini dan rezeki diorang mungkin di sana....ok lah, nak sambung study, last minute ni buat pecutan past year dengan latihan je bebanyak...pastu lepas usaha kenalah banyak-banyak doa serta buat solat hajat..moga-moga hajat kita tercapai...jangan lupa doakan kejayaan jaa sekali :D

kepada yang undi jaa, thanks a lot!!teruskan mengundi sebab kalau boleh jaa nak menang!!!!lepas undi ajak la kawan-kawan undi skali..tolong promot sekali ek kat kawan2..hehe ^^

tekan pic atas untuk undi...tick no 1 dan vote untuk undi..thanks ^^
undian anda sangat dihargai :D


P/S: nak pakai shawl style hana tajima tu memang lawaa,tp kalau tak kena pakainya nampai serabai lah!!
no offence=.=
Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...