nuffnang

    Showing posts with label memories. Show all posts
    Showing posts with label memories. Show all posts

    Tuesday, January 1, 2013

    Reminiscing memories 2012

    Assalamualaikum....



    Hari ini 31 Disember 2012, besok 1Jan 2013....bagi yang masih bersekolah bakal naik satu tingkat lagi ke atas, darjah satu jadi darjah 2..tingkatan empat naik jadi tingkatan 5...kalau nak masuk sekolah semua benda nak baru, baju baru kasut baru....hari pertama sekolah, semua baru!!! tak kurang pula ada yang nak pasang azam baru, nak jadi seorang yang bla..bla..bla...tak kurang pula perancangan tahun ni nak kawin, nak beli rumah dan macam-macam kan...anda bagaimana??




    tak perlu nak menunggu tahun baru, sepanjang masa kita boleh perbaharui niat kita...kalau orang tanya azam, saya tidak pernah meletakkan azam yang spesifik untuk dicapai sebab kita tahu Allah sudah tentukan segalanya, tapi kita kena mencuba dan terus berusaha untuk mencapai apa yang kita nak...ermm apa relevan saya tak nak letakkan azam yang spesifik?? nanti kalau tak tercapai mesti frust sesangat, takde semangat nak teruskan hidup...kesian kalau tengok segelintir manusia yang sanggup buat perkara yang tak masuk akal semata-mata apa yang mereka idamkan itu tak tercapai...apa yang penting usaha dan terus berusaha dan bersiap sedia untuk terima apa saja hasilnya kelak ^^




    panjang betul muqaddimah, huaaah...ok sekarang nak berbalik kepada tujuan asal post ini ditulis, untuk menyingkap kembali kalendar hidup sepanjang 2012...bukanlah untuk mengenang memori lalu sangat cuma kalau ada apa yang kurang sepanjang tahun ni kita boleh betulkan, ambil iktibar dan pengajaran dari kisah hidup kita sendiri untuk menjadi yang lebih baik dari hari ke hari..betul ke dak??hihiii...sebenarnya 2012 banyak mengajar saya erti kehidupan, menjadikan saya lebih qawiyy dan juga fasa perubahan dalam hidup..hehee..




    Disember-January 

    kalau cuti disember tahun lepas, saya ada pergi PERMAI (perhimpunan mahasiswa Islam seindonesia) di bogor, jaulah surabaya dan Malang, kemudian HAMKA di surabaya...pokoknya, cuti dua minggu tahun lepas penuh sampai january, tinggal sehari je macam tu sebelum start kuliah...padat dan mampat, gunakan masa cuti sebaiknya..hujung January tu ada pergi main bowling bersama geng UTJ :D  ohh rasanya penghujung 2011 dan nak masuk 2012 macam tu la tetiba je kena jadi AJK PKPMI-CJ, biro diplomatik...huhuu...ingatkan hanya jadi wakil batch, tapi kena jadi AJK, ok terima jelaa...first meeting pergi dengan blurr dan awkward sesangat...siap sesat lagi nak cari rumah..hehee..




    February-Mac

    February join kem kepimpinan PKPMI-CJ dekat kem wisata alam Baladegana  ok time ni baru berkenalan dengan seniors yang cool dan mixed around with them...apa yang best untuk bulan ni adalah cuti semester!!yeayh setelah 6 bulan di Indonesia akhirnya dapat balik..hehee...cuti lebih kurang sebulan rasanya sampaila bulan mac baru datang sini kembali.. balik kampung bersama si kunang-kunang ..kehkeh :p tapi tahulaa bila balik rumah segala azam, niat, iltizam yang nak dibuat tercampak ke mana-mana...tiada perubahan pada diri, masih kembali kepada diri yang sama, huwaaaaa :(


    gambar ni saya ambil kat masjid tanah abang, sewaktu shopping barang2 untuk bawak balik Malaysia :)



    April-Mei

    ok masuk semester 2, baru rasa macam medical student sebab baru start study pasal anatomy, physiology, histology....sebelum ni belajar pasal etika kedokteran, empati, komunikasi dan basic biology yang kita dah belajar...tiap-tiap minggu pergi RS (rumah sakit) Husada untuk practicum anatomy,tengok manusia tidak bernyawa..hohoo....kat kolej kitorang masih belum ada lab anatomy...masa ni jugak sibuk sangat dengan persediaan MAFEST(Malaysia festival) ,  tolong mana-mana yang patut dan kebetulan kami bukak gerai jualan....tu dari segi study, dari segi D&T baru dapat daurah tentang shahadatul haq masa ni semangat membara-bara nak bagitau semua orang tentang Islam...huarghh, semangat!!



    Jun-July

    kehidupan masih lagi diteruskan seperti biasa, tiada apa sangat yang menarik cuma waktu ni ada program rafting dan jaulah to Bogor....yeayyy! rafting adalah perkara yang sangat sangat dinantikan setelah sekian lama..ada peluang pergi, dengan sisters lagi apa salahnya kan ^^ jaulah ke bogor tu sempat juga menikmati makanan dan jalan-jalan dekat kedai-kedai yang comel dan menarik, nama tempat tu wisata kuliner.. waktu bulan julai ni jugak housemate dekat Intec dan beberapa orang kawan lagi datang, bawak mereka jalan-jalan jakarta tapi yang sangat tak best adalah time tu jugak nak dapat diarrhea yang sangat teruk, sampai nak bangun pun tak larat :(  fikir kalau sakit memang tak best, nak buat semua benda tak larat tapi kalau ingat balik yang sakit tu kaffarah dosa boleh senyum balik (^__^) Allah tu memang sweet..



    August

    yeayy! raya datang lagi...kali ni cuti semester pun datang lagi, tamatlah setahun perjalanan sebagai pelajar UKRIDA, sebagai perantau di Jakarta...kebetulan masa tu PASPEL(persatuan Alumni smk.pelong) nak buat program tautan ukhwah bersama alumni untuk candidates PMR dan SPM dan tengah mencari fasilitator, aku pun setuju untuk jadi fasi sementara takde benda nak buat kat rumah boleh jugak berbakti kepada adik-adik sekolah dulu...sekolah yang memberi seribu satu kenangan, sumpah rindu sangat dekat smk.pelong walaupun orang cakap sekolah dalam hutan..hehee...sebelum tu kami buat reunion dulu, gather kawan-kawan kan masa tu bulan puasa dan ramai tengah cuti, maka kami buat iftar+reunion...PASPEL ni baru sangat ditubuhkan dan kami adalah perintis dan program ini adalah yang pertama ^^



    september

    Aidilfitri menjelma lagii...antara perkara yang best selain berkumpul dengan family time raya, makan kuih raya dan sebagainya adalah dapat jumpa kawan-kawan SESMARIANS...kitorang pergi wedding kawan, both of brides and grooms are my classmates!! kat sana kami buat reunion pulak..hehee.. selamat pengantin baru faiz dan mazirah .. semoga bakal melahirkan zuriat yang soleh dan solehah...hehee^^



    dan masuk semester baru, semester tiga!! ada pulak junior yang baru masuk dalam 36 orang macam tu kalau tak silap...PKPMI-CJ adakan WOW (wonderful orientation weekend) untuk mereka di Malaysia hall, sekaligus untuk berkenal-kenalan dengan adik-adik yang baru datang dan terus pilih pelapis untuk ajk..hehee..



    adik-adik juniors :)

    october

    rasanya dalam banyak-banyak bulan, bulan inilah yang paling busy....banyak program yang kami adakan, program untuk kami sendiri dan untuk adik-adik jugaa...bulan october ni sebenarnya banyak bawa perubahan dalam diri aku sendiri...lepas ikut daurah 'sayonara Jahiliyah' semangat untuk berubah makin berkobar-kobar...sebelum ini macam pakai stokin sekejap lepas tu buang kalau panas buang handsock...tapi lepas daurah yang berlaku selama dua hari tu, lepas dengar kisah-kisah orang yang berhijrah hati ini semakin membuak-buak dan meronta-ronta untuk berubah...



    aku mulai dapat istiqamah pakai stokin dan handsock dan dengan tekadnya simpan shawl kesayangan yang nipis dan kecik tu dalam plastik dan berazam tak nak pakai lagi dahhh... hampir 20 helai rasanya shawl tu, dengan shawl yang ada batu-batu kat tepi yang colourful semua kusimpan rapi..huhuuu...sayang memangla sayang tapi kita nak cari rehda Allah kan?? Allah redha ke kita pakai camtu??wuwuwuwu T_T kalau nak pakai bawal pun pakai dengan inner kat dalam sebab nipis...semoga dapat istiqamah, insya Allah :D




    program dengan adik 2012 adalah 'baby elephant syndrome'  yaitu sharing dengan kak mila yang datang untuk angkat sumpah doktor...lepas tu buat rehlah, camping dekat monas dan pada waktu malamnya ada sharing lagi tapi kali ini dengan kak Atfina...makan-makan beramai-ramai buat style potluck...keesokannya, kami gabung dua usrah pergi rehla dekat curug di bogor pulaa...next week lepas sharing di masjid istiqlal tu bawa mereka ke taman safari...malam tu beramai-ramai tidur di widad dulu kita buat games, bbq dan sharing lagi dari kak su..weee....tersangat excited ke taman safari sebab dapat kasi binatang makan dari dalam kereta jee..hehee...memang padat betul jadual kami time tu...huhuu

    selepas sharing dan games di masjid istiqlal ^^


    november-disember

    untuk november kami ada buat program jalan-jalan cari cinta ke anyer...sebenarnya program asal adalah ini sejarah kita, tapi kita kasi nama keren..hehee...tidur di villa selama 2 malam, betul betul tepi pantai :) kalau disember ada beberapa program yang berjalan dilaksanakan iaitu fly high, aurora nusantara ke palestin oleh dr.tahir dan HAMKA 5.0...




    Bolehla baca link berwarna untuk lebih jelas tentang setiap aktiviti, tidak perlulah dijelaskan dengan lebih lebar lagi kan..hehee...semoga segala aktiviti yang telah aku serta pada tahun ini bermakna dan bermanfaat, tidak sekadar menghadirkan jasad tanpa nyawa..huhuuu...insya Allah...semoga saya menjadi seorang yang lebih baik dan sentiasa membaiki diri dari hari ke hari...





    "Demi Masa, Sesungguhnya SEMUA manusia itu di dalam kerugian, KECUALI mereka yang berIMAN, dan beramal soleh Dan berpesan2 pada kebaikan, dan berpesan2 pada kesabaran" (surah Al-asr)




    saya suka untuk ambil pengajaran dari surah ni, semoga hari-hari yang bakal kita lalui akan datang tidak disia-siakan dan semoga kita tidak tergolong dalam golongan mereka yang rugi...cubalah beramal walaupun sedikit dan janganlah sesekali memperlekehkan setiap amalan yang dilakukan dengan ikhlas meskipun hanya menemui saudara dengan bermuka manis (^__^)





    semoga segala urusan kita dipermudahkan, insya Allah..


    mari mengejar redha ilahi !!

    Thursday, July 19, 2012

    End of first year as a medical student

    Assalamualaikum dan salam sejahtera :D


    Pejam celik pejam celik, kuliah, pbl, presentation, pleno, exam non stop bla bla bla.....that's the end of my journey as a medical student at UKRIDA, jakarta....hurmmmmm...time flies fast right??i still remember the first day my friends and enrolled ourselves here, everything seem new things for us, lots to learn with new friends, new environments, new friends and language.


    Alhamdulillah....alhamdulillah....alhmadulillah....Allah permudahkan semuanya, semester 2 dah habis dan hari ini bermulalah cuti panjang selama 7 minggu buat kami...jadi bolehla pulang berpuasa dan berhari raya bersama keluarga tersayang..heee ^^


    lepas cuti sebulan lebih ni masuk pulak semester baru, semester 3...semoga perjalanan kami semua dipermudahkan oleh-Nya untuk menghabiskan 30 blok dan masuk klinikal dan pulang berbakti kepada rakyat Malaysia pula..heee, jauh sungguh berangan kan, perjalanan masih lama  dan banyak lagi ranjau dan onak duri perlu ditempuhi tapi takpelah, itukan impian...biar impian setinggi bintang, boleh jadikan motivasi pada diri sendiri...ok for this entry, i just wanna share some stories and experiences along my one year journey here :)


    ok this is the first day, 6 september 2011

    semua nampak baik, innocent tak tahu apa-apa lagi....dengar dosen cakap pun banyak tak faham walaupun bahasa tak banyak beza tapi masih ada perkataan yang membuatkan kesalah fahaman dan tak faham...belum benar-benar jadi penonton sinetron sejati..lol!! kalau tengok pun kan masih ada subtitles dan masih lagi boleh faham kan....tapi sekarang dah lancar siap boleh cakap bahasa gaul lagi...woooo.. bahasa gaul tu macam bahasa pasar ataupun lorat macam tu laa..


    Belajar untuk semester satu macam takde apa sangat...kami belajar etika kedoktoran, communication as a doctor, and basic biology that we already learn at school and college before...overall, we just need to submit our assignments, discuss with groupmates and do presentation...owhh, semester 1 memang untuk kita bersenang senang dulu, untuk belajar bahasa indonesia yang benar, untuk kenal dengan kawan jakarta dan menyesuaikan diri kat sini...start semester 2 baru masuk belajar tajuk basic medical studies like physiology, biochemestry and histology...masalah bahasa bukanlah masalah utama lagi lepas tu :)


    Gambar ni time kitorang pergi buat baksos (bakti sosial) bagi makanan dengan alat-alat mandian harian dekat orang yang tinggal bawah jambatan tu...sedih sungguh tengok keadaan mereka dengan anak-anak yang tak bersekolah lepas tu diorang makan tidur kat bawah tu saja...siap ada baby yang baru lahir lagi kat situ, haa baru nak rasa bersyukur kan..erm...


     masih dengan anak-anak kecil yang tinggal bawah jambatan tu :(

    memandangkan kami datang tu kan lepas raya puasa lepas tu sambut hari raya aidiladha dekat Jakarta jelaa...first time beraya di perantauan..hohooo...tapi lepas ni memang tetiap tahun raya korban kat sini laa sebab cuti sehari dua je pun...tapi raya puasa tu mungkin lama sikitlah, macam kali ni...biasanya senior cakap cuti tak pernah sampai sebulan tapi bila dah time kitorang sebulan lebih wooo..untunglah sangat kan..weee...

    pagi tu kami solat sunat hari raya dekat masjid kawasan sekitar ni je lepas tu baru pergi ke kedutaan untuk sama-sama menyambut kat sana....pagi tu ada sembelih lembu pastu masak beramai-ramai dan makan ramai-ramai jugaa


     sesi menolong masak memasak di kedutaan

    Bulan Disember tu kan ada cuti Chrismast tapi saya tak balik pun sebab join program permai (perhimpunan mahasiswa islam Malaysia di Indonesia) dan adalah join beberapa program Islamik dan join persatuan pelajar kat sini PKPMI (persatuan kebangsaan pelajar Malaysia di Indonesia) dan bermulalah saya join beberapa program dan bergiat aktif..lol, aktif la sangaaat...


    kem pkpmi bersama senior

    saya ni jenis yang tak boleh duduk saja-saja belajar menghadap buku semata-mata...saya suka berjalan, join aktiviti, program dan rasanya dengan join persatuan pelajar macam ni bolehla ikut aktiviti yang diorang buat...lepas tu saya dah masuk usrah yang mungkin dulunya saya anggap ekstrem tapi sebenarnya group usrah ni sangat best!!!persepsi orang terhadap usrah tu kene tukar sebab diorang tak join, kene join dulu baru tahu..heee :D  banyak jugak program macam daurah yang saya join seperti hamka dan jumpa sisters yang sangat best...banyak benda baru yang saya belajar (^_^)v


    main boling bersama sister usrah...

    ok apa lagi ek, saya tulis mana yang ingat jelaaa..banyak sangat menda yang berlaku sepanjang setahun ni, orang kata kawan ketawa senang dicari tapi kawan menangis sukar dicari....ntah laaa, saya kat sini tak tahu sape 'bestfriend'...i mean a friend who i can share everything, do everything together macam orang cakap di mana ada gula di situ ada semut...semua orang boleh jadi kawan baik, bukan nak kata takde kawan, cuma saya jenis yang flexibe, boleh masuk dengan sesiapa sahaja asalkan orang tu pun boleh masuk dengan kita, easy-going la orang kampung saya cakap...kalau nak ikut proram tu, pergi dengan orang tu nak ikut program ni pergi dengan orang ni...kiranya lebih kepada berdikari, selagi mampu buat sendiri sensorang kita buatlah sendiri tapi kalau buat ramai-ramai baru best kann..


    makan-makan dengan batch-mates!!! inilah bestfriend saya sebenarnya..ni jee pun takde dah yang lain..sikit sangattttt kan kalau nak compare dengan batch lain..huhuu


     ok ni dekat library ukrida


    rasanya time ni diorang suruh ajar english...Oh My English!!!! aku yang english lintang pukang grammar tunggang langgang ni pun disuruh ajar english??LOL sangat! tapi sebenarnya penguasaan english malaysian memang sangat bagus kalau nak compare to indonesian, thumbs up for that!! mungkin sebab diorang tak guna english sangat terutama yang tinggal dekat daerah-daerah, kalau yang tinggal dekat jakarta ok je ramai je yang pandai...tapi banyak yang kalau kita cakap simple word pun tak faham..kan awal-awal dulu selalu gak speaking dengan presentation biasa pakai english sebab dah biasa present english kan dulu-dulu pastu diorang cakap tak faham..urmmm...tapi sekarang ni ok dah, siap kene tegur dengan lecturer lagi "kamu kuliah di Indonesia, jadi haru pake bahasa Indonesia yang benar" gulp!! telan air liur...member indonesian aku baca report a.k.a makalah aku dulu-dulu pun pening..hahaaa




    skill lab penyuluhan ni antara salah satu skill lab yang saya suka sebab kita kena prepare poster then present about it...yang pasal gizi ni macam nutrisi untuk anak-anak kecil dan bagaimana perkembangan mereka dari kecil sampailah besar..lepas tu cerita tentang puskesma iaitu tempat untuk ibu ibu mengandung datang check perkembangan diri mereka dan anak-anak kecil...selain puskesmas kat sini ada posyandu...banyaklaah mende baru...

    ni gambar pokok krismas besar dekat mall central park...comel sangat!!! dia akan pasang lagu kemudian lampu lampu ni semua akan bertukar tukar bentuk dan warna serta pelbagai corak yang sangat menarik...


    ok nak cerita perjalanan di semester dua pula...untuk sem 2 kami kan dah masuk basic medical stusies, jadi kami dah jumpa cadaver, hafal tulang, organ, otot apa semua kan...pastu kena pergi rumah sakit husada untuk praktikum sebab dekat kampus kitorang takde cadaver tu...kena bangun awal-awal kalau nak pergi sana, tapi biasnaya waktu pagi macam tu tak macet pun..



    sempena mafest '12 (malaysia festival) kami ada bukak gerai untuk jualan beberapa makanan..buat ala-ala style pasar malam gitu...lepas tu ada persembahan kebudayaan dan permainan gitulah...saya time tu memang bukak gerai tapi kena jaga meja pendaftaran, so layanlah orang yang nak datang daftar dan ambil no. cabutan bertuah tu ")



    time ni kami semua join futsal juga pertandingan anjuran PKPMI...aku ajak je semua orang masuk dan join walaupun ramai sangat yang first time main, aku main pun dulu dulu lepas tu da lama tak main sampai dah tak gheti nak maih..hahaaa..tapi minat nak main tu masih ada, sekarang ni bila dah lama makin malas pulak nak main apa semua...itulah, dulu rajin jugak jogging tetiap hari tapi sekarang makin hari makin malas..aduyaii, apa nak jadilehh..hohoo...



    Inilah groupmates untuk pbl dan skill lab bagi semester 2...mereka ni ramai kepala gila gila dan masuk air... cowok dua orang tu suka sangat usik aku panggil aku mak cik upin ipin entah papee...tapi aku layankan sajee..hahaa...satu group dengan diorang ni sangat best sebab sempoi sajee semua, takde nak stress nak buat discussion atau kerja group...aku selalu jugak buat study group dengan member indonesian dan jenjalan dengan diorang... ok je sebenarnya asalkan kita tahu menjaga batas-batas mana yang boleh mana yang tidak...diorang ni pun suka tanya aku macam-macam, dalam masa yang sama aku bawak nama negara dan agama kalau mereka tanya aku tentang malaysia dan Islam sebab majoriti bukan islam


    ok rasanya tu saja yang nak dikongsikan, sebenarnya banyaaaaaak sangat aktiviti seperti pergi bandung, surabaya, malang, sukabumi, bogor lepas tu jenjalan dengan kengkawan,seniors join program bla..blaaa...blaaa tapi layankan saja apa yang saya tulis ni..heeee...semoga tahun-tahun mendatang akan jadi lebih baik daripada tahun ni...kena jadi lebih rajin dari segenap sudut, dari segi pelajaran dan pembawaan diri....kalau kita pandai bawak dirim jaga diri campaklah kat mana-mana oun atas dunia ni pasti kita boleh survive...ingat lagi mak aku cakap macam tu sebab aku dari kecik pun memang dah kena campak duduk asrama jadi dah biasa berjauhan dengan keluarga...

     peace (^_^)v


    selamat bercuti, berpuasa dan menyambut hari raya...weeeeeeee...saya dah cuti anda bagaimana??hahaaaa...tak perlu kot nak tanya soalan tu, orang lain dah cuti lama dah -,-' tak kisahlah yang penting masih dapat pulang ke kampung halaman...tahniah dan terima kasih kepada semua yang baca entry ni sampai ke titik penghujung...panjang ni tahu?hahaaa...


    Wednesday, May 23, 2012

    #kenangan- back to school!


    Assalamualaikum.......


    tengah-tengah kemaskan folder gambar dalam lappy, jumpalah gambar-gambar masa zaman sekolah dulu, zaman sebelum SPM (:


     Zulaikha kanak-kanak hiperactive!!hahaaa 

     tengok tu!! org ambik gambar dia dia ambik gmbar orang pulak..haiiip!


     gua yang sentiasa macho dan innocent..kahkah :p

    Ya Rabbi! malunya tengok kelas sendiri...sumpah bersepah gilaa.....buku-buku bertaburan...
    inilah budak kelas pandai, buku bertimbun atas meja, muka cikgu pun tak nampak...
    space nk menulis kecik jee...rajinle katakan...bawah meja dah penuh malas nak gerak letak dalam almari belakang,,,ish2...

    geng-geng konon study group..hehee..


     inilah sleeping beauty kelas kami..ish2, sapelah dajalkan kawan aku nih...takde keje...



     cucuk ketua kelas!!hahaaaa..kusyuk study tuu!


     lepak depan surau....belakang tu aspuri 


    hari anugerah pelajar ^^



    saja nak share gambar-gambar lama..heheee...thanks for reading! :*




    Sunday, April 8, 2012

    My Generation ^^

    Assalamualaikum......

     tetiba je rasa  rindu zaman dulu-dulu, zaman muda kecik-kecik skolah rendah...huwaaaa rindu sesangat!!!macam-macam permainan yang pernah main dulu-dulu tapi bebudak sekarang dah tak main dah, yelah aku duduk kat kampung lepas tu masa tu memang komputer pun tak de, sekarang ni tak payah cakaplah adik aku umur bape tahun dah pandai fb, hantar emel apa bende semua tu..oh yeah, aku lahir 1991, rasanya orang yang lahir 80-an ke 90-an pasti main benda-benda ni semua, bukan anak yang lahir tahun 2000 -,-'


    Video ni tersangatlah sesuai untuk menggambarkan apa yang aku tengah rindukan sekarang..heeee, zaman hingusan budak-budak...aku rindu SK. Kg. Bari :D


     


    Adakah korang buat semua benda yang ada dalam video tersebut???my answer is Yes!!! i really miss all those moments when i was in primary school...oh yeah, i'm a school prefect and every morning i've to make sure that everyone are queue besides their class to recite prayers :)


    siapa saja yang kuku panjang, tak pakai stokin, lencana memang kena catat nama...lepas tu apa yang paling tak boleh blah ialah tak boleh berlari dan memijak rumput, sape yang pijak rumput namanya akan dicatat...apekah??haaaha...bila difikir-fikirkan balik semua benda tu, alangkah kelakarnyaaaa, rasa nak gelak guling-guling je ingat benda tu smua..hahaha...


    lepas tu kitorang kalau takde cikgu dalam kelas banyak sangat projek yang akan kitorang rancang macam main batu seremban, tudung botol yang jentik-jentik tu, lawan pemadam, main binggo, patu buat lakonan ala-ala roda impian...korang ingat tak rancangan roda impian dulu, bersama halim othman dan abby Abadi!!lepas tu kitorang akan teka apa benda perkataan yang nak diisi pada kotak lepas tu ada klu yang diberi...nanti jumpah duit tu kitorang jadikan markah..heee..best2!


    tak jumpa gambar time skolah rendah...ni time form 1, 2004..kebudakan gitew..teka aku yg mana??haaha


    masa sekolah rendah memang jadik trend nak lawan sape paling hebat, kalau tengok video tu kan lawan beg sape paling besar, paling mantap lepas tu kotak pensil yang tiga tingkat berlapis-lapis, pembaris yang ada air kat dalam tu lepas tu ada benda kilat-kilat dengan ikan plastik apa benda entah....kalau pengasah pensil yang paling mantap kalau paling besar, mulalah letak atas meja dan nak menunjuk kat semorang...paling best dulu-dulu adalah pensil tukar-tukar yang kita boleh tukar bila tumpul tukar masuk belakang...waaaaa, rindunyaaa...


    buku biodata pun adalah benda yang kelakar, setiap orang akan sediakan satu buku lepas tu suruh kengkawan tulis nama,hobi, makanan kegemaran,warna kegemaran,nama ayah bla..bla..bla...lepas tu lawan, sape buku dia paling banyak terisi maknanya dia paling popular, paling femes sebab ramai nak tulis dalam buku dia..perlu ke???hahahaaa..


    selain benda tu semua aku kecik-kecik dulu selalu main berlakon jadik cikgu, doktor dan banyak lagilah...sorang jadi pesakit, lepas tu sorang jadi doktor mak pesakit dan apa-apa jelah...kiranya kitorang buat olok-olok sakit lepas tu jumpa doktor kata sakit dan beri ubat sebagainya...main jadik cikgu pun sama, ada yang jadi cikgu, jadi murid-murid dan sebagainya...tak pun susun kerusi semacam kereta api dan susun meja buat pentas..nanti adalah yang jadik penyanyi dan ada yang jadi penonton..haaha, cikgu datang cepat-cepat larik!


    dulu-dulu selalu buat geng, kiranya cakap dekat orang tu tak payah kawan dengan orang ni blabla....mende tu berlaku sepanjang masa sampai dah tahu apa masalahnya.."awok jangan kawan eh ngan die, dia jahat..dahla pinjam roba saye dop ator" haaha, aku memang cakap ganu ngan kawan-kawan skolah kalau korang tak tahu roba tu adalah pemadam...lepas tu sikit-sikit nak cakap dekat cikgu, "tengoklah awak buat jahat kat saya, saya kabo ke cikgu" lepas tu mulalah takut kann...


    lepas tu kitorang suka sangat kumpul permainan yang dalam kotak tuh, tora ke hape benda ntah...setiap kali keluar iklan dalam tv macam ada permainan baru kitorang semangat beli, rasanya 30sen satu kotak kecik tu..lepas tu dalam tu ada macam snek yang langsung tak sedap...tujuan utama nak permainan tu je..pastu kalau pempuan pulak suka kumpul yang macam gelang anting-anting hape benda semua tu..Ya Allah serius aku rindu zaman dulu-dulu...terasa ingin kembali je ke masa lampau, tapi itulah....benda tu semua merupakan kenangan manis yang tak akan dapat dilupakan sampai bila-bila..


    kawan-kawan sekola rendah aku dah 3 orang kawin, awal kann??haaa mungkin jodoh diorang dah sampai...tapi banyak yang dah lost contact, tak tahu dah kemana pergi semuanya...yang tahu beberapa orang tu pun sebab ada FB,bagus gak sebenarnya...kumpul balik memember skolah rendah dulu...takde dah tudung senget, hingus meleleh dah...semuanya kacak bergaya anggun jelita ok!!hari tu jumpa budak lelaki yang aku pernah sepak terajang sebab dia kacau aku, haaa...dah hensem sekarang, tinggi lampai...perhh!!!lama gila tak jumpa...


    kalau aku nak list semua benda memang tak muatlah, kangg keluar cerita dulu-dulu kang..haaha, klah itu je yang aku ingat setakat ni..heeee, thanks sudi baca :*





    Thursday, June 30, 2011

    Selamat tinggal Intec, selamat tinggal Shah alam~

    Assalamualaikum...

    pejam celik pejam celik dah habis dah perjuanganku selama dua tahun di Intec, sedih la pulak rasanya nak meninggalkan bilik 1221 terutama sekali member-member yang separa gilaa..haaaaaaha..banyak betul kenangan pahit manis selama dua tahun di sini..28 Jun 2009, tarikh mula daftar sehinggalah semalam 29 July 2011..

    Semalam tak sempat nak update sebab pepagi lagi dah pergi Intec untuk writing test + interview... alhamdulillah, everything went well...insyallah kalau ada rezeki dan tiada aral melintang dapatlah kugenggam impian yang selama ini mungkin hanya angan-angan...hanya doa dan tawakal sahaja sekarang ni, apapun kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan segalanya..terimalah seadanya dan jangan sesekali menyalahkan takdir setelah kita berusaha dan dah cuba buat yang terbaik (self-motivated )





     buku-buku ni tinggal je, nak sedekah kat junior =D

    antara barang-barang...bnyak lagi meh..


    balik dalam pukul 1 terus sambung packing barang-barang sebab banyak sangat yang belum dikemas...dalam pukul 5 lebih pakcik datang ambil dan balik Klang ...Balik Terengganu lambat lagi sebab 4hb-7hb  ni ada kursus Birotatanegara (BTN) dekat pantai remis, Jeram, Kuala Selangor..harap-harap best dan enjoyy =D


    Malam tadi pulak layan bola, Malaysia lawak China taipei (Taiwan) dan Malaysia menang tipis 2-1.. agak tak puas hati dengan keputusan semalam sebab aku rasa Malaysia mampu buat lagi baik, adeih banyak betul peluang depan gol yang disia-siakan....apepun, aku sukaa Aidil Zafuan main balik malam tadi..waaaa, hensemnya awak untunglah Rita Rudaini (tetiba..hahaha) gol pertama oleh kepten negara, Shafiq Rahim memang cantik!!!gol kedua pula oleh tandukan Aidil Zafuan semasa sepakan penjuru oleh shafiq Rahim juga...safee sali tak menyerlah semalam, semua dok pakat nak kepung diaa...last-last cedera dan keluar..ok dah jadi pengulas pulak...sukanyaaa layan bola, lama dah tak tengok =.=


    haaaaa, antara koleksi sandal dan, kasut, wedges dan heels sepanjang di Intec


     shawl dan tudung


     baju kurung

    tudung bawal..jarang pakai




    Saturday, November 6, 2010

    old memories

    i sleep again and again...haish,how can i finish all these books with tonnes of facts to memorise...i can't think too much and my head started to dizzy for this one whole day..i can't take it anymore...anyone please help me to read,plizzzzzz~

    i went to study room to get a better condition as there were convenience place to study with air-conditioner but then i end up with sleeping...i just remembered my past, i didn't study much and just chatting with friends during 'prep'time but i still can score well in exam, i can be a tutor and teach my friends...now everything are different!! i studied much yet i still can't score in my exam...maybe there are something wrong somewhere and i really agree study during school are much much much enjoyable than in college...

    i miss this time damn much and this pic is taken on my last day at smk.pelong ,when i was in form 4... i moved to a boarding school.. i think 5 of us in this pic moved to a new school either to SBP or MRSM...we just spent our time here less than a month during form 4..

    my very best friends during school...we are always together wherever we go although we are all in different classes but we are very close...miss u all lar,can't wait to meet u guys again :) one of us took STPM this year and the other two is still pursuing her degree and diploma...we are all in different pathway after SPM~

    one of my friend,dayah mms me this pic yesterday..yeah,love it!!! thankssss...good luck for your coming STPM at the end of this months...same thing goes to jannah and aida,good luck for your final exam...don't forget to pray for me too..FRIENDS FOREVER (^_^)


    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...