Assalamualaikum.....
Minggu lepas saya ada sertai satu program yang dinamakan Shahadatul Haq (SH) dan saya ada nak share beberapa benda yang saya dapat, ilmu mana boleh simpan, kedekut...kenalah share baru best kan!!heee ^^
Sebelum tu saya nak tanya tahukah anda apakah itu syahadah??pasti kalau kita orang Islam kita sudah biasa menyebut dua kalimah syahadat, yakni dalam solat pun ada kita sebut kan...Kalimat yang sungguh berharga dan mulia ini merupakan satu ucapan kepercayaan dan pengakuan sebenar bahawa Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah utusan Allah. kalau mualaf pun lepas ucapkan lafaz ini barulah secara rasminya jadi muslim xD
kalimat Syahadat =D
Semasa anda melafazkan kalimat ini, apakah yang anda rasa???apakah ia hanya sekadar satu lafaz yang menunjukkan keislaman kita tanpa mengandungi apa-apa makna??sejujurnya saya sendiri sebelum mengetahui dan menghayati sebenar-benarnya maksud kalimat ini saya hanya tahu melafazkannya tanpa rasa apa-apa tanggungjawab, biasa saja...mungkin sejak kecil sudah diajarkan orang tua dan di sekolah juga ada diajarkan jadi ia seakan-akan lafaz yang biasa, sekadar disebut tanpa difahami maksudnya...secara analoginya, mungkin boleh diibaratkan seperti lafaz ikrar rukun negara, pernahkah anda memahami rukun negara yang anda lafazkan itu??ia sebenarnya mempunyai erti yang sungguh mendalam tapi disebabkan ia sering diamalkan tanpa kita memahaminya, kita rasakan ia tidak mempunyai apa-apa kesan kepada kita, alangkah ruginyaa...
"Syahadah Al-Haq" bukan sekadar mengimani kewujudan Allah, malaikatNya, kitabNya,rasulNya dan hari akhirat. malah tanggungjawab syahadah ini juga tidak cukup sekadar mendirikan sembahyang, puasa, zakat dan haji. Syahadah ini hanya terlaksana apabila orang-orang yang beriman menyampaikan kalimah hak ke seluruh bangsa manusia dalam bentuk amal soleh, akhlak terpuji dan pemerintahan yang adil.
petikan di atas merupakan kata-kata dari Syeikh Abul Al-A'la al-Maududi, iaitu seorang pemimpin persatuan Islam yang telah menyampaikan ucapandi bandar Sayyal Kaut, salah sebuah bandar di Barat Wilayah Punjab...ucapan beliau berkaitan erti dakwah islamiyah dan buku yang bertajuk syahadatul-Haq merupakan isi kandungan ucapan beliau....
boleh faham tak??kita sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang cukup besar setelah kita melafazkan kalimah syahadah...kita bukan hanya sekadar mengakui bahawa kita percaya Allah dan Rasulullah serta melakukan semua rukun Islam tetapi jauuuh lebih besar dari itu...kita mesti menyampaikan kalimah hak ini kepada seluruh bangsa manusia, biarkan semua umat manusia tahu dan faham, bukan hanya kita sahaja...berat kan tanggungjawab itu???sungguh berat, tapi mampukah kita memikulnya??yaa kita pasti mampu...
dah tengok video ni??so apa peranan kita??? cuba pandang kanan kiri, kawan-kawan kita....ada ke tak lagi yang belum tahu tentang Islam...kenapa dan mengapa Islam tidak membenarkan kita bergaul bebas?kenapa harus menutup aurat??kenapa mesti solat lima waktu sehari semalam??ohhh, memandangkan saya sendiri belajar di sebuah fakulti kedokteran Kristian di Jakarta, jadi tak hairanlah rata-rata kawan saya adalah non-muslim....jadi saya rasa saya sangat perlu berusaha sebarkan dan sampaikan kepada mereka...tapi bagaimana???saya sendiri pun masih belum sempurna, bagaimana ingin menyeru orang lain??tapi kalau nak tunggu sampai sempurna sampai bila??saya pasti sampai bila-bila pun tak mampu (T_T)
nanti kalau ada di antara kawan-kawan kita yang menyalahkan kita kerana kita tak pernah sampaikan kepada mereka tentang ajaran Islam ini sedangkan kita sudah berkawan dengan mereka bertahun-tahun lamanya, apa yang boleh kita buat???saya sekarang agak berkawan rapat dengan beberapa rakan dan mereka ada bertanyakan kepada saya tentang Islam, saya sebenarnya teragak-agak untuk membalas kerana saya tahu persoalan agama ini bukan perkara main-main...tapi saya berusaha sedaya upaya untuk menjawabnya dengan ilmu sedikit ini...
140. ataukah kamu (hai orang-orang Yahudi dan Nasrani) mengatakan bahwa Ibrahim, Isma'il, Ishaq, Ya'qub dan anak cucunya, adalah penganut agama Yahudi atau Nasrani?" Katakanlah: "Apakah kamu lebih mengetahui ataukah Allah, dan siapakah yang lebih zalim dari pada orang yang menyembunyikan syahadah dari Allah yang ada padanya?" Dan Allah sekali-kali tiada lengah dari apa yang kamu kerjakan.
sebenarnya, bila kita faham benda ni tak susah sangat sebenarnya, kita boleh sampaikan dalam bentuk perkataan melalui media,lisan dan penulisan seperti bercakap-cakap dengan mereka, menulis artikel ataupun di dalam blog dan bagi mereka pinjam buku bagi yang suka membaca, mungkin itu yang terbaik....sekarang ni dunia makin maju, dunia di hujung jari ni mudah kita boleh share dengan kawan-kawan kita hanya dengan facebook ataupun twitter sajaaa..melalui perbuatan pun boleh dengan menunjukkan ciri-ciri kehidupan seharian kita berlandaskan islam....bukan apa pun, senang saja...berpakaian menurut syarak, menutup aurat kemudian solat di awal waktu, berpuasa dan terangkan semua kelebihan ibadah kepada mereka..mana tahu mereka tertarik dan terbuka hatinya :)
saya nak kongsi beberapa kisah saya sendiri...semasa kami praktikum, kami sekarang ni tengah belajar tentang saraf, jadi kami harus praktikum dengan otak manusia dan ada cadaver, ketika tengah membelek kepala tetiba salah seorang rakan lelaki beragama kristian bertanya"rambut kamu warna apa?panjang atau pendek?" mungkin perkara tu perkara biasa, sebab yeah kita bertudung litup sentiasa...jadi mereka akan jadi tertanya-tanya tapi saya tahu itu mungkin boleh jadi salah satu tempat untuk saya sampaikan dakwah, bukannya yang ekstrem tapi sekadar berkongsi dengan mereka betapa indahnya Agama Islam yang menyuruh umatnya menutup aurat dan membuka hanya kepada yang berhak...senang kan?dakwah tak semestinya kita harus kumpulkan mereka ramai-ramai dan cerita itu ini, tidak!!!berkongsi apa yang menarik dan kita rasa best pun boleh..dengan cara ini saya rasa saya dah sampaikan walaupun tidaklah begitu bagus hujahannya xD
saya nak kongsi beberapa kisah saya sendiri...semasa kami praktikum, kami sekarang ni tengah belajar tentang saraf, jadi kami harus praktikum dengan otak manusia dan ada cadaver, ketika tengah membelek kepala tetiba salah seorang rakan lelaki beragama kristian bertanya"rambut kamu warna apa?panjang atau pendek?" mungkin perkara tu perkara biasa, sebab yeah kita bertudung litup sentiasa...jadi mereka akan jadi tertanya-tanya tapi saya tahu itu mungkin boleh jadi salah satu tempat untuk saya sampaikan dakwah, bukannya yang ekstrem tapi sekadar berkongsi dengan mereka betapa indahnya Agama Islam yang menyuruh umatnya menutup aurat dan membuka hanya kepada yang berhak...senang kan?dakwah tak semestinya kita harus kumpulkan mereka ramai-ramai dan cerita itu ini, tidak!!!berkongsi apa yang menarik dan kita rasa best pun boleh..dengan cara ini saya rasa saya dah sampaikan walaupun tidaklah begitu bagus hujahannya xD
sebenarnya masa sekolah dulu-dulu saya memang hanya ada kawan melayu dan Islam, jadi tekanan tidaklah begitu terasa...namun apabila sudah menjengah ke alam kolej, saya ada kawan dari pelbagai bangsa dan agama...mulai dari itu saya semakin menyedari dan memahami betapa indahnya Islam...mungkin dulu kita rasa ia biasa, tapi bila dalam ramai-ramai hanya kita yang Islam masa tu kita kena jadi begitu kuat, masa tu baru keimanan kita teruji atau tidak...senang je saya bagi contoh, bila kita keluar jalan-jalan dengan semua kawan non-muslim dan masa tu kita perlu solat dan orang lain masih nak bergembira hore hore...semuanya bergantung pada kita sama ada nak berdikari cari surau atau teruskan melaghaa lagi sehingga lupa solat, masa tu takde orang dah nak ajak...hanya kita dan keimanan kita yang menentukan, kalaulah kita boleh tunjukkan disiplin solat kita kepada mereka, pasti mereka akan lebih hormatkan kita, itu pasti...ohh saya ada menulis tentang seorang kawan beragama kristian, tapi berusaha mencari ayat dalam Quran di sini..
sama juga ketika memilih makanan, saya pernah keluar bersama rakan kumpulan yang bukan muslim juga semuanya, oleh kerana sudah biasa dengan kawan muslim dan saya bukanlah jenis yang memilih bab makanan, jadi saya main ikut jee...tengah order tu baru saya perasan yang kita tengah makan di dalam sebuah restoran cina yang semua tulisan cina saja...ok ini kisah di Jakarta, saya makan itik bakar dan beberapa makanan lain lagi...tapi bila dah balik bilik terfikir kedai itu halal atau tidak, lepas google alhamdulillah diyakini halal....ini menunjukkan kita mesti prihatin terhadap apa yang kita nak makan tu dan cerita pada mereka dan bertegas yang kita hanya makan yang halal saja, bukan main hentam makan je..ok lepas ni saya harus lebih berhati-hati...bukan apa, ada kawan yang bergurau nak bagi saya makan pork...haihhh...benda halal haram macam ni bukan gurauan -,-
sebenarnya banyak lagi pendekatan lain yang boleh digunakan untuk menyampaikan ajaran Allah, jangan kita terikat dengan satu benda saja...kita sama-sama meperbaiki diri tapi dalam masa yang sama kita cuba bawa kawan kita yang lain untuk turut sama menghayati keindahan kesucian ayat-ayat cinta Allah dan ajaran-Nya ^^
satu lagi video yang saya nak kongsi :)
kalau anda sebagai pemandu apa yang anda lakukan???sekiranya anda yang menyaksikan hal tersebut adakah anda lari tanpa menghiraukan kejadian tersebut??buat-buat tak tahu apa-apa sedangkan anda nampak semuanya???semuanya bergantung kepada diri kita sendiri sama ada kita hendak bercakap yang benar atau sebaliknya...apa yang jadi sekiranya nasib orang yang dilanggar itu tidak terbela dan teraniaya kerana anda tidak menjadi saksi kepada kebenaran tersebut???cuba perhatikan dan fikirkan....kita nampak dan tahu tentang kesucian agama Allah tapi kita lari menyorokkan diri,malas ceritakan dan kongsi dengan yang lain... lantas apa akan jadi pada nasib manusia lain disekitar??apa nasib mereka??adakah mereka harus dibiarkan meninggal tanpa mengetahui siapakah sebenarnya yang menciptakan mereka??lalu siapa yang patut dipersalahkan??
ayuhhh kita sama-sama bangkit dan fikir-fikirkan tentang hal ini...lafazkanlah shahadatul Haq dengan penuh pemahaman dan pengertian, insyaAllah :)
terima kasih sudi baca, kalau ada salah silap harap ditegur ya, saya hanya manusia biasa, banyak khilafnya
5 comments:
nice sharing di malam hari. :)
video atas tu..University saya.....:)classmate dan senior2 saya.:)
@keli menari- thanks :)
@tulus sweet- yg dekat beijing tu eh???good video ^^ nape tak join skali?heehe
Alhamdulilah....pengisian yang sgt menarik dan contoh yang membuka minda..
Post a Comment