nuffnang

    Showing posts with label holiday. Show all posts
    Showing posts with label holiday. Show all posts

    Wednesday, July 22, 2015

    Beraya di Pulau Pari

    Assalamualaikum.

    Selepas balik dari Kedutaan, kami bertempat berfikir untuk buat apa pada keeseokan harinya..seorang dari kami mengajak ke Pulau. Awalnya berfikir until ambik packet tapi akhirnya kami bercadang until gamble sahaja pergi. Xplan apa2 pun just nak pergi bermain di pantai.


    Pagi2 pukul 6 kami breakfast dulu di rumah dan terus bergerak naik angkut ke muara angke. Sampai2 di muara angke pukul 7.20 pagi dan bapak di sana cakap jeti ke Pulau sudah berpindah ke ke Kali adem which is kami kena odong-idong until ke sana.


    Dalam odong odong


     Sampai je di jeti Kali adem kami terus bertanya kapal mana yang akan ke Pulau yang paling dekat dan kata bapak di situ Pulau itu Pulau pari.. Tongkang yang pwnuh dengan orang, dah rasa macam pelarian beramai ramai dalam tu.

     Selfie dulu di depan tongkang.


    Perjalanan dari muara angke ke Pulau pari memakan masa kira2 Dua jam. Sampai2 di sana jam sudah menunjukkan pukul 10.30 pagi. Kami mencari toilet dan ganti baju kurung. Kemudian makan bakso dulu...dengan berbaju kurung kami bermain air di pantai. Hehehe :)


    Tongkang yang kami naik

    Main pantai dgn berbaju kurung.luls

    Four of us :)

    Kata orang di sana kalau nak balik naik  tongkang juga hari itu pukul 1 akan Jalan. Tapi kalau lamb at nanti kena nail cruise yang harganya 5 Kali ganda lebih mahal...hohohoo...tongkang cuma 40ribu tapi cruise itu 200ribu. Dalam pukul 12 lebih rupanya tongkang dah berjala. Nak tak nak kami xde choice lain kena jugak naik cruise yang mahal itu.oklah lebih selesa dapat tempat duduk, ada aircond, TV dan perjalanan lebih cepat.


    Pulau kecil di pantai pasir perawan


    Kat pulau pari tu ada pantai yang cantik namanya pantai pasir perawan. Airnya juga bersih, siap boleh nak naik sampan atau kayak kat situ..so kami bergambar dan bdrbain main dengan air patai sampailah pukul 2.115 petang.




    Balik nail cruise ni. Dah macam betul2 tourist is dah. Kalau naik ni turun kat marina beach, ancol Jakarta.


    Ok bye Pulau pari. Panjang umur ada rezeki jumpa lagi....wdlauoun perjalanan singkat tanpa sekarang proper plan tapi alhamdulillah I think it worth my day with my girls :)


    *gambar baby xda kaitan but then I cannot remove it from this post and I don't know why. He is a baby that I resuscitate this morning. A newborn baby :)


    Ok till then, bye :D


    Saturday, January 3, 2015

    cuti singkat akhir tahun dan post pertama 2015

    Assalamualaikum.

    alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.

    its 2015!!! sekejap je rasanya. pejam celik pejam celik dah masuk tahun baru lagi, hmmm...umu pun dah nak cecah 24. opss, tua sangat rasanya, umur makin memendek sebenarnya, lilin kehidupan semakin memendek, makin dekat kita dengan kematian.


    sepanjang 2014 terlalu banyak perkara yang berlaku sebenarnya, kalau tengok dari dunia macam-macam hal terjadi...orang islam kat syria, gaza, mesir melalui saat-saat gentir menentang kejahatan demi Islam. subhanallah. kalau tengok di malaysia pula macam-macam hal berlaku, dengan flight MH370 yang masih lagi hilang tanpa khabar berita, MH17 yang ditembak dan terbaru pesawat air asia indonesia QZ8501 jatuh ke laut, sewaktu post ini ditulis pihak berwajib masih lagi mengumpulkan mayat-mayang mangsa di sekitar pulau belitung....sekarang ni pulak masih lagi berlaku banjir di pantai timur terutamanya..kalau tengok di kuala krai dan manik urai sedih sungguh rasanya, ada yang langsung hilang rumah..huhuu...


    untuk aku sendiri, ada juga tragedi kena pukau rp8 juta rupiah. pengalaman yang takkan aku lupakan dalam hidup...yang berlalu biarkan berlalu...tapi ada juga pencapaian aku untuk 2014 ni, alhamdulillah baru je dapat lesen. gembiranya bukan kepalang! bukan apa dahla cuti sedikit dan aku hanya ada 5 hari untuk datang kelas dan langsung ambil test JPJ.orang lain minimum ambil sebulan kot, advance terlebih...huuu...walaupun tak berapa reti bawak, tapi aku dengan gigihnya belajar dan focus dan Allah permudahkan :)


    tahun ni jugak aku balik malaysia paling banyak sepanjang 4 tahun belajar di jakarta iaitu 3 kali setahun, biasanya balik 2 kali je setahun, waktu cuti semester...bulan 12 biasanya aku akan travel dalam indonesia dan pergi program. macam tahun 2011 aku dah pergi surabaya, travel naik gunung bromo dan pergi malang, pergi hamka dan permai... 2012 pergi sekitar puncak dan bogor, dan pergi hamka juga di puncak...untuk 2013 pergi ke oasis dan jalan2 di jogja, pergi naik gunung merapi dan candi-candi. tapi Alhamdulillah Allah sampaikan aku di malaysia.hiks.


    bulan 2 haritu balik untuk buat lesen, tapi sempat ikut kelas KPP dan buat L je.tak sempat test sebab cikgu kata  lesen L kena matang sebulan baru boleh test. lepas tu balik september, time raya kengkonon dan test, tapi cikgu cuti seminggu sebelum dan seminggu selepas raya, sama dengan cuti aku...time tu cuti sekejap sebab ada osce. jalan pun sibuk sangat-sangat time raya, tapi alhamdulillah kali ni walaupun balik sekejap juga, 2 minggu seminggu pertama direct pergi tempat buat lesen. flight dari jakarta sabtu malam, stay overnight di klia2, esoknya balik terengganu tapi flight delay sampai di airport terengganu pukul 6.30 petang. esoknya hari isnin baru call cikgu cakap nak pergi belajar memandu dan test, cikgu langsung booking tarikh haritu jugak. cikgu kata esok jumpa untuk ambil lesen L, pergi renew dan langsung ke kelas memandu.


    aku dahla pernah bawak sekali je kereta time buat L, tapi gaya confident tinggi betul! cikgu kata awak boleh bawak kereta? aku cakap, bolehla sikit2. padahal, memang xpandai!!! sebab nak yakinkan cikgu aku dapat buat dalam masa seminggu :P datang first day langsung belajar semua benda tapi aku terkejut jugakla bila cikgu cakap sekarang ni format dah lain sikit, ada RPK (rutin pemeriksaaan kereta), RSM(rutin sebelum memandu), lepas tu ada tambahan kena lalu litar bentuk z dan s.bayaran pun bertambah!tapi kalau tak buat sekarang, nanti lagi susah, lagi ada banyak tambahan lain lagi.

    so, selasa, rabu, khamis, jumaat sabtu aku pergi kelas. selasa rabu khamis sesi pagi petang, hari jumaat pagi je dan hari sabtu pagi belajar kejap lepas tu ada QTI dan petang belajar kejap. time QTI aku aku langgar benteng time buat pusingan z. memang sedih betul rasanya, huhuuuu...pagi2 nak pergi test cikgu cakap dalam kereta nanti time dekat laluan z tu dia suruh aku brek dulu dan pusing kereta slowly sebab aku maybe salah sebab tangan aku xberapa cepat untuk pusing stereng. alhamdulillah teknik tu menjadi!

    ahad tu punyalah berdebar, aku punya turn no.19. cikgu bagi kunci kereta siap2, kereta yang aku dah biasa pakai waktu practise....cikgu takde pun sebab dia ada hal kena bawa ayah dia pergi ke bandar..awalnya kena buat RPK dan RSM dahulu, ada orang yang tak tahu kena langsung buat RSM dan dia fail langsung bahagian 2, tak sempat dah naik bukit parking apa semua. langsung ke jalan raya, bahagian 3. time buat tu lupa nak bagitau tayar simpanan. lepas tu menunggu untuk buat bukit tu punyalah berdebar sebab orang 1st dan second semua kandas dekat bukit. tapi lepas tu ramai je dapat..alhamdulillah dapat buat dengan baik cuma time parking sisi aku keluar balik dan cari penanda sebab tak yakin...

    so hari ahad dah lulus test lesen, hari isnin aku bawak ma dan adik2 ke rumah maksu dan teh...bawak balik sepupu dia nak datang rumah..hari selasa pergi hantar pakaian untuk mangsa banjir, bawak ma sekali dan nak hantar sepupu balik....kitorang singgah pasar malam dan beli makanan dan keropok ikan untuk bawak balik jakarta. hari rabu lesen siap! yeay! aku drive sendiri pegi ambil lesen kat tempat menunggu bus macam biasa, sampaikan depa cakap lesen tak dapat dah drive sendiri..hihiii...hari khamis aku drive ke kampung buluh, awalnya nak settlekan urusan adik buka akaun bank tapi cip mykad dia tak menjadi pulak, so bawak abah jugak pergi bank, beli barang2 buat kek coklat dan kek batik.sambut bday ma dan abah kecik-kecik.




    lesen baru..heheee


    jumaat, pepagi lagi kemas rumah, basuh baju2 dan masak nasi dagang! my all time feveret :) packing barang siap2 dan pergi airport. tengok! singkat tak singkat cuti kali ni, naik flight malindo turun di subang. kecik je flight...alhamdulillah 7.40pm selamat tiba di subang dan langsung ke klanf, pak sedara ambil. now stilll kat klang tengah menaip. plan nak pergi rumah kak long, tapi tak jadi suruh dia je datang sini supaya senang nanti suruh pakcik je hantar kat airport. flight balik jakarta pukul 7.50 pagi...tetiba bila kita dah beli tiket baru cakap ada kuliah pukul 7.30. lantaklah ye..mujur kuliah je...huuuu...
    pemandangan senja dari atas...subahanallah amazing :3


    isnin balik jakarta, langsung kena pergi print makalah untuk hantar...selasa pbl 3, rabu pbl 4, jumaat integrasi 1 dan sabtu pleno. ohhh apa benda pun belum study ni untuk inte 1 :O sebenarnya tengah buat makalah tapi terasa macam nak menulis sesuatu tentang lesen sebenarnya..heeee..


    ok thats the end of my 2014 and my short holiday!


    semoga 2015 memberi sinar baru.
    nak kena jadi better dari segala benda, pencapaian diri, akhlak dll.
    nak cepat2 lulus, koas dan grad dari ukrida, insya Allah.


    sesaja try baju sekolah baru adik...memang nampak macam budak semolah kan? no wonder orang ingat aku still budak sekolah padahal dah 6 tahun tinggalkan sekolah.


    ^^


    Saturday, August 3, 2013

    end of sem 4 and holiday!

    Assalamualaikum.......


    today 25th ramadhan 1434, 3august 2013...i'm gonna fly off to kuala lumpur. hello malaysia please wait for me ^_^  so there's 5hours left before i say goodbye jakarta! till we meet again :)


    oh yesterday we got our sem 4 result and alhamdulillah all praise be to Allah s.w.t.  actually i'm  not very confident on some papers for the last semester. exam osce dua hari lepas. when people ask me "ok ke tak?" "how's your osce?"


     i don't know how to respond. i managed to finish every single thing yet i dunno whether i did the right thing or not. semoga Allah lembutkan hati pemeriksa kami, semoga kami dapat markah yang terbaik. bila orang tanya hanya jawab tawakal dan doa je. tak nak terlalu berharap dan tak nak juga down. kalau ada yang tak lepas kena datang dalam masa 2minggu lagi. doakan ye! du'a is miracle, doa senjata orang mukmin :)


    last but not least, let's increase our speed for these last few days of ramadhan. recite quran, pray more, perform qiam et all. i pray that Allah will guide us to the right path, semoga saya bertambah rajin kat rumah. rajin memasak, kemas rumah, rajin merapatkan diri dengan Allah. insyaAllah. di sini nak pohon kemaafan dekat semua orang yang saya pernah lukakan hati, in case you know me in real life and you are reading this ^^ happy holiday and selamat hari raya.


    saya  bukan nak merosakkan bahasa, jadi bahasa rojak bahasa campur. layankan saja.



    Thursday, July 19, 2012

    End of first year as a medical student

    Assalamualaikum dan salam sejahtera :D


    Pejam celik pejam celik, kuliah, pbl, presentation, pleno, exam non stop bla bla bla.....that's the end of my journey as a medical student at UKRIDA, jakarta....hurmmmmm...time flies fast right??i still remember the first day my friends and enrolled ourselves here, everything seem new things for us, lots to learn with new friends, new environments, new friends and language.


    Alhamdulillah....alhamdulillah....alhmadulillah....Allah permudahkan semuanya, semester 2 dah habis dan hari ini bermulalah cuti panjang selama 7 minggu buat kami...jadi bolehla pulang berpuasa dan berhari raya bersama keluarga tersayang..heee ^^


    lepas cuti sebulan lebih ni masuk pulak semester baru, semester 3...semoga perjalanan kami semua dipermudahkan oleh-Nya untuk menghabiskan 30 blok dan masuk klinikal dan pulang berbakti kepada rakyat Malaysia pula..heee, jauh sungguh berangan kan, perjalanan masih lama  dan banyak lagi ranjau dan onak duri perlu ditempuhi tapi takpelah, itukan impian...biar impian setinggi bintang, boleh jadikan motivasi pada diri sendiri...ok for this entry, i just wanna share some stories and experiences along my one year journey here :)


    ok this is the first day, 6 september 2011

    semua nampak baik, innocent tak tahu apa-apa lagi....dengar dosen cakap pun banyak tak faham walaupun bahasa tak banyak beza tapi masih ada perkataan yang membuatkan kesalah fahaman dan tak faham...belum benar-benar jadi penonton sinetron sejati..lol!! kalau tengok pun kan masih ada subtitles dan masih lagi boleh faham kan....tapi sekarang dah lancar siap boleh cakap bahasa gaul lagi...woooo.. bahasa gaul tu macam bahasa pasar ataupun lorat macam tu laa..


    Belajar untuk semester satu macam takde apa sangat...kami belajar etika kedoktoran, communication as a doctor, and basic biology that we already learn at school and college before...overall, we just need to submit our assignments, discuss with groupmates and do presentation...owhh, semester 1 memang untuk kita bersenang senang dulu, untuk belajar bahasa indonesia yang benar, untuk kenal dengan kawan jakarta dan menyesuaikan diri kat sini...start semester 2 baru masuk belajar tajuk basic medical studies like physiology, biochemestry and histology...masalah bahasa bukanlah masalah utama lagi lepas tu :)


    Gambar ni time kitorang pergi buat baksos (bakti sosial) bagi makanan dengan alat-alat mandian harian dekat orang yang tinggal bawah jambatan tu...sedih sungguh tengok keadaan mereka dengan anak-anak yang tak bersekolah lepas tu diorang makan tidur kat bawah tu saja...siap ada baby yang baru lahir lagi kat situ, haa baru nak rasa bersyukur kan..erm...


     masih dengan anak-anak kecil yang tinggal bawah jambatan tu :(

    memandangkan kami datang tu kan lepas raya puasa lepas tu sambut hari raya aidiladha dekat Jakarta jelaa...first time beraya di perantauan..hohooo...tapi lepas ni memang tetiap tahun raya korban kat sini laa sebab cuti sehari dua je pun...tapi raya puasa tu mungkin lama sikitlah, macam kali ni...biasanya senior cakap cuti tak pernah sampai sebulan tapi bila dah time kitorang sebulan lebih wooo..untunglah sangat kan..weee...

    pagi tu kami solat sunat hari raya dekat masjid kawasan sekitar ni je lepas tu baru pergi ke kedutaan untuk sama-sama menyambut kat sana....pagi tu ada sembelih lembu pastu masak beramai-ramai dan makan ramai-ramai jugaa


     sesi menolong masak memasak di kedutaan

    Bulan Disember tu kan ada cuti Chrismast tapi saya tak balik pun sebab join program permai (perhimpunan mahasiswa islam Malaysia di Indonesia) dan adalah join beberapa program Islamik dan join persatuan pelajar kat sini PKPMI (persatuan kebangsaan pelajar Malaysia di Indonesia) dan bermulalah saya join beberapa program dan bergiat aktif..lol, aktif la sangaaat...


    kem pkpmi bersama senior

    saya ni jenis yang tak boleh duduk saja-saja belajar menghadap buku semata-mata...saya suka berjalan, join aktiviti, program dan rasanya dengan join persatuan pelajar macam ni bolehla ikut aktiviti yang diorang buat...lepas tu saya dah masuk usrah yang mungkin dulunya saya anggap ekstrem tapi sebenarnya group usrah ni sangat best!!!persepsi orang terhadap usrah tu kene tukar sebab diorang tak join, kene join dulu baru tahu..heee :D  banyak jugak program macam daurah yang saya join seperti hamka dan jumpa sisters yang sangat best...banyak benda baru yang saya belajar (^_^)v


    main boling bersama sister usrah...

    ok apa lagi ek, saya tulis mana yang ingat jelaaa..banyak sangat menda yang berlaku sepanjang setahun ni, orang kata kawan ketawa senang dicari tapi kawan menangis sukar dicari....ntah laaa, saya kat sini tak tahu sape 'bestfriend'...i mean a friend who i can share everything, do everything together macam orang cakap di mana ada gula di situ ada semut...semua orang boleh jadi kawan baik, bukan nak kata takde kawan, cuma saya jenis yang flexibe, boleh masuk dengan sesiapa sahaja asalkan orang tu pun boleh masuk dengan kita, easy-going la orang kampung saya cakap...kalau nak ikut proram tu, pergi dengan orang tu nak ikut program ni pergi dengan orang ni...kiranya lebih kepada berdikari, selagi mampu buat sendiri sensorang kita buatlah sendiri tapi kalau buat ramai-ramai baru best kann..


    makan-makan dengan batch-mates!!! inilah bestfriend saya sebenarnya..ni jee pun takde dah yang lain..sikit sangattttt kan kalau nak compare dengan batch lain..huhuu


     ok ni dekat library ukrida


    rasanya time ni diorang suruh ajar english...Oh My English!!!! aku yang english lintang pukang grammar tunggang langgang ni pun disuruh ajar english??LOL sangat! tapi sebenarnya penguasaan english malaysian memang sangat bagus kalau nak compare to indonesian, thumbs up for that!! mungkin sebab diorang tak guna english sangat terutama yang tinggal dekat daerah-daerah, kalau yang tinggal dekat jakarta ok je ramai je yang pandai...tapi banyak yang kalau kita cakap simple word pun tak faham..kan awal-awal dulu selalu gak speaking dengan presentation biasa pakai english sebab dah biasa present english kan dulu-dulu pastu diorang cakap tak faham..urmmm...tapi sekarang ni ok dah, siap kene tegur dengan lecturer lagi "kamu kuliah di Indonesia, jadi haru pake bahasa Indonesia yang benar" gulp!! telan air liur...member indonesian aku baca report a.k.a makalah aku dulu-dulu pun pening..hahaaa




    skill lab penyuluhan ni antara salah satu skill lab yang saya suka sebab kita kena prepare poster then present about it...yang pasal gizi ni macam nutrisi untuk anak-anak kecil dan bagaimana perkembangan mereka dari kecil sampailah besar..lepas tu cerita tentang puskesma iaitu tempat untuk ibu ibu mengandung datang check perkembangan diri mereka dan anak-anak kecil...selain puskesmas kat sini ada posyandu...banyaklaah mende baru...

    ni gambar pokok krismas besar dekat mall central park...comel sangat!!! dia akan pasang lagu kemudian lampu lampu ni semua akan bertukar tukar bentuk dan warna serta pelbagai corak yang sangat menarik...


    ok nak cerita perjalanan di semester dua pula...untuk sem 2 kami kan dah masuk basic medical stusies, jadi kami dah jumpa cadaver, hafal tulang, organ, otot apa semua kan...pastu kena pergi rumah sakit husada untuk praktikum sebab dekat kampus kitorang takde cadaver tu...kena bangun awal-awal kalau nak pergi sana, tapi biasnaya waktu pagi macam tu tak macet pun..



    sempena mafest '12 (malaysia festival) kami ada bukak gerai untuk jualan beberapa makanan..buat ala-ala style pasar malam gitu...lepas tu ada persembahan kebudayaan dan permainan gitulah...saya time tu memang bukak gerai tapi kena jaga meja pendaftaran, so layanlah orang yang nak datang daftar dan ambil no. cabutan bertuah tu ")



    time ni kami semua join futsal juga pertandingan anjuran PKPMI...aku ajak je semua orang masuk dan join walaupun ramai sangat yang first time main, aku main pun dulu dulu lepas tu da lama tak main sampai dah tak gheti nak maih..hahaaa..tapi minat nak main tu masih ada, sekarang ni bila dah lama makin malas pulak nak main apa semua...itulah, dulu rajin jugak jogging tetiap hari tapi sekarang makin hari makin malas..aduyaii, apa nak jadilehh..hohoo...



    Inilah groupmates untuk pbl dan skill lab bagi semester 2...mereka ni ramai kepala gila gila dan masuk air... cowok dua orang tu suka sangat usik aku panggil aku mak cik upin ipin entah papee...tapi aku layankan sajee..hahaa...satu group dengan diorang ni sangat best sebab sempoi sajee semua, takde nak stress nak buat discussion atau kerja group...aku selalu jugak buat study group dengan member indonesian dan jenjalan dengan diorang... ok je sebenarnya asalkan kita tahu menjaga batas-batas mana yang boleh mana yang tidak...diorang ni pun suka tanya aku macam-macam, dalam masa yang sama aku bawak nama negara dan agama kalau mereka tanya aku tentang malaysia dan Islam sebab majoriti bukan islam


    ok rasanya tu saja yang nak dikongsikan, sebenarnya banyaaaaaak sangat aktiviti seperti pergi bandung, surabaya, malang, sukabumi, bogor lepas tu jenjalan dengan kengkawan,seniors join program bla..blaaa...blaaa tapi layankan saja apa yang saya tulis ni..heeee...semoga tahun-tahun mendatang akan jadi lebih baik daripada tahun ni...kena jadi lebih rajin dari segenap sudut, dari segi pelajaran dan pembawaan diri....kalau kita pandai bawak dirim jaga diri campaklah kat mana-mana oun atas dunia ni pasti kita boleh survive...ingat lagi mak aku cakap macam tu sebab aku dari kecik pun memang dah kena campak duduk asrama jadi dah biasa berjauhan dengan keluarga...

     peace (^_^)v


    selamat bercuti, berpuasa dan menyambut hari raya...weeeeeeee...saya dah cuti anda bagaimana??hahaaaa...tak perlu kot nak tanya soalan tu, orang lain dah cuti lama dah -,-' tak kisahlah yang penting masih dapat pulang ke kampung halaman...tahniah dan terima kasih kepada semua yang baca entry ni sampai ke titik penghujung...panjang ni tahu?hahaaa...


    Monday, July 2, 2012

    Sudah Julai kawan-kawan :)

    Assalamualaikum.....


    sekarang dah masuk 2 Julai dan ni post pertama saya untuk Julai 2012....wah2, suka betul!!bukan apa, banyak benda yang best untuk bulan ni terutama bulan Ramadhan yang bakal menjelang tiba dan cuti semester selama sebulan lebih sekalian raya...wohoooo....


    Bulan Julai ni jugak saya nak tanamkan azam dan saya harap sangat saya boleh istiqamah dengan apa yang saya nak buat ni....saya sebenarnya takut saya tak kuat, tapi sampai bila nak tunggu kuat kalau tak pernah nak cuba buat kan?? kita tengok orang buat kita rasa sukaaa tapi kita takut nak buat takut kita tak boleh...sebenarnya kita tak tahu pun kita boleh ke tak sebab kita tak pernah pun nak cuba..ye dak?? saya taknak pun cakap apa benda yang saya nak buat ni sebab masih lagi keliru...err....


    Hari ni hari lahir kakak saya yang ke 24...wahh dah meningkat dewasa kakak sulungku ini, bila jumpa asyik nak gaduh jee dok jauh kang rindu rinduan pulak...tapi sekrang ni dia dah habis degree dia kat Unimas tu, 4 tahun dia kat sana...kalau kat rumah asyik jeles masing-masing sebab kene masak, lipat kain basuh kain...masing-masing nak lempar kerje kat orang lain tapi dalam masa yang sama nk tolong mak..adehh..teruk betul, kalau boleh balik ni aku nak tolong je buat kerje rumah tu banyak-banyak...kat sini pun ada org tolong basuh dan gosokkan baju dan aku rasa skill memasak dah makin mantap ni :p


    haaa kan dah tukar dari saya menjadi aku..apa-apa jelah....memang sebenarnya tak tahu nak tulis apa dan saya main taip je apa yang saya nak tulis....tak fikir pun, adoii boleh ke macam tu?? esok kawan nak datang yeayy!! hahaa... hosmate aku selama 2 tahun kat INTEC :) 


    aku tak tahu sape je yang baca blog ni sebab setiap hari minimim 200 orang yang masuk, mana diorang dapat link blog ni atau google ke apa pun tak tahulah kan....walaupun tak update ada saja yang baca, semalam 500 dan kalau update rajin-rajin boleh sampai 1000..wah2, ramai jugak tu yang rasa sayang dengan blog ni tu..hehee...terima kasih sudi baca coretan pot pet entah apa-apa ni..InsyaAllah kekadang saya akan update sesuatu yang bermanfaat dan mengurangkan benda-benda yang tidak bermanfaat untuk blog ini...kekadang rasa malu kalau orang bercakap pasal blog ni kat luar tapi biarlah bukannya femes sangat punn... -,-'



    ok lah nak sambung baca buku, minggu ni ada exam dan esok ada kuiz sebenarnya...daaaaaaaa...thanks for reading! ^^




    walau apapun yang terjadi kita senyum jeeeeeeeeeeee..senyum tu kan sedekah ^______^





    Saturday, February 4, 2012

    That's the end of semester 1-----> HOLIDAY!


    Assalamualaikum.......



    Alhamdulillah syukur aku dah berjaya mengharungi hidup selama satu semester di perantauan dengan jayanya...yeah!!! (^_^)v   tepuk tangan buat diri sendiri..haaha, ok mukaddimah yang agak poyo tapi itulah hakikatnya, kegembiraan bila dah boleh berehat seketika dari menghadiri kelas setiap hari, exam setiap minggu dengan bebanan tugas-tugas yang lain...tapi seketika jelah, biasalah kita kan manusia biasa yang perlukan masa untuk berehat seketika dari kesibukan tugasan harian...




    tadi baru habis exam terakhir bagi semester 1,tak tahulah macamana result nanti kan, harap-harap dapat ok la untuk first sem ni..hehe...aku akan bercuti selama sebulan di Malaysia...3 hari lagi balik, tapi hari ni nak kena pergi kem dulu..esok balik, then nak beli ole2 buat family baru balik...ehem2, banyak betul orang nak pesan nih orang sana suruh beli apa-apa dari sini, member sini pulak cakap jangan lupa bawak ole-ole dari Malaysia...alamak, cemana ni?botak eden -,-'



    Banyak benda baru yang aku dapat dan pelajari sepanjang 5 bulan di sini, dapat tahu benda baru, kawan baru, tempat baru dan semuanya baruu belaka...biasalah dalam setiap perjalanan pasti ada onak duri yang perlu dihadapi dan ia sangat bergantung kepada bagaimana kita menempuh halangan dan cabaran tersebut....semoga aku dapat menempuhi perjalanan selama 5 tahun di sini dengan jayanya...benda baru ni sebenarnya banyak mematangkan aku dan membuatkan aku berfikir dengan lebih luas lagi, takdelah nak duduk bawah tempurung sangat kan...



    Apa yang pasti, aku akan menggunakan waktu cuti aku sebaiknya...haaha, nak makan semua makanan Malaysia yang takde dekat jakarta...nak jumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa dan yang paling penting guna masa dengan family...tapi sebulan tu agak lama kan??bolehla aku melepaskan rasa rindu pada semua benda...tapi kekadang bimbang takut-takut terguna bahasa indonesia kat rumah...mesti kena kaw-kaw ngan adik beradik aku yang kepala otak diorang agak sewel macam aku jugak..biasalah adik beradik, tapi kami sewel bukan macam orang lain..sewel kami sewel yang comel..kahkahkah (^_^)



    Ok lah tu je nak share, sebenarnya nak pergi packing barang nak pergi kem tu...apapun happy holiday everyone!!! aku tahu bebudak IPTA/IPTS memang tengah cuti sekarang dan dah nak masuk semester lain balik dah..kami baru nak cuti...heehe...thanks for reading!!



    Sunday, July 24, 2011

    menyepikan diri buat seketika

    Assalamualaikum...

    setelah sekian lama tidak menekan papan kekunci, berceloteh dan mencurahkan idea kat blog kusam lagi tak sememeh ni rasa macam pelik pula nak menyusun ayat..haaaaaaa..kalau korang pernah baca blog ni sebelum ni mesti taw yang gua sekarang tengah bertapa di rumah sambil menjadi bibik sambilan..

    sebelum ni dah exam dalam sebulan lebih lepas tu pergi BTN dalam seminggu dan terus balik rumah..kat rumah ni pulak memang takde internet , masa exam tu memang mengurangkan penggunaan internet dan aktiviti yang me'lagha'kan..kalau dulu sehari tak buka FB atau blog rasa macam ada sesuatu yang tak kena je tapi bila dah lama kelamaan tak buka jadi macam biasa je..

    disebabkan beberapa masalah ni jadi gua rasa memang gua akan menyepikan diri dalam beberapa bulan ni, yeah inipun gian lama tak online pergi gak cc ngan adik gua..pepagi hari sekolah ni memang xde orang dan internet ni pulak laju memanglah best kan..tapi memang macamtulah kan, bukannya apa cuma malas nak pergi walhal xdelah jauh mana pun..dok rumah lagii best..

    apa yang gua buat kat rumah macam biasalah, bangun pepagi basuh baju jemur baju..lepas tu tengoktv sat dan kemas rumah..tengok-tengok dah tengahri apa lagi masuk dapur lak, masak lauk nasi dan sayur apa-apa ajelah yang boleh dibuat dah petang...tengok tv lagi, macam-macam cerita gua tengok sepanjang  cuti ni habis pi layan....citer korea lam lappy tu tak habis lagi tengok, itulah sebelum cuti bagai nak rak pergi copy campai nak pecah hard dics...

    sepanjang cuti ni jugak gua banyak layan bola, dengan perlawanan pusingan 1 dan 2 malaysia ke piala dunia dan jugak perlawanan persahabatan dengan Arsenal, Liverpool dan Chelsea habis gua layan..baru boleh tengok bola puas-puas sebab sebelum ni asyik busy je manjang dok ngadap buku dan assignment..apepun gua frust dengan perlawanan harimau malaya menentang singapura semalam..gua rasa depa boleh buat laghi baik, dahla pemain feveret gua safiq rahim kena kad merah, aidil zafuan ngan norshahrul idlan talaha (mat yo) pulak cedera..aduyaii, harapkan safee sali la sekarang ni, tapi gua yakin stadium bukit jalil pasti bergegar semasa perlawan dengan singapura nanti..perh, gua pulak cuak =.=

    pasal dok kat rumah pulak gua sekarang ni rasa dah layak kawin kot, kahkahkah...macam-macam dah gua masak kat rumah tu, masak merah, gulai, sayur dan macam-macam lagilah...dulu-dulu kalau masak pasti ada je yang tak kena dan macam xde orang nak makan kalau gua masak, sekarang ni habis licin diorang makan..sememangnya tengok orang kenyang makan dengan hasil tangan kita masak memberi satu kepuasan yang tidak terhingga begitu juga kalau jahit baju..kalau gua tengok baju yang gua jahit tu orang suka pakai memberikan satu kepuasan yang tidak terhingga...

    dalam masa seminggu lagi seluruh umat islam akan menyambut kedatangan bulan yang penuh berkat iaitu bulan ramadhan al-mubarak, cepat betul masa berlalu kan..tuptup dah nak raya lagi, tapi tahun ni kali pertama dapat berpuasa penuh kat rumah..biasalah sebelum ni kan dok asrama, dok kolej  ada kelas semua balik pun jarang-jarang...dan result exam jugak kuar dalam tengah bulan puasa, berdebar-debar rasanya...apapun gua hanya mampu bertawakal dan berdoa kerana gua yakin sesuatu yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya...jangan sesekali menyalahkan takdir dan percaya kepada qada' dan qadar, insyallah.....

    rasanya leteran pun dah panjang ni dan sesapa yang baca sampai habis ni memang anda pembaca yang mantop!!biasanya orang malas nak baca panjang-panjang cenggini tapi gua memang kaki membaca so tak hairanlah gua boleh baca novel setebal 500 muka surat dalam masa sehari, tapi tengok atas ceritalah kan, kalau bosan boleh mengantuk juga...insyallah ada masa gua update lagi..


    p/s: baju sahabat blogger gua baru dapat semalam...apesal saiz m besar gedabak???hurmmmm...

    Tuesday, January 4, 2011

    selamat menempuh alam perkahwinan akmarizam :D

    cuti semester lepas gua ada pergi rumah mak sedara kat kota bharu,kelantan selama seminggu sebab anak dia a.k.a sepupu gua la nak kawin...kami agak rapat la jugak tu yang sampai pergi awal pulang lewat tu..

    bergambar bersama pengantin perempuan..opps,tudung senget :p

    nila satu-satunya sepupu yang sebaya

    eh,nak jugak die nih!

    jangan ingat org laki x bersolek..haha!

    haaa,ni la pengantin tu :)

    bersama ibu kedua belah pihak

    posing lam bilik pengantin jap!

    sekali lagi,ajak si baju ungu sekali..hikhikhik

    antara jemputan yang datang

    bunga manggar ni jaa buat


    yang ni jangan tak percaya okey!jaa panjat guna tangga dan pasang semua benda ni..siap memaku lagi..lewat gila tidow dah dekat kol 4 sudah..mula-mula xjadi nak pasang,pastu last-last minit lepas kol 12 baru ada cadangan nak pasang...ingat nk bergambar dalam bilik je...org lain laki2 pun da tidow,ape la...ambik alih la..sepupu n akak tukang bagi arahan,senget ke ape..huhuhu..xpela,simple2 pun ok la la

    pengantin yg sporting...lawak plak..hhehehehe :p
    when will be mine??hahaha,tetiba gedik nak kawin :p

    Tuesday, December 21, 2010

    going back to intec...

    less than 2 weeks i'm going to continue my final sem at intec...
    arh...give me strength (T_T)

    Tuesday, November 16, 2010

    personal taste :D

    i finished watch all of the 16 episode in two days..heeeeee

    some synopsis: lee min ho act as jeo jin ho is a normal straight guy who pretended to be gay in order to get place in sanggojae..sanggojae is a mysterious house that never been open to the outsiders..
    son ye jin,act as park gae in is the owner of the house...she is a furniture designer who is also a
    daughter of famous architecture professor...her friend,kim hae in betrayed her and make love with her bf,chan ryul..

    jin ho develops feeling for gae in and started to love her....a complicated love but i love it...jin ho is such a cool guy and can handle everything and even can make gae in father's accept him...

    min ho,u are so handsome :D just love3 it..some of his pic that can make girls melt..hhahahahahha:-







    no description...you describe it yourself..muahahha

    i'm going to watch playful kiss after this..yeay!

    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...