nuffnang

    Showing posts with label piala dunia. Show all posts
    Showing posts with label piala dunia. Show all posts

    Thursday, June 30, 2011

    Selamat tinggal Intec, selamat tinggal Shah alam~

    Assalamualaikum...

    pejam celik pejam celik dah habis dah perjuanganku selama dua tahun di Intec, sedih la pulak rasanya nak meninggalkan bilik 1221 terutama sekali member-member yang separa gilaa..haaaaaaha..banyak betul kenangan pahit manis selama dua tahun di sini..28 Jun 2009, tarikh mula daftar sehinggalah semalam 29 July 2011..

    Semalam tak sempat nak update sebab pepagi lagi dah pergi Intec untuk writing test + interview... alhamdulillah, everything went well...insyallah kalau ada rezeki dan tiada aral melintang dapatlah kugenggam impian yang selama ini mungkin hanya angan-angan...hanya doa dan tawakal sahaja sekarang ni, apapun kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan segalanya..terimalah seadanya dan jangan sesekali menyalahkan takdir setelah kita berusaha dan dah cuba buat yang terbaik (self-motivated )





     buku-buku ni tinggal je, nak sedekah kat junior =D

    antara barang-barang...bnyak lagi meh..


    balik dalam pukul 1 terus sambung packing barang-barang sebab banyak sangat yang belum dikemas...dalam pukul 5 lebih pakcik datang ambil dan balik Klang ...Balik Terengganu lambat lagi sebab 4hb-7hb  ni ada kursus Birotatanegara (BTN) dekat pantai remis, Jeram, Kuala Selangor..harap-harap best dan enjoyy =D


    Malam tadi pulak layan bola, Malaysia lawak China taipei (Taiwan) dan Malaysia menang tipis 2-1.. agak tak puas hati dengan keputusan semalam sebab aku rasa Malaysia mampu buat lagi baik, adeih banyak betul peluang depan gol yang disia-siakan....apepun, aku sukaa Aidil Zafuan main balik malam tadi..waaaa, hensemnya awak untunglah Rita Rudaini (tetiba..hahaha) gol pertama oleh kepten negara, Shafiq Rahim memang cantik!!!gol kedua pula oleh tandukan Aidil Zafuan semasa sepakan penjuru oleh shafiq Rahim juga...safee sali tak menyerlah semalam, semua dok pakat nak kepung diaa...last-last cedera dan keluar..ok dah jadi pengulas pulak...sukanyaaa layan bola, lama dah tak tengok =.=


    haaaaa, antara koleksi sandal dan, kasut, wedges dan heels sepanjang di Intec


     shawl dan tudung


     baju kurung

    tudung bawal..jarang pakai




    Monday, December 27, 2010

    tahniah malaysia!!!

    semalam aku tengok bola malaysia lawan indonesia..tahniah malaysia!!malaysia berjaya mengalahkan indonesia sebanyak 3-0 di bukit jalil semalam..yeah,kemenangan yang berbaloi untuk menebus kekalahan kita 5-1 baru-baru ini dalam pringkat kumpulan..semoga malaysia dapat terus mengekalkan kemenangan di indonsia nanti...

    kami sekeluiarga bersorak bagai nak rak walaupun hanya menonton di rumah..haaaa,aku suka dengan mimik muka safee walaupun jatuh tergelincir tapi mukanya still manis senyum..haha,comel betul..tahniah,dah jadi penjaring terbanyak..semalam 2 gol dijaringkan olehnya..bola pun banyak dikuasai oleh pihak malaysia dan dengan kemenangan semalam aku yakin yang malaysia dapat menjadi johan dengan menewaskan indonesia di negara mereka..

    walaupun barisan pemain utama ramai yang tercedera sehinggakan pasangan kembar yang aku minati zafuan dengan zakuan tak dapat bermain,k rajagobal bijak membuat strategi dan memilih pemain-pemain muda yang berbakat besar untuk menunjukkan kehandalan masing2..semoga sukan bola sepak malaysia terus menyinar dan masuk world cup..hahahha..sape taw???

    p/s:tak sabar nak tengok perlawanan 29hb ni..semoga malaysia menjadi juara

    Tuesday, June 8, 2010

    doakanlah warga islam di gaza,palestin

    macam2 hal yang terjadi sekarang sama ada dalam atau luar negara...jaa dk kat intec macam banyak benda tak tahu..almaklumlah,xtengok tv kan..paper pun jarang2 baca..nak tunggu baca cerita kat internet pun ,jarang jugak..kalau online,kerja chatting,bukak fb..huhuhu...sebenarnya bukan apa,study week dah 2 minggu,exam week pun 2 minggu...rasa macam xde masa sangt nak ambil tahu perkembangan terkini...

    bila dah balik rumah ni,macam2 jaa tahu..tengok tv,tengok berita..huh,peristiwa tentang kapal malaysia yang ingin hantar bantuan ke gaza telah ditahan rejim zionios israel..huh,sungguh kejam mereka..bila jaa tengok berita,MHI,mereka menceritakan bagaimana mereka menjadi orang tawanan tentera israel..memang peristiwa yang cukup bermakna dan mendebarkan..

    alhamdulillah,mereka telah selamat sampai ke tanah air petang semalam...memang mereka amat terkilan sebab tak sempat menyampaikan bantuan kepada penduduk2 gaza di palestin...mereka tidak sempat menghantar bekalan makanan dan keperluan rakyat di sana...barang2 itu semua serta kapal telah dirampas!!!HUH,SUNGGUH KRJAM MEREKA ITU...

    jaa harap kita semua dapat mendoakan keselamatan penduduk palestin..walaupun bantuan tidak sempat dihantar,namun semangat wakil2 yang kesana patut dipuji..mereka masih meneruskan perjalanan walaupun mereka tahu bahawa satu kapal yang berlepas terlebih dahuku telah dirampas dan mereka telah menjadi tawanan...tapi,apa2 pun,syukur ke hadrat ilahi kerana mereka semya telah selamat tiba..terima kasih njugak kepada semua umat islam yang solat hajat mendoakan kesejahteraan mereka semua...amiin...

    p/s:nak tunggu piala dunia pulak...nak tengok bola!!!!

    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...