nuffnang

    Showing posts with label intec. Show all posts
    Showing posts with label intec. Show all posts

    Tuesday, July 10, 2012

    Jemput orang datang Jakarta :)

    Assalamualaikum.......


    Untunglaaaa orang dah cuti bole jalan-jalan...heheee...ok aku tak tahu nak mulai dengan apa, selasa lepas memeber dari Intec datang nak jenjalan sekitar Jakarta, esok dah nak balik da...seminggu diorang kat sini, mungkin nak merasa bagaimana kehidupan di Jakarta, atau nak jumpa orang tersayang...dua-dua kott eh :)


    awal pagi tu dua orang dah datang, so petang ni kitorang pergi jemput lagi tiga orang...dua cowok, 1 cewek...hahaaaa....aku ikut pergi jugak sebab member rapat roomate kat akasia dulu, 2 tahun kot kitorang satu bilik....pastu dua orang lagi kawan coursemate, ALM (Alamak!) tak tahu cari sendiri :p 


    kami ke sana naik teksi, bertiga jugak...punyalah remind suruh aku siap cepat sbb teksi dah nak dekat sampai padahal.......


    "Jom teksi dah sampai" cepat-cepat aku bersiap sampai tertinggal purse...padahal kene tunggu almost 30minutes lagi dalam teksi....ada yang baru nak mandi, nak jumpa future wife katekan, kata Ali bukan nama sebenar...hahaa...aku tak nak merepek banyak sebab perut tengah sakit ni, tengok gambar jela ehh...



    flight diorang delay sepatutnya sampai 2.30 camtu tapi dah jadi pukul 5.20....tapi dalam pukul 6lebih baru sampai,haaa..ni tunggu kat depan ni...international arrival,lama jugak diorang kt dalam...


     yeayy!!da sampai....penantian berakhir..hahaaa...senyum memasing da sampai Jakarta kan :)
     padahal bosan lama gila tunggu kat lcct..hahaa..


     bawak satu beg je sorang, nanti balik mesti banyak kan...haa, shopping katekan...
    ehh,pisto macam nak sama besar ngan ali je :p



     Ali tenung apa tu, huishh...

     hi si chantek!! gonna miss u :)


    sengih lebar yee memasing...orang tengah bahagia.....



    ok tu je nak tulis.....nak share gambar ni je sebab malas nk upload FB...satu lagi Ali nak sangat masuk gambar dia dalam blog :p diorang dah nak balik esok, selamat tinggal Jakarta..heheee...next week saya pulak balik Malaysia :D


    p/s: orang baru datang Jakarta xsakit, aku pulak yang sakit -,-

    Thursday, August 18, 2011

    mungkin ini yang terbaik untukku...aku redha =.=

    Assalamualaikum....

    terketar-ketar tanganku, berdegup-degup jantungku menantikan keputusan exam A-Level yang lepas..it's a tough exam for me..aku ada dua kali mimpi pasal result exam, dulu masa tengah exam...banyak kali aku nangis bila fikir pasal semua ni, pasal masa depan aku yang tak tahu macamana, memang aku nak jadi doktor..nak rawat orang nak ambik MBBS...

    beberapa malam sebelum ni aku ada mimpi yang aku tengah pegi ambik result dan someone said that i didn't pass and i just got 10 points...mungkin betul dan masa tu aku redha...aku dah fikir dah sebab dan akibat tapi aku anggap mungkin itu mainan tidur dan aku selalu berdoa semoga miracle can happen...memang aku bukan best student dulu, dan aku hanyalah antara pelajar corot, aku taw...

    aku memang tidak menyalahkan takdir dan aku reda dengan semua ini, mungkin ini ada hikmahnya..walaupun internet stuck tadi aku lambat check result..bila aku buka memang btul seperti yang aku mimpi, aku hanya dapat 10 points..meaning that i didn't pass the minimum requirement for me to fly to manipal, india...says goodbye to Manipal medical college (MMC)..i'm not going to study there...

    bila je aku dapat tgk result, memang aku rasa sedih tapi aku dah redha dari awal..alhamdulillah perjalananku bukan setakat ini, JPA officer call aku dan dia cakap diorang akan bagi aku option either to further my studies at ukrida, indonesia or study kat local..tapi aku kena cari dan apply sendiri..setelah pertimbangkan dan berdasarkan pengalaman kawan-kawan serta senior lepas, aku reda tempatku mungkin di indonesia..

    insyallah aku akan ke indonesia 6 september dan ada pre-departure pada 25hb ni...alhamdulillah aku bersyukur kerana JPA masih lagi akan menaja pembelajaranku demi mengejar cita-citaku untuk menjadi seorang doktor..walaupun bukanlah ke tempat yang aku idam-idamkan selama ini, namun aku masih bersyukur berbanding beberapa rakanku yang biasiswanya akan ditamatkan...kalaulah aku menerima ujian begitu, sungguh kelam dunia ini kurasakan..

    tahniah kepada semua kawan-kawan yang berjaya meneruskan perjuangan ke MMC, dan kepada yang senasib denganku mungkin inilah yang terbaik untuk kita..mungkin ada hikmah di sebalik semua ini...walaupun aku akan ke tempat lain, aku ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang banyak membantu aku selama ini, lecturers, friends, classmates and beloved roomates...

    walaupun belajar di tempat berbeza, namun tujuan kita sama...untuk menjadi seorang doktor yang berjaya, untuk menabur bakti dan jasa kepada rakyat bangsa dan negara...sorry to my parents, family, friends and everyone...mungkin rezekiku bukan di Manipal...gembira bila baca status facebook member yang berjaya lepas cut off points..

    All the best to all MMC students at Intec 2009/2011 especially from 10M9..u guys are great friends and congrates for those who manage to get 12 points and abouve..bravo!! gonna miss u guys soon :)

    aku tidak menganggap ujian ini sebagai kegagalan, namun hanyalah rezeki tidak memihak kepadaku...i got good marks for my maggot's experiments :D Aku juga tidak pernah menyesal menjadi pelajar A-Level Medicine at Intec seperti sesetengah pelajar yang lain, yang tidak boleh menerima kenyataan...hidup di shah alam dan belajar di intec banyak mengajar aku tentang erti kehidupan dan juga banyak mematangkan aku..meskipun tempat asalku telah berubah, namun banyak ilmu yang telah aku perolehi..

    aku tidak akan mensia-siakan segala peluang yang ada...i promise to do my best and can't wait to be a medical student...bukan aku tidak mahu belajar di negara sendiri namun aku tahu betapa sukarnya pelajar lepasan A-Level ingin mendapat tempat di negara sendiri yang lebih mengutamakan pelajar matrikulasi dan STPM...Alhamdulillah, aku reda...meskipun jauh di sudut hatiku aku rasa sedih namun aku yakin pasti ada hikmah di sebalik semua ini, doakan yang terbaik untukku...amiiin..


    Friday, July 1, 2011

    study table, notes and softboard =.=


    Assalamualaikum...


    i snap some pictures of my notes on softboard and study table..
    i know i'm gonna miss all of this..
    boleh jadikan kenangan =D



    \\

     math's formulae...need to memorise all of these =.=


     organic compound mind map..helps me a lot!!!


     reaction of benzene...lots of them came out in the last papers


     periodic table, help me during my revision =D

     how far and how fast topic, looks easy but the questions can trap us!!


     calendar with pics of my groupmates for the whole two years here

     sem 4 time table

     specific response-biology-

     these are my stationary..

     as i stayed alone, i change the arrangement of the table and bed
    this is my room

     official study table..haaaaaha...
    i put the orange labels so that i can easily spot the books that i want..


    ok that's it!!!
    bye-bye





    Thursday, June 30, 2011

    Selamat tinggal Intec, selamat tinggal Shah alam~

    Assalamualaikum...

    pejam celik pejam celik dah habis dah perjuanganku selama dua tahun di Intec, sedih la pulak rasanya nak meninggalkan bilik 1221 terutama sekali member-member yang separa gilaa..haaaaaaha..banyak betul kenangan pahit manis selama dua tahun di sini..28 Jun 2009, tarikh mula daftar sehinggalah semalam 29 July 2011..

    Semalam tak sempat nak update sebab pepagi lagi dah pergi Intec untuk writing test + interview... alhamdulillah, everything went well...insyallah kalau ada rezeki dan tiada aral melintang dapatlah kugenggam impian yang selama ini mungkin hanya angan-angan...hanya doa dan tawakal sahaja sekarang ni, apapun kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan segalanya..terimalah seadanya dan jangan sesekali menyalahkan takdir setelah kita berusaha dan dah cuba buat yang terbaik (self-motivated )





     buku-buku ni tinggal je, nak sedekah kat junior =D

    antara barang-barang...bnyak lagi meh..


    balik dalam pukul 1 terus sambung packing barang-barang sebab banyak sangat yang belum dikemas...dalam pukul 5 lebih pakcik datang ambil dan balik Klang ...Balik Terengganu lambat lagi sebab 4hb-7hb  ni ada kursus Birotatanegara (BTN) dekat pantai remis, Jeram, Kuala Selangor..harap-harap best dan enjoyy =D


    Malam tadi pulak layan bola, Malaysia lawak China taipei (Taiwan) dan Malaysia menang tipis 2-1.. agak tak puas hati dengan keputusan semalam sebab aku rasa Malaysia mampu buat lagi baik, adeih banyak betul peluang depan gol yang disia-siakan....apepun, aku sukaa Aidil Zafuan main balik malam tadi..waaaa, hensemnya awak untunglah Rita Rudaini (tetiba..hahaha) gol pertama oleh kepten negara, Shafiq Rahim memang cantik!!!gol kedua pula oleh tandukan Aidil Zafuan semasa sepakan penjuru oleh shafiq Rahim juga...safee sali tak menyerlah semalam, semua dok pakat nak kepung diaa...last-last cedera dan keluar..ok dah jadi pengulas pulak...sukanyaaa layan bola, lama dah tak tengok =.=


    haaaaa, antara koleksi sandal dan, kasut, wedges dan heels sepanjang di Intec


     shawl dan tudung


     baju kurung

    tudung bawal..jarang pakai




    Wednesday, June 29, 2011

    #5 Annual Grand Dinner l wordless wednesday l




    Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang 
    menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :)










    Friday, June 24, 2011

    Hari akhir exam, disaman kerana baju kurung

    Assalamualaikum...


    akhirnya dapat juga aku mencoretkan sesuatu di sini setelah sekian lama tidak menulis...yeah, sebenarnya aku baru sahaja selesai menduduki peperiksaan yang paling lama sepanjang hidup aku iaitu selama hampir sebulan setengah..ini juga exam yang paling membuatkan aku stress kerana keputusan ini akan menentukan masa depanku..owh, sangat cuak namun semuanya telah berlalu, sekarang ini hanya mampu berdoa dan bertawakal agar segalanya akan dipermudahkan ^_^


    oleh kerana hari ni hari last exam, hari jumaat dah memang menjadi peraturan di UITM semua pelajar kena pakai baju kurung pada hari jumaat dan hari isnin...sememangnya aku terlupa bahawa hari ni mesti pakai baju kurung..dahla hari last exam, langsung tak terfikir nak iron baju ke nak pakai baju mana..main pakai je t-shirt dan jeans dan lepas siap-siap semua pakai tudung barulah member aku tegur "weh nape tak pakai baju kurung, kan hari ni hari jumaat"


    memang aku dah malas nak salin baju balik, dahla dah siap semua lagipun baju pun tak ada lagi yang digosok..terus jelah aku redah pakai t-shirt ke dewan exam...sampai dekat pagar, terus pak guard panggil mintak matrik card dan kena saman..wohoho!!first time beb!!sepanjang dua tahun aku di sini inilah kali pertama langgar peraturan tak pakai baju kurung pada hari jumaat dan kali pertama disaman...kenangan ni, adalah juga sekeping surat saman kan =p



    nak dijadikan cerita, jarak dari pondok pak guard tu agak jauhla dengan dewan exam..pulak tu selipar aku putus..huwwwwwwwaaa :( rasa nak menangis kat situ jugak..dahla bakal jawab paper chemistry unit 5 yang paling mendebarkan tu, banyak pulak hal yang timbul...aku tenangkan fikiran dan hati, harap-harap semuanya okey...balik terus ke ole-ole lama wehh tak makan kat situ..sepanjang study leave +exam boleh dikatakan dua bulan lebih hanya menghadap buku, makanan Bistro, Kafe Cemara dan Sup Utara..itu sahaja, kalau pasar malam kekadang pergi jugak..

    Sebenarnya nak pi tengok Maharaja Lawak akhir ni secara live tapi sedihnya tiket susah nak dapat woh, nak kena ada bil astro la nak kena jadi pongomen terpantas kat FB Astro la macam -macam...apepun tunggu youtube jelah kejap lagi, nak layan movie..yeayyyyyyy!!! budak fizik jangan jeles ek, ingat korang ada paper isnin ni..ekeke..ops, aku baru kemas buku-buku esok aku upload pic kemas barang ek..jangan lupa usha blog ni..pasnih mesti tak berhabuk dah..heeeeee..salam sayang =D


    check this : different phone different personality :D

    Sunday, April 24, 2011

    study room is the best place to study...betul ke tak??

    Salam semua (^_^)

    gua baru balik dari bilik study sebab dari pagi gua tak study kejenya pagi tadi bangun dah lambat gilaa (anak dara hapelah ni) sebab tidur lambat kot...pastu borak-borak ngan roomate tengok matahari dah memancak atas kepala..alamak!!dah tengahari perut yang lapar terasa ingin diisi..sebelum keluar mengisi perut, loading Maharaja lawak dulu dekat youtube dengan harapan lepas makan nanti bolehlah bergelak ketawa..=.=

    lepas makan, gua dan roomate layan maharaja lawak, okey gua geli gilaaa dengan jambu..bukan ape, muka ala-ala otai samseng tapi baju pink..omakaih!!!terus gua tak suka pink dan nak tukar semua benda warna pink yang ada termasuklah blog ni..perasan tak??xada pink dah..hehe (bukan sebab jambu semata-mata) padahal cadar sekarang pink lagi :P tapi serius lawak sangat..adeih,pecah perut gua dengan roomate gua bergelak ketawa sambil bergolek-golek di atas katil

    layan lagi Jozan, ok diorang memang terbaik!!!rasanya depa peluang nak menang tinggi kot sebab dua-dua lawak..kekadang tu walaupun lawak tu biasa, selalu kita dengar namun bila zizan dengan johan buat benda tu jadi kelakar gila...dengan nada, intonasi,ekspression..huahua...mantaplah!!!eh, tersadul pulak dari tajuk entry ni..ekekke..kan gua dah cakap, gua tak boleh start menulis, idea mencurah-curah terus ke keluar..ngee

    gua rasa tak boleh jadi study kat bilik sebab petang tadi gua godek-godek blog pastuh rasa xnak dah blog pink, terus gua edit header yang tak seberapa..lantaklah janji gua puas hati dengan hasil tangan gua yang hanya ambil masa tak sampai setengah jam tuh,biarlah asalkan tak ada dah header dengan muka gua yang tak sememeh itu..hehe ^^

    gua main coding sikit-sikit dan carik template,bapak buang masa kan tak sedar diri nak final beberapa hari lagi,semput gua!!jadi gua ambik keputusan nak pergi bilik study..alhamdulillah bila tengok orang lain semua fokus hadap buku sampai nak tembus dengan dahi berkerut seribu itu banyak memberi motivasi pada gua untuk turut sama study..hehe..kat bilik kalau hadap laptop, bukak buku depan twitter/facebook memang tak jadi kerja...lagipun kat bilik study best sebab ada air-cond,hehe..kalau kat bilik ni ada air-cond can best..hehehe,demand betul!!tetiba jeles dengan memeber yang buat a-level kat help college sebab bilik depa ada air-cond...

    satu lagi nak citer kat korang hari tu lecturer gua call gua suruh jumpa dia walhal gua takda kelas pun hari jumaat,namun gua gagahkan diri pergi kolej walaupun dalam keadaan agak malas..rupa-rupanya dia nak bagi cupcake yang ada 3A kat atas tu,alaaaaa sweetnyaa ..thanks a lot madam noreha,lecturer statistic gua...semenjak akhir-akhir ni dia agak rapat dengan gua dan dia cakap dia sukaa nama gua..padahal class rep ada, namun gua juga yang menjadi pilihan hatinya..agak touching jugak gua bila dia peluk dan wish all the best for this final exam..ngaaa,kali kedua gua touching ngan lecturer kat sini, nangis rasanya =.=

    inilah cupcake pemberian madam Noreha tu..3A means kena dapat dan score semua A..aminnn..ada beberapa member gua cakap gua sama macam dia kalau pakai spek..ekeke,lawaklah!!she's smaller than me

    gambar kenangan bersama lcturer math, tak semua adaa..ramai dah balik..namun begitu kenangan bersama korang pasti tak akan kulupakan..banyak oh menda gua belajar kat sini,bersyukur gua dapat groupmates yang tak ada banyak problem macam group lain ^^

    ok dah, gua nak tidur esok kalau bangun awal boleh pegi jogging..hehe,lama seh tak jogging dah rasa lemau badan gua..pegi bilik member tingkat 5 pun penat semalam,adeih..kepada yang berkenaan, kalau tak suka baca blog pasal personal life orang lain, tak payah la buka blog tu lagii..gua tulis blog memang untuk luahan perasaan dan cerita pasal kehidupan gua dengan harapan bila gua dah ada cucu gua boleh baca lagi kisah hidup gua zamn lampau dan boleh bergelak ketawa  bersama cucu-cucu...kihkihkih :)

    p/s: doakan gua rajin study da jangan lupa undi gua kat contest tuh *walaupun harapan nak menang tipis*

    Monday, March 21, 2011

    Al-Fatihah buat Mr. Ishak..

    salam semua ^^

    Beberapa hari lepas aku ada menerima satu mesej dari salah seorang rakan yang mengatakan salah seorang lecturer Intec, sir Ishak yang mengajar subjek biology bagi program Ausmat sedang bertarung dengan kanser limfoma...his condition is too bad,pipi bengkak sebelah, mulut herot dan suara lain sangat..memang sangat terkejut mendengar berita tersebut..

    walaupun beliau bukanlah lecturer yang mengajar aku namun aku mengenalinya kerana menjadi salah seorang pembantu mahasisawa tahun lepas..sir ishak adalah antara lecturer yang terlibat menjadi fasi kami semasa kem...sepanjang mengenalinya aku akui dia memang seorang yang sempoi  dan kelakar =)

    Namun hari ini aku mendapat berita yang beliau telah pergi, ternyata Allah lebih menyayangi beliau...sungguh tidak kusangka beliau yang begitu ceria dan masih muda  telah pergi meninggalkan dunia yang sementara ini..begitulah lumrah kehidupan, tiada yang kekal..bila-bila masa sahaja kita boleh pergi tanpa disangka-sangka..

    sir ishak yang berbaju kemeja stripes
    bersama team pm mms 2010 (^_^)
    semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman..aminn..


    p/s: sentiasa ingat mati kerana ia sangat hampir dengan kita...

    suka??bolehla 'LIKE' =D

    Saturday, March 5, 2011

    kisah baby 'maggots'ku...sungguh menggelikan

    it had been a long time since i wanted to  post about this...about my forensic investigation and unit 6 experiment.. actually i almost give up with this project because some of my ideas and titles had been rejected!! yeah,maybe i still can't think about an extraordinary thing,complicated problems and think out of the box...

    what?simple experiment about enzyme??vit.c?sound lame!!!!grrrrr...i almost give up and crying ;'( they said "please think like an adult,something new"...yes, i'm an adult to be..no more teen =p just take it in a positive way,it's a kinda good advise so that u can be better..if u keep telling yourself that you can't do it,u are not like others,actually you are just making the thing worse...please,never and ever give up =) chill ya!!

    i did some research,asked seniors and consulted lecturers...thanks,you guys are very nice and share a very good info (^__^) finally,i made decision to use maggots in my experiment....maybe some of u think it is ridiculous but i still wanna proceed it~


    *oppppppsss,gian nak nulis lam BI,dulu-dulu semua post kot english..xpelah,nak tulis jugak walaupun grammar berterabur (exam BI dh abes,tulis grammar salah sikit2 xpela ka??kihkih =p)


    geli tak??geli tak??haha..mmg geli dan baunya memang amat menusuk hidung dan kalbu..sebenarnya maggots ni tak delah busuk sangat,tapi sumber untuk dapatkan maggots ni tersangat-sangat busuk..oh,busuk power of 100..kehkeh...hiperbola??sememangnya..baunya boleh buat orang loya dan muntah weiyh~

    korang tau tak maggots tuh ape??ni ulat anak lalat..kawan aku cakap baby lalat...so aku kena expose dulu makanan busuk semacam hati ayam pastu lalat datang  dan bertelur..telur tu menjadi maggots nie..okey =D

    keluar dari petri dish pulak dah..

    banyak kan???penat weih nak jaga ni..hehe =p
    nak ucapkan terima kasih kepada roomate aku yang tahan sabar dengan bau menda alah ni walaupun sangat menyengat hidung...memang diorang ada cakap pasal bau ni busuk,tapi nasib baik kami rapat dan satu kepala..xdelah nak melenting kan..shayam korang,eeuu geli lak bila saja2 nak buat typoo ni..hehe ~

    korang mesti terfikir kan mana aku dapat ulat-ulat tu..hehe,nak beli??haha ade orang jual ke? aku peliharalah maggots tu..hehehehe...life cycles of maggots is very short,just in 24 hours period i can get the maggots already (^_^)

    mula-mula beli ikan,sebab ikan lagi cepat...pernah tak korang nampak ulat2 kat ikan buruk,ha yang tulah aku pelihara..geli kan??eeewww!!!mula-mula beli ikan ni pastu siang sikit nk suruh expose,then biarkan je kat kawasan yang ala-ala lalat boleh masuk...grrr!!banyak halangan betul,hari tu letak kat luar,habis dimakan oleh kucing..pastu letak tinggi sikit makcik tukangsapu pulak buang...adeih,jadi terpaksalah buat dalam bilik walaupun memang sangt busuk dan menggelikan..


    bila maggots tu dah ada,bawak pergi lab dan buatlah experiment....hehehe,alhamdulillah everything are alright (^_^) penat kot fikir pasal ni..yaw,this individual experiment + report contribute 20% from my a-level biology..i investigate the effect of different temperature on the metabolic rate of organism..metabolic rate tu link atau berkaitan ngan effectiveness of enzymes...

    owh,xpayah cerita detail sangat..nanti satu report siap..kehkeh,3kali kot aku buat mende alah ni...sebab letak dalam bilik,walaupun dh tutup dgn bekas+5lapis plastik,baunya tetap menyengat hidung...walllaweh..nasib baik lah dah siap...demi eksperiment,sabor jelah..tu tak main dengan mayat lagi kan =) kene struggle buat report dgn statistical data sekali pulak lepas ni..oh tu je nak cerita~


    p/s: lepas eksperiment ni je mesti balik pengsan...baunya pun membuatkan tak lalu nak makan..huhu


    suka??bolehla 'LIKE'=D

    Sunday, February 13, 2011

    supriisee!!! hepi tak??

    anda pernah tak dapat hadiah suprise?prank bday party?prank call?tak pun anda yang buat suprise kat orang?menarik kan..aku memang suka dapat suprise tak pun berkomplot buat suprise kat orang..memang best sangat bila dapat tengok reaksi muka orang yang terkejut dapat suprise :)

    serius rasa terharu kan bila orang yang kita sayang buat suprise kat kita..tak kiralah kawan ke,adik beradik ke dan paling best mestilah family kan..masa birthday aku tahun lepas,diorang ada sambut birthday aku tanpa aku mengesyaki plan diorang,mantap ye!!thankss (^__^)

    hari tu,kedua-dua roomate aku sambut birthday yang ke-20..selang 3 hari jep..maknanya antara kami bertiga akulah yang paling muda..hehe,masa tu duit biasiswa kitorang tak masuk lagi,jadi kami tak buat sambutan pun,sengkek!tapi ada dengar-dengar diorang cakap birthday diorang tahun ni hambar,tak keluar pun dan makan megi jep..alalala,kesian bday girls nie =(

    petang tu balik kelas,aku singgah kedai kek dan beli sebijik kek yang cukup untuk kami bertiga,yang biasa-biasa je..tak mampu kek besar mahal tu...memang duit sangat pokai..masing-masing berharap bila la jpa nak masukkan duit kami..hehe..aku beli la kek tu tanpa pengetahuan mereka dan pasang lilin siap-siap..


    dua batang lilin menunjukkan anda dah 20 tahun okeyy..selamat hari lahir kawan-kawan yang aku sayang,wee tetiba lak sedih...aku rasa aku boleh ngam ngan budak 2orang nie,masing-masing kepala gila-gila dan layan je...suka mengarut-ngarut,buat reaksi entah hape-ape dan macam-macamlah..pendek kata aku bersyukur dapat diorang as my roomate (klu korang baca jgn nak kembang 40 inci yep)


     tu dia,nasib baik muat aku tulis HAPPY BIRTHDAY IZA DAN KHALILAH...ler,gaduh pulak sebab nama iza pendek je,tapi nama khalilah panjang..aku keluar dari bilik dengan pasang lilin siap-siap dan nyanyi lagu birthdayy,ala..lilin padam la sebab kipas..huhuhu..diorang masa tu tengah asyik borak-borak kat meja study.. terus terkejut tengok aku bwak kek..at least ada jugak kek bday korang tahun ni kan,xdela hambar sangat..yela,aku bukan pandai sangat nak buat suprise ni,pulak tu sesorang...harap korang hepi la dapat kek ni je..haha


     dah-dah..cukup dengan gambar kek tu,gambar tuan tak boleh ambik sebab ni dalam bilik..kami sangat cantikk dalam bilik dan tak boleh buat tayangan umum,nanti ramai yang berkenan..hehe..ni aku edit nak beli frame kat iza,tapi tak  terbeli..sorry korang aku tak beli hadiah pun =(
    comel tak aku edit?lalalala =) 


    SELAMAT HARI LAHIR 
    SWEET 20

    till then,

    suka??bolehla LIKE =D

    Sunday, January 30, 2011

    i'm a blood donor!!

    after a few times i can't donate my blood because of some problem,finally i make it!!actually i don't have any health problem but i got some woks to do :(

     a few days before that,most of my friends already donated their blood but i can't make it because i had to finish my experiment alone in the biology lab..sobs..then,after class i went to great hall and took the form for donating blood,filled it and met the doctor to check for my blood pressure,blood type and weight

    the form

    i got this

    my blood type is 0 same as both of my parents and i'm a universal donor!!hopefully that 300ml can help people who need it and i'm  so happy that i can help other people...even xbyk sangat,tp still boleh kan :)
















     i had to wait for about an hour before i can donate my blood



    some of blood donor xD

    officially a blood donor..

    after this i'll never hesitate to donate my blood again next time...it does not hurt at all and maybe we can help others to survive :D

    lepasbalikbilikterustidursebabletihsangat-sangatmungkinsebabdermadarah xD

    p/s: janganlah takut-takut nak derma darah sebab tak sakit pun,sekurang-kurangnya adalah jugak bakti kita kann :D






    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...