nuffnang

Sunday, May 13, 2012

Mafest '12 l part 2

Assalamualaikum......

sebelum tu ape kata kepada yang belum baca sila baca Mafest '12 part 1 :D

Sebelum kami pergi ke Kedubes tu dah banyaaaakkk kali call taxiku tak dapat, then bila dapat dia kata fully booked...ok fine la kan, aku try call blue bird tak dapat jugak..masa tu dah pukul 1.30 petang dah, kira dah lambat la kan...perancangan awal kan nak gerak pukul 1 sebab pukul 3 dah nak kene settle gerai bukan baru nak set up...semua dah siap, barang dah siap tunggu teksi je tak dapat call jugak...so aku dengan sorang lagi kawan keluar nak carik teksi dan kitorang memang tak bawak phone, pergi melenggang!!


dan-dan kitorang keluar dapat pulak kawan aku call blue bird...diorang call kitorang cakap dah dapat teksi tapi itulah tak bawak phone, salah diri sendiri -,- bila aku datang dengan teksi sampailah 2 teksi lagi jadinya 4 teksi..gila ke apa??haahaaa...dahla kedubes jauh, terpaksalah cancel jugak satu teksi bukan cancel free, kene bayar ganti rugi lak....jadi satu teksi 2 orang je naik, kaya kan..apa boleh buat, barang nak kene muat kete lagi...

so angkat barang masuk teksi dan kami gerak dengan 3 teksi bersama barang-barang...lebih kurang pukul 2.15 cmtu dah sampai, tapi teksi pulak tak dapat masuk dalam..hadoii...berat kot nak angkut semua benda alah tu...nak pulak aku mengada pakai heel..haahaa...sampai je, angkut barang terus start hias gerai dulu...

 senarai menu


 nama gerai kami, padayappa!! serius aku tak penah tau mende ni...

diorang yang pilih nama ni sebab diorg cakap cerita tamil padaiyappa ni femes sangat dulu...tapi kenapa aku tak tahu??ohhh...aku kan dari darjah 6 dok asrama, memang tak tengok tv lah....kalau cuti panjang je boleh...aku manalah layan citer tamil lagipun..kahkah....hindustan pun boleh bilang dengan jari cerita apa je aku tengok, huhu....mak sedara aku kaki hindustan, hari sabtu lepas zohor mesti ada citer hindustan kan, so aku tumpang sekaki jela tengok sekaligus mengasah skill membaca, masa tu kan darjah satu ke dua cmtu...heehe :)


 gerai kami yang dah siap set up..pakai kain batik je.....sebenarnya ni dua gerai tapi kami cantumkan so senang sikit nak jual...kaki tangan pun bukannya ramai sangat...hohohoo...cantik kan gerai kami??kahkah *ayat mintak pelempang* ingat nak dapat gerai terbaik :p

 ni jiran kami, batch 2010...depa jual air...pakai jersey sama semorang...

 ni nama dia Haziq, bapak ketua batch kitorang, ukrida Malaysia 2011....nak mintak air lettew!!haahaaa...eh, xdelah diorang ni saje nak suruh haziq try air best ke tak...


kelihatan mereka tengah busy....

anis, aku dan vais...

nampak tak mata aku??nampak tak?? -,- obvious gilaaaa eyebag, mana taknya malam tu tido sejam je kot nak siapkan semua makanan ni, penat gila wehh....ikutkan hati nak tido je, tapi ingat ada mission yang besar..hoho...sebenarnya aku ngantuk sangat time ni...dalam teksi masa nak datang tu dah tersengguk-senguk dahla bawak air dalam jug tanpa tudung...kalau tumpah tak tahulah...habislah kebaya pink ni..hahaaa..

malaunyaaa, macam sakit mata je -,-

aku baru je ready nak tolong goreng popiah dan keropok lekor tu tetiba ada orang panggil, ada tugasan buat aku...aku kena jaga kaunter no bertuah dengan teka bilangan gula-gula dalam bekas tu...aku ingat petang takde tugasan boleh tolong jaga kedai sebab mengikut apa yang aku tahu aku kena jaga booth PKPMI malam tu...tapi ok je sebab ramai je lagi yang lain boleh tolong jagakan gerai ^^

aku duduk sini start pukul 3.30 sampai 6 lebih, tu pun mintak orang lain jagakan nak pergi solat dan makan...tapi aku rasa fun dok sini sebab boleh jumpa dan layan orang yang datang...kekadang tu aku macam konfius ni malaysian ke indonesian sampai aku dah ngomong..pastu dia cakap melayu..adehh..layan yo la...apo bulih buek, ehh asal kuar lorat nogori lak ni..heehee...aku announce suruh orang ambil no bertuah dengan main game, macam takde org nak main je..huhuu...



ni brader-brader ukrida batch 2008 kalau aku tak salah....pernah la nampak tapi sorang pun tak kenal..hahaaa... diorang dok sakat aku macam-macam sampai aku dah termalu kat situ...diorang cakap muka aku ada sama dengan sorang senior batch diorang, pastu tanya aku orang mana....boleh pulak cakap muka typical orang Ganu macam aku, haahaa...tak logik langsung...pastu kemain nak teka berapa biji gula-gula dalam tu kemain lama...

ada jugak budak-budak kecik yang datang tanya aku macam-macam....diorang ni anak-anak staff kat situ je rasanya..tp overall, i had fun!

suasana so called 'pasar malam' dari tempat duduk aku kat depan hall tu..aku kan xleh gerak pi mana-mana so tak sempat pun nak snap gambar gerai lain..huhuuu...duduk kat situ cakap dekat pak ketua haziq suruh dia belanja colek kelate...adalah sorang senior ni yang jual, aku main-main je time kasihlahh sebab belanja betul-betul sekali ngan air cendol..heehe...untunglah hari tu :)



haziq. pak cik haziq. wina

aku baru tahu haziq ada pak cik yang tinggal kat tanjung Duren..haahaa, siap peace lagi!!agak-agak dalam pukul 6 tu aku minta sorang komiti jagakan tempat tu sebab nak pergi solat dan makan kan, bila aku dok kat gerai tu tolong sikit-sikit dan tengah goreng keropok tu tetiba hujan maha lebat turun...perhh!! habis keropok yang dalam kuali tu, dahla air dah masuk dalam minyak..ada barang-barang kitorang yang tengah hujan tu tak dapat diselamatkan...sayanngg sangat!!!


time kelam kabut nak alihkan barang tu, dahla penat, barang rosak, sejuk hujan, ngantuk dan bermacam-macam perasaan timbul tu memang akan timbul rasa stress la kan...normal la manusia biasa, aku dahla dari tadi tak dapat tolong tetiba aku datang jadi cmni aku pun rasa macam..haihhh....masa ni lah ada timbul salah faham, nak marah orang, nak tinggikan suara dan macam-macam la kan, biasalah tengah penat dan stress kita akan rasa macam tu...mood nak berjual pun hilang, semua nak balik tutup gerai :(  padahal macam awal lagi...hurmm...


aku tolonglah kemaskan barang sebelum balik tu, simpan mana yang patut buang sampah semua...tapi masa tu sumpah moody, mood aku yang ceria happy bertukar serta merta jadi stress dan arh...susah nak digambarkan dengan kata-kata...rasa nak balik terus je tapi aku ingat aku ada lagi tanggungjawab malam tu, kalau aku tak ingat benda tu memang sumpah balik terus je...masuk dewan aku duduk je nak tengok performance, chill kan diri dan try buat-buat happy...hahaa..sebab tu aku tak snap pic sangat malam tu..xde mood -,-

 sajak 5 bahasa, sabah (xpasti apa dusun ke apa), tamil, melayu, cina dan sarawak(haziq cakap iban)

 koir senior 2009....lagu patriotik , diorang menang malam tu :D


Yang ni duet Angela dan Ali Husain....lagu joget pahang sikit pastu sambung seri langkat....diorang dapat no.3...

Semua gambar dalam dewan shaking ke blurr ke apa tak tahulah...tapi overall, malam tu memang best dengan gabungan mc yang best, perjalanan aktivity macam performance cabutan bertuah semua tu pun smooth je... congrates to the programme, stage and activity manager....suasana malam tu best je :)


balik terus tido.penat gile.serius


sorry banyak guna perkataan gila..

p/s: some of the photos are credited to Haziq Hashim ... thanks :)


Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...