nuffnang

Saturday, October 20, 2012

Jangan biarkan sindrom ini membelenggu diri anda ---> Baby elephant syndrome

Assalamualaikum.......

Alhamdulillah, alhamdulillah...alhamdulillah...setinggi-tinggi kesyukuran kupanjatkan kepadaMu ya Allah...tuhan maha pengasih dan penyayang, tuhan sekalian alam...banyak benda dan perkara yang ingin aku kongsi tapi rasanya tidak terluah melalui kata-kata, melalui tulisan..sungguh!! hanya orang-orang yang merasainya sahaja akan merasa betapa sedap, betapa nikmat dan betapa indahnya kehidupan kalau disertai dengan kefahaman dan perkara-perkara yang kita pasti pengakhirannya...



"Begin with the end in mind"



kalau nak diikutkan, aku mungkin belum benar-benar bersedia untuk memikul 'tanggungjawab' dengan sibuk exam, sibuk dengan persatuan dan sibuk nak membuatkan mereka yang belum faham turut sama-sama faham kenapa dan mengapa...ada seketika aku merasa stress dan tertekan bila mana aku terpaksa mengabaikan keseronokan duniawi untuk menonton bertimbun-timbun filem dan cerita di waktu senggang, berehat-rehat guling-guling atas katil, berkaroke dan banyaaaaak lagi...tapi bila buka Quran, selak ayat-ayat cinta terasa bagaikan terkena panahan..ouch!! sebab tu benda ni tak boleh tinggal, kene selalu muhasabah diri, kene selalu bersama mereka yang bersemangat sebab takut bila dah sekali tinggal, kita akan tinggalkan untuk selama-lamanya...



“Allah pelindung orang-orang yang beriman, Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya. Dan orang-orang yang kafir, pelindungnya adalah setan, yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan. mereka adalah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya”. (QS.2/257)



Allah mungkin dah bagi kita hidayah sehingga kita boleh membuka hati seluas-luasnya dan mencuba untuk menjadi seorang yang lebih baik, mungkin bukanlah yang terbaik tapi adalah diri kita sendiri yang lebih baik :D Jagalah cahaya (iman) ni supaya kita tidak tergolong dalam orang-orang yang masih berada dalam kegelapan, terkapai-kapai mencari cahaya, mencari jalan keluar...kita sendiri pun kalau jalan tutup mata tak nampak cahaya gelap gelita susah la nak cari jalan keluar kan??



okey saya nak berbalik kepada tajuk asal, baby elephant syndrom....pernah dengar tak??okey, ini bukan penyakit medic *mentang-mentangla bakal doktor* tapi ini adalah penyakit hati...saya pun baru je dapat perkongsian ni masa buat program dengan junior baru...heh, kita bukan setakat datang menyibuk, tapi dapat ilmu baru jugak tahu..heeee :p 


gajah yang comell ^^


ok secara ringkasnya cerita dia macam ni, sejak kecil anak gajah diikat dengan rantai di kakinya. Anak gajah cuba untuk melepaskan diri dengan kudratnya yang kecil tetapi gagal. anak gajah ni cuba berulang-ulang kali tapi masih juga gagal. Selepas beberapa tahun, anak gajah yang kecil tadi sudah menjadi abang gajah, kalau nak diikutkan dia mampu untuk melepaskan ikatan tersebut dengan saiznya yang sudah besar tetapi sudah berhenti cuba untuk melepaskan diri.  Jadi di sini kita dapat melihat bahawa abang gajah sudah berputus asa dan sudah bertukar kepercayaannya yang menyebabkan dia tidak berjaya.

Inilah kesan ‘baby-elephant syndrome’ , di mana anak gajah tadi telah didoktrin bahawa dia tak akan boleh melepaskan diri sejak kecil. Kini yang merantai gajah tadi adalah fikirannya, bukan lagi rantai di kakinya. Maka letaklah matlamat setinggi mungkin dan bebaskanlah fikiran kita dari suara-suara negatif yang boleh membantut usaha. 

Melaksanakan perubahan bukan satu pilihan, tapi kemestian. Syurga hanya memilih orang-orang yang hebat untuk menghuninya, maka pilihan yang kita ada hanyalah berubah ke arah yang lebih baik dan hebat kerana saya yakin syurgalah tujuan dan matlamat terakhir kita.

adakah anda pun macam anak gajah ni tadi??jadikan kisah masa lalu sebagai alasan untuk kita berada di takuk lama, takut untuk membuat perubahan, latar belakang keluarga dan kisah silam tidak boleh merantai kita...ayuuh bangun dan bangkit membuat perubahan dalam diri...berubah tidak perlulah mendadak tetapi ia merupakan satu proses dalam diri kita, dari seorang yang tidak tahu kepada tahu, malas kepada rajin, negatif kepada positif..ayuuh!!!

saya mungkin termasuk dalam salah seorang yang takut untuk berubah, setahun saya ikut tarbiyah saya melawan kehendak hati...tertekan dan stress :O saya rasa dan tahu saya kene berubah saya nak berubah tapi saya takut, saya tak berani saya takut tak dapat nak istiqamah...Allahurabbi T_T  

mungkin kita dulu karoke dalam satu bilik, bermain bola dalam satu padang, bertepuk tampar dengan lelaki itu normal tapi bila kita dah tahu benda tu totally wrong, kita kenalah berubah..hohoooo... bukannya jadi anti lelaki tapi menjaga ikhtilat...kita bermesra sesama perempuan lagi baik bukan sahaja merapatkan ukhwah dosa pun tidak...cuba dari benda kecik-kecik macam ni lepas tu benda besar akan datang kemudian, insyaAllah..saya dah cuba!! awak pun boleh!!mari bebaskan diri dari 'baby elephant syndrome' :D

"Don't let your past dictate who you are, but let it be part of who you become."

Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...