nuffnang

    Showing posts with label sekolah. Show all posts
    Showing posts with label sekolah. Show all posts

    Monday, February 16, 2015

    seniority

    Bismillahirrahmanirrahim.

    Dah masuk tahun ke-4, maksudnya dah ada  4 batch junior dekat campus. Kita ni boleh dikategorikan sebagai kakak la kan?? Dah tua kee T_T mungkin lebih matang, tapi kita forever21 hiks..

    Tadi pergi campus, seperti biasa naik lift untuk ke kelas Di lantai 6. Awalnya aku masuk dulu dalam lift, xada orang lain..,sebaik sahaja aku nak tekan butang tutup, tetiba segerombolan adik2 junior angkatan 2013 rasanya...lari dan tergopoh gapah masuk...sebab dia lari dia langsung tak perasan aku dah ada kat dalam dan macam tolak sampai hampir jatuh macamtula...sebenarnya time tu aku macam tak berapa ada mood sangat, penat jalan kaki kot, kononnya la...tapi agak geram la jugak sebenarnya...

    Adik yang langgar tu muka cuak kemain dan minta maaf....kawan kawan dia pulak macam xcakap "eh lu langgar kakak tu, dia marah dah..abislah kamu" Dan beberapa kawan dia lagi macam kenakan dia... Aku okey je, langsung xda apa2 rasa nak marah ke apa tapi lepas kawan kawan dia macamtu aku rasa macam krik2...haaa dahlah lantai 6...tapi baguslah adik2 at least ada rasa respect senior, adik2 group time aku jadi facilitator program orientasi mereka pun still ada tegur tegur lagi.

    Sebenarnya nak flashback zaman sekolah dulu, kekonon bila dah senior mulalah rasa besar, suruh adik junior buat itu ini, diri sendiri tak sempat sangat dibuli senior sebenarnya sebab masuk lower form kami adalah first batch, dan bila pindah sekolah form 4 tu dah kira senior la jugak.....maafkan diri ini adik2 seandainya akak pernah 'meminta tolong' kamu ambilkan air, makanan, potong queue dll.... Dulu dulu akak ikut geng...kononnya gangster, konon jela --"





    Biasanya seniority ni nampak kat asrama je, Dan antara yang aku ingat dan berdasarkan pengalaman kawan2 cerita adalah:

    1.minta adik2 junior ambilkan makanan dekat dewan makan sebab hakak ni malas nak turun ambil makanan especially hari cuti...biasanya duduk dalam bilik tidur dan Santai Santai menunggu makanan sampai yang dah siap ditapau dalam Tupperware, makan Dalam dorm..ish2.


    2. Minta adik2 ambilkan air minum sejuk/panas...kalau di asrama dulu, tempat Water cooler/heater tu kat floor paling bawah..so bila bilik kat atas macam malas nk turun ambil air nk buat Maggi/Kopi dll.


    3. Minta jemur, angkat dan iron pakaian...kesian adik2 Yee...kang baju terhangit je, terhilang me adik2 tu jugak yang kena marah..


    4. pau makanan junior. Ini memang sadis, jahat betul kekakak ni kan!

    5. Potong queue nak ambil makanan dekat dewan makan dan time nak beli Makanan kat kantin.

    6. Conquer bilik tv, bilik iron, wakaf tempat berehat dan sebagainya. Sian adik2 yang nak masuk usha intai macam tu je, takut kot dengan senior...heheh..

    Dan banyak lagilah sebenarnya. Tapi bila dah masuk uni ni takde dah senioritu ni semua, paling pun kisah macam dalam lift tadi....dah xde apa dah, zaman sekolah je semua tu especially yg boarding school.

    Dah lama tak menulis  entry sebegini sebenarnya...ini pun sebab menunggu sesuatu, teringat kisah tadi dan dapat idea..sebaik baiknya kita ni kalau boleh janganlah buat macam ni, tak perlu pun ada seniority dan buli2 kat sekolah ni....kita ni sama je di sini Allah,hamba biasa rambut sama hitam mungkin yang beza hanyalah keimanan kita di sisiNya.


    Moga amal amal kita Allah terima dah redha.
    Asiff jiddan seandainya diri ini pernah menjadi senior yang jahat di waktu sekolah dulu walaupun rasanya baik je zaman sekolah dulu, disayangi adik2 gituuu...hahaaa...


    Ok till then.

    Wednesday, May 23, 2012

    #kenangan- back to school!


    Assalamualaikum.......


    tengah-tengah kemaskan folder gambar dalam lappy, jumpalah gambar-gambar masa zaman sekolah dulu, zaman sebelum SPM (:


     Zulaikha kanak-kanak hiperactive!!hahaaa 

     tengok tu!! org ambik gambar dia dia ambik gmbar orang pulak..haiiip!


     gua yang sentiasa macho dan innocent..kahkah :p

    Ya Rabbi! malunya tengok kelas sendiri...sumpah bersepah gilaa.....buku-buku bertaburan...
    inilah budak kelas pandai, buku bertimbun atas meja, muka cikgu pun tak nampak...
    space nk menulis kecik jee...rajinle katakan...bawah meja dah penuh malas nak gerak letak dalam almari belakang,,,ish2...

    geng-geng konon study group..hehee..


     inilah sleeping beauty kelas kami..ish2, sapelah dajalkan kawan aku nih...takde keje...



     cucuk ketua kelas!!hahaaaa..kusyuk study tuu!


     lepak depan surau....belakang tu aspuri 


    hari anugerah pelajar ^^



    saja nak share gambar-gambar lama..heheee...thanks for reading! :*




    Tuesday, March 22, 2011

    keputusan rasmi SPM 2010 diumumkan esok, 23 MAC 2011

    salam semua ^^

    penantian semua calon SPM 2010 akan berakhir esok kerana keputusan rasmi akan dikeluarkan esok,23 mac 2011 pukul 10 pagi..semua pelajatr boleh mendapat keputusan di sekolah masing-masing atau memeriksa keputusan dengan menggunakan sms atau online..


    semoga semua adik-adik berjaya dengan cemerlang dan melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati :) sudah pasti masing-masing tidak keruan kan??terasa berdebar-debar untuk menanti hari esok,hari yang pasti penuh dengan sejarah..mungkin ada yang menangis kegembiraan namun ada juga yang kesedihan...mungkin juga terlalu gembira berjumpa rakan-rakan dan guru-guru setelah sekian lama tidak berjumpa..


    teringat pula peristiwa ketika aku menunggu saat keputusan diumumkan...beberapa hari aku rasa resah gelisah kepala asyik memikirkan keputusan spm...berjayakah aku??apakah kos yang akan aku ambil??sambung belajar atau kahwin??ohh,bermacam-macam persoalan bermain dalam kepala saat-saat menunggu keputusan diumumkan..


    malam sebelum keputusan diumumkan aku tidak boleh tidur,ini serius...aku asyik berfikir tentang apa yang bakal aku hadapi keesokan hari..parah kan??mungkin juga ada yang mengalami keadaan seperti aku...walaupun keluarga aku nak ikut sama,aku berkeras nak pergi dengan kawan-kawan naik bas je..memandangkan sekolah aku di kuala terengganu dan aku tinggal di setiu aku telah berpakat dengan beberapa orang rakan untuk pergi bersama-sama..tapi akhirnya aku pergi 2 orang je,dengan kawan aku yang tetiba je mesej pagi tu..*erkkkkk,tidak terkata......suka (^__^)


    cakap dengan mak siap-siap,kalau result tak macam diharapkan,jaa akan balik lewat tapi kalau jaa balik awal maknanya tu tandanya gumbiraa...alhamdulillah,keputusan spm aku berjaya membuatkan mak ayah aku senyum sampai ke telinga namun aku pergi beronggeng dengan kawan-kawan lepas ambil keputusan di sekolah..kami pergi makan-makan dan jalan-jalan sebentar..padahal,sebelum aku ambil result lagi dah berduyun-duyun orang call nak tau..waaa,terasa diriku begitu dihargai..


    terima kasih kepada mak ayah dan keluarga yang telah mendoakan kejayaan aku, guru-guru yang penat lelah mengajar dan kawan-kawan yang sentiasa membantu seandainya aku tidak tahu..terima kasih semua...tanpa anda,aku tidak mungkin berada di sini...oh,melalut di sini...


    ALL THE BEST TO YOU GUYS!!!


    suka??bolehla 'LIKE' =D


    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...