nuffnang

Friday, December 7, 2012

FLY HIGH 2012

Assalamualaikum....


Bismillahirrahmanirrahim...

dua minggu lepas ada satu program yang dianjurkan PKPMI-CJ dekat kedutaan besar Malaysia...nama program ni 'Fly High' yang mana ada 3 orang dijemput iaitu pegawai dari MMC(malaysia medical council), senior yang dah jadi HO dan seorang senior yang masih lagi co-ass (co-assistent) maca clinical years kitorang...oh kat sini first 3.5 tahun ada graduation a.k.a wisuda dulu sekali lepas tu masuk clinical 1.5 years baru angkat sumpah jadi doktor...saya baru second year..ohh masih jauh perjalanan :)



slot pertama dengan pegawai dari MMC, dia menerangkan tentang sistem dekat Malaysia, apa yang kita nak kena buat lepas grad nak daftar kat mana, sistem HO kemudian macamana steps dia sebelum masuk MO...ada lagi tentang bagaimana mereka menguruskan pelajar-pelajar perubatan di luar negara, different experiences at different places and countries....



banyak yang risau tentang language because we are not using english as our medium here, we learn everything in indonesian language...tapi biasanya kitorang buat rujukan, revision study pakai english...tak banyak beza pun, mungkin beberapa term yang perlu kita adapt bila dah balik 'back for good' untuk berbakti kepada rakyat dan negara kelak..chewah...tapi macam biasa, kakak HO iaitu kak wani dan pegawai MMC sendiri cakap kita kat indonesia ni skill mantop berbanding student dekat negara lain...kat sini kita boleh 'hands-on' boleh sentuh patient boleh buat banyak benda yang mungkin kawan-kawan kita kat negara lain tak dapat...mungkin itu kelebihan kita ^_^



sesi petang disambung lepas makan dan solat, iaitu sesi dengan kakak senior yang dah kerja kat Malaysia dari universitas Indonesia, kak wani dan kak nonoy dari ukrida sebagai wakil co-ass...banyak jugak pengalaman pahit manis yang mereka ceritakan sepanjang jadi medical students, cabaran time co-ass, cabaran berdepan dengan patient, dengan kawan-kawan yang grad dari univ. lain dari negara lain dan banyak lagilah...rasa macam tak sabar nak kerja tapi itulah akak ni cakap jugak belajar bebetul time s.ked iaitu sarjana kedoktoran ni sebab senang nak pakai dan practice time clinical dan kerja nanti...



apa yang best dari kak wani ialah dia cakap "prepare for the worse" sebab bila kita dah set up minda kita yang kita nanti akan kena maki dengan MO, dengan nurse kalau salah buat dan kekadang bukan salah kita dia stress dengan anak bini dia kat rumah kita kena marah, lepas tu itu ini tak tahu kena marah lagi dan lagi haaaa...so kita dah boleh bayangkan menda-menda yang macam tu, yang agak teruk kena marah apa semua walaupun kita dah bergelar status seorang doktor...nanti kalau kena marah dah biasa, macam dah boleh agak menda ni akan berlaku dan kalau tak kena pun kita akan rasa pelik..heheeh

dari kiri, jasreena sebagai moderator, lepas tu kak nonoy wakil co-ass dan kak wani wakil HO


Best dengar perkongsian ilmu dan pengalaman dari mereka sebab mereka sangatlah sempoii...gaya tak formal pun so macam santai, macam berborak-borak je..kak wani cakap nanti time HO pilih jela hospital yang jauh dari rumah sikit nanti kalau kena marah kena maki takdela malu sangat kalau patient kita tu orang kampung kita ke keluarga kita ke apa kan...nanti bila dah naik MO baru balik kampung...tapi duduk dekat dengan rumah ni best jugak kalau rasa stress ke nak makan sedap ke apa adalah jugak tempat bermanja dengan mak..ni dahla belajar 5-6 tahun jauh-jauh kat jakarta nun lepas tu kerja dok jauh lagi....kan bila dah naik MO kahwin pulak, kena ikut suami pulak dah tu bila masa kita nak bermesra dengan mak kita?? T_T


Kak nonoy pun best jugak, dia cakap kita grab je as much as possible semua peluang untuk belajar kat rumah sakit tu, jangan bermalas-malasan nampak patient je lari, menyorok biar kawan yang lain pergi ke apa kan...dan keep contact dengan seniors contohnya yang pernah dapat stase ni dekat rumah sakit ni, apa je yang kena buat kat sana, doctors kat situ macamana, sistem dia macamana...so that bila dah boleh bayangkan sikit keadaan dia sebelum mula co-ass...contohnya kita baru je habis stase bedah dekat rumah sakit ni hari sabtu, tapi hari isnin dah kena melapor untuk stase seterusnya di rumah sakit lain pulak..ahad tu kenala pergi cari kosan ke apa, kalau jauh nak tempah tiket flight, bla bla bla....memang pakai banyakk duit..wuwuwuwu






antara yang hadir...kebanyakannya kakak seniors 2007 yang memang nak balik jadik HO dah pun..bestnyerr..heee, tak sabar tapi lambat lagi, baru second year kott :)


kak wani dan ydp pkpmi


kak nonoy dan ydp pkpmi


cenderamata untuk mereka :)


AJK cenderamata...weee...kali ni kena jadi ajk cenderamata dengan shahada....ingatkan tak sempat dah nak ikut pergi fly high sebab malam tu ada program sikit, program mengisi rohani..hehee...tapi pulang pagi-pagi terus bersiap ke sini..fuhh...ingatkan tak jadi nak datang daa...



Alhamdulillah program ni berjalan lancar dan banyak info, input dan pengalaman yang boleh dapat  dari pegawai mmc dan wakil seniors tu untuk dijadikan panduan dan pengajaran nak masuk ko-ass, HO dan MO kelak kalau panjang umur, insya Allah...doakan yee..heee..




perjalanan masih jauh, dan kita hanya boleh merancang untuk mendapat dan menjadi yang terbaik namun kita serahkan segalanya kpada yang maha berkuasa, sebaik-baik perancang, the best planner :D



kita nak jadi doktor yang macamana?? yang hanya tahu merawat fizikal sahaja atau boleh merawat hati mereka juga?? sambil bekerja sambil berdakwah sampaikan sedikit sahaja nasihat untuk patient kita macam baca bismillah sebelum makan ubat, solat jangan tinggal dan doa pada Allah supaya penyakit cepat sembuh...simple je kan??heee... saya pernah tulis tentang ni, bolehla terjah    Bukan sekadar doktor biasa


p/s: credit all pictures to Angela, photographer of the day :)


Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...