nuffnang

    Showing posts with label tudung. Show all posts
    Showing posts with label tudung. Show all posts

    Sunday, May 27, 2012

    Siti, bukalah kerudung!

    Assalamualaikum...........




    Di ruangan skill lab
    aku bersama seorang lelaki group aku, cina indonesia beagama kristian katolik




    "Siti, rambut kamu panjang gak??"
    "ermmmm....adalah" jawabku selamba sambil tersenyum


    "panjang apa pendek?? emang gak mau kasi tahu, seperti cindy ada?" sambil tunjuk ke arah kawan perempuan aku yang rambutnya separas dada...aku masih lagi tersenyum, malas nak sambung topik.....


    aku nak pasang stethoscope dekat telinga, jadi kena masukkan dalam tudung dulu..."buang aja kerudung itu dulu, biar gampang"
    "gak bisaaa" jawab aku....


    "emang benar gak bisa? kalau sebentar aja sepanjang skill lab mau liat rambut kamu"


    "sampai bila-bila pun di mana jua memang tak bisa tunjukkan rambut dan aurat dekat bukan muhrim, walaupun sekejap...rambut ni mahkota wanita, jadi hanya yang berhak saja bisa melihat" jawapan yang mudah dan ringkas aku bagi


    "kalau foto aja bisa gak?" "foto juga gak bisa" dia terus buat muka terkejut....hurm...mesti dia tak tahu sebab tu terkejut....






    Jalan-jalan
    aku bersama seorang lelaki Indonesia beragama kristian


    "Rimas gak kamu pake kerudung?? emang kamu gak panas, aku sudah pake celana pendek sama kaos segini pun panas bangat"


    "udah biasa kalau dari kecil aku sudah diajar pakai.jadi gak ada masalah"


    "emang kamu gak merasa aneh tutup rambut segitu"


    soalan apakah itu??? -,-


    aku pandang dia. senyum.






    Depan auditorium
    aku, seorang kawan melayu tidak bertudung dan kawan perempuan Indonesia beragama kristian




    "Anak Malaysia pada pake kerudung semua ya, kok kamu gak pake?" kata si M pada kawan aku
    "ohh bertudung tu optional, tergantung orang mau pakai apa gak" kata kawanku


    "kalo gitu buang aja kerudungnya siti, gak usah pake" kata si M


    aku...erk...terdiam...




    Nak cakap benar ke jaga hati kawan??
    nanti timbul salah faham kepada yang tak tahu, mesti dia beranggapan muslim yang bertudung dan menutup aurat itu atas pilihan mereka sendiri tak wajib pun...tapi kalau aku cakap wajib pakai tapi kalau tak faham betul-betul...erm....kang ada hati yang masih perlu dijaga...




    memang atas pilihan kita, tapi wajib kan?  aku hanya diam dan aku masih senyum ^^








    my cousin, nabihah...omeyy pakai tudung ^^


    semua tu terletak atas diri kita sendiri...nanti ada anak, ajar dia pakai tudung dari kecik baru besar nanti dia dah biasa pakai sendiri :)


    kerudung: tudung
    pake: pakai




    cikgu yang macam ni baru best kan!!  nak belajar pun semangat je (^_^)





    Thursday, June 30, 2011

    Selamat tinggal Intec, selamat tinggal Shah alam~

    Assalamualaikum...

    pejam celik pejam celik dah habis dah perjuanganku selama dua tahun di Intec, sedih la pulak rasanya nak meninggalkan bilik 1221 terutama sekali member-member yang separa gilaa..haaaaaaha..banyak betul kenangan pahit manis selama dua tahun di sini..28 Jun 2009, tarikh mula daftar sehinggalah semalam 29 July 2011..

    Semalam tak sempat nak update sebab pepagi lagi dah pergi Intec untuk writing test + interview... alhamdulillah, everything went well...insyallah kalau ada rezeki dan tiada aral melintang dapatlah kugenggam impian yang selama ini mungkin hanya angan-angan...hanya doa dan tawakal sahaja sekarang ni, apapun kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan segalanya..terimalah seadanya dan jangan sesekali menyalahkan takdir setelah kita berusaha dan dah cuba buat yang terbaik (self-motivated )





     buku-buku ni tinggal je, nak sedekah kat junior =D

    antara barang-barang...bnyak lagi meh..


    balik dalam pukul 1 terus sambung packing barang-barang sebab banyak sangat yang belum dikemas...dalam pukul 5 lebih pakcik datang ambil dan balik Klang ...Balik Terengganu lambat lagi sebab 4hb-7hb  ni ada kursus Birotatanegara (BTN) dekat pantai remis, Jeram, Kuala Selangor..harap-harap best dan enjoyy =D


    Malam tadi pulak layan bola, Malaysia lawak China taipei (Taiwan) dan Malaysia menang tipis 2-1.. agak tak puas hati dengan keputusan semalam sebab aku rasa Malaysia mampu buat lagi baik, adeih banyak betul peluang depan gol yang disia-siakan....apepun, aku sukaa Aidil Zafuan main balik malam tadi..waaaa, hensemnya awak untunglah Rita Rudaini (tetiba..hahaha) gol pertama oleh kepten negara, Shafiq Rahim memang cantik!!!gol kedua pula oleh tandukan Aidil Zafuan semasa sepakan penjuru oleh shafiq Rahim juga...safee sali tak menyerlah semalam, semua dok pakat nak kepung diaa...last-last cedera dan keluar..ok dah jadi pengulas pulak...sukanyaaa layan bola, lama dah tak tengok =.=


    haaaaa, antara koleksi sandal dan, kasut, wedges dan heels sepanjang di Intec


     shawl dan tudung


     baju kurung

    tudung bawal..jarang pakai




    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...