nuffnang

    Thursday, June 30, 2011

    Selamat tinggal Intec, selamat tinggal Shah alam~

    Assalamualaikum...

    pejam celik pejam celik dah habis dah perjuanganku selama dua tahun di Intec, sedih la pulak rasanya nak meninggalkan bilik 1221 terutama sekali member-member yang separa gilaa..haaaaaaha..banyak betul kenangan pahit manis selama dua tahun di sini..28 Jun 2009, tarikh mula daftar sehinggalah semalam 29 July 2011..

    Semalam tak sempat nak update sebab pepagi lagi dah pergi Intec untuk writing test + interview... alhamdulillah, everything went well...insyallah kalau ada rezeki dan tiada aral melintang dapatlah kugenggam impian yang selama ini mungkin hanya angan-angan...hanya doa dan tawakal sahaja sekarang ni, apapun kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan segalanya..terimalah seadanya dan jangan sesekali menyalahkan takdir setelah kita berusaha dan dah cuba buat yang terbaik (self-motivated )





     buku-buku ni tinggal je, nak sedekah kat junior =D

    antara barang-barang...bnyak lagi meh..


    balik dalam pukul 1 terus sambung packing barang-barang sebab banyak sangat yang belum dikemas...dalam pukul 5 lebih pakcik datang ambil dan balik Klang ...Balik Terengganu lambat lagi sebab 4hb-7hb  ni ada kursus Birotatanegara (BTN) dekat pantai remis, Jeram, Kuala Selangor..harap-harap best dan enjoyy =D


    Malam tadi pulak layan bola, Malaysia lawak China taipei (Taiwan) dan Malaysia menang tipis 2-1.. agak tak puas hati dengan keputusan semalam sebab aku rasa Malaysia mampu buat lagi baik, adeih banyak betul peluang depan gol yang disia-siakan....apepun, aku sukaa Aidil Zafuan main balik malam tadi..waaaa, hensemnya awak untunglah Rita Rudaini (tetiba..hahaha) gol pertama oleh kepten negara, Shafiq Rahim memang cantik!!!gol kedua pula oleh tandukan Aidil Zafuan semasa sepakan penjuru oleh shafiq Rahim juga...safee sali tak menyerlah semalam, semua dok pakat nak kepung diaa...last-last cedera dan keluar..ok dah jadi pengulas pulak...sukanyaaa layan bola, lama dah tak tengok =.=


    haaaaa, antara koleksi sandal dan, kasut, wedges dan heels sepanjang di Intec


     shawl dan tudung


     baju kurung

    tudung bawal..jarang pakai




    Wednesday, June 29, 2011

    #5 Annual Grand Dinner l wordless wednesday l




    Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang 
    menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan :)










    Tuesday, June 28, 2011

    Almec's Grand Annual Dinner 2011

    Assalamualaikum =D











    enjoy the teaser


    hopefully we can enjoy ourselves!!! 

    only for ladies!! =D




    Penat tapi best.....sorang-pun soranglah =.=

    Assalamualaikum.....

    penat betuiii hari ni...Lepas exam ni tetiap hari keluar, bukan ape dah lama terperap dekat Akasia tercinta ni, nak rasa jugak keluar berjalan-jalan..tapi masalah jugak, kalau keluar mesti nak pakai duit..duit...duit....fuh, keluar macam air..tak berhenti-henti...kalau keluar konfirm nak kena bayar tambang, makan bukan ada yang murah-murah..lepas tu tengok barang itu barang ni nak beli..nafsu oh nafsu betulll..kalau ikutkan nafsu, memang banyak menda yang nak dibeli tapi nasiblah nafsu ini berjaya dikawal oleh iman...huh..

    Semalam memang stay up sampai pukul 4 lebih sebab melayan cerita korea, city hunter sampai episod 10. mantap kan?? padahal hari ni aku ada kena datang Intec untuk sesi ukur blazer pukul 9 pagi pulak tu..dah agak dah, boleh ke tak aku bangun pepagi ni, huh celik-celik dah pukul 10.30..halamak!!!ada 4 miscall dan 3 mesej kat inbox aku..last mesej tu dari member ajak pi ICT malam ni dan mesej tulah yang menyedarkan aku dari tidur..

    Bangun terus kucapai tuala dan ke bilik air untuk mandi, haih dah agak dah bangun lambat..call memember semua da pegi, sadis tak???itulah janji ngan orang kol 9 kau bangun kol 10 tu apa kes??nasib baik blazer measurement, kalau interview amacam??tak kee gilaaa...okeyh 29 hb, esok aku ada interview memang kena bangun awal laa..disebabkan aku sensorang terpaksalah aku mencari public transport tapi nasib ada dua orang mamat kelas sebelah pun baru nak pergi dan aku buat muka tebal mintak tumpang..adapehal!! lantaklah.. haaaa jimat duit dan masa aku...mekasihh =D

    sebab aku sensorang dan lambat turn aku dalam kol 3lebih, ohmayyy aku kena menunggu lebih dari 2 jam  dan masa yang ada aku pegi library, bukan baca buku okey, aku pergi lab computer untuk online..taw jelah kalau UITM memang block Facebook dan semua laman lain ape lagi aku menaip entrylah..haaaaaha...tunggu dalam kol 3 terus ke tempat mengukur tadi, nasib baik takde sesapa kat sana..segan weeyh orang tu ukur semua body parts...ngaaaaa...nak buat blzer yang betul-betul ikut body size kita kan...

    siap tu aku terus balik sensorang dan berjalan hampir ke seluruh kedai-kedai yang ada dekat syeksyen 18 shah alam ni...memula nak karoke sorang-sorang pastu tak jadi, aku pusing-pusing masuk kedai baju, kedai kasut, kedai buku, giant,mydia semualahhhhhh...kedai makan je tak pergi..muahaha...memang jalan-jalan je, duit tarak beb!!sedih tak weih sedih gilaa kan..ekonomi aku memang tahap yang sangat pokai gila babeng skang nih, kalau ku tahu kena buat bank draft sudah ku simpan duit dari awal-awal :(


    jalan sorang-sorang pun best gak xD


    aku jalan-jalan hampir dua jam lebih sampai terasa lenguh barulah aku balik ke Akasia tercinta sebab dah janji ngan member nak keluar pi ICT kol 6.30...kali kedua aku kesini, memang banyak betul perubahan, macam-macam kitorang main, jom layan pic jap..






    nak kena packing barang ni sebab lusa dah kena buat clearance kolej, byebye Shah Alam..i'm gonna miss u...haaaaaa, banyak menda yang aku belajar sepanjang dua tahun aku bermastautin di sini, memang sangat banyak...serius pengalaman banyak mendewasakan aku, aku banyak belajar benda yang aku tak pernah lalui dulu-dulu~

    yeah, malam esok ada dinner dan aku malas nak keluar esok, penat seyh...semua orang nak melaram kan, beli baju cantik-cantik lawa-lawa....ah, kalau ikutkan nafsu memang aku nak juga tapi biarlah...pakai jelah apa yang ada, okeyh sila bersimpati dengan nasib aku..lalalalallala...macam tak ada feeling sangat sekarang ni, biarlah aku menyendiri, biarlah aku menjadi pasif tanpa dikenali sesiapapun..*nangess huwaaaaaaaa..

    okbye, nak packing sikit...

    p/s: Mana nak carik baju Btn nih!!oh baju sekolah =.=

    Monday, June 27, 2011

    30 day challenge!!!


    Assalamualaikum dan selamat hari isnin semua!!


    i'm going to start this 30 days challenge =D

    Day 01- A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself
    Day 02- The history and meaning behind your Blogger name
    Day 03- A picture of you and your friends
    Day 04- A habit that you wish you didn’t have
    Day 05- A picture of somewhere you’ve been to
    Day 06- Favorite super hero and why
    Day 07- A picture of someone/something that has the biggest impact on you
    Day 08- Short term goals for this month and why
    Day 09- Something you’re proud of in the past few days
    Day 10- Songs you listen to when you are Happy, Sad, Bored, Hyped, Mad
    Day 11- Another picture of you and your friends
    Day 12- How you found out about Blogger and why you made one
    Day 13- A letter to someone who has hurt you recently
    Day 14- A picture of you and your family
    Day 15- Put your iPod on shuffle: First 10 songs that play
    Day 16- Another picture of yourself (baby pic!)
    Day 17- Someone you would want to switch lives with for one day and why
    Day 18- Plans/dreams/goals you have
    Day 19- Nicknames you have; why do you have them
    Day 20- Someone you see yourself marrying/being with in the future
    Day 21- A picture of something that makes you happy
    Day 22- What makes you different from everyone else
    Day 23- Something you crave for a lot
    Day 24- A letter to your parents
    Day 25- What I would find in your bag
    Day 26- What you think about your friends
    Day 27- Why are you doing this 30 day challenge
    Day 28- A picture of you last year and now, how have you changed since then?
    Day 29- In this past month, what have you learned
    Day 30- Who are you?


    Have fun and don't forget to follow my 30days challenge!! just like my page on facebook =D


    let's join this!! xD

    Aktiviti selepas habis exam...

    Assalamualaikum semua.....


    Sudah menjadi lumrah bagi semua pelajar untuk belajar dan menghadapi peperiksaan...walaupun kebanyakan pelajar sememangnya tidak sukakan peperiksaan, namun ujian, test dan exam ni sememangnya penting untuk menguji kemampuan kita dan pemahaman kita terhadap sesuatu pelajaran...itu kalau belajar secara teori, jawab soalan pula dalam teori..bagaimana pula yang belajar secara praktikal dan amali??sudah tentu semuanya akan diuji untuk membezakan antara pelajar yang cemerlang, sederhana dan lemah..


    Setiap kali musim peperiksaan tiba, sudah pasti wujud pelbagai simptom yang pelik dalam kalangan pelajar seperti ulat buku, mata panda, insomnia dan sebagainya...semuanya kerana menghadap buku semata-mata selain melakukan aktiviti keperluan diri untuk hidup seperti makan, minum, mandi dan sebagainya...kalau lebih sadis lagi, memang ada yang langsung tak tidur dan tidak boleh tidur kerana terlalu berdebar memikirkan peperiksaan terutama bagi exam yang besar...


    perkara normal bagi pelajar juga sedah tentulah menanti saat-saat habis exam, yeah pelbagai aktiviti telah dirancang dan diatur sebaiknya seperti berjalan-jalan makan angin, menonton wayang, drama, shopping dan sebagainya...sape cakap dia tak macam tu mesti tipuu ataau kurang normal =,=  bagi aku pelajar biasa sudah tentunya akan berfikiran sedemikian..

    hari pertama lepas exam aku dan roomate melayan movie saw, kitorang tengok balik...perh agak ngeri la dan aku memang sukaa action dalam cerita ni...keesokannya pergi sunway pyramid, agak lama juga tidak ke sini memandangkan sem ni memang sangat busyt, maklumlah sem akhir...tanpa disangka-sangka kami jumpa WWE wrestler, Tony Morrison dan diva WWE, Melina...riuh rendah dan beratur panjang peminat nak ambil autograph dan bergambar dengan mereka...perh!!! walaupun aku tak berapa nak tengok WWE tetap mencelah dalam kelompok manusia di situ..


    malam pula melayan korean drama dan hari ni berjalan-jalan di kompleks PKNS, Plaza Alam Sentral...sekarang ni ada pesta buku kat kompleks PKNS..kami juga berjalan sekeliling tasik Shah Alam... malam ni layan movie lagi, oh kan indah kalau hari hari hidup begini.....tak payah menghadap buku, assignments dan semua notes...tapi hiburan semua ni hanya sementara...tak lama lagi sambung jadi full time student pulak...err, nak sambung korean drama, City Hunter...sukaa sangat Lee Min Ho dalam cerita ni, haa, i'll update about this soon..nite people!!

    malasnya nak packing barang....oh, BTN next week =.=







    Sunday, June 26, 2011

    Sambil online boleh buat duit...mau??

    Assalamualaikum...

    hari ni jaa nak berkongsi pasal cara paling senang nak buat duit semasa online...sudah pasti ramai antara kita ni kaki internet, setiap hari online dan kalau sehari tanpa internet macam hilang kekasih gamaknya, macam tak makan nasi seminggu jadinya...penangan internet sungguh hebat, boleh jadi tempat cari jodoh, cari ilmu juga boleh jadi tempat cari gaduh..huuu~


    Kalau anda blogger mungkin nuffnang, advertlets atau lebih best lagi innity boleh jadi salah satu sumber, namun ada lagi cara mudah nak dapat duit sekelip mata...kalaulah anda seorang yang memang rajin online facebook dan twitter benda ini cukup mudah!!korang hanya perlu register akaun dekat  says.my atau  churp-churp  rasanya churp-churp ini lebih popular di kalangan blogger kerana ia adalah rangkaian dengan nuffnang..jadi iklan churp-churp boleh dipaparkan dekat blog dan tidak bagi says.my




    Jaa dah join dalam setahun tapi baru berjinak-jinak dalam masa beberapa bulan ini... says.my RM50 dah boleh cash out dan RM 100 bagi churp-churp.. siap je korang daftar, korang b oleh ajak memember lain sekali, bukan susah pun klik untuk register..dahlah boleh connect dengan akaun facebook, sangat senang okeyh!!tak payah nak banyak-banyak songeh pun

     ni untuk churp-churp...masih belum cukup untuk cash out



    ini untuk says.my

    dekat says.my anda boleh buat survey, tanya soalan, pool dan macam-macam lagi...tunggu apa lagi, maksimumkan penggunaan internet anda untuk dapat duit...sekali klik dapatlah 20sen pun jadi..heeee...tunggu apa lagi, register says.my dan churp-churp sekarang!!!berbaloi-baloi~






    Friday, June 24, 2011

    Hari akhir exam, disaman kerana baju kurung

    Assalamualaikum...


    akhirnya dapat juga aku mencoretkan sesuatu di sini setelah sekian lama tidak menulis...yeah, sebenarnya aku baru sahaja selesai menduduki peperiksaan yang paling lama sepanjang hidup aku iaitu selama hampir sebulan setengah..ini juga exam yang paling membuatkan aku stress kerana keputusan ini akan menentukan masa depanku..owh, sangat cuak namun semuanya telah berlalu, sekarang ini hanya mampu berdoa dan bertawakal agar segalanya akan dipermudahkan ^_^


    oleh kerana hari ni hari last exam, hari jumaat dah memang menjadi peraturan di UITM semua pelajar kena pakai baju kurung pada hari jumaat dan hari isnin...sememangnya aku terlupa bahawa hari ni mesti pakai baju kurung..dahla hari last exam, langsung tak terfikir nak iron baju ke nak pakai baju mana..main pakai je t-shirt dan jeans dan lepas siap-siap semua pakai tudung barulah member aku tegur "weh nape tak pakai baju kurung, kan hari ni hari jumaat"


    memang aku dah malas nak salin baju balik, dahla dah siap semua lagipun baju pun tak ada lagi yang digosok..terus jelah aku redah pakai t-shirt ke dewan exam...sampai dekat pagar, terus pak guard panggil mintak matrik card dan kena saman..wohoho!!first time beb!!sepanjang dua tahun aku di sini inilah kali pertama langgar peraturan tak pakai baju kurung pada hari jumaat dan kali pertama disaman...kenangan ni, adalah juga sekeping surat saman kan =p



    nak dijadikan cerita, jarak dari pondok pak guard tu agak jauhla dengan dewan exam..pulak tu selipar aku putus..huwwwwwwwaaa :( rasa nak menangis kat situ jugak..dahla bakal jawab paper chemistry unit 5 yang paling mendebarkan tu, banyak pulak hal yang timbul...aku tenangkan fikiran dan hati, harap-harap semuanya okey...balik terus ke ole-ole lama wehh tak makan kat situ..sepanjang study leave +exam boleh dikatakan dua bulan lebih hanya menghadap buku, makanan Bistro, Kafe Cemara dan Sup Utara..itu sahaja, kalau pasar malam kekadang pergi jugak..

    Sebenarnya nak pi tengok Maharaja Lawak akhir ni secara live tapi sedihnya tiket susah nak dapat woh, nak kena ada bil astro la nak kena jadi pongomen terpantas kat FB Astro la macam -macam...apepun tunggu youtube jelah kejap lagi, nak layan movie..yeayyyyyyy!!! budak fizik jangan jeles ek, ingat korang ada paper isnin ni..ekeke..ops, aku baru kemas buku-buku esok aku upload pic kemas barang ek..jangan lupa usha blog ni..pasnih mesti tak berhabuk dah..heeeeee..salam sayang =D


    check this : different phone different personality :D

    Saturday, June 18, 2011

    Bersabarlah wahai hati :)



    S.A.B.A.R
    senang disebut, senang ditulis, namun sukar dilaksanakan..
    Seandainya engkau ditimpa satu masalah,bencana,bersabarlah....
    sekiranya kamu tengah marahkan sesuatu..bersabarlah...
    sekiranya kamu difitnah melakukan sesuatu yang kamu tidak lakukan..bersabarlah...
    seandainya ada seseorang yang membuatkan kamu marah....bersabarlah...

    sabar boleh mengelakkan pergaduhan..
    sabar juga boleh mengukuhkan lagi persaudaraan..
    sabarlah dalam menerima ujian...

    sabar, sabar dan sabar....
    tidak bermakna kamu mendiamkan diri...
    tetapi hanyalah ingin meyejukkan hati :)


    nukilan tak berapa nak sastera,
    jaa64 
    :)


    p/s: tengah melatih diri supaya bersabar....hurmm ^_^

    Thursday, June 16, 2011

    Selamat hari bapa...hanya perlu hantar gambar dan menangi hadiah!!

    Assalamualaikum dan salam sejahtera...

    semalam tengah-tengah melayan twitter, dengar lagu mizz nina..rupa-rupanya ada orang hantar mesej ...jaa ada dapat mesej dari satu nombor yang tidak dikenali..dahlah dah lewat dalam pukul 12 lebih camtu...mesejnya berbunyi (xbunyi pun sebab text message..ekekeke =p ) begini :

    "bila hari bapa ye??harap balas" jaa pun balas je lah... "oh, 19 jun tapi ni siapa ye" tanpa menjawab pertanyaanku di hanya membalas "ok, thanks" grrrrr!!!dahla tanya orang memalam, pastu xnak cakap dia sape lak..huhuuhu..kalau cakap nama sape pun dah ok...tapi malas nak layan sangat, tak kisah lah sesapa pun..dulu-dulu mr.D selalu kacau tanya soklan pelik-pelik dengan nombor orang lain..pastu main miscall bebanyak, tapi kalai ni bukan dia..memang orang lain..tak kisahlah sape pun, kalau ada orang nak buat pengakuan kat sini pon boleh..nombornya 013.....


    ok back to the main point. post kali ni Jaa nak share tentang satu pertandingan sempena hari bapa..bukanlah pertandingan sangat sebenarnya, tapi macam dedikasi kita terhadap ayah...kita hanya perlu hantar gambar dan mesej kita ke emel HariBapa2011@gmail.com...dan 100 pemenang akan memenangi kad eksklusif, mereka akan buat kad yang menarik dan best untuk ayah kita...jadi kita kenalah emelkan kata-kata dan ucapan yang best supaya dapat jadi pemenang..100 orang tu ramai okey, dan peluang nak menang sangat tinggi..hanya perlu curahkan kata-kata yang boleh menyentuh hati ayah kita..heeeee :)

    ucapkan terima kasih atas pengorbanan ayah yang selama ini menjaga kita dari kecil, memberi kita makan, belajar dan menjaga kita sampai kita besar dan sihat seperti ini...bayangkan seandainya bapa kita tidak menjaga kita sebaiknya..apa akan jadi pada kita??mungkin kita sekarang ini tidak mengenali ibu bapa kita, tidak menerima pelajaran secukupnya...luahkan segala-galanya untuk bapa dalam mesej tu :D

    kalau tak berapa nak faham boleh tengok video ni... Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil, menteri pembangunan wanita keluarga dan masyarakat  serta Altimet ada video untuk anda.. kalau tak berapa nak faham boleh rujuk sini





    kalau tak pun boleh je buat vidie yang kreatif dan dedikasikan buat ayah anda..buat suprise pada ayah dan jadi anak yang menghargai..sudah pasti ayah kita akan terharu dengan apa yang kita lakukan...ingatlah restu ibu bapa sangat penting bagi seorang anak...ingat ye, hantar sebelum 19 jun 2011!!!masih ada masa lagi..jom!!buat kejutan pada ayah kita :D


    SELAMAT HARI BAPA KEPADA SEMUA YANG TELAH BERGELAR BAPA DAN BAKAL BERGELAR BAPA.. :D


    p/s: sila share dengan kawan-kawan supaya kita sama-sama dapat gembirakan ayah kita.. thanks ^_^



    Tuesday, June 14, 2011

    video dan lirik lagu cinta teragung - Hazama AF9

    Assalamualaikum :D

    Tahniah kepada hazama kerana telah menjuarai Akademi Fantasia yang terakhir, AF9..jom kita layan lagu dan videonya...boleh nyanyi sekali ada lirik..eheheh =D






    Maafkan aku sekiranya tak termampu
    Untuk mencurahkan semua isi hatiku
    Ternyata tak terkata
    Rinduku padamu
    Chorus
    Ku takkan bisa menjadi lebih
    Dari apa yang terdaya
    Namun ku tetap berjanji
    Akan masih mencuba untuk
    Memujuk hatimu
    Mencintai aku
    Kerna semua yang ada
    Hanyalah untukmu

    Secebis perasaan ku hamparkan
    Membawa sejuta harapan
    Menagih cinta
    Teragung darimu
    Ulang Chorus
    Maafkan aku sekiranya
    Tak termampu untuk
    Mencurahkan semua
    Isi hatiku




    Monday, June 13, 2011

    nasib baik berpangkat mak cik!! kalau tidak....

    Assalamualaikum semua..

    Hari ni macam biasa ada pasar malam kat depan kolej ni je, sebab hari ni exam dari pukul 5.30 sampai 7.00 tadi dan puasa lagi teruslah ke pasar lepas habis exam biology unit 4...eh 5 more papers to go!!fighting!!!kat pasar tadi sangat geeeerrrrrammmmm ngan sorang mak cik jual keropok nih..yee, hampir tiap minggu aku beli keropok kat situ tak tahulah kenapa...padahal mahal jugak, tapi tekak rasa nak makan keropok je, mentang-mentang orang ganu..wahahahha...

    keropok google : lebih kurang macam nilah rupanya

    lepas beli nasi putih lauk ayam percik aku pergilah dekat gerai makcik keropok nih...tetiba aku tengok keropok tu macam warna gelap ala-ala hangit sikit..bermulalah perbualan aku dengan mak cik annoying tu...

    "mak cik saya nak keropok ni, tapi saya nak yang warna putih sikit" ujarku sambil menunjuk ke arah keropok yang tak hangit

    "kenapa tak nak yang ni??sama je" tunjuk mak cik tu pada keropok hangitnya

    "ehh tak nak yang hangit, bagi saya yang ni lah"

    " mana ada hangit!!!memang kaler dia macam nilah" dengan nada tinggi dan muka macam mintak penampar

    "takpelah bagi jelah yang ni"kata aku lagi

    "ehh, tadi cakap nak yang ni pastu tak nak..habis tu nak yang mana satu!!!"dengan nada mintak tapak kasut

    "bagi jelah yang mana-mana pun" kataku dengan lembutnya dan berlalu..

    muka mak cik serius macam *&%$*&%$#@$*&%$@# tak caya sila tanya member aku, perbualan di atas adalah antara aku, member aku dan mak cik annoying tuh!!


    ahhh, tak reti layan pelanggan langsung,lepas ni aku taknak dah beli keropok kat kedai kau..haa, kang aku dah kurang ajar..kalau ikutkan hati dan perasaan nak je aku cakap TAK NAKLAH BELI KAT SINI!!!tapi aku malas lah jadi budak kurang ajar, mak cik tu pun ala-ala sebaya mak aku dah kot...tapi tak tahulah kalau lagi muda mungkin sebab suka buat muka gitu sampai nampak tua..hahaha...

    nasib baik ada awak kan...peneman di kala bengang dan sedih..
    juga peneman tidur malam...


    aku bukan apa, cuma agak benganglah...boleh dia cakap warna macam tu tak hangit, mak cik ingat saya tak pernah goreng keropok ke???atau mak cik ingat saya bodoh sangat sampai tak boleh nak bezakan mana hangit dan mana tidak...haish, potong betul lah mak cik nih!!geram taw tak geram...nasib baik dapat costumer yang sopan santun macam aku...senyum je walaupun kena balas dengan nada tinggi, muka macam tut dan mulut macam puaka...aku memang tak suka nak kurang ajar dengan orang tua...mak aku dah pesan, hormat orang tua..walaupun kita salah jangan melawan dan senyum sahaja =D

    memanglah senyum, tapi dalam hati bengkek taw!!!aku bukan jenis mulut suka mencarut sumpah seranah, that's not me...aku setakat cakap menyampah ngan mak cik tu dan tak nak beli keropok gitu je..aku tak suka berdendam dan makan hati sanagt..biasalah orang tu, tak pun tak payah dah beli kat situ lagi..nasib baik aku dok sini tak sampai sebulan dah..pasni byebye shah alam, dah tak jadi orang shah alam dahla balik dok ganung pulok..haa, hari- hari aku makang kepok pahni...selamat tinggal wahai mak cik keropok =.=

    tetiba aku ingat hantu mak cik karipap...alah yang maharaja lawak tuh, kumpulan Balas...lawak kot hantu mak cik karipap tu tapi minggu mak cik karipap yang masa diorang keluar tu tak besa..haha...lagi satu, tahniah Hazama menang Akademi Fantasia ...memang aku suka ngan Hazama ni sebab kenal dia masa dia nyanyi ngan meet uncle husin..malam tadi tak tengok pun tahu pun sebab dengar radio pagi-pagi tadi..


    terima kasih mak cik keropok yang annoying sebab mengurangkan pahala puasa saya pada hari ini...kalau nak maju jagalah budi bicara dengan pelanggan, pembeli...maniskan muka, senyum dan cakap dengan nada yang lembut..bukan jegilkan mata, letak pun macam nak marah dan cakap tu sakitkan hati orang je....pasnih larilah pelanggan mak cik..memang saya dah tak nak beli keropok mak cik lagi sekian..hahahahah =p


    BUDI BAHASA BUDAYA KITA

    peace yaw!!

    p/s: sila bayangkan muka mak cik tu dengan nada yang aku terangkan, kalau tidak mungkin tak rasa annoying sngat..kahkah

    share the love!!

    * tak sabar nak habis exam...nak tidor sepuasnya dalan layan drama korea..weeeeee, 5 more papers!!!aja-aja fighting!!!




    Sunday, June 12, 2011

    tak ramai girls suka tengok bola...susah nak carik geng..apepun tahniah Terengganu memang piala FA semalam!!!

    Assalamualaikum dan salam sejahtera...

    Seperti yang semua dah sedia maklum perlawanan bola sepak piala malam tadi kelantan menentang Terengganu di bukit Jalil berpihak kepada Terengganu...tahniah diucapkan!!!ambe bangge jadi warga teganung!!walaupun pada awalnya memang jangkaan yang Kelantan akan menang sebab kelantan dah lead 1-0 sampai dah nak habis masa...

    namun apakan daya, gol sendiri oleh Daud Su berjaya menjadikan mata 1-1 dan masa tambahan diberikan...dia dah bersungguh-sungguh untuk mengeluarkan bola namun apakan daya, tandukannya itu memusnahkan impian kelantan untuk bergelar juara semalam..janganlah kita nak menyalahkan dia semata-mata kerana bukan senang kita nak menghadapi saat-saat getir di depan gawang gol...sangat benci dengan pemikiran sesetengah warga kita yang menyalahkan pemain, apa boleh buat...pemain profesional di luar negara pun banyak je buat kesalahan yang macam tu...

    salah jugak sebab ada yang melempar mercun ke dalam padang sampai perlawanan terpaksa dihentikan seketika dan masa tambahan diberi...kenapalah perlu lempar mercun ke dalam padang, botol air, laser...ape kejadahnya??dah takde kerja lain ke...kesian pemain yang tak dapat tumpukan perhatian pada perlawanan dan pada apa yang aku lihat semalam mercun tu dah hampir terkena penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee Ramli..



    wajah ceria pasukan terengganu =D


    apapun, menang kalah tu dah memang adat permainan kan...kelantan mungkin dah main betul-betul tapi mungkin nasib tidak menyebelahi mereka...apakan daya, terima jelah keputusan dan tak payah nak gaduh-gaduh sesama sendiri...ingat, sukan untuk perpaduan dan penyatuan bukan untuk pergaduhan dan perbalahan..apapun bangga sebab kedua-dua pasukan adalah dari pantai timur..ayah aku orang kelantan dan mak aku orang terengganu...tanah tumpahnya darahku memang di Terengganu, dan aku bercakap kedua-dua lorat kelantan dan Terengganu...jadi aku masih lagi menyokong kedua-dua pasukan, namun kelebihan mestilah pada terengganu sebab pada i/c aku tercatat no 11 di tengah..hehehehe

    ok nak cerita pasal aku tengok bola semalam, macam tak ramai sangat kan yang suka tengok lagipun perlawanan piala FA...kalau world cup hari tu agak ramai jugaklah layan..tapi masih sedikit kalau nak dibandingkan dengan lelaki kan..memula ajak housemate sebab dia sorang je member aku kat sini yang minat tengok bola nih...awalnya dia cakap nak, namun lepas kuajak solat isyak dan terus nak pergi bilik tv dia cakap tak jadi pulak..hurm aku pun pergi dengan penuh semangat ke bilik tv sesorang..halamak kunci pulak..camne nih!!!


    terus aku mayau ke blok lain yang terdekat dan tengok kat blok 4..masa tu ada sorang chinese tengah study dan aku dah agak dah dia bukan layan bola..pelik gak ada budak cina nak tengok bola nih, badminton yang lee chong wei main hari tu konfirm lah...penuh dengan bebudak cina je dalam tuh..bole??jangan harapp...lepas tu ada sorang lagi member aku orang kelantan datang dan budak cina tu terus lari..konfirm tak dapat concentrete punya...hahahha...aku tengok sesorang sampai first half kot...

    second half tu barulah 3 orang lagi datang...sorang budak klate, sorang lagi terengganu dan housemate aku budak melaka tuh tetiba je datang..ngantuk katanya,hahahahaha..nasib baik ada geng...kalau tak agak bosanlah aku nak melayan bola sesorang, nak sorak pun tak best kan...dahla time tuh aku teringat kisah rumah hantu kat syeksyen dua..ngeng gila..kahkah!!memula gol kelantan tuh member aku bersorak kuat gilaa...baahhaahah, aku rasa sedar anak ppp kat sebelah rumah tu dan macam biasalah aksi-aksi dramatik berlaku..sampai ke akhir aku sorang je sokong terengganu, blah semua nak sokong kelantan kan..hhahahha..finally, ganung menang!!hoyeh!!

    aku dahla ada paper esok, berlagak gilaa...bawak paper satu set siap sampai no.10..apa pun aku puas hati walaupun masa study aku telah burn dua jam lebih tapi telah berjaya diganti balik sebab aku stay up malam tadi..kehkeh.....bukan apa, aku akan rasa tak best bila dapat taw keputusan je dan tak tengok sendiri..dahla lama gila tak layan bola, ah EPL jangan harap!! kalau Manchester United main baru aku nak tengok tapi still tak sempat....ni pun sebab negeri aku main..bahaha =p

    okeyh tu je, member aku memang tak ramai layan bola...ramai layan korea, anime....ada pun seketul dua, aku bukanlah fanatik pun tapi kalau world cup atau final je lah aku layan...tapi tiap kali baca surat khabar benda pertama aku tengok mesti sukan dan kedudukan dan berita pasal bola, pastu pasal gosip artis..haham cam haremm...tak sempat kot nak layan semua benda, lainlah bebudak laki mostly layan bola senang lepak kedai kopi sampai kol 2 3 pagi pun takpe lagi..sebabnya, diorang lelaki...perempuan macamana???sila duduk ceruk dapur belajar buat kuih okey, nanti nak kawen senang..hahahahaha...lawak kot!!nak layan pun kat rumah je lah...walaupun tv semalam sangat uzur sampai terjojol bijik mata aku carik bola, berbaloi-baloi..


    nah try join nih!! hadiahnya bercuti ke Perth, best woohh =D


    P/S: kalau ko rasa ko photogenik sangat, try lar ngan BFF~

    Friday, June 10, 2011

    video dan lirik lagu pokok - Meet uncle Husin feat Hazama

    Assalamualaikum...

    sekali dengar lagu ni pun dah rasa best tapi tak tahu lagu siapa, balik-balik cari rupanya lagu baru kumpulan meet uncle husin feat Hazama..okey, lagu ni slow tapi best...jom layan lagu ni =D


    Tersesat malu bertanya
    Tak tahu tak tahu ke mana
    Terlalu banyak alasannya
    Ku terdiam

    Menyusur di kaki lima
    Terlihat bayang wajah kelmarin
    Tersentuh hati bagai luruh

    Chorus
    Tanya sama pokok apa sebab goyang
    Jawab angin yang goncang
    Terbang burung terbang
    Patah sayap diduga
    Seandainya rebah
    Kau masih ada



    Terlalu mahu dan mahu
    Terlupa apa yang perlu
    Terlalu banyak alasannya
    Duduk terdiam

    Tak mudah namun tak susah
    Terserah atas pilihan
    Tersentuh hati mula luruh



    Ulang Chorus


    Kau masih ada
    Kau masih ada
    Kau masih ada
    Kau masih ada

    Terlalu mahu dan mahu
    Terlupa apa yang perlu
    Terlalu banyak alasannya
    Duduk terdiam



    Tak mudah namun tak susah
    Terserah atas pilihan
    Tersentuh hati mula luruh
    Tanya sama pokok






    okey, aku memang suka dengan suara hazama ni, walaupun Meet uncle Husin masih belum ada vokalis tetap diorang memang terbaik!! lagu diorang memang best dan untunglah Hazama nyanyi ngan diorang...

    memang tak boleh nak bandingkan antara Azlan, Black atau Hazama yang pernah menyayi dengan Meet Uncle Husin..masing-masing ada kelebihan dan keistimewaan sendiri..kalau lan suaranya memang lain dari yang lain, sekali dengar terus cam...walau siapapun vokalisnya, aku tetap suka MUH =D



    Tuesday, June 7, 2011

    Ingatkan lusa, rupanya esok..alamak!!!

    Assalamualaikum...

    hari ni selesai lagi satu paper chemistry unit 6B...hurm, soalannya memang diluar jangkaan...adeih, lain yang diharapkan namun lain yang keluar...apepun aku tak nak cerita banyak pasal exam ni sebab aku masih lagi dalam musim peperiksaan...malas nak stress dan tension sangat, masih ada sisa-sisa dan saki baki 6 kertas lagi..perh!!kali ni lagi mantap A2 beb!!!tadi baru habis exam mood hari ni xde lagi..esok start bukak buku study hard balik..hoyeh!!tak sabar rasanya nak merdeka...


    kita manusia memang cepat lupa kan, walhal hari-hari kita tengok benda yang sama kita masih lagi lupa...masih lagi tetap melakukan kesalahan yang sama..mungkin kita tengok benda tu berulang-ulang kali namun benda tu macam tak berapa nak masuk dalam kepala kita ataupun kita dah muak...maybe we are not a good observer..

    semalam aku pergi kedai macam biasa mencari makanan keperluan harian dan member aku nak cari roti..aku biasa suka beli nescafe, teh tak pun susu...disebabkan roti salah satu bekalan makanan wajib bagi kami pelajar yang tinggal kolej ni dan tarikh luput roti bukanlah lama...jadi tarikh luput itu amat penting bagi kami..


    gambar roti yang di'google'...nampak sedap je


    "Jaa, hari ni berapa haribulan ek??roti ni tamat 10 jun"
    "hari ni 5 haribulan lah, sempatlah ko habiskan roti tu 5hari"
    "yeke, bukankah kita exam esok...taklah..lusalah, lupalah tu"


    okey dengan penuh konfiden aku cakap kat dia yang dia lupa walhal aku yang sebenarnya lupa...semalam adalah 6haribulan,birthday adik aku yang akan ambil PMR tahun ni...memang sangat yakin bahawa exam adalah pada 7haribulan dan ingatkan semalam adalah 5haribulan...jadi ada sehari lagi untuk aku menghabiskan revision last minute...namun bila aku bukak phone, alamak!!!hari ni dah 6/6 lah!!grrr!!


    memang sangat cuak...cuba korang bayangkan tarikh penting yang selama ini korang ingat adalah lusa rupanya adalah esok...mesti kelam kabut kan, tapi aku tak adalah kelam kabut sangat cuma jadual aku je berubah...sepatutnya tajuk ini dibaca malam ini dan tajuk itu dibaca esok,namun bila silap tarikh..habislah jadual kan...jadi,nak cover balik semua benda kena buat dengan cepat..hehehe..


    ini kalau situasi exam, kalau situasi nak kawin lagilah kan...mana nak siapkan itu dan ini...ingatkan majlis kawin lusa rupanya esok, sudah pasti kelam kabut jadinya biasalah kita pasti sudah set dekat minda kita yang benda ni sepatutnya aku buat malam kawin,last minute laa...tapi bila kita sedar yang esok adalah tarikh kawin kita dan malam ni adalah malam kawin sudah pasti apa yang kita rancangkan tergendala bukan??kalau melibatkan diri kita sendiri takpelah jugak tapi kalau melibatkan orang ramai??kita janji nak jumpa orang tapi lupa sedangkan kita adalah tetamu penting bagaimana??sudah pasti kita akan merosakkan sebuah majlis yang sudah pasti menanti-nantikan kehadiran kita...kita mungkin juga akan dicop sebagai orang yang mungkir janji, munafik...ohhh,itu memang tak boleh jadi...


    apapun, kita kena ingat bahawa masa itu emas dan tidak akan menunggu kita..seandainya kita lalai dan leka sudah pasti kita akan jauh ketinggalan di belakang..orang lain sudah masuk tahun 2020 tapi kita masih lagi di takuk lama, di era 90-an...apa lagi, jom kita anjakkan paradigma pemikiran kita untuk menjadi yang lebih baik...bukan nak jadi macam orang lain, orang lain nak bergaya kita pun nak bergaya...berpada-padalah ukur baju di badan sendiri..kita tidak perlulah nak meniru orang lain, namun kita jadikan orang lain yang lebih baik itu sebagai contoh agar kita dapat menjadi diri kita yang lebih baik daripada diri kita yang asal...tiada siapa boleh paksa kita untuk sukakan sesuatu, tepuk dada tanya selera..




    apapun, apa sahaja yang kita buat mestilah bermula dengan minat dan kesabaran...walaupun kita tak minat tentang sesuatu perkara cuba kita mendekati orang yang minat dengan benda tersebut, cuba selamai minat mereka dan lebih bersabar..jangan cepat merungut, mengeluh dan berputus asa..insyallah kalau kita cuba lama-lama minat itu akan datang dan boleh dipupuk...mungkin hari ini kita kutuk-kutuk orang yang sukakan hobi atau bidang mereka mana tahu suatu hari nanti kita yang lebih meminati bidang tersebut...apa boleh buat, kita hanya manusia biasa yang hanya mampu merancang namun tak boleh menentukan, hanya berserah kepada yang Maha Esa..


    tetiba hari ini aku rasa aku tulis karangan Bahasa Melayu Spm, dah lama tak buat karangan BM...oh rindu pulak..hehe, nasib baik ada blog boleh jugak aku mencurahkan idea yang tak berapa nak berkarat lagi dalam kepala ni,kalau ingat dulu-dulu karangan SPM mesti nak guna ayat bombastik, dengan peribahasa dan kata-kata hikmat..sekarang aku budak sains, belajar semua dalam English...tetiba teringat cikgu Noraini, Cikgu Bahasa Melayu aku time SPM...sporting sangat, sampai latihan karangan tu boleh buat ramai-ramai..hehehe :D rindunyaaaa zaman sekolah..kehkeh =p

    panjang lebar dah entri aku kali ni, rasanya aku nak berbalik kepada gaya penulisan aku yang dulu, tulis panjang-panjang setiap entri...sebab sekarang ni tak banyak masa sangat nak menulis, jadi setiap kalai tulis kena tulis panjang agar orang datang baca sikit-sikit pun aku tak kisah asalkan aku dapat luahkan semua benda yang terbuku dalam otak aku ni, dan kepada yang baca sampai ke titik akhir ni, tahniah aku ucapkan dan aku ucapkan ribuan terima kasih sebab sudi baca coretan aku yang serba kekurangan ni...siapa rasa di pengguna internet tegar, bolehla mengundi sekarang =D


    p/s: Artis hangat pasal video marilah, prema yin pun join share the love ni..layan jelah, okey je...

    Saturday, June 4, 2011

    Isu hangat : Gambit saifullah kutuk blogger dan kisah Adinda evans

    Assalamualaikum dan salam sejahtera...

    selamat berhujung minggu kepada semua yang tengah membaca sama ada masih belajar atau sudah bekerja...jaa masih lagi dalam musim peperiksaan dan masih lagi sempat mencuri masa sekejap sebelum menunaikan kewajipan untuk mencoretkan sesuatu di sini...sungguh, kalau tak tulis apa-apa dalam masa seminggu rasa macam pelik..haha, ini blog peribadi je blogging ini sememangnya sudah menjadi teman sejati...

    sepanjang minggu ni banyak betul isu-isu hangat yang disembangkan oleh para blogger dan juga member-member, walaupun jaa tidak berapa aktif sangat namun perkembangan isu semasa masih lagi menjadi perhatian..wah, awal minggu ni pasal seorang gadis umur 14 tahun dari Puchong, Adinda evans yang membuat pengakuan berani mati dalam laman blog miliknya bahawa dia 'pernah main' dan sudah tidak mempunyai dara..padahal entry itu ditulis pada hujung tahun lepas kalau tak silap tapi kenapa baru sekarang isu itu digembar-gemburkan??link blognya penuh tersebar di laman twitter dan facebook sampaikan semua orang nak bercakap dan mengutuk mengenainya...jaa memang tak berapa berminat nak mengulas pasal isu ini namun pengakuan itu sememangnya benar-benar memalukan sampaikan boleh jadi worldwide trend di twitter..perh, dasyat!!


    selepas kisah Adinda evans tu makin senyap timbul pula isu Gambit Saifullah yang mengutuk bloggers pasal video klip hangat lagi Prima yin dan Shah Jaszle..okey, video ni jaa tahu bila masa makan tu ada member cakap

     "ko ada baca blog beautifulnara tak? menangis aku tengok shah Jaszle" 
    " yeke??apekehal ngan shah jaszle??ada isu hangat ke..ceciter..ceciter"
    " balik ni ko terus bukak blog tu eh...geram sangat aku dengan dia..sedinyaaaaa"
    ah, diorang memang suka menimbulkan tanda tanya..balik tu terus bukak lappy dan loading vidoe tu..alamak member tu dahla sukaa sangat ngan shah jazsle pastu tengok pulak video klip bermesra-mesra tu memanglah nak nangis...diorang ni yang layan cerita gemilang tuh, memang suka sangatlah ngan shah jaszle, jaa biasa-biasa je..tapi memang vidoe tu sangat memalukan okey, menari-nari berjoget nak jadi Lady gaga agaknya...pastu yang tak boleh blah bila dia duduk atas riba shah jaszle, part last dalam video klip tu..memang sangat memalukan...marilah ape??marilahh tutttt!!


    tak nak share video  lucah tu kat sini, pergilah search youtube tajuk marilah by prima yin..tak nak citer panjang pasal tu tapi nak cerita pasal respond dia terhadap bloggers yang tulis pasal video tu kat blog..orang nak bagi nasihat yang budaya macam tu bukan kat Malaysia.. Amerika mu!! (bak kata nabil)
    jom tengok apa yang dia cakap sampai ramai blogger naik angin, ramai dah tulis pasal ni sebenarnya..






    perh!!dia bagi middle finger tuu..walaupun jaa bukanlah suka sangat tulis isu pasal artis ni, tapi sebab dia cakap bloggers, terasa beb!!!kitorang blogger memang suka tulis ikut apa yang kita rasa dan pandangan bloggers ini adalah suara hati ramailah..bukan kita sendiri je, member-member yang bukan blogger dah banyak cakap pasal ni kat facabook kat luar..tapi blogger sampaikan dan tulis semua tu kat blog..jaa tak nak kutuk apa-apa tapi hanya nak cakap yang kalau ramai orang kutuk kita, maknanya adalah tu benda yang tak kena...maknanya ada orang tak suka dengan apa yang kita buat...

    kepada awak: kalau ramai orang dok tulis pasal kita, tak suka dengan apa yang kita buat tandanya orang sayangkan kita...orang tak nak industri kita tercemar dengan dengan budaya luar macam tu...kalau awak rasa apa yang buat tu betul, berdiam itu lebih baik..tak payahlah nak kutuk bloggers, cakap benda-benda yang boleh membuatkan orang lagi tak suka pada awak..bloggers tu ramai dan sangat bersatu..bloggers jugak boleh menaikkan dan menjatuhkan seseorang artis, awak kena ingat tu...fyi, saya peminat awak tapi lepas timbul isu ni...ermmm,entahlah..mungkin peminat awak lari lepas ni dan yang sentiasa sokong tu memang peminat setia..untunglah.. ( ayat bajet gambit baca)


    lastly, xnak gaduh-gaduh..tak sampai kemana jugak dok kutuk-kutuk pun..perlu diingat, terlajak perahu boleh diundur..terlajak tulis badan binasa...sekarang dunia moden, semua isu dan berita boleh dapat di hujung jari je..yeah,peace no war!!


    p/s: nih satu lagi video prema yin..

    Wednesday, June 1, 2011

    Mid-Year Giveaway by Nisa Menaip




    kali ni nak join giveaway by nisa menaip..harap-harap bertuahlah ye..heehe, hadiahnya agak lumayan.. jom tengok penaja hadiah


    nak tag semua yang baca nih..hehe :)

    banyak hadiah ok, kalau nak join sila klik dengan lajunya di sini


    jaa says: Run 100KM in a day!




    #1 where are you?? l wordless wednesday l


    who can guess where are this place...ok, no caption and elaborations..give your answer in the comments =D

    what is wordless wednesday?? read here


    jaa says:

    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...