nuffnang

Monday, June 13, 2011

nasib baik berpangkat mak cik!! kalau tidak....

Assalamualaikum semua..

Hari ni macam biasa ada pasar malam kat depan kolej ni je, sebab hari ni exam dari pukul 5.30 sampai 7.00 tadi dan puasa lagi teruslah ke pasar lepas habis exam biology unit 4...eh 5 more papers to go!!fighting!!!kat pasar tadi sangat geeeerrrrrammmmm ngan sorang mak cik jual keropok nih..yee, hampir tiap minggu aku beli keropok kat situ tak tahulah kenapa...padahal mahal jugak, tapi tekak rasa nak makan keropok je, mentang-mentang orang ganu..wahahahha...

keropok google : lebih kurang macam nilah rupanya

lepas beli nasi putih lauk ayam percik aku pergilah dekat gerai makcik keropok nih...tetiba aku tengok keropok tu macam warna gelap ala-ala hangit sikit..bermulalah perbualan aku dengan mak cik annoying tu...

"mak cik saya nak keropok ni, tapi saya nak yang warna putih sikit" ujarku sambil menunjuk ke arah keropok yang tak hangit

"kenapa tak nak yang ni??sama je" tunjuk mak cik tu pada keropok hangitnya

"ehh tak nak yang hangit, bagi saya yang ni lah"

" mana ada hangit!!!memang kaler dia macam nilah" dengan nada tinggi dan muka macam mintak penampar

"takpelah bagi jelah yang ni"kata aku lagi

"ehh, tadi cakap nak yang ni pastu tak nak..habis tu nak yang mana satu!!!"dengan nada mintak tapak kasut

"bagi jelah yang mana-mana pun" kataku dengan lembutnya dan berlalu..

muka mak cik serius macam *&%$*&%$#@$*&%$@# tak caya sila tanya member aku, perbualan di atas adalah antara aku, member aku dan mak cik annoying tuh!!


ahhh, tak reti layan pelanggan langsung,lepas ni aku taknak dah beli keropok kat kedai kau..haa, kang aku dah kurang ajar..kalau ikutkan hati dan perasaan nak je aku cakap TAK NAKLAH BELI KAT SINI!!!tapi aku malas lah jadi budak kurang ajar, mak cik tu pun ala-ala sebaya mak aku dah kot...tapi tak tahulah kalau lagi muda mungkin sebab suka buat muka gitu sampai nampak tua..hahaha...

nasib baik ada awak kan...peneman di kala bengang dan sedih..
juga peneman tidur malam...


aku bukan apa, cuma agak benganglah...boleh dia cakap warna macam tu tak hangit, mak cik ingat saya tak pernah goreng keropok ke???atau mak cik ingat saya bodoh sangat sampai tak boleh nak bezakan mana hangit dan mana tidak...haish, potong betul lah mak cik nih!!geram taw tak geram...nasib baik dapat costumer yang sopan santun macam aku...senyum je walaupun kena balas dengan nada tinggi, muka macam tut dan mulut macam puaka...aku memang tak suka nak kurang ajar dengan orang tua...mak aku dah pesan, hormat orang tua..walaupun kita salah jangan melawan dan senyum sahaja =D

memanglah senyum, tapi dalam hati bengkek taw!!!aku bukan jenis mulut suka mencarut sumpah seranah, that's not me...aku setakat cakap menyampah ngan mak cik tu dan tak nak beli keropok gitu je..aku tak suka berdendam dan makan hati sanagt..biasalah orang tu, tak pun tak payah dah beli kat situ lagi..nasib baik aku dok sini tak sampai sebulan dah..pasni byebye shah alam, dah tak jadi orang shah alam dahla balik dok ganung pulok..haa, hari- hari aku makang kepok pahni...selamat tinggal wahai mak cik keropok =.=

tetiba aku ingat hantu mak cik karipap...alah yang maharaja lawak tuh, kumpulan Balas...lawak kot hantu mak cik karipap tu tapi minggu mak cik karipap yang masa diorang keluar tu tak besa..haha...lagi satu, tahniah Hazama menang Akademi Fantasia ...memang aku suka ngan Hazama ni sebab kenal dia masa dia nyanyi ngan meet uncle husin..malam tadi tak tengok pun tahu pun sebab dengar radio pagi-pagi tadi..


terima kasih mak cik keropok yang annoying sebab mengurangkan pahala puasa saya pada hari ini...kalau nak maju jagalah budi bicara dengan pelanggan, pembeli...maniskan muka, senyum dan cakap dengan nada yang lembut..bukan jegilkan mata, letak pun macam nak marah dan cakap tu sakitkan hati orang je....pasnih larilah pelanggan mak cik..memang saya dah tak nak beli keropok mak cik lagi sekian..hahahahah =p


BUDI BAHASA BUDAYA KITA

peace yaw!!

p/s: sila bayangkan muka mak cik tu dengan nada yang aku terangkan, kalau tidak mungkin tak rasa annoying sngat..kahkah

share the love!!

* tak sabar nak habis exam...nak tidor sepuasnya dalan layan drama korea..weeeeee, 5 more papers!!!aja-aja fighting!!!




Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...