nuffnang

    Showing posts with label stress. Show all posts
    Showing posts with label stress. Show all posts

    Friday, September 13, 2013

    random.

    ASSALAMUALAIKUM....

    dah lama tak update, serius lama...laptop makin hari makin menggila, bertukar dari window 7 jadi window vitsa+xp... serius tak faham macamana jadi macamtu...yang paling tak best tak dapat connect internet... so selama ni saya hanya online pakai handphone, ada je update tapi susah pakai hp tu sebab xde mobile blogspot...pakai web memang susah...tak tahulah bila nak baiki, zaman duit takdo ni nak buat semua benda susah...wuwuwu..sedih betul.sobs..


    alhamdulillah lulus osce ^_^ walaupun bukan macam orang lain, banyak kena berkorban, banyak kene bermujahadah namun aku rasa inilah saatnya Allah nak suruh aku banyak banyak doa pada dia, sungguh aku dapat rasa perasaan tawakal tu, i did my best and i let Allah decide everything :)


    masuk semester 5, tahun tiga...wahh dah tahun tiga rupanyaa!!cepat betul masa berlalu macam tak sedar...junior 2013 pulak ramai kemainn...haritu jadi fasi untuk gamaliel iaitu orientasi junior baru...serius penat dia kemain lagi penat bukan kepalang...capek uiii...tapi kita jadi kaping bukannya saja-saja tapi ada hadaf yang kita nak capai kan...


    satu lagi yang sangat membuatkan aku stress, triple stress adalah pasal skld...kami buat perpanjangan skld dari tahun lepas so ni dah masuk setahun still tak siap...kelakar ke? bukannya kita tak tanya dah penat tanya..call apa semua tapi jawapan dia still dalam proses, computer problem...bla..bla...bla..kami ada 6 orang yang still xdapat skld buat laporan polis dan nanti buat yang baru..tensi tau tensi! bukannya apa kalau tak perpanjangkan kittas nanti kene overstay...sehari overstay kene bayar rp 200ribu..mampu kau? pengsannn...

    aku cuma rasa sangat penat sekarang ni...dahla blok jantung a.k.a kardiovaskular ni susah....lepas tu aku pulak asyik tak fokus belajar dan mengantuk, astaghfirullah...salah aku juga tapi entahlah...kekadang rasa macam nak give up on everything and start a new one...make it free without any stress and problems..tapi itulah, this is what we call life! kalau takde ujian takde maknanya hidup...paling pun aku ingat balik, why am i here? Allah pilih aku untuk hidup atas dunia ni ada sebabnya...Allah janjikan ada syurga neraka tu pun ada sebabnya...takkan aku taknak bersyukur? ahh lemah betul! kate nak masuk syurga!


    banyak benda yang bermain dekat fikiran aku sekarang...tapi yang pasti aku akan teruskan hidup, teruskan berjuang dan apa jua hasilnya nanti aku serahkan pada Allah... kekadang aku takut aku tak mampu, tapi ingatlah Allah takkan uji kalau kita tak mampu kan? nampakk..persoalan aku semua dah ada jawapan...cuma aku tak tahu kenapa, emosi aku kekadang terumbang ambik...ya Allah tetapkanlah hati hambaMu ini...hati yang mudah emo, sedih, terasa, dan banyak lagila..semoga aku kuat, sebab yang paling utama tu aku nak cari redha Allah...biiznillah (",)



    bersama adik-adik 2013 di Hannah...mereka sangat sempoiii..heee...semoga ukhwah yang baru terjalin ini akan terus terbina, sampai syurga insyaAllah :)



    Monday, October 29, 2012

    belajar bersabar ye sayang (^_^)

    Bismillahirrahmanirrahim......


    ada kawan cakap minggu ni minggu orang stress!! semua orang nak stress, semua orang nak naik angin, nak marah, nak beremosi...jadi semua orang rasa nak marah, sakit hati, dendam, benci, menyampah rasa nak marah orang je kejenya..pokoknya STRESS!!



    Astaghfirullahala'ziim....istighfar banyak-banyak tarik nafas dalam-dalam....




    "esok kita pergi kantor imigrasi sama-sama ye! lepas habis kelas terus pergi" 

    kata seorang sahabat yang boleh dikenali sebagai A kepadaku...so aku masih berpegang kepada janji tersebut sehinggalah keesokan pagi si B sms aku dan beritahu dia akan ke sana dengan si A...A kawan rapat dengan si B berbanding aku yang hanyalah kawan biasa-biasa...so aku dengan rasa yakin dan percaya bahawa mereka berdua telah bersepakat nak pergi bersama-sama...ok takpelah, aku cubalah pergi dengan orang lain...tak kisah sangat pun...aku pun tanyalah orang lain dan ajak pergi sama-sama sebab perjanjian yang telah dibuat dengan si A tadi automatik terbatal sebab si B dah cakap dia pergi dengan si A...




    lepas aku kelas aku beritahu sms si A dan tanya kepastian dan tetiba aku kena marah...kali pertama aku kena marah oleh si A sepanjang aku kenal dia....dia cakap aku suka buat plan aku sendiri, tak pernah nak tanya dia dulu pun...aku ataupun si B bukanlah parent dia atau siapa-siapa untuk buat keputusan bagi pihak dia...dia cakap lepas ni dia dah tak boleh nak bergantung harap pada orang lain lagi dah...dah tak boleh nak percaya orang lain lagi dah...dangggg!!! sebijik kena atas kepala aku...walaupun aku menjadi mangsa keadaan tapi kenapa aku???si B yang buat plan tanpa cakap dengan si A terlebih dahulu kenapa aku yang kene marah???  *nangis*




    A seolah oleh meletakkan kesalahan seratus persen ke atas diriku, semalam janji nak pergi dengan dia lepas tu hari ni tukar plan nak pergi dengan orang lain...tapi masalahnya, aku tak tahu semua ini...salah faham dan aku menjadi mangsa keadaan...wuwuwuuwu...cara dia cakap tu macam aku ni seorang yang tidak boleh dipercayai, suka mungkin janji dan...dan...aku call dia berkali-kali tak nak angkat, aku cuba explain tak nak dengar...aku sediiih sangat T_T geram dan nak marah pun ada, kenapa nak marah?? kenapa tuduh??




    aku hati sensitif, jiwa lembut walaupun luaran nampak je keras...tapi bila orang marah aku terus aku down, rasa macam sediih sangat...aku nangis dalam hati, sedih sangat dengan sikap orang lain tapi aku faham kalau aku di tempat A mungkin aku akan melakukan benda yang sama...mungkin tak boleh nak salahkan si B sebab mungkin dia merancang nak beritahu nanti, tapi kenapa bagitau orang lain dulu tanpa tanya tuan empunya diri?? itu satu persoalan :/ alih-alih orang lain yang jadi mangsa :(




    pergi ke kantor ada masalah pulak dekat sana, dalam hati dahla tengah menahan rasa sedih, nak marah, stress...macam-macam perasaan ada...memandangkan aku orang yang bertanggungjawab untuk suruh mereka pergi tandatangan, yang contact dengan orang yang uruskan tu, lantas aku ditanya seolah-olah itu semua salah aku...hurmmm...aku tak tahu apa-apapun..aku rasa macam stress sangat tapi tak tahu macamana nak luahkan...ya Allah!! ada kawan yang buat muka, hentak hentak kaki nak marah pastu bebel tak berhenti-henti dan keluarkan kata-kata kesat..



    ....................





    masa ni aku baru rasa nak muhasabah diri...refleksi diri...tahap manakah kesabaran kita?? saat-saat beginilah sikap kita teruji, sabarkah kita dalam menghadapi masalah yang melanda?? bagaimanakah kita mengawal emosi dan menahan nafsu nak marah, memberontak???



    emosi sebenarnya adalah anugerah Allah s.w.t kepada hambanya untuk disalurkan ke arah kebaikan...namun banyak kali dan ramai orang tidak dapat mengawal emosi sehingga tercetuslah pelbagai masalah...ini mungkin kerana tak cukup sabar atau dek kerana kelemahan iman dalam diri sendiri..



    Orang kuat itu bukanlah yang menang dalam gulat tetapi orang kuat adalah yang mampu menahan nafsu amarahnya. (HR. Bukhari dan Muslim)



    aku juga mungkin menuduh orang suka marah tanpa sebarang usul periksa, adakah dia pun ada masalah lain? sepatutnya aku kene bersifat berlapang dada Bak kata Imam Hasan Al Banna (IHAB) ukhuwah itu cinta dan kasih, dan paling minima cinta dan kasih itu adalah berlapang dada dan maksimanya adalah itsar (mementigkan sahabat lebih dari diri sendiri)..Bagaimana  kita mahu mengambil puncak ukhuwah sedangkan selemah-lemah ukhuwah (berlapang dada) belum sebati dalam diri kita? Allahurabbi... tahap paling minimum itu pun susah nak dicapai kalau dah masuk saat saat yang genting sebegini, bagaimanakah mahu menimbulkan hubungan ukhwah yang lebih mantap dan berkualiti?? tepuk dada!!


    jangan bercakap dengan aku, jangan tanya aku, aku tengah stress!!


    kau cakap kau tak marah tapi gaya kau tu dah cukup menunjukkan kau marah...kata seorang sahabat.....ya Allah, aku kena banyak lagi belajar...belajar cara mengawal emosi, belajar untuk bersabar dan belajar menerima kekurangan orang lain...aku ingat dengan cara berdiam diri sudah cukup tapi gaya dan perwatakan aku masih belum cukup menunjukkan yang aku tidak marah...



    lantas bagaimana?? biarkan ia membengkak di dalam dada?? menjadi duri dan bernanah...ya Allah pasti sakit menahannya...tapi ia akan menjadi lebih sakit kalau dilepaskan :(




    cari penawar hati....cari penenang jiwa....





    Dengan mengingati Allah hati akan jadi tenang (Ar-ra'ad:28)



    kalau kita dah tahu itulah caranya, kenapa nak cari cara lain?? tengok movie?karoke?lepak? untuk hilangkan stress...kalau kita dah tahu dan faham, insyaAllah kita tahu bagaimana cara untuk kita buat hati rasa tenang kembali...istighfar banyak-banyak, ingat Allah..jangan mudah marah dan melenting...



    banyak lagi harus belajar, banyak lagi harus perbaiki...sebab tu perlu kawan-kawan yang dapat bantu ingatkan saat kita lupa, yang boleh bantuk naikkan semangat kita balik saat kita down..carilah sahabat yang baik...cuba dan terus mencuba, hilangkan kebencian, tanamkan rasa sayang dan cinta....allahu'alam :D




    Monday, June 27, 2011

    Aktiviti selepas habis exam...

    Assalamualaikum semua.....


    Sudah menjadi lumrah bagi semua pelajar untuk belajar dan menghadapi peperiksaan...walaupun kebanyakan pelajar sememangnya tidak sukakan peperiksaan, namun ujian, test dan exam ni sememangnya penting untuk menguji kemampuan kita dan pemahaman kita terhadap sesuatu pelajaran...itu kalau belajar secara teori, jawab soalan pula dalam teori..bagaimana pula yang belajar secara praktikal dan amali??sudah tentu semuanya akan diuji untuk membezakan antara pelajar yang cemerlang, sederhana dan lemah..


    Setiap kali musim peperiksaan tiba, sudah pasti wujud pelbagai simptom yang pelik dalam kalangan pelajar seperti ulat buku, mata panda, insomnia dan sebagainya...semuanya kerana menghadap buku semata-mata selain melakukan aktiviti keperluan diri untuk hidup seperti makan, minum, mandi dan sebagainya...kalau lebih sadis lagi, memang ada yang langsung tak tidur dan tidak boleh tidur kerana terlalu berdebar memikirkan peperiksaan terutama bagi exam yang besar...


    perkara normal bagi pelajar juga sedah tentulah menanti saat-saat habis exam, yeah pelbagai aktiviti telah dirancang dan diatur sebaiknya seperti berjalan-jalan makan angin, menonton wayang, drama, shopping dan sebagainya...sape cakap dia tak macam tu mesti tipuu ataau kurang normal =,=  bagi aku pelajar biasa sudah tentunya akan berfikiran sedemikian..

    hari pertama lepas exam aku dan roomate melayan movie saw, kitorang tengok balik...perh agak ngeri la dan aku memang sukaa action dalam cerita ni...keesokannya pergi sunway pyramid, agak lama juga tidak ke sini memandangkan sem ni memang sangat busyt, maklumlah sem akhir...tanpa disangka-sangka kami jumpa WWE wrestler, Tony Morrison dan diva WWE, Melina...riuh rendah dan beratur panjang peminat nak ambil autograph dan bergambar dengan mereka...perh!!! walaupun aku tak berapa nak tengok WWE tetap mencelah dalam kelompok manusia di situ..


    malam pula melayan korean drama dan hari ni berjalan-jalan di kompleks PKNS, Plaza Alam Sentral...sekarang ni ada pesta buku kat kompleks PKNS..kami juga berjalan sekeliling tasik Shah Alam... malam ni layan movie lagi, oh kan indah kalau hari hari hidup begini.....tak payah menghadap buku, assignments dan semua notes...tapi hiburan semua ni hanya sementara...tak lama lagi sambung jadi full time student pulak...err, nak sambung korean drama, City Hunter...sukaa sangat Lee Min Ho dalam cerita ni, haa, i'll update about this soon..nite people!!

    malasnya nak packing barang....oh, BTN next week =.=







    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...