nuffnang

    Monday, June 27, 2011

    Aktiviti selepas habis exam...

    Assalamualaikum semua.....


    Sudah menjadi lumrah bagi semua pelajar untuk belajar dan menghadapi peperiksaan...walaupun kebanyakan pelajar sememangnya tidak sukakan peperiksaan, namun ujian, test dan exam ni sememangnya penting untuk menguji kemampuan kita dan pemahaman kita terhadap sesuatu pelajaran...itu kalau belajar secara teori, jawab soalan pula dalam teori..bagaimana pula yang belajar secara praktikal dan amali??sudah tentu semuanya akan diuji untuk membezakan antara pelajar yang cemerlang, sederhana dan lemah..


    Setiap kali musim peperiksaan tiba, sudah pasti wujud pelbagai simptom yang pelik dalam kalangan pelajar seperti ulat buku, mata panda, insomnia dan sebagainya...semuanya kerana menghadap buku semata-mata selain melakukan aktiviti keperluan diri untuk hidup seperti makan, minum, mandi dan sebagainya...kalau lebih sadis lagi, memang ada yang langsung tak tidur dan tidak boleh tidur kerana terlalu berdebar memikirkan peperiksaan terutama bagi exam yang besar...


    perkara normal bagi pelajar juga sedah tentulah menanti saat-saat habis exam, yeah pelbagai aktiviti telah dirancang dan diatur sebaiknya seperti berjalan-jalan makan angin, menonton wayang, drama, shopping dan sebagainya...sape cakap dia tak macam tu mesti tipuu ataau kurang normal =,=  bagi aku pelajar biasa sudah tentunya akan berfikiran sedemikian..

    hari pertama lepas exam aku dan roomate melayan movie saw, kitorang tengok balik...perh agak ngeri la dan aku memang sukaa action dalam cerita ni...keesokannya pergi sunway pyramid, agak lama juga tidak ke sini memandangkan sem ni memang sangat busyt, maklumlah sem akhir...tanpa disangka-sangka kami jumpa WWE wrestler, Tony Morrison dan diva WWE, Melina...riuh rendah dan beratur panjang peminat nak ambil autograph dan bergambar dengan mereka...perh!!! walaupun aku tak berapa nak tengok WWE tetap mencelah dalam kelompok manusia di situ..


    malam pula melayan korean drama dan hari ni berjalan-jalan di kompleks PKNS, Plaza Alam Sentral...sekarang ni ada pesta buku kat kompleks PKNS..kami juga berjalan sekeliling tasik Shah Alam... malam ni layan movie lagi, oh kan indah kalau hari hari hidup begini.....tak payah menghadap buku, assignments dan semua notes...tapi hiburan semua ni hanya sementara...tak lama lagi sambung jadi full time student pulak...err, nak sambung korean drama, City Hunter...sukaa sangat Lee Min Ho dalam cerita ni, haa, i'll update about this soon..nite people!!

    malasnya nak packing barang....oh, BTN next week =.=







    5 comments:

    eyjalukman said...

    aduhh test nk dekat da .

    sjaa64 said...

    @eyjalukman

    dah2..pi study..heeehe

    monavieanz said...

    salam... blogwalking... jom ke http://negerisembilanmonavies.blogspot.com/ :)
    -hanafi-

    Hanim Mahali said...

    seronok la tu dah habis exam...
    next week nak p BTN? Good Luck! Akak dah dua kali pergi... hehehe

    sjaa64 said...

    @Hanim Mahali

    memang seronok!!hehe

    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...