Assalamualaikum...
akhirnya dapat juga aku mencoretkan sesuatu di sini setelah sekian lama tidak menulis...yeah, sebenarnya aku baru sahaja selesai menduduki peperiksaan yang paling lama sepanjang hidup aku iaitu selama hampir sebulan setengah..ini juga exam yang paling membuatkan aku stress kerana keputusan ini akan menentukan masa depanku..owh, sangat cuak namun semuanya telah berlalu, sekarang ini hanya mampu berdoa dan bertawakal agar segalanya akan dipermudahkan ^_^
oleh kerana hari ni hari last exam, hari jumaat dah memang menjadi peraturan di UITM semua pelajar kena pakai baju kurung pada hari jumaat dan hari isnin...sememangnya aku terlupa bahawa hari ni mesti pakai baju kurung..dahla hari last exam, langsung tak terfikir nak iron baju ke nak pakai baju mana..main pakai je t-shirt dan jeans dan lepas siap-siap semua pakai tudung barulah member aku tegur "weh nape tak pakai baju kurung, kan hari ni hari jumaat"
memang aku dah malas nak salin baju balik, dahla dah siap semua lagipun baju pun tak ada lagi yang digosok..terus jelah aku redah pakai t-shirt ke dewan exam...sampai dekat pagar, terus pak guard panggil mintak matrik card dan kena saman..wohoho!!first time beb!!sepanjang dua tahun aku di sini inilah kali pertama langgar peraturan tak pakai baju kurung pada hari jumaat dan kali pertama disaman...kenangan ni, adalah juga sekeping surat saman kan =p
nak dijadikan cerita, jarak dari pondok pak guard tu agak jauhla dengan dewan exam..pulak tu selipar aku putus..huwwwwwwwaaa :( rasa nak menangis kat situ jugak..dahla bakal jawab paper chemistry unit 5 yang paling mendebarkan tu, banyak pulak hal yang timbul...aku tenangkan fikiran dan hati, harap-harap semuanya okey...balik terus ke ole-ole lama wehh tak makan kat situ..sepanjang study leave +exam boleh dikatakan dua bulan lebih hanya menghadap buku, makanan Bistro, Kafe Cemara dan Sup Utara..itu sahaja, kalau pasar malam kekadang pergi jugak..
Sebenarnya nak pi tengok Maharaja Lawak akhir ni secara live tapi sedihnya tiket susah nak dapat woh, nak kena ada bil astro la nak kena jadi pongomen terpantas kat FB Astro la macam -macam...apepun tunggu youtube jelah kejap lagi, nak layan movie..yeayyyyyyy!!! budak fizik jangan jeles ek, ingat korang ada paper isnin ni..ekeke..ops, aku baru kemas buku-buku esok aku upload pic kemas barang ek..jangan lupa usha blog ni..pasnih mesti tak berhabuk dah..heeeeee..salam sayang =D
check this : different phone different personality :D
7 comments:
wah. pak guard boleh kuakan saman. hebat. :D
pak guard uitm memang besar kepala..huhu:))
sabor je lah.huhuhu.
@yaya_flanella
haah..memang macam tu laa
@Amirul Amin
entahlah...dah tanggungjawab diorang kot
@sizuka[Izzati]
memang sabor pun..kalau tak dah lama bakor je..hehe
@sizuka[Izzati]
memang sabor pun..kalau tak dah lama bakor je..hehe
Post a Comment