nuffnang

    Showing posts with label exam. Show all posts
    Showing posts with label exam. Show all posts

    Tuesday, July 30, 2013

    OSCE

    2 days before the big day: Objectively Structured Clinical Examination (OSCE)

    this exam will test us our ability to do history taking (anemnesis), perform related physical examination that we think should be done to the patient based on their problem or pain, give advise on what they can or can't do and lastly give medicine.

    so basically it's a theory + skills exam. please pray for me and my friends. can't wait to go back to my hometown... may Allah ease everything ^^



    Sunday, July 8, 2012

    sakit --,--

    Assalamualaikum............


    selamat malam semua, lama dah tak update blog....makin hari makin malas dan takde mood...hohooo...12 days to Ramadhan, waa...tak lama dah kan, rasanya baru sekejap makanya dah setahun aku kat bumi Jakarta ni...macam-macam benda dah aku lalui sepanjang setahun di sini....dan seperti biasa dalam kehidupan pasti ada pasang surut, gembira sedih kannn....


    tak sabar nak habis semester 2, tahun pertama sebagai medical student..Alhamdulillah, 4 more years ti go, insyaAllah...pray for me my dear friends :D

    aku tak boleh nak update panjang, esok PBL dan 2 exam practicum...pagi ni baru start buat pbl dan study pun belum...gila kan??memang gilaa....semalam aku keluar teman kawan shopping sampai petang, pastu malam keluar makan penat tido...pagi ni baru start everything...pagi ni makan bubur ayam dan aku sakit perut gilaaa ulang toilet lebih 10 kali :'( ni yang malas nk makan luar ni..


    sebab tu tak bole nak fokus, asyik sakit perut jee..aihhh...doakan gua sembuh..kbai!

    Wednesday, April 25, 2012

    Random #blok 6

    Assalamualaikum.........


    lama la pulak tak update blog ni...haaa, busy la katakan sekarang ni musim exam..hari-hari exam, huuhu...hari isnin exam prakticum anatomy dan skill lab osce...Alhamdulillah praktikum kali ni aku rasa ok dan bolehla dikatakan better than the previous block...untuk skill lab pulak dapat op (orang peraga) yang berlakon sebagai orang sakit, sangat membantu!!! seorang lelaki muda, tapi senang sangat nak dapat reflex so sekali ketuk dah nampak :D Oh ya kali ni aku exam blok neurosciense so belajar pasal nerve and brain....



    overall, semalam pulak exam praktikum histology dan hari ni practicum physiology...esok pleno iaitu presentation case yang kitorang dah bincang dan last sekali hari jumaat exam integrasi 2...kene score betul-betul integrasi 2 ni sebab integrasi 1 aku macam dah hancur..huhuuu...dahla masa tu aku sakit kan, ok aku da tulis pasal aku tido masa exam hari tu kat sini...doakan yang terbaik ya!!


    exam-exam....credit google :D


    kebelakangan ni memang musim sakit kan, ohh yaa nak ceria pasal sorang kawan aku, housemate aku yang indian...dia dah demam dua minggu dan muntah-muntah tiap kali makan, pastu bila pegang part kidney rasa sakit...pastu bia diagnose nampak kidney and appendix dia bengkak...tu yang jadi kene tahan spital tu, dia langsung tak boleh makan apa-apa...tapi lepas dah buat ultrasound and ct-scan alhamdulillah averything is ok ;D ok semalam dah keluar hospital...bukan apa takut jugak kalau ada penyakit pelik-pelik ni...aku ni pun actually ada lagi batuk-batuk tak berapa nak pulih lagi...kawan pun ada beberapa yang demam selesema batuk..hurm, ujian betul kan di  usim ujian ni..heehe


    banyak lah pulak aku merepek, ohh memang tujuan aku buat blog untuk tulis dan share apa saja yang aku rasa nak share...tak boleh nak tulis benda fakta dan berilmiah sangat sekarang ni sebab tak boleh nak fikir...buku tebal tu pun tak habis baca lagi (T_T)  habis exam ni saya update lagii...next week masuk blok baru lagi, blok 7: respiratory....kalau nak dikirakan aku takde pun waktu nak rehat, dua minggu belajar, exam...habis exam masuk blok baru lagi...huuu benda sama lagi kita buat..


    semalam skype ngan ika, dia student IMU(International Malaysian University)...jeles sangat!! dia kan exam final satu tu je, bulan 8 ni...kiranya dia belajar satu sem lepas tu exam satu je bukan macam kita ada 6-7 exam sebulan termasuk skill lab, practicum and integrasi...tapi dia kene regular study sebab satu sem belajar baru exam....takpelah setiap system ada kebaikan dan kekurangan dia kan...aku takdelah nak complain everything and i just feel ok ...so far so good, aku takdelah stress sangat pun...boleh je nak catch up dengan semua ni nak tunggu aku rajin ngan tidak je..heehe...


    ok lah nak kene pegi study, petang ni exam...thanks for reading! :D




    Saturday, April 21, 2012

    tidur masa exam

    Assalamualaikum......


    Alhamdulillah, hari ni saya rasa semakin sihat, takde dah batuk macam semalam....ok fyi, yessterday i got exam integrasi 1 and that was one of the worse exam for me...


    yeah, i can't focus to study due to my bad non-stop cough for one these whole week...i did skip some classes and didn't manage to cover all the subjects...huh!!! for the first 20 minutes i think i just read throughly a few questions and i fall asleep during the exam...it was 100 questions for 100minutes....


    bila saya sedar saya rasa sakit tekak dan batuk, gila tak gila banyak lagi belum jawab...saya baca sekali imbas terus tanda jawapan...oh my bad!! malam semalam tak dapat tidur asyik batuk terjaga je sebab tu yang ngantuk sangat tu...Ya Allah ujian betul buat diri ini T_T


    bila masa tinggal 8 minit lagi saya rasa berpuluh lagi tak jawab, tak tahu nak gelabah macam mana lagi....banyak yang terpaksa bulat tanpa tengok soalan....dan saya tak rasa saya bulat semua 100 questions tu..losernyaaa :(  




    nasib baik integ 1, bawak 30%, kene semangat!!!!kene study lepas ni tak boleh buat cmtu dahh.....rasa macam teruk sangat, dahla ada yang macam stress bila saya batuk dalam exam tu ganggu diorang nak jawab soalan...nak fikir stress dia, cuba fikir stress saya! dahla tak study tak pegi kelas tak tahu jawab apa, tertido lagi...berapa kali stress tu? :( balik tidur sebab stress melampau.....terus nangis sebab homesick tetiba #lol


    malam mak call macam tau2 je saya nak call dia.....macam biasa pesanan mak jaga kesihatan, jaga diri, belajar rajin2, rajin solat ngaji apa smua ^^


    mak cakap petua kalau batuk, rebus bunga 7 bunga cengkih tambah halia lepas tu minum......haaaa, dengar pun macam dah tak sedap kan?tapi ubat memanglah tak sedap, nama pun penawar.....tengoklah esok kalau rajin nak cuba, thanks a lot my lovely mum!!


    keneeee belajarrrr -,-  

    Friday, November 11, 2011

    capek!! i need rest -___-

    Assalamualaikum.....

    minggu ni memang minggu yang peling memenatkan setakat ini.orang cini panggil capek :p..oh, termasuk minggu lepas la sebab kerja banyak sangat sampaikan waktu tidur pun tak cukup pulak tu ada exam integrasi lagi..huihhuihhuih.....

    memandangkan hari ahad yang lepas kan hari raya korban, lepas tu dua report nak kena hantar hari Isnin tu...padahal nak pergi beraya lagi kan, rasa serba salah je (T_T) ..jadi terpaksalah korbankan waktu tidur untuk menyiapkan semua tu, memang penat...

    terus dengan perubahan jadual yang agak kelam kabut, perjumpaan itu ini dan exam pula tadi, rasa macam tak berapa nak sempat study, nak ambik ko...serius rasa blurr nak jawab tadi, dahla soalan banyak pulak tu kasus panjang-panjang...dan yang paling tak boleh blah aku kena warning sebab aku tanya kawan tentang waktu, sebab arahan yang diberi kurang jelas...hadehhh, die!die!die!!

    balik tadi terus tidor 3jam padahal kejap lagi nak pergi kem yang katanya "Our History' opps, aku baru bangun tidur ni makan kejap dan belum packing!!halamak!!!!penat -____-  frankly, i need rest!!

    kem ini mungkin bagi aku banyak ilmu, insyallah..okbai, jumpa lagi minggu depan..eh, gaya cam ada orang nak baca je..lol!!heehe, btw, aku dah keluar dari semua group blogger kat facebook...busy sangat, tak sempat nak layan semua..ok, doakan yang terbaik ya!

    Tuesday, June 7, 2011

    Ingatkan lusa, rupanya esok..alamak!!!

    Assalamualaikum...

    hari ni selesai lagi satu paper chemistry unit 6B...hurm, soalannya memang diluar jangkaan...adeih, lain yang diharapkan namun lain yang keluar...apepun aku tak nak cerita banyak pasal exam ni sebab aku masih lagi dalam musim peperiksaan...malas nak stress dan tension sangat, masih ada sisa-sisa dan saki baki 6 kertas lagi..perh!!kali ni lagi mantap A2 beb!!!tadi baru habis exam mood hari ni xde lagi..esok start bukak buku study hard balik..hoyeh!!tak sabar rasanya nak merdeka...


    kita manusia memang cepat lupa kan, walhal hari-hari kita tengok benda yang sama kita masih lagi lupa...masih lagi tetap melakukan kesalahan yang sama..mungkin kita tengok benda tu berulang-ulang kali namun benda tu macam tak berapa nak masuk dalam kepala kita ataupun kita dah muak...maybe we are not a good observer..

    semalam aku pergi kedai macam biasa mencari makanan keperluan harian dan member aku nak cari roti..aku biasa suka beli nescafe, teh tak pun susu...disebabkan roti salah satu bekalan makanan wajib bagi kami pelajar yang tinggal kolej ni dan tarikh luput roti bukanlah lama...jadi tarikh luput itu amat penting bagi kami..


    gambar roti yang di'google'...nampak sedap je


    "Jaa, hari ni berapa haribulan ek??roti ni tamat 10 jun"
    "hari ni 5 haribulan lah, sempatlah ko habiskan roti tu 5hari"
    "yeke, bukankah kita exam esok...taklah..lusalah, lupalah tu"


    okey dengan penuh konfiden aku cakap kat dia yang dia lupa walhal aku yang sebenarnya lupa...semalam adalah 6haribulan,birthday adik aku yang akan ambil PMR tahun ni...memang sangat yakin bahawa exam adalah pada 7haribulan dan ingatkan semalam adalah 5haribulan...jadi ada sehari lagi untuk aku menghabiskan revision last minute...namun bila aku bukak phone, alamak!!!hari ni dah 6/6 lah!!grrr!!


    memang sangat cuak...cuba korang bayangkan tarikh penting yang selama ini korang ingat adalah lusa rupanya adalah esok...mesti kelam kabut kan, tapi aku tak adalah kelam kabut sangat cuma jadual aku je berubah...sepatutnya tajuk ini dibaca malam ini dan tajuk itu dibaca esok,namun bila silap tarikh..habislah jadual kan...jadi,nak cover balik semua benda kena buat dengan cepat..hehehe..


    ini kalau situasi exam, kalau situasi nak kawin lagilah kan...mana nak siapkan itu dan ini...ingatkan majlis kawin lusa rupanya esok, sudah pasti kelam kabut jadinya biasalah kita pasti sudah set dekat minda kita yang benda ni sepatutnya aku buat malam kawin,last minute laa...tapi bila kita sedar yang esok adalah tarikh kawin kita dan malam ni adalah malam kawin sudah pasti apa yang kita rancangkan tergendala bukan??kalau melibatkan diri kita sendiri takpelah jugak tapi kalau melibatkan orang ramai??kita janji nak jumpa orang tapi lupa sedangkan kita adalah tetamu penting bagaimana??sudah pasti kita akan merosakkan sebuah majlis yang sudah pasti menanti-nantikan kehadiran kita...kita mungkin juga akan dicop sebagai orang yang mungkir janji, munafik...ohhh,itu memang tak boleh jadi...


    apapun, kita kena ingat bahawa masa itu emas dan tidak akan menunggu kita..seandainya kita lalai dan leka sudah pasti kita akan jauh ketinggalan di belakang..orang lain sudah masuk tahun 2020 tapi kita masih lagi di takuk lama, di era 90-an...apa lagi, jom kita anjakkan paradigma pemikiran kita untuk menjadi yang lebih baik...bukan nak jadi macam orang lain, orang lain nak bergaya kita pun nak bergaya...berpada-padalah ukur baju di badan sendiri..kita tidak perlulah nak meniru orang lain, namun kita jadikan orang lain yang lebih baik itu sebagai contoh agar kita dapat menjadi diri kita yang lebih baik daripada diri kita yang asal...tiada siapa boleh paksa kita untuk sukakan sesuatu, tepuk dada tanya selera..




    apapun, apa sahaja yang kita buat mestilah bermula dengan minat dan kesabaran...walaupun kita tak minat tentang sesuatu perkara cuba kita mendekati orang yang minat dengan benda tersebut, cuba selamai minat mereka dan lebih bersabar..jangan cepat merungut, mengeluh dan berputus asa..insyallah kalau kita cuba lama-lama minat itu akan datang dan boleh dipupuk...mungkin hari ini kita kutuk-kutuk orang yang sukakan hobi atau bidang mereka mana tahu suatu hari nanti kita yang lebih meminati bidang tersebut...apa boleh buat, kita hanya manusia biasa yang hanya mampu merancang namun tak boleh menentukan, hanya berserah kepada yang Maha Esa..


    tetiba hari ini aku rasa aku tulis karangan Bahasa Melayu Spm, dah lama tak buat karangan BM...oh rindu pulak..hehe, nasib baik ada blog boleh jugak aku mencurahkan idea yang tak berapa nak berkarat lagi dalam kepala ni,kalau ingat dulu-dulu karangan SPM mesti nak guna ayat bombastik, dengan peribahasa dan kata-kata hikmat..sekarang aku budak sains, belajar semua dalam English...tetiba teringat cikgu Noraini, Cikgu Bahasa Melayu aku time SPM...sporting sangat, sampai latihan karangan tu boleh buat ramai-ramai..hehehe :D rindunyaaaa zaman sekolah..kehkeh =p

    panjang lebar dah entri aku kali ni, rasanya aku nak berbalik kepada gaya penulisan aku yang dulu, tulis panjang-panjang setiap entri...sebab sekarang ni tak banyak masa sangat nak menulis, jadi setiap kalai tulis kena tulis panjang agar orang datang baca sikit-sikit pun aku tak kisah asalkan aku dapat luahkan semua benda yang terbuku dalam otak aku ni, dan kepada yang baca sampai ke titik akhir ni, tahniah aku ucapkan dan aku ucapkan ribuan terima kasih sebab sudi baca coretan aku yang serba kekurangan ni...siapa rasa di pengguna internet tegar, bolehla mengundi sekarang =D


    p/s: Artis hangat pasal video marilah, prema yin pun join share the love ni..layan jelah, okey je...

    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...