nuffnang

Sunday, June 12, 2011

tak ramai girls suka tengok bola...susah nak carik geng..apepun tahniah Terengganu memang piala FA semalam!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Seperti yang semua dah sedia maklum perlawanan bola sepak piala malam tadi kelantan menentang Terengganu di bukit Jalil berpihak kepada Terengganu...tahniah diucapkan!!!ambe bangge jadi warga teganung!!walaupun pada awalnya memang jangkaan yang Kelantan akan menang sebab kelantan dah lead 1-0 sampai dah nak habis masa...

namun apakan daya, gol sendiri oleh Daud Su berjaya menjadikan mata 1-1 dan masa tambahan diberikan...dia dah bersungguh-sungguh untuk mengeluarkan bola namun apakan daya, tandukannya itu memusnahkan impian kelantan untuk bergelar juara semalam..janganlah kita nak menyalahkan dia semata-mata kerana bukan senang kita nak menghadapi saat-saat getir di depan gawang gol...sangat benci dengan pemikiran sesetengah warga kita yang menyalahkan pemain, apa boleh buat...pemain profesional di luar negara pun banyak je buat kesalahan yang macam tu...

salah jugak sebab ada yang melempar mercun ke dalam padang sampai perlawanan terpaksa dihentikan seketika dan masa tambahan diberi...kenapalah perlu lempar mercun ke dalam padang, botol air, laser...ape kejadahnya??dah takde kerja lain ke...kesian pemain yang tak dapat tumpukan perhatian pada perlawanan dan pada apa yang aku lihat semalam mercun tu dah hampir terkena penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee Ramli..



wajah ceria pasukan terengganu =D


apapun, menang kalah tu dah memang adat permainan kan...kelantan mungkin dah main betul-betul tapi mungkin nasib tidak menyebelahi mereka...apakan daya, terima jelah keputusan dan tak payah nak gaduh-gaduh sesama sendiri...ingat, sukan untuk perpaduan dan penyatuan bukan untuk pergaduhan dan perbalahan..apapun bangga sebab kedua-dua pasukan adalah dari pantai timur..ayah aku orang kelantan dan mak aku orang terengganu...tanah tumpahnya darahku memang di Terengganu, dan aku bercakap kedua-dua lorat kelantan dan Terengganu...jadi aku masih lagi menyokong kedua-dua pasukan, namun kelebihan mestilah pada terengganu sebab pada i/c aku tercatat no 11 di tengah..hehehehe

ok nak cerita pasal aku tengok bola semalam, macam tak ramai sangat kan yang suka tengok lagipun perlawanan piala FA...kalau world cup hari tu agak ramai jugaklah layan..tapi masih sedikit kalau nak dibandingkan dengan lelaki kan..memula ajak housemate sebab dia sorang je member aku kat sini yang minat tengok bola nih...awalnya dia cakap nak, namun lepas kuajak solat isyak dan terus nak pergi bilik tv dia cakap tak jadi pulak..hurm aku pun pergi dengan penuh semangat ke bilik tv sesorang..halamak kunci pulak..camne nih!!!


terus aku mayau ke blok lain yang terdekat dan tengok kat blok 4..masa tu ada sorang chinese tengah study dan aku dah agak dah dia bukan layan bola..pelik gak ada budak cina nak tengok bola nih, badminton yang lee chong wei main hari tu konfirm lah...penuh dengan bebudak cina je dalam tuh..bole??jangan harapp...lepas tu ada sorang lagi member aku orang kelantan datang dan budak cina tu terus lari..konfirm tak dapat concentrete punya...hahahha...aku tengok sesorang sampai first half kot...

second half tu barulah 3 orang lagi datang...sorang budak klate, sorang lagi terengganu dan housemate aku budak melaka tuh tetiba je datang..ngantuk katanya,hahahahaha..nasib baik ada geng...kalau tak agak bosanlah aku nak melayan bola sesorang, nak sorak pun tak best kan...dahla time tuh aku teringat kisah rumah hantu kat syeksyen dua..ngeng gila..kahkah!!memula gol kelantan tuh member aku bersorak kuat gilaa...baahhaahah, aku rasa sedar anak ppp kat sebelah rumah tu dan macam biasalah aksi-aksi dramatik berlaku..sampai ke akhir aku sorang je sokong terengganu, blah semua nak sokong kelantan kan..hhahahha..finally, ganung menang!!hoyeh!!

aku dahla ada paper esok, berlagak gilaa...bawak paper satu set siap sampai no.10..apa pun aku puas hati walaupun masa study aku telah burn dua jam lebih tapi telah berjaya diganti balik sebab aku stay up malam tadi..kehkeh.....bukan apa, aku akan rasa tak best bila dapat taw keputusan je dan tak tengok sendiri..dahla lama gila tak layan bola, ah EPL jangan harap!! kalau Manchester United main baru aku nak tengok tapi still tak sempat....ni pun sebab negeri aku main..bahaha =p

okeyh tu je, member aku memang tak ramai layan bola...ramai layan korea, anime....ada pun seketul dua, aku bukanlah fanatik pun tapi kalau world cup atau final je lah aku layan...tapi tiap kali baca surat khabar benda pertama aku tengok mesti sukan dan kedudukan dan berita pasal bola, pastu pasal gosip artis..haham cam haremm...tak sempat kot nak layan semua benda, lainlah bebudak laki mostly layan bola senang lepak kedai kopi sampai kol 2 3 pagi pun takpe lagi..sebabnya, diorang lelaki...perempuan macamana???sila duduk ceruk dapur belajar buat kuih okey, nanti nak kawen senang..hahahahaha...lawak kot!!nak layan pun kat rumah je lah...walaupun tv semalam sangat uzur sampai terjojol bijik mata aku carik bola, berbaloi-baloi..


nah try join nih!! hadiahnya bercuti ke Perth, best woohh =D


P/S: kalau ko rasa ko photogenik sangat, try lar ngan BFF~
Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...