hari ni selesai lagi satu paper chemistry unit 6B...hurm, soalannya memang diluar jangkaan...adeih, lain yang diharapkan namun lain yang keluar...apepun aku tak nak cerita banyak pasal exam ni sebab aku masih lagi dalam musim peperiksaan...malas nak stress dan tension sangat, masih ada sisa-sisa dan saki baki 6 kertas lagi..perh!!kali ni lagi mantap A2 beb!!!tadi baru habis exam mood hari ni xde lagi..esok start bukak buku study hard balik..hoyeh!!tak sabar rasanya nak merdeka...
kita manusia memang cepat lupa kan, walhal hari-hari kita tengok benda yang sama kita masih lagi lupa...masih lagi tetap melakukan kesalahan yang sama..mungkin kita tengok benda tu berulang-ulang kali namun benda tu macam tak berapa nak masuk dalam kepala kita ataupun kita dah muak...maybe we are not a good observer..
semalam aku pergi kedai macam biasa mencari makanan keperluan harian dan member aku nak cari roti..aku biasa suka beli nescafe, teh tak pun susu...disebabkan roti salah satu bekalan makanan wajib bagi kami pelajar yang tinggal kolej ni dan tarikh luput roti bukanlah lama...jadi tarikh luput itu amat penting bagi kami..
gambar roti yang di'google'...nampak sedap je
"Jaa, hari ni berapa haribulan ek??roti ni tamat 10 jun"
"hari ni 5 haribulan lah, sempatlah ko habiskan roti tu 5hari"
"yeke, bukankah kita exam esok...taklah..lusalah, lupalah tu"
okey dengan penuh konfiden aku cakap kat dia yang dia lupa walhal aku yang sebenarnya lupa...semalam adalah 6haribulan,birthday adik aku yang akan ambil PMR tahun ni...memang sangat yakin bahawa exam adalah pada 7haribulan dan ingatkan semalam adalah 5haribulan...jadi ada sehari lagi untuk aku menghabiskan revision last minute...namun bila aku bukak phone, alamak!!!hari ni dah 6/6 lah!!grrr!!
memang sangat cuak...cuba korang bayangkan tarikh penting yang selama ini korang ingat adalah lusa rupanya adalah esok...mesti kelam kabut kan, tapi aku tak adalah kelam kabut sangat cuma jadual aku je berubah...sepatutnya tajuk ini dibaca malam ini dan tajuk itu dibaca esok,namun bila silap tarikh..habislah jadual kan...jadi,nak cover balik semua benda kena buat dengan cepat..hehehe..
ini kalau situasi exam, kalau situasi nak kawin lagilah kan...mana nak siapkan itu dan ini...ingatkan majlis kawin lusa rupanya esok, sudah pasti kelam kabut jadinya biasalah kita pasti sudah set dekat minda kita yang benda ni sepatutnya aku buat malam kawin,last minute laa...tapi bila kita sedar yang esok adalah tarikh kawin kita dan malam ni adalah malam kawin sudah pasti apa yang kita rancangkan tergendala bukan??kalau melibatkan diri kita sendiri takpelah jugak tapi kalau melibatkan orang ramai??kita janji nak jumpa orang tapi lupa sedangkan kita adalah tetamu penting bagaimana??sudah pasti kita akan merosakkan sebuah majlis yang sudah pasti menanti-nantikan kehadiran kita...kita mungkin juga akan dicop sebagai orang yang mungkir janji, munafik...ohhh,itu memang tak boleh jadi...
apapun, kita kena ingat bahawa masa itu emas dan tidak akan menunggu kita..seandainya kita lalai dan leka sudah pasti kita akan jauh ketinggalan di belakang..orang lain sudah masuk tahun 2020 tapi kita masih lagi di takuk lama, di era 90-an...apa lagi, jom kita anjakkan paradigma pemikiran kita untuk menjadi yang lebih baik...bukan nak jadi macam orang lain, orang lain nak bergaya kita pun nak bergaya...berpada-padalah ukur baju di badan sendiri..kita tidak perlulah nak meniru orang lain, namun kita jadikan orang lain yang lebih baik itu sebagai contoh agar kita dapat menjadi diri kita yang lebih baik daripada diri kita yang asal...tiada siapa boleh paksa kita untuk sukakan sesuatu, tepuk dada tanya selera..
apapun, apa sahaja yang kita buat mestilah bermula dengan minat dan kesabaran...walaupun kita tak minat tentang sesuatu perkara cuba kita mendekati orang yang minat dengan benda tersebut, cuba selamai minat mereka dan lebih bersabar..jangan cepat merungut, mengeluh dan berputus asa..insyallah kalau kita cuba lama-lama minat itu akan datang dan boleh dipupuk...mungkin hari ini kita kutuk-kutuk orang yang sukakan hobi atau bidang mereka mana tahu suatu hari nanti kita yang lebih meminati bidang tersebut...apa boleh buat, kita hanya manusia biasa yang hanya mampu merancang namun tak boleh menentukan, hanya berserah kepada yang Maha Esa..
tetiba hari ini aku rasa aku tulis karangan Bahasa Melayu Spm, dah lama tak buat karangan BM...oh rindu pulak..hehe, nasib baik ada blog boleh jugak aku mencurahkan idea yang tak berapa nak berkarat lagi dalam kepala ni,kalau ingat dulu-dulu karangan SPM mesti nak guna ayat bombastik, dengan peribahasa dan kata-kata hikmat..sekarang aku budak sains, belajar semua dalam English...tetiba teringat cikgu Noraini, Cikgu Bahasa Melayu aku time SPM...sporting sangat, sampai latihan karangan tu boleh buat ramai-ramai..hehehe :D rindunyaaaa zaman sekolah..kehkeh =p
panjang lebar dah entri aku kali ni, rasanya aku nak berbalik kepada gaya penulisan aku yang dulu, tulis panjang-panjang setiap entri...sebab sekarang ni tak banyak masa sangat nak menulis, jadi setiap kalai tulis kena tulis panjang agar orang datang baca sikit-sikit pun aku tak kisah asalkan aku dapat luahkan semua benda yang terbuku dalam otak aku ni, dan kepada yang baca sampai ke titik akhir ni, tahniah aku ucapkan dan aku ucapkan ribuan terima kasih sebab sudi baca coretan aku yang serba kekurangan ni...siapa rasa di pengguna internet tegar, bolehla mengundi sekarang =D
p/s: Artis hangat pasal video marilah, prema yin pun join share the love ni..layan jelah, okey je...
10 comments:
goodluck friend!
Biasala tuu, kita ni kan manusia biasa jer.. mana mampu nak ingat semua benda.. btw, good luck for ur exam.. ;)
MySuaraBlog: Jom tonton KONGSI kat sini!!!
@Syazwan
thanks :)
@ZWAN SABRI
that's right :)
tq
it's normal..^_^
lamanya exam...wat molek..mayang hajat jgn dilupo
@iwan_dextrous
hurmm..normal human beings
@nizam said
tu lah..insyallah, doakan akuu
@nizam said
tu lah..insyallah, doakan akuu
as salam..
▂ ▃ ▅ ▆ 70%
─▀██▀───▀██▀─▀██──██─▀██▀▀ ▀─
──██─────██───██▄█▀───██▄█───
──██─────██───██▀█▄───██▀█───
─▄██▄▄█─▄██▄─▄██──██─▄██▄▄ ▄
mak aih..lama dah tak baca karangan panjang jaa :P
oh~ betul. lagipun, semua ni ka ujian dari-Nya. jagn cepat mengalah.
huhU~ sempat lagi update entri ya?
tu roti dah expired ke belum? perut pakcik anti-fungus. telan je. takde infection. lala~
pakcik cuma nak bagitau..
Islam memenjarakan kita.jaa tahu?
Post a Comment