nuffnang

    Showing posts with label Bahasa Melayu. Show all posts
    Showing posts with label Bahasa Melayu. Show all posts

    Wednesday, April 18, 2012

    Beberapa kesalahfahaman Bahasa orang Indonesia terhadap bahasa Melayu

    Assalamualaikum.....


    Setelah hampir 7 bulan aku merantau kat Jakarta ni, macam-macam orang tanya aku pasal Malaysia, bahasa Melayu dan makanan...tak kisahlah kan, tapi yang agak mengejutkan aku adalah beberapa bahasa kita seolah-olah dipermainkan dan dijadikan bahan ketawa mereka...setakat ni dah 4 orang tanya aku tentang rumah sakit korban lelaki, apekah?????



    this is so funny!!! aku ingat diorang main-main bila ada yang tanya betul ke rumah sakit kat Malaysia dipanggil rumah sakit korban lelaki??tapi bila semalam ada lagi yang tanya aku rasa konfuse lantas aku google...ternyata memang ada khabar angin tentang mende tu...kawan indonesia aku cakap cikgu dia cakap dalam kelas yang dekat malaysia takde rumah sakit bersalin, tapi rumah sakit korban lelaki..lol!!! aku sendiri pun pertama kali mendengarkan hal ini..rumah sakit hospital la beb, kalau untuk bersalin dipanggil hospital bersalin camtu je...manalah diorang dapat cerita ridiculous macam ni...huhu...



    ni adalah antara yang jadi salah faham bahasa.......


    Bhs Indonesia

    Bahasa Malaysia

    Pasukan terjun payung

    Askar2 Bergayut

    Rumahsakit Bersalin

    Rumahsakit Korban Lelaki

    Tiarap

    ‘Setubuh bumi’ atau ‘bercumbu bumi’

    Menteri Kehutanan

    Menteri Semak Belukar

    Jalan ditempat

    Injak2 bumi

    Perata jalan (stoomwalls)

    Seterika jalan

    Pegawai/staf

    Kaki-tangan

    Tim sepak bola

    Pasukan bola sepak



    bila aku baca ni pun aku rasa kelakar...aduyaiiiii, ada ke patut pasukan payung terjun tu dia cakap askar bergayut...tapi kawan aku ada tanya pasal injak-injak bumi tu, aku cakap mana ada benda tu..aku cakap jelah pijak tanah...rupanya jalan setempat...yang lain takdelah tanya sangat, cuma kebanyakan bahasa kita sama, tapi penggunaan yang beza....apa yang diorang tahu hanyalah upin ipin, tu je kot cerita malaysia yang sampai sini...kalau negara kita, perh!!! semua channel nak tunjuk sinetron -,-


    dah memang pandailah orang kita dan faham dengan bahasa Indonesia, tapi mereka??tahu betul..betul..betul je, bak kata upin ipin tu.lol!!!apapun, yang penting saling menghormati sesama kita, bagus jugak dapat memperluas dan perkayakan bahasa....aku sendiri kat sini pun ada beberapa salah faham bila bercakap...last sekali guna english nak explain something....tapi itulah, penguasaan english orang kat sini ternyata lebih rendah berbanding negara kita...diorang hanya guna english time kelas bahasa inggeris je, yang lain bahasa indonesia....tp negara kita pun da nak tukar sistem semua bahasa melayu balik kan?jadi takde beza daa....



    ok lah tu je sedikit sharing dari saya...time kasih :)

    Wednesday, November 30, 2011

    penyuluhan tentang cara memantau status gizi balita

    Assalamualaikum....

    pagi tadi baru je siap ujian skill lab, kali ni kami kena buat poster dan bagi penerangan pada masyarakat berkenaan tajuk yang kita dapat...aku dapat tajuk cara memantau status gizi balita di posyandu...apakah itu??haaha....kalau first time dengar mesti ternganga..penyuluhan??posyandu??gizi?? tadi sesapa ada baca sebelum pergi kelas aku ada post ww pasal maksud singkatan yang dipakai oleh kader di posyandu..kalau belum boleh baca sini


    aku pada mulanya memang agak blurr dan banyak diam je dalam kelompok perbincangan, tapi lama-lama bila dah banyak bergaul dengan student local....sampaikan aku boleh jadi orang yang paling bising sekarang pada setiap kali perbincangan diadakan, heehe...banyak dengar kuliah, tanya orang dan baca buku kita akan cepat je faham semua tu..gizi tu macam nutrient atau condition seseorang sama ada baik, buruk dan sihat..


    penyuluhan tu macam kita buat kempen atau ceramah pada kelompok masyarakat...kat Indonesia kalau ibu mengandung atau anak-anak kecil diorang akan ke posyandu(pos pelayanan terpandu) kalau kat Malaysia macam klinik desa camtu..tu pun kalau kat kawasan korang ada la...mak aku dulu time mengandung pun pegi klinik desa, tapi tu rasanya dululah..sekarang semua pakai hospital dah...kader tu pula adalah orang yang bertugas di posyandu...



    inilah posterku..haaaha, pandai tak aku lukis..ngeeee =p apa yang pasti aku rasa ni skill lab yang paling mencabar, tapi aku paling enjoy! dah lama kot tak buat ala-ala ceramah kat depan pastu buat macam berkomunikasi dengan orang semua...aku rasa perentation aku paling lama, sebab siap demo camne nak timbang anak guna dacing lagi you..heeehe...kat sini diorang akan timbang anak guna dacin tu pastu catat dalam kms (kartu menuju sehat) untuk tengok keadaan dan kesihatan anak... kartu dalam bahasa melayu adalah kad =D




    Inilah contoh kms...setiap kali anak ditimbang di posyandu, ia akan dicatat pada garisan kuning hijau tu lepas tu buat titik...titik-titik ini akan disambungkan untuk melihat perkembangan anak balita ( bawah lima tahun)..anak yang paling sihat adalah bila titik-titik yang bersambung itu adalah melengkung seperti garisan hijau...kalau bahagian kuning yang atas, anak tersebut mungkin mengalami kelebihan berat badan atau obesiti..macam-macam penyakit boleh dapat...kalau ringan sangat sampai bawah garisan merah itu menandakan anak yang gizi buruk atau boleh dapat penyakit lain, kalau kita panggil malnutrition spt kwashiorkor dan marasmus.




    Sebenarnya ni hasil akhir poster...percaya ke tak aku lukis???hadehhh, nampak macam aku lukis kan, real..lol!! pandailah sangat aku lukis semua tu...tulisan je yang aku buat, yang lain semua gambar tampal...pastu cat, tapi tak ramai perasan, sampai lecturer sendiri tanya aku lukis sendiri ke???haaaha...nice one!



    overall, penyuluhan tadi berjalan lancar...apa yang aku rancangkan berjalan lancar, semoga markah yang dapat pun selancar perjalananya amiin :) orang lain ramai lagi yang buat pasal rumah sihat, larutan mengatasi diare (diarrhea) dan sebagainya...banyaaakk sangat perkataan bahasa Indonesia yang baru sebenarnya, ia lebih banyak buat singkatan dan benda-benda yang tak ada kat tempat kita...selain posyandu ada juga puskesmas (pusat kesehatan masyarakat) dan polindes (pos bersalin desa)...tak masuk lagi singkatan lain, hadeh -___-

    aku baru 3 bulan, biasalah belajar kena perlahan-perlahan...memang kami belajar dalam bahasa Indonesia kat sini, bukan setakat bahasa standard, siap bahasa gaul lagi aku belajar...heehe...


    p/s: aku jadi biro diplomatik, dah lama takde jawatan atau buat kerja-kerja camni...hurm....

    Tuesday, June 7, 2011

    Ingatkan lusa, rupanya esok..alamak!!!

    Assalamualaikum...

    hari ni selesai lagi satu paper chemistry unit 6B...hurm, soalannya memang diluar jangkaan...adeih, lain yang diharapkan namun lain yang keluar...apepun aku tak nak cerita banyak pasal exam ni sebab aku masih lagi dalam musim peperiksaan...malas nak stress dan tension sangat, masih ada sisa-sisa dan saki baki 6 kertas lagi..perh!!kali ni lagi mantap A2 beb!!!tadi baru habis exam mood hari ni xde lagi..esok start bukak buku study hard balik..hoyeh!!tak sabar rasanya nak merdeka...


    kita manusia memang cepat lupa kan, walhal hari-hari kita tengok benda yang sama kita masih lagi lupa...masih lagi tetap melakukan kesalahan yang sama..mungkin kita tengok benda tu berulang-ulang kali namun benda tu macam tak berapa nak masuk dalam kepala kita ataupun kita dah muak...maybe we are not a good observer..

    semalam aku pergi kedai macam biasa mencari makanan keperluan harian dan member aku nak cari roti..aku biasa suka beli nescafe, teh tak pun susu...disebabkan roti salah satu bekalan makanan wajib bagi kami pelajar yang tinggal kolej ni dan tarikh luput roti bukanlah lama...jadi tarikh luput itu amat penting bagi kami..


    gambar roti yang di'google'...nampak sedap je


    "Jaa, hari ni berapa haribulan ek??roti ni tamat 10 jun"
    "hari ni 5 haribulan lah, sempatlah ko habiskan roti tu 5hari"
    "yeke, bukankah kita exam esok...taklah..lusalah, lupalah tu"


    okey dengan penuh konfiden aku cakap kat dia yang dia lupa walhal aku yang sebenarnya lupa...semalam adalah 6haribulan,birthday adik aku yang akan ambil PMR tahun ni...memang sangat yakin bahawa exam adalah pada 7haribulan dan ingatkan semalam adalah 5haribulan...jadi ada sehari lagi untuk aku menghabiskan revision last minute...namun bila aku bukak phone, alamak!!!hari ni dah 6/6 lah!!grrr!!


    memang sangat cuak...cuba korang bayangkan tarikh penting yang selama ini korang ingat adalah lusa rupanya adalah esok...mesti kelam kabut kan, tapi aku tak adalah kelam kabut sangat cuma jadual aku je berubah...sepatutnya tajuk ini dibaca malam ini dan tajuk itu dibaca esok,namun bila silap tarikh..habislah jadual kan...jadi,nak cover balik semua benda kena buat dengan cepat..hehehe..


    ini kalau situasi exam, kalau situasi nak kawin lagilah kan...mana nak siapkan itu dan ini...ingatkan majlis kawin lusa rupanya esok, sudah pasti kelam kabut jadinya biasalah kita pasti sudah set dekat minda kita yang benda ni sepatutnya aku buat malam kawin,last minute laa...tapi bila kita sedar yang esok adalah tarikh kawin kita dan malam ni adalah malam kawin sudah pasti apa yang kita rancangkan tergendala bukan??kalau melibatkan diri kita sendiri takpelah jugak tapi kalau melibatkan orang ramai??kita janji nak jumpa orang tapi lupa sedangkan kita adalah tetamu penting bagaimana??sudah pasti kita akan merosakkan sebuah majlis yang sudah pasti menanti-nantikan kehadiran kita...kita mungkin juga akan dicop sebagai orang yang mungkir janji, munafik...ohhh,itu memang tak boleh jadi...


    apapun, kita kena ingat bahawa masa itu emas dan tidak akan menunggu kita..seandainya kita lalai dan leka sudah pasti kita akan jauh ketinggalan di belakang..orang lain sudah masuk tahun 2020 tapi kita masih lagi di takuk lama, di era 90-an...apa lagi, jom kita anjakkan paradigma pemikiran kita untuk menjadi yang lebih baik...bukan nak jadi macam orang lain, orang lain nak bergaya kita pun nak bergaya...berpada-padalah ukur baju di badan sendiri..kita tidak perlulah nak meniru orang lain, namun kita jadikan orang lain yang lebih baik itu sebagai contoh agar kita dapat menjadi diri kita yang lebih baik daripada diri kita yang asal...tiada siapa boleh paksa kita untuk sukakan sesuatu, tepuk dada tanya selera..




    apapun, apa sahaja yang kita buat mestilah bermula dengan minat dan kesabaran...walaupun kita tak minat tentang sesuatu perkara cuba kita mendekati orang yang minat dengan benda tersebut, cuba selamai minat mereka dan lebih bersabar..jangan cepat merungut, mengeluh dan berputus asa..insyallah kalau kita cuba lama-lama minat itu akan datang dan boleh dipupuk...mungkin hari ini kita kutuk-kutuk orang yang sukakan hobi atau bidang mereka mana tahu suatu hari nanti kita yang lebih meminati bidang tersebut...apa boleh buat, kita hanya manusia biasa yang hanya mampu merancang namun tak boleh menentukan, hanya berserah kepada yang Maha Esa..


    tetiba hari ini aku rasa aku tulis karangan Bahasa Melayu Spm, dah lama tak buat karangan BM...oh rindu pulak..hehe, nasib baik ada blog boleh jugak aku mencurahkan idea yang tak berapa nak berkarat lagi dalam kepala ni,kalau ingat dulu-dulu karangan SPM mesti nak guna ayat bombastik, dengan peribahasa dan kata-kata hikmat..sekarang aku budak sains, belajar semua dalam English...tetiba teringat cikgu Noraini, Cikgu Bahasa Melayu aku time SPM...sporting sangat, sampai latihan karangan tu boleh buat ramai-ramai..hehehe :D rindunyaaaa zaman sekolah..kehkeh =p

    panjang lebar dah entri aku kali ni, rasanya aku nak berbalik kepada gaya penulisan aku yang dulu, tulis panjang-panjang setiap entri...sebab sekarang ni tak banyak masa sangat nak menulis, jadi setiap kalai tulis kena tulis panjang agar orang datang baca sikit-sikit pun aku tak kisah asalkan aku dapat luahkan semua benda yang terbuku dalam otak aku ni, dan kepada yang baca sampai ke titik akhir ni, tahniah aku ucapkan dan aku ucapkan ribuan terima kasih sebab sudi baca coretan aku yang serba kekurangan ni...siapa rasa di pengguna internet tegar, bolehla mengundi sekarang =D


    p/s: Artis hangat pasal video marilah, prema yin pun join share the love ni..layan jelah, okey je...

    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...