nuffnang

    Showing posts with label BTN. Show all posts
    Showing posts with label BTN. Show all posts

    Saturday, July 9, 2011

    Kisah di BTN dan penantian selama 4 bulan...

    Assalamualaikum...

    Bak kata pepatah "Hujan emas di Negeri orang, hujan batu di negeri sendiri lebih baik di negeri sendiri" ini menggambarkan bahawa walau sejauh manapun kita merantau mencari ilmu dan rezeki, kita mesti balik jua ke temat asal kita keranna di situlah asalnya kita...di situlah tanah tumpah darah kita..

    ok, sebenarnya jaa dah lama tak pulang ke kampung halaman sudah hampir 4 bulan rasanya..paling last balik masa cuti mid-sem bulan 3 kalau tak silap..sekarang dah nak masuk minggu ke dua bulan julai..memang betul penantian nak balik selama 4 bulan, sekejap je tu kan..hehe..Tiket bas dari Klang ke Setiu malam esok pukul 8.15 malam...pagi-pagi buta sampailah di Terengganu...lama pulak tak nak bas lelama, haha..pertengahan bulan Ogos keputusan peperiksaan akan keluar, sunggguh sangat cuak tidak terkata... halatuju dan perjalananku selepas ini akan ditentukan berdasarkan keputusan exam tu nanti..semoga Allah permudahkan segalanya, amiiin..


    overall, program BTN sangat best sebab kami dok sebilik 3 orang je lengkap dengan semua ada air-cond, peti sejuk, tv dan tak perlu berebut-rebut tandas..makan pulak 6 kali sehari memang gemuklah kami..hahaha..
    Sempat ambil beberapa gambar dalam bilik, saje nak tunjuk dekat bebudak kem lain sebab bilik diorang xde kemudahan  macam tempat kitorang..hee =p







    memang pakaian wajib BTN adalah hitam putih, macam bebudak sekolah balik rasanya
    ini  gambar sebelum bertolak kerana ada yang ke pusat di KLIA dan ada ke pantai Remis

    my groupmates

    walaupun kumpulan kami hanya berlatih tak sampai 5 kali rasanya untuk pertandingan lagu patriotik tu, tapi berjaya dapat no.3, pencapaian yang agak baik kerana sungguh enjoy dan terpegun melihat persembahan rakan-rakan yang boleh dikatakan menarik walaupun kami tidak mempunya masa untuk berlatih..kami terpaksa mencuri masa sendiri untuk berlatih dan menghafal lagu..sesi LDK pula memang sangat best sebab masing-masing memang punyai idea yang bernas dah macam pembahas dah semuanya melontarkan idea dan pendapat tidak mengira bangsa dan agama..


     Atiqah si penghuluwati dan Anis Suraya

     bersama student ALUK, Athirah


    kami dikehandaki menyerahkan segala peralatan elektronik yang dibawa seperti telefon bimbit, kamera, laptop dan sebagainya...jadi memang kami tidak boleh mengambil gambar, video dan sebagainya sepanjang aktiviti berlangsung..semuanya terpahat di dalam memori dan kenangan..hari akhir selepas ujian barulah telefon kami diserahka kembali..jadi perhubungan dengan pihak luar seperti ibu bapa dan rakan-rakan juga terhad, hanya fokus kepada aktiviti-aktiviti sahaja..

    mata lebam, mata panda dan eye-bag memang biasa sebab kami perlu bangun seawal 5 pagi sebab kena subuh berjemaah seta kuliah subuh dan aktiviti tamat lebih kurang pukul 12 ..tidur mungkin dalam pukul 1 lebih,oh memang penat...aktiviti fizikal pun tak berapa nak mencabar kerana kami buat di resort and training centre, bukan betul-betul di kem BTN..sedikit sebanyak aku rasa program ini telah berjaya kerana kebanyakan rakan-rakanku bersetuju bahawa kursus ini best dan membuka minda kami..nak tahu apakah semangat yang berjaya ditonjolkan sila baca post yang sebelum ni...


    Jangan asyik fikirkan kesalahan orang lain dan berfikiran negatif sahaja..cuba duduk sejenak dan renung-renungkan perkara positif...insyallah akan tiada perasaan benci, tidak puas hati dan dendam dalam diri, insyallah =D


    P/S: Tahun ni kali pertama dapat puasa penuh di rumah semenjak bersekolah di asrama lagi..weee


    Pertandingan mencari harta karun, kali pertama di Malaysia!!

    Tuesday, June 28, 2011

    Penat tapi best.....sorang-pun soranglah =.=

    Assalamualaikum.....

    penat betuiii hari ni...Lepas exam ni tetiap hari keluar, bukan ape dah lama terperap dekat Akasia tercinta ni, nak rasa jugak keluar berjalan-jalan..tapi masalah jugak, kalau keluar mesti nak pakai duit..duit...duit....fuh, keluar macam air..tak berhenti-henti...kalau keluar konfirm nak kena bayar tambang, makan bukan ada yang murah-murah..lepas tu tengok barang itu barang ni nak beli..nafsu oh nafsu betulll..kalau ikutkan nafsu, memang banyak menda yang nak dibeli tapi nasiblah nafsu ini berjaya dikawal oleh iman...huh..

    Semalam memang stay up sampai pukul 4 lebih sebab melayan cerita korea, city hunter sampai episod 10. mantap kan?? padahal hari ni aku ada kena datang Intec untuk sesi ukur blazer pukul 9 pagi pulak tu..dah agak dah, boleh ke tak aku bangun pepagi ni, huh celik-celik dah pukul 10.30..halamak!!!ada 4 miscall dan 3 mesej kat inbox aku..last mesej tu dari member ajak pi ICT malam ni dan mesej tulah yang menyedarkan aku dari tidur..

    Bangun terus kucapai tuala dan ke bilik air untuk mandi, haih dah agak dah bangun lambat..call memember semua da pegi, sadis tak???itulah janji ngan orang kol 9 kau bangun kol 10 tu apa kes??nasib baik blazer measurement, kalau interview amacam??tak kee gilaaa...okeyh 29 hb, esok aku ada interview memang kena bangun awal laa..disebabkan aku sensorang terpaksalah aku mencari public transport tapi nasib ada dua orang mamat kelas sebelah pun baru nak pergi dan aku buat muka tebal mintak tumpang..adapehal!! lantaklah.. haaaa jimat duit dan masa aku...mekasihh =D

    sebab aku sensorang dan lambat turn aku dalam kol 3lebih, ohmayyy aku kena menunggu lebih dari 2 jam  dan masa yang ada aku pegi library, bukan baca buku okey, aku pergi lab computer untuk online..taw jelah kalau UITM memang block Facebook dan semua laman lain ape lagi aku menaip entrylah..haaaaaha...tunggu dalam kol 3 terus ke tempat mengukur tadi, nasib baik takde sesapa kat sana..segan weeyh orang tu ukur semua body parts...ngaaaaa...nak buat blzer yang betul-betul ikut body size kita kan...

    siap tu aku terus balik sensorang dan berjalan hampir ke seluruh kedai-kedai yang ada dekat syeksyen 18 shah alam ni...memula nak karoke sorang-sorang pastu tak jadi, aku pusing-pusing masuk kedai baju, kedai kasut, kedai buku, giant,mydia semualahhhhhh...kedai makan je tak pergi..muahaha...memang jalan-jalan je, duit tarak beb!!sedih tak weih sedih gilaa kan..ekonomi aku memang tahap yang sangat pokai gila babeng skang nih, kalau ku tahu kena buat bank draft sudah ku simpan duit dari awal-awal :(


    jalan sorang-sorang pun best gak xD


    aku jalan-jalan hampir dua jam lebih sampai terasa lenguh barulah aku balik ke Akasia tercinta sebab dah janji ngan member nak keluar pi ICT kol 6.30...kali kedua aku kesini, memang banyak betul perubahan, macam-macam kitorang main, jom layan pic jap..






    nak kena packing barang ni sebab lusa dah kena buat clearance kolej, byebye Shah Alam..i'm gonna miss u...haaaaaa, banyak menda yang aku belajar sepanjang dua tahun aku bermastautin di sini, memang sangat banyak...serius pengalaman banyak mendewasakan aku, aku banyak belajar benda yang aku tak pernah lalui dulu-dulu~

    yeah, malam esok ada dinner dan aku malas nak keluar esok, penat seyh...semua orang nak melaram kan, beli baju cantik-cantik lawa-lawa....ah, kalau ikutkan nafsu memang aku nak juga tapi biarlah...pakai jelah apa yang ada, okeyh sila bersimpati dengan nasib aku..lalalalallala...macam tak ada feeling sangat sekarang ni, biarlah aku menyendiri, biarlah aku menjadi pasif tanpa dikenali sesiapapun..*nangess huwaaaaaaaa..

    okbye, nak packing sikit...

    p/s: Mana nak carik baju Btn nih!!oh baju sekolah =.=

    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...