nuffnang

    Wednesday, November 30, 2011

    penyuluhan tentang cara memantau status gizi balita

    Assalamualaikum....

    pagi tadi baru je siap ujian skill lab, kali ni kami kena buat poster dan bagi penerangan pada masyarakat berkenaan tajuk yang kita dapat...aku dapat tajuk cara memantau status gizi balita di posyandu...apakah itu??haaha....kalau first time dengar mesti ternganga..penyuluhan??posyandu??gizi?? tadi sesapa ada baca sebelum pergi kelas aku ada post ww pasal maksud singkatan yang dipakai oleh kader di posyandu..kalau belum boleh baca sini


    aku pada mulanya memang agak blurr dan banyak diam je dalam kelompok perbincangan, tapi lama-lama bila dah banyak bergaul dengan student local....sampaikan aku boleh jadi orang yang paling bising sekarang pada setiap kali perbincangan diadakan, heehe...banyak dengar kuliah, tanya orang dan baca buku kita akan cepat je faham semua tu..gizi tu macam nutrient atau condition seseorang sama ada baik, buruk dan sihat..


    penyuluhan tu macam kita buat kempen atau ceramah pada kelompok masyarakat...kat Indonesia kalau ibu mengandung atau anak-anak kecil diorang akan ke posyandu(pos pelayanan terpandu) kalau kat Malaysia macam klinik desa camtu..tu pun kalau kat kawasan korang ada la...mak aku dulu time mengandung pun pegi klinik desa, tapi tu rasanya dululah..sekarang semua pakai hospital dah...kader tu pula adalah orang yang bertugas di posyandu...



    inilah posterku..haaaha, pandai tak aku lukis..ngeeee =p apa yang pasti aku rasa ni skill lab yang paling mencabar, tapi aku paling enjoy! dah lama kot tak buat ala-ala ceramah kat depan pastu buat macam berkomunikasi dengan orang semua...aku rasa perentation aku paling lama, sebab siap demo camne nak timbang anak guna dacing lagi you..heeehe...kat sini diorang akan timbang anak guna dacin tu pastu catat dalam kms (kartu menuju sehat) untuk tengok keadaan dan kesihatan anak... kartu dalam bahasa melayu adalah kad =D




    Inilah contoh kms...setiap kali anak ditimbang di posyandu, ia akan dicatat pada garisan kuning hijau tu lepas tu buat titik...titik-titik ini akan disambungkan untuk melihat perkembangan anak balita ( bawah lima tahun)..anak yang paling sihat adalah bila titik-titik yang bersambung itu adalah melengkung seperti garisan hijau...kalau bahagian kuning yang atas, anak tersebut mungkin mengalami kelebihan berat badan atau obesiti..macam-macam penyakit boleh dapat...kalau ringan sangat sampai bawah garisan merah itu menandakan anak yang gizi buruk atau boleh dapat penyakit lain, kalau kita panggil malnutrition spt kwashiorkor dan marasmus.




    Sebenarnya ni hasil akhir poster...percaya ke tak aku lukis???hadehhh, nampak macam aku lukis kan, real..lol!! pandailah sangat aku lukis semua tu...tulisan je yang aku buat, yang lain semua gambar tampal...pastu cat, tapi tak ramai perasan, sampai lecturer sendiri tanya aku lukis sendiri ke???haaaha...nice one!



    overall, penyuluhan tadi berjalan lancar...apa yang aku rancangkan berjalan lancar, semoga markah yang dapat pun selancar perjalananya amiin :) orang lain ramai lagi yang buat pasal rumah sihat, larutan mengatasi diare (diarrhea) dan sebagainya...banyaaakk sangat perkataan bahasa Indonesia yang baru sebenarnya, ia lebih banyak buat singkatan dan benda-benda yang tak ada kat tempat kita...selain posyandu ada juga puskesmas (pusat kesehatan masyarakat) dan polindes (pos bersalin desa)...tak masuk lagi singkatan lain, hadeh -___-

    aku baru 3 bulan, biasalah belajar kena perlahan-perlahan...memang kami belajar dalam bahasa Indonesia kat sini, bukan setakat bahasa standard, siap bahasa gaul lagi aku belajar...heehe...


    p/s: aku jadi biro diplomatik, dah lama takde jawatan atau buat kerja-kerja camni...hurm....

    #12 wordless wednesday l singkatan yang mesti tau di posyandu



    p/s: saya buat penyuluhan hari ni, ujian yang kena bagi ceramah dan berlakon ala-ala doktor..wish me luck!

    Monday, November 28, 2011

    Bersiar-siar di Monas, Jakarta

    Assalamualaikum....


    setelah sekian lama nak pergi dan niat asyik tertangguh je, akhirnya beberapa hari yang lepas tercapai juga hasrat saya dan kawan-kawan ke Monas, sebenarnya rancang nak berbasikal dan jogging kat sana...tapi kami ada program yang lagi besar, program 'usrah' bagi merapatkan lagi hubungan silaturrahim sesama kami :D lain kali nak pergi naik basikal lak..heehe..


    tempat ni tak jauh pun dari tempat tinggal kitorang, naik teksi pun sekejap je..itu pun kalau tak 'macet' atau traffic jam...Monas adalah singkatan dari monumen nasional atau tugu monas adalah bangunan peringatan untuk mengenang perlawanan dan perjuangan rakyat Indonesia merebut kemerdekaan. tempat ni terletak di Medan Merdeka, Jakarta Pusat.

     kat sini ada jugak kereta lembu..siap berhias cantik lagi..hehe :)


     cess, mamat tu pegi posing lak..hahaha

     tugu..opss! seksi sikit =,=

     gergasi mau tangkap..inilah bangunan monumen tu, antara bangunan tinggi kat jakarta ni

     yeay!!!kami makan-makan dulu..

     kawasan ni serius besar...memang best kalau nak datang bersantai

     kat depan monas!!yeay ^_^


     jom jalan!

    ramai orang kat sini setiap pagi dan petang dengan pelbagai tujuan...tengok, ada main layang-layang, main bola, bersiar-siar bersama keluarga...dating pon ramai!!


    kalau ada kesempatan berkunjung ke Jakarta, jangan lupa datang sini!!bangunan tu boleh naik dan tengok pemandangan sekitar Jakarta tapi saya pun belum naik lagi...kat bawah tu pun ada muzium..ok, next time boleh pegi lagi =D


    P/S: Sakit dan lenguh seluruh badan, macamnilah jadi wanita.. #eh? -,-

    Saturday, November 26, 2011

    Adakah kita benar-benar melalui jalan yang lurus???

    Assalamualaikum....


    pada pagi yang indah ni saya hanya nak kongsi sedikit tentang surah Al-Kafirun, surah ke-109 dalam Al-Quran dan apakah kita memang benar-benar sudah melalui jalan yang lurus??


    semasa rombongan pembesar-pembesar Quraisy datang menemui Nabi SAW. menyatakan, "Hai Muhammad! Marilah engkau mengikuti agama kami dan kami mengikuti agamamu dan engkau bersama kami dalam semua masalah yang kami hadapi, engkau menyembah Tuhan kami setahun dan kami menyembah Tuhanmu setahun. Jika agama yang engkau bawa itu benar, maka kami berada bersamamu dan mendapat bagian darinya, dan jika ajaran yang ada pada kami itu benar, maka engkau telah bersekutu pula bersama-sama kami dan engkau akan mendapat bagian pula daripadanya". Beliau menjawab, "Aku berlindung kepada Allah dari mempersekutukan-Nya". Lalu turunlah surah Al Kafirun sebagai jawaban terhadap ajakan mereka. 





    subhanallah!! sungguh cantik susunan ayat-ayat, dan apabila dibaca dapat menggetarkan jiwa....sungguh ayat-ayat Allah disusun begitu indah dan rapi sehingga tiada sesiapapun yang boleh membuat ayat sedemikian rupa


    1. katakanlah (Muhammad) "wahai orang-orang kafir!
    2.aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah
    3.dan kamu bukan penyembah apa yang aku sembah
    4.dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah,
    5.dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah apa yang aku sembah.
    6. untukmu agamamu,  dan untukku agamaku


    ini menunjukkan bahawa memang tidak akan ada persamaan antara agama islam dan agama lain sebab kita mempunyai kepercayaan yang berbeza..jadi agama itu harulah bergerak lurus dan tidak boleh ada titik pertemuan antara kedua-dua garisan yang lurus tersebut. "light travel in a straight line" Nur : cahaya : light =D haruslah bergerak lurus..


    surah Al-Fatihah, 1:6-7---->tunjukkanlah kami jalan yang lurus, yaitu jalan orang-orang yang telah engkau beri nikmat kepadanya; bukan jalan mereka yang dimurkai, dan bukan pula jalan mereka yang sesat 

    Surah Al-Fatihah merupakan surah ummul-kitab dan dibaca setiap hari 5 kali sehari, kalaulah kita betul-betul menghayati apa yang kita baca, sungguh kita akan dapat merasakan ia betul-betul menusuk ke dalam jiwa..sebenarnya bukan 5 kali tapi lebih, sebab kita baca pada setiap rakaat paling kurang pun 17 kali sehari tidak termasuk kalau kita solat sunat dan sebagainya...



    adakah kita saja-saja baca "ya Allah, tunjukkanlah aku jalan yang lurus" tapi sebenarnya apa yang kita mahu??adakah pengucapan itu hanyalah lahir dari bibir sahaja, sekadar bacaan sebab dah memang kena baca, jadi bacalah....sebab itulah kita mesti belajar bahasa Arab, sekurang-kurangnya dapatlah kita menghayati apa yang kita baca dan membuatkan solat kita lebih khusyuk..


    kenapa kita ego sangat??kita minta dan pohon supaya ditunjukkan jalan yang lurus, jalan yang  benar supaya tidak sesat...tapi bila Allah dah beri petunjuk jalan kebenaran kita masih lagi tidak mahu ikut jalan yang benar, masih lagi nak ikut jalan hitam, bersimpang siur yang penuh dengan hiburan dan kenikmatan dunia semata-mata..mengapa???



    Allah dan beri petunjuk dan cara hidup islam yang betul dari sekecil-kecil benda hinggalah perkara besar hari kiamat,syurga pahala semua Allah sudah bagi pada kita, semuanya terkandung dalam Al-Quran...tapi adakah kita betapa sombongnya kita pada Allah, astaghfirullahal'azim...


    secara analoginya, kita bertanyakan seseorang jalan yang betul menuju ke sesuatu tempat, apabila orang tersebut telah bersusah payah memberi petunjuk jalan yang betul dari simpang hinggalah arah yang betul tapi akhirnya kita tidak mahu mengikut jalan yang telah diberitahu...kita mahuu cari jalan sendiri yang lain, apakah perasaan orang yang telah memberi penerangan tadi???gembirakah dia??tepuk dada tanya iman =D


    Alhamdulillah, kita sepatutnya bersyukur sebab dilahirkan, dibesarkan dan diberi pendedahan serta pendidikan dalam islam...seandainya kita bukan di sini, bukan lahir dalam islam adakah kita akan mencari cahaya kebenaran islam??adakah kita akan berusaha mencari cara hidup yang benar, mengetahui siapakah pencipta kita makhluk sekalian alam..saya tertarik nak kongsi video ni, tentang seorang gadis kristian yang sangat tertarik pada agama lalu memeluk islam sebab dia percaya bahawa agama islam adalah agama yang paling benar..jom tengok!




    bila baca kisah-kisah mereka yang memeluk islam saya rasa mereka begitu hebat!! dan saya mungkin tidak mampu jadi seperti mereka, seandainya saya berada di tempat mereka..dibesarkan dalam keluarga yang bukan islam, gaya hidup berbeza...kemudian akan merasa agak tersisih dari keluarga dan kawan-kawan...tapi sebenarnya, insyallah Allah menjanjikan sesuatu yang lebih indah di sana, bukanlah keindahan dan kenikmatan   di dunia sementara ini...apabila kita merasa kesepian, cuba baca Quran, solat dan bercakap dengan kawan-kawan...saya pasti ia akan berhasil sebab saya pun pernah merasa benda yang sama, bila kita jauh dari Allah hati kita akan rasa kosong dan gundah gulana, orang Indonesia bilang 'galau' =D

    saya tertarik dengan lirik lagu jalan lurus dari Gita Gutawa ni :)

    jalan lurus sepuluh yang mesti ditempuh 
    yang pertama bahwa Allah maha esa 
    yang kedua Muhammad rasul kita 
    yang ketiga cinta ibu cinta ayah kita 
    yang keempat cinta guru-guru kita 


    yang kelima cinta tanah air kita 
    diri kita memancarkan cahya cinta 
    semoga Allah membimbing kita semua 
    jalan lurus sepuluh yang mesti ditempuh 
    yang keenam shalat mari ditegakkan 

    yang ketujuh Quran baca diartikan 
    yang delapan sedekah jangan terbawa 
    yang sembilan puasa penuh keikhlasan 
    yang sepuluh senyum sopan senantiasa 
    keramahan perilaku diri kita 
    semoga Allah membimbing kita semua




    insyallah kalau kita mengikut 10 jalan lurus ini hidup kita tidak akan sia-sia sebab apa yang kita buat di dunia ini adalah bekalan untuk kita di akhirat kelak, yang akan kekal selama-lamanya..semoga usaha dan amalan kita diberkati dan diterima disisi-Nya (^_^)


    p/s:tekan je butang 'like' FB atau tweet untuk share dengan orang lain juga, selamat beramal!


    Tuesday, November 22, 2011

    tahniah Harimau Muda juara bola sepak sukan Sea di Jakarta, ayuh mengaum!!!aummmmmmm!!

    Assalamualaikum.....

    Sekalung tahniah diucapkan buat pasukan bola sepak Malaysia bawah 23 tahun yang berjaya mempertahankan pingat emas Sukan Sea di Gelora Bung Karno malam tadi....sebagai rakyat Malaysia yang sentiasa sokong perkembangan bola sepak negara sudah pasti aku turut gembira...


    Sea Games
    para pemain meraikan kemenangan..

    walaupun permainan malam tadi berkesudahan dengan penalti sebab skor masih 1-1 walaupun dah diberi masa tambahan, namun kecekapan KFCM , Khairul Fahmi Che Mat a.k.a apex dan beberapa pemain lagi berjaya memberikan kejayaan pada Malaysia...kita menang dengan 5-4 pada saat penalti..

    kalau dilihat pada perlawanan memang agak sengit dengan kedua-dua pasukan saling mengasak dan cuba untuk menggegarkan gawang gol...ada juga beberapa peluang dan cubaan yang tidak dapat disudahkan, termasuk juga 'offside' yang berlaku ke atas kedua-dua pasukan Malaysia dan Indonesia.

    apa yang best bila JAK FM, Jakarta FM telah memainkan lagu-lagu Malaysia hari ni di radio mereka.. diorang sebenarnya dah buat bet, kalau Malaysia memang bola sepak malam tadi, Jak fm akan pasang lagu Malaysia seharian..ini diambil dari website rasmi 101jakfm :)


    Kalau ditaruhan pertama Jak vs Hitz muterin lagu Malaysianya Cuma 4 jam di jam ROTI, kali ini taruhannya adalah seharian penuh! Kalau Indonesia menang, lagu-lagu Indonesia akan diputar seharian penuh di Hitz FM plus, mereka akan pakai Jersey Indonesia, sebaliknya kalau Indonesia kalah, kita harus memutarkan lagu Malaysia seharian penuh dan memakai Jersey Malaysia.



    Dan hasil skor 5-4 Malaysia – Indonesia membuat kami dengan sportif harus menjalankan taruhan kami.


    We had so much fun on the air, we know it was a bit crazy, but a bet is a bet right?! Karena Jak FM sportif banget menurut mereka, dan disaat bersamaan twitter dan facebook juga penuh dengan dukungan baik dari Indonesia dan pendengar dari Malaysia, it’s proven that Music really unites the two countries!



    Dengan ini kita bisa melihat juga kalau Indonesia dan Malaysia bisa bersahabat. Banyak pro dan kontra memang, tapi yang kita lakukan sepenuhnya untuk mendukung Garuda. To be a champion we always have to fight another round!




    apalagi, diorang ni semua dok pakat dengar radio la..haaha, padahal sebelum ni takdelah nak dengar radio pun, kebetulan kitorang pergi pejabat imigresen tadi nak pergi pergi sign kitas(kartu ijin tinggal sementara) kat sini..suruh bapak supir tu pasang radio jak fm..haaha, layan, rasa kat Mesia lak..haaha...



    dan apa yang lagi best hari ni bila diorang, kengkawan Indonesian ucap tahniah pasal Malaysia menang!! hoyeh!! ini baru betul, semangat kesukanan yang betul..biasalah diorang ni well-educated bukan macam orang kebanyakan kat luar tu, pemikiran kelas ketiga...tak boleh nak fikir mana baik mana buruk, main ikut jeee..main nak sembur je tanpa usul periksa.hadehh..


    tadi lepak-lepak dekat library dengan memember indonesia jugak, kitorang borak-borak pasal bola, pasal ada dua orang meninggal malam tadi sebab kena himpit dalam puluhan ribu penyokong, nauzubillah!!sungguh tragis..termasuk juga cerita pasal gol penalti dan permainan yang mendebarkan..haaha, yes, aku sukaaa...tak boleh nak cerita dengan kawan bilik sebelah yang langsung tak minat bola boleh cerita dengan diorang pun memang best!!!apa yang best diorang kenal semua pemain Malaysia kot, Khairul Fahmi, Muslim Ahmad,Asrarudin, Fakhri, Nazmi, Badrol Bakhtiar dan beberapa orang lagi yang disebut..korang memang best!!

    mereka yang cool dan best!!

    weh, baru tau kat Indonesia pun ada melayu...haaha, diorang taw cakap melayu cuma intonasi dan adalah perkataan yang kita guna diorang taktaw...itu yang sebelah aku dan berhadapan dengan aku tu melayu, kita sebangsa ^_^


    p/s: one of my friend start to wear hijab this week...alhamdulillah..i hope u can 'istiqamah' 


    Sunday, November 20, 2011

    A girl from Peru wrote a post about my blog...OMG!

    Assalamualaikum.....

    Alhamdulillah, i'm still here...waiting and typing in front of my lappy ^_^  20112011, what a nice date!!! i hope today will be nice too...

    macam biasa pagi-pagi hari minggu ni online dulu, sign in facebook and blog...seperti biasa juga aku akan check nuffnang dan referral sites..bagus taw kalau kita tengok sebab kita akan tahu macam mana orang boleh masuk blog kita, siapa top referral kita..kadang-kadang tu aku tengok orang yang letak link kita dekat sidebar diorang akan dapat referral dari situ...kita juga boleh tahu kalau ada orang tulis pasal kita atau link-kan kita punya blog :)

    tadi tengok ada traffic dari satu blog gadis yang berasal dari Peru 'miss murder blog',  blog dalam bahasa sepanyol kan..heehe..terkejut lah juga, rupa-rupanya dia ni adalah yang pernah post dekat blog page..



    dan ini adalah antara apa yang dia tulis dalam blog dia, ini adalah versi melayu; google translate faham-faham jelah cmne kan..heeehe..




    Beberapa minit mengkaji semula laman web "blogger" di Facebook, saya dapati blog yang menarik, seorang pelajar perubatan dari Indonesia! wow! iaitu, seorang gadis dari seluruh dunia memberitahu hari ke hari mereka begitu mudah dan manis .. mengambil kira setiap butir-butir peristiwa beliau menghadiri. Saya telah membaca perlawanan pada hari itu terhadap Malaysia Indonesia dan menyukainya sebelum saya mempunyai blog sukan (Ball Peru) dan bekerja di akhbar itu pada Bocon masa yang singkat, tetapi semangat saya dikenali ramai orang apabila menghadiri stadium dan bagaimana pentingnya negara anda datang ke dunia (seperti dalam kes Peru untuk Brazil Piala Dunia 2014) 






    Oleh sebab itu saya boleh katakan seperti biasa ... Kehidupan menjaga kita tahu orang (mungkin tidak hidup dan langsung) yang boleh mengajar kita dan menunjukkan kepada kita bahawa terdapat satu dunia kebanyakan hidung dan cetek ... Juga untuk mengetahui cara-cara yang sangat berbeza tetapi sangat serupa kerana kita negara geografi dengan tanah yang sangat berbeza dan berlainan.


    * Pengalaman Masuk * ke dalam halaman Facebook anda (Story Jaa `s) dan meninggalkan mesej dan kami mempunyai sedikit perbualan baik, terima kasih kepada penterjemah Google sebagai kata beliau kita dapat memahami dan memberikannya hak. Ingatlah bahawa Internet bukan sahaja untuk berbual dan melihat bodoh, tetapi terdapat seribu perkara-perkara untuk mencari ..!

    memang kalau baca bahasa Melayu yang pelik sebab bahasa asal memang Sepanyol...korang boleh baca sendiri di sini.. :)

    menurut apa yang aku faham dia ni dulu bekas wartawan, yeke???dan bolehla cakap kat sini yang dunia tanpa sempadan, walaupun berbeza tempat nun jauh di Amerika Selatan, bahasa yang berbeza, budaya berbeza namun kita masih boleh berkawan kan..nice to know u Carla Rodriguez! (^_^)







    Friday, November 18, 2011

    Malaysia vs Indonesia sukan Sea 2011

    Assalamualaikum..

    Tahniah Malaysia sebab menang 1-0 dengan Indonesia dalam perlawanan bola sepak sukan Sea 2011 tadi, di stadium Gelora Bung Karno....walaupun dengan lautan merah, aku bangga dan berpuas hati boleh menonton secara live!! ^_^



    READ MORE.......





    Tuesday, November 15, 2011

    Anugerah Blog & Blogger Paling Popular




    Sebagaimana tajuk entry dan banner di atas ini tahulah kan ini adalah untuk contest Anugerah Blog & Blogger Paling Popular...kebetulan 'Tuan Tanah' Fixx Mikz datang jemput, jadi apa salahnya mencuba nasib kan..heeehe :) siap ada video promo lagi, menarik!!



     Di bawah ini pula adalah syarat-syarat pertandingan :-



    Saya mula menulis dan mencoret pada blog ini pada Oktober 2009, jadi blog ini sudah wujud selama dua tahun lebih...Blog ini hanyalah blog biasa dan saya tidak pernah menyekat idea saya untuk menulis. saya menulis adalah berdasarkan pengalaman, idea dan pendapat saya sendiri.. saya sememangnya seorang yang suka memerhatikan dan kemudian saya akan kongsi dalam Jaa's Story..

    ohh, Jaa itu sudah tentu nama saya dan Jaa's Story adalah cerita Jaa.. jadi dalam blog ini adalah cerita tentang saya, bukanlah semua cerita peribadi namun jika anda menjadi pembaca blog ini anda akan kenal siapa saya...saya biasanya menulis tentang pengalaman dan kehidupan saya sebagai seorang pelajar perubatan, lagu dan video yang menarik, tempat makan, fesyen dan kadangkala ada juga saya selitkan motivasi dan hal-hal berkaitan agama.. 

    Blog ini hanyalah milik seorang pelajar biasa yang suka berkongsi pengalaman dan ideanya,  dia juga bukanlah blogger popular...satu lagi blog ini pernah memenangi pertandingan blog tercantik anjuran woot-woot  =D .. keputusan bagaimana pemilihan pemenang saya pun tak pasti...apa yang penting ukhuwah antara blogger kan..heeehe...apa tunggu lagi, jom join!!



    Greyson Chance ft Najwa Latif at AIM-18

    AIM stands for Anugerah Industri Muzik...although i didn't watch this programme live as i had another bigger task to do  at that time, i followed its updates through twitter..thanks a lot tweeples for tweeting it :) you can follow me on twitter @jaa_kat wink!!  then i watched some of the performances during the awards at youtube...there are a lot of superb performances at that night and i love the trio's performances : ning, shila amzah and  jaclyn victor..besides, Greyson Chance was performing with Najwa Latif!!

    Greyson Chance


    Najwa Latif


    yeah, both of them are young and talented 'youtube' artists... Greyson Chance is only 14 and Najwa Latif is just 16...both of them are still secondary school students =p i like their performance at that night and let's enjoy this video...








    Najwa Latif: cinta muka buku
    Greyson Chance : waiting outside the lines 
    Greyson Chance ft Najwa Lati : paparazzi


    picture credit to budiey.com ^_^



    Monday, November 14, 2011

    jom berenang sampai lebam!!!

    sape kat sini pandai berenang??suka berenang???serius rindu sangat nak berenang...padahal takde la pandai sangat berenang tapi kecik-kecik dulu selalu main mandi sungai kat sungai-sungai dan parit..ah, biasalah saya budak kampung kott....petang-petang pegi main dengan kengkawan..tapi itulah pengalaman yang sangat best dan tak dapat dilupakan sampai sekarang...rindunyaa kengkawan mandi sungai time kecik-kecik dulu..huuu


    dengan main sungailah saya boleh berenang, walaupun tidaklah pandai sangat..nak masuk kelas renang asyik tak jadi je, jadi berenang jelah dengan teknik sendiri punya bikin dan tak berapa nak betul..tapi itulah masalahnya, tak berapa nak pandai berenang dan kawal pernafasan yang betul lagi..nak cari swimming pool memang senang, tapi bagi kita yang pakai tudung dan tutup aurat ni mesti nak keselesaan kan..weee, kami pergi ke kolam renang muslimah..kat situ memang dikhaskan untuk wanita muslimah berenang..jadi bolehla kami berenang dengan gembira, bebas dan puas..weeee, eh over ke??heeehe =p


    tempat ni namanya AL-Jannah di kompleks Gudang Peluru, Jakarta...sebenarnya ni tempat untuk anak-anak yatim belajar agama,Quran camtu...buka dari jam 7 pagi sampai 9 malam..bayar pun hanya rp10k dan boleh berenang sepuas hati :)

    kolam ni takdelah besar sangat, tapi masa kami pergi hari orang kerja dan sekolah, jadi takde orang sangat pun kat situ...menurut senior, kalau pergi weekend, memang penuh sangat...tengok takde orang pun...jadi bolehla kami berenang sepuas hati kami...


    kat tempat ni ada orang buat jualan macam kerepek, air, bakso...bolehla makan kat situ..meja untuk makan pun ada...kiranya agak santai jugaklah :) tengah-tengah sejuk mandi tu bolehla makan bakso semangkuk..yummy..heeehe ^_^



    saya berenang serius, sampai kaki naik 'cramp'... berjam-jam dalam air, berenti jap makan roti pastu makan indomee bakso..main lagi sepuasnya sampai cramp..waduhh!!bukan apa, bukan senang nak selalu swimming, tempat ni agak jauh la dari kawasan saya pastu busy lagi macam susah nak datang...bila da dapat peluang cmni, apalagi!!heeehe =p


    inipun nak post sebab rindu nak swimming lagi..heeehe...btw, saya ada upload satu video kat youtube..pasal cinta remaja masa kini...dahla da sebenarnya video ni, tapi setiap kali tengok mesti tersentap..huuuhu, sekadar muhasabah diri agar tidak leka...jom layan!!heehe..

    Six easy ways to earn even after death...

    Assalamualaikum....


     i wanna share some easy ways to even earn after death.. i got this from my friend :)




    1) Give a copy of Qur'an to someone. Each time one reads from it, u gain.


    2) Donate a wheelchair to a hospital. Each time sick person uses it, u gain.


    3) Participate in building a Masjid.


    4) Place water cooler in a public place.


    5) Plant a tree. U gain whenever a person, animal sits in its shade or eats from it.






    6)And the easiest of all, Sharing this message with people.





    Even if 1 applies any of the above, u gain. ♥.. insyallah , let's try our best ^_^






    Friday, November 11, 2011

    capek!! i need rest -___-

    Assalamualaikum.....

    minggu ni memang minggu yang peling memenatkan setakat ini.orang cini panggil capek :p..oh, termasuk minggu lepas la sebab kerja banyak sangat sampaikan waktu tidur pun tak cukup pulak tu ada exam integrasi lagi..huihhuihhuih.....

    memandangkan hari ahad yang lepas kan hari raya korban, lepas tu dua report nak kena hantar hari Isnin tu...padahal nak pergi beraya lagi kan, rasa serba salah je (T_T) ..jadi terpaksalah korbankan waktu tidur untuk menyiapkan semua tu, memang penat...

    terus dengan perubahan jadual yang agak kelam kabut, perjumpaan itu ini dan exam pula tadi, rasa macam tak berapa nak sempat study, nak ambik ko...serius rasa blurr nak jawab tadi, dahla soalan banyak pulak tu kasus panjang-panjang...dan yang paling tak boleh blah aku kena warning sebab aku tanya kawan tentang waktu, sebab arahan yang diberi kurang jelas...hadehhh, die!die!die!!

    balik tadi terus tidor 3jam padahal kejap lagi nak pergi kem yang katanya "Our History' opps, aku baru bangun tidur ni makan kejap dan belum packing!!halamak!!!!penat -____-  frankly, i need rest!!

    kem ini mungkin bagi aku banyak ilmu, insyallah..okbai, jumpa lagi minggu depan..eh, gaya cam ada orang nak baca je..lol!!heehe, btw, aku dah keluar dari semua group blogger kat facebook...busy sangat, tak sempat nak layan semua..ok, doakan yang terbaik ya!

    Wednesday, November 9, 2011

    Fun with D1

    Assalamualaikum......

    yesterday, all the class has been cancelled, however we need to go to campus to submit our skill lab report...we waited for hours but she still didn't come -______-


    then, we gotta big plan!!!let's eat outside campus!! :D

     the girls!!!


     wink!!we're still waiting for the foods >__<


     me and josephine...wink!

    the girls went out to eat and the boys were still there, waited for our lecturer..hum!!then, she told us that she will be there because we need to submit our report and need to meet her for attendance and signature...


     amanda, meily, melisa, kevin and bio

     the guys...eh, someone is MIA..lol!


    then we took a lot of pics while waiting for her to come..but it's useless!!!we end up by laughing and keep talking..some of them played basketball as there are basketball court near the lecturer's room :)


    we decided to just put our report on her table and wrote a note...

     in the lift..eh, meily the happy-go-lucky girl! :)



    my groupmates..heeee


    oh, they are all indonesian and i'm happy to make friends with them...although i'm still learning on how to speak indonesian language fluently, they will always teach me...haaaha, sometimes the just laugh at me if i say something that could be considered funny for them..pathetic -___- heee...

    the most #takbolehblah  part for yesterday, when all of us just reached our home, one of my friend BBM us and said "the lecturer are here and asked us to meet her" wth??we waited there for hours already...some of us  already on their way to campus and finally she just simply said..i'm cheating!!lol!!!the truth is, our lecturer were not coming >__<

    p/s: i pass my TOEFL exam..yeay!!!no need to attend english class anymore :)




    Tuesday, November 8, 2011

    Sambutan hari raya Aidiladha di Jakarta

    Assalamualaikum....

    tahun ni merupakan tahun pertama sambut perayaan di perantauan, jauh dari keluarga dan hanya ditemani kawan-kawan untuk menghilangkan rindu pada keluarga. mulanya pepagi tu pergi solat sunat Aidiladha di masjid Nurul Hikmah dengan hanya berjalan kaki..kemudian, pergi tengok orang lakukan korban dan ke KEDUBES (Kedutaan Besar Malaysia) untuk merayakan di sana :D

    ini mungkin boleh dikatakan entry bergambar..jom, layan jelah..heehe (berdasarkan kronologi =p )

    solat sunat di masjid Nurul Hikmah ^_^

    kambing dan biri-biri bakal mangsa korban..heehe

    bersedia untuk menyembelih..Bismillahirrahmanirrahimm...

    melapah daging lembu...eh segan nak snap ni sebenarnya, keliling laki je, teruk betul aii ~_~

    kambing yang dah siap disembelih..

    kawan-kawan kambing yang lain juga...
    melapah kambing pula...


    lepas tengok orang korbankan lembu, kambing dan biri-biri kami ke KEDUBES untuk rasa suasana raya kat sana, ternyata ramai juga dekat sana dan masa kami sampai tu mereka masih lagi sedang bergotong-royong memasak bersama-sama (^__^)

    gotong-royong nak masak..

    kambing bakar...yummy, sedap nih!

    eh, gambar diri sendiri haruslah ada :P 

    mereka teman setia saya..wink  >_<

    dalam dewan kat KEDUBES :)

    macam-macam lauk ada...bakar, goreng, kari..



    kami lagii...masa ni dah siap makan, nak pulang

    tarra!! sempat kami tapau sup tulang sebab banyak lagi tak habis..huuhu...

    overall, best je sebenarnya beraya kat sini walaupun memang banyak perbezaannya dengan kat rumah..malam sebelum raya mesti sibuk kat dapur, main bunga api tapi kat sini sibuk dengan assignment dan kerja-kerja..oh, dua report kena hantar dahla isnin tak cuti...huuuhu, memang bersengkang matalah kitorang..takkan tak nak raya kot?? kerja-kerja jugak, raya-raya jugak...

    kalau kita kenang balik kenapa kita kena sambut raya aidiladha??kenapa kita perlu berkorban??hayatilah pengorbanan Nabi Ibrahin dan Nabi Iamail, sesungguhnya kita akan lebih mengetahui dan menghayati makna hari raya korban itu sendiri...Insyallah...

    saya teringat kata-kata seorang kakak yang comel, bila saya cerita yang banyak kerja minggu ni dahla minggu raya lepas tu dia cakap kita "kita akan dapat lebih kepuasan bila kita dapat buat banyak kerja dalam tingkat masa yang sama dengan orang yang hanya buat satu kerja" that's soo true!! contohnya, kita tak nak keluar rumah, nak duduk depan laptop ngadap assignment tapi orang lain semua keluar beraya, solat sunat, tegok orang berkoban dll..akhirnya bila orang lain pulang kita still tak siap jugak kerja dan mereka yang baru pulang tu dapat je nak siapkan dalam masa yang tak seberapa itu...kita hanya buat satu kerja sedangkan orang lain??rasa rugi tak (T_T), wallahua'lam..peringatan buat diri sendiri jugak~




    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...