nuffnang

Tuesday, November 15, 2011

Anugerah Blog & Blogger Paling Popular




Sebagaimana tajuk entry dan banner di atas ini tahulah kan ini adalah untuk contest Anugerah Blog & Blogger Paling Popular...kebetulan 'Tuan Tanah' Fixx Mikz datang jemput, jadi apa salahnya mencuba nasib kan..heeehe :) siap ada video promo lagi, menarik!!



 Di bawah ini pula adalah syarat-syarat pertandingan :-



Saya mula menulis dan mencoret pada blog ini pada Oktober 2009, jadi blog ini sudah wujud selama dua tahun lebih...Blog ini hanyalah blog biasa dan saya tidak pernah menyekat idea saya untuk menulis. saya menulis adalah berdasarkan pengalaman, idea dan pendapat saya sendiri.. saya sememangnya seorang yang suka memerhatikan dan kemudian saya akan kongsi dalam Jaa's Story..

ohh, Jaa itu sudah tentu nama saya dan Jaa's Story adalah cerita Jaa.. jadi dalam blog ini adalah cerita tentang saya, bukanlah semua cerita peribadi namun jika anda menjadi pembaca blog ini anda akan kenal siapa saya...saya biasanya menulis tentang pengalaman dan kehidupan saya sebagai seorang pelajar perubatan, lagu dan video yang menarik, tempat makan, fesyen dan kadangkala ada juga saya selitkan motivasi dan hal-hal berkaitan agama.. 

Blog ini hanyalah milik seorang pelajar biasa yang suka berkongsi pengalaman dan ideanya,  dia juga bukanlah blogger popular...satu lagi blog ini pernah memenangi pertandingan blog tercantik anjuran woot-woot  =D .. keputusan bagaimana pemilihan pemenang saya pun tak pasti...apa yang penting ukhuwah antara blogger kan..heeehe...apa tunggu lagi, jom join!!



Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...