nuffnang

    Showing posts with label agama kristian. Show all posts
    Showing posts with label agama kristian. Show all posts

    Saturday, November 26, 2011

    Adakah kita benar-benar melalui jalan yang lurus???

    Assalamualaikum....


    pada pagi yang indah ni saya hanya nak kongsi sedikit tentang surah Al-Kafirun, surah ke-109 dalam Al-Quran dan apakah kita memang benar-benar sudah melalui jalan yang lurus??


    semasa rombongan pembesar-pembesar Quraisy datang menemui Nabi SAW. menyatakan, "Hai Muhammad! Marilah engkau mengikuti agama kami dan kami mengikuti agamamu dan engkau bersama kami dalam semua masalah yang kami hadapi, engkau menyembah Tuhan kami setahun dan kami menyembah Tuhanmu setahun. Jika agama yang engkau bawa itu benar, maka kami berada bersamamu dan mendapat bagian darinya, dan jika ajaran yang ada pada kami itu benar, maka engkau telah bersekutu pula bersama-sama kami dan engkau akan mendapat bagian pula daripadanya". Beliau menjawab, "Aku berlindung kepada Allah dari mempersekutukan-Nya". Lalu turunlah surah Al Kafirun sebagai jawaban terhadap ajakan mereka. 





    subhanallah!! sungguh cantik susunan ayat-ayat, dan apabila dibaca dapat menggetarkan jiwa....sungguh ayat-ayat Allah disusun begitu indah dan rapi sehingga tiada sesiapapun yang boleh membuat ayat sedemikian rupa


    1. katakanlah (Muhammad) "wahai orang-orang kafir!
    2.aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah
    3.dan kamu bukan penyembah apa yang aku sembah
    4.dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah,
    5.dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah apa yang aku sembah.
    6. untukmu agamamu,  dan untukku agamaku


    ini menunjukkan bahawa memang tidak akan ada persamaan antara agama islam dan agama lain sebab kita mempunyai kepercayaan yang berbeza..jadi agama itu harulah bergerak lurus dan tidak boleh ada titik pertemuan antara kedua-dua garisan yang lurus tersebut. "light travel in a straight line" Nur : cahaya : light =D haruslah bergerak lurus..


    surah Al-Fatihah, 1:6-7---->tunjukkanlah kami jalan yang lurus, yaitu jalan orang-orang yang telah engkau beri nikmat kepadanya; bukan jalan mereka yang dimurkai, dan bukan pula jalan mereka yang sesat 

    Surah Al-Fatihah merupakan surah ummul-kitab dan dibaca setiap hari 5 kali sehari, kalaulah kita betul-betul menghayati apa yang kita baca, sungguh kita akan dapat merasakan ia betul-betul menusuk ke dalam jiwa..sebenarnya bukan 5 kali tapi lebih, sebab kita baca pada setiap rakaat paling kurang pun 17 kali sehari tidak termasuk kalau kita solat sunat dan sebagainya...



    adakah kita saja-saja baca "ya Allah, tunjukkanlah aku jalan yang lurus" tapi sebenarnya apa yang kita mahu??adakah pengucapan itu hanyalah lahir dari bibir sahaja, sekadar bacaan sebab dah memang kena baca, jadi bacalah....sebab itulah kita mesti belajar bahasa Arab, sekurang-kurangnya dapatlah kita menghayati apa yang kita baca dan membuatkan solat kita lebih khusyuk..


    kenapa kita ego sangat??kita minta dan pohon supaya ditunjukkan jalan yang lurus, jalan yang  benar supaya tidak sesat...tapi bila Allah dah beri petunjuk jalan kebenaran kita masih lagi tidak mahu ikut jalan yang benar, masih lagi nak ikut jalan hitam, bersimpang siur yang penuh dengan hiburan dan kenikmatan dunia semata-mata..mengapa???



    Allah dan beri petunjuk dan cara hidup islam yang betul dari sekecil-kecil benda hinggalah perkara besar hari kiamat,syurga pahala semua Allah sudah bagi pada kita, semuanya terkandung dalam Al-Quran...tapi adakah kita betapa sombongnya kita pada Allah, astaghfirullahal'azim...


    secara analoginya, kita bertanyakan seseorang jalan yang betul menuju ke sesuatu tempat, apabila orang tersebut telah bersusah payah memberi petunjuk jalan yang betul dari simpang hinggalah arah yang betul tapi akhirnya kita tidak mahu mengikut jalan yang telah diberitahu...kita mahuu cari jalan sendiri yang lain, apakah perasaan orang yang telah memberi penerangan tadi???gembirakah dia??tepuk dada tanya iman =D


    Alhamdulillah, kita sepatutnya bersyukur sebab dilahirkan, dibesarkan dan diberi pendedahan serta pendidikan dalam islam...seandainya kita bukan di sini, bukan lahir dalam islam adakah kita akan mencari cahaya kebenaran islam??adakah kita akan berusaha mencari cara hidup yang benar, mengetahui siapakah pencipta kita makhluk sekalian alam..saya tertarik nak kongsi video ni, tentang seorang gadis kristian yang sangat tertarik pada agama lalu memeluk islam sebab dia percaya bahawa agama islam adalah agama yang paling benar..jom tengok!




    bila baca kisah-kisah mereka yang memeluk islam saya rasa mereka begitu hebat!! dan saya mungkin tidak mampu jadi seperti mereka, seandainya saya berada di tempat mereka..dibesarkan dalam keluarga yang bukan islam, gaya hidup berbeza...kemudian akan merasa agak tersisih dari keluarga dan kawan-kawan...tapi sebenarnya, insyallah Allah menjanjikan sesuatu yang lebih indah di sana, bukanlah keindahan dan kenikmatan   di dunia sementara ini...apabila kita merasa kesepian, cuba baca Quran, solat dan bercakap dengan kawan-kawan...saya pasti ia akan berhasil sebab saya pun pernah merasa benda yang sama, bila kita jauh dari Allah hati kita akan rasa kosong dan gundah gulana, orang Indonesia bilang 'galau' =D

    saya tertarik dengan lirik lagu jalan lurus dari Gita Gutawa ni :)

    jalan lurus sepuluh yang mesti ditempuh 
    yang pertama bahwa Allah maha esa 
    yang kedua Muhammad rasul kita 
    yang ketiga cinta ibu cinta ayah kita 
    yang keempat cinta guru-guru kita 


    yang kelima cinta tanah air kita 
    diri kita memancarkan cahya cinta 
    semoga Allah membimbing kita semua 
    jalan lurus sepuluh yang mesti ditempuh 
    yang keenam shalat mari ditegakkan 

    yang ketujuh Quran baca diartikan 
    yang delapan sedekah jangan terbawa 
    yang sembilan puasa penuh keikhlasan 
    yang sepuluh senyum sopan senantiasa 
    keramahan perilaku diri kita 
    semoga Allah membimbing kita semua




    insyallah kalau kita mengikut 10 jalan lurus ini hidup kita tidak akan sia-sia sebab apa yang kita buat di dunia ini adalah bekalan untuk kita di akhirat kelak, yang akan kekal selama-lamanya..semoga usaha dan amalan kita diberkati dan diterima disisi-Nya (^_^)


    p/s:tekan je butang 'like' FB atau tweet untuk share dengan orang lain juga, selamat beramal!


    Thursday, October 6, 2011

    subhanallah...alangkah indahnya jika dia seorang muslim

    Assalamualaikum...

    Alhamdulillah hari ni genap sebulan aku di bumi Jakarta, bumi yang akan mengajar aku erti kehidupan yang sebenar, akan mendewasakanku dan bakal menjadi saksi perjalanan hidup aku selama 5 tahun di sini (insyallah)...pejam celik pejam  celik je kan, tapi dah banyak perkara yang aku belajar di sini termasuk dari segi  pemerhatian dan pelaksanaan :D

    semalam macam biasa aku ke kelas, ohh memang kat sini majoriti kawan-kawan aku adalah beragama kristian...tetiba dia panggil aku "siti tolong aku baca surat dong!!" aku ingat surat apelah yang dia nak suruh aku baca..tetiba dia keluarkan AL-Quran dari beg dia, AL-Quran yang beserta tafsir...aku pelik la cemana dia boleh bawak pula kan..

    Rupa-rupanya dia mendapat satu sms tentang perbandingan agama dan mahu baca sendiri dalam Quran, dia suruh kawan kitorang yang muslim bawakan, mungkin dia tak berpuas hati kot..nak baca sendiri..terus dia suruh aku carik surah AL-Imran ayat 3- 4 yang bermaksud :-

    " dia menurunkan kitab (AL-Quran) kepadamu (Muhammad) yang mengandungi kebenaran, membenarkan (kitab-kitab) sebelumnya, dan menurunkan Taurat dan Injil, sebelumnya, sebagai petunjuk bagi manusia, dan dia menurunkan AL-Furqan. sungguh orang-orang yang ingkar terhadap ayat-ayat Allah akan memperoleh azab yang berat. Allah maha perkasa lagi memberi hukuman"

    sungguh bersungguh-sungguh dia berusaha untuk mengkaji, menilai dan mengetahui isi kandungan dalam AL-Quran..aku sendiri belum begitu menghayati isi kandungan Quran itu sendiri, "subhanallah...alangkah bagusnya kalau dia seorang muslim" kata seorang rakanku yang kebetulan ada di situ...dia memberitahu aku dia mahu mengkaji bagaimana perpecahan agama boleh berlaku dan mengapa adanya beberapa kitab..

    aku mungkin masih jahil, tidak begitu yakin untuk memberikan jawapan...kalau aku katakan AL-Quran adalah wahyu Allah yang suci, sempurna mungkin ia akan mengguris perasaan dan menggugat persahabatan kami kan...tidak mungkin pula aku katakan perkara yang tidak elok pada kitab suci mereka...dia nampaknya begitu teruja bila mengetahui dalam AL-Quran ada ayat yang menunjukkan kitab-kitab terdahulu sebelum AL-Quran...

    namun kami tidak sempat berbual lagi lama, perlu masuk kuliah...aku harap agar dia mendapat hidayah dan menemukan cahaya islam dalam dirinya, walaupun dia merupakan penganut kristian yang agak kuat siapa tahu kan..mungkin dia masih tercari-cari nur dalam agama itu sendiri...aku tahu masih banyak benda yang perlu aku pelajari dan fahami, bukan sekadar hanya membaca AL-Quran sebegitu sahaja, membaca tafsir dan memahaminya merupakan perkara yang cukup indah :)



    insyallah, aku berharap aku dapat berubah menjadi seorang muslimah sejati..mungkin perubahan itu memakan masa, aku tahu aku memang banyak kejahilan di masa lampau namun aku tahu aku masih ada waktu untuk berubah...mendekatkan diri dan bersahabat dengan orang yang baik akan membawa kita menjadi seorang yang baik,insyallah (^_^)


    p/s: jangan terlalu mudah menilai seseorang


    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...