nuffnang

    Showing posts with label hari raya 2011. Show all posts
    Showing posts with label hari raya 2011. Show all posts

    Tuesday, November 8, 2011

    Sambutan hari raya Aidiladha di Jakarta

    Assalamualaikum....

    tahun ni merupakan tahun pertama sambut perayaan di perantauan, jauh dari keluarga dan hanya ditemani kawan-kawan untuk menghilangkan rindu pada keluarga. mulanya pepagi tu pergi solat sunat Aidiladha di masjid Nurul Hikmah dengan hanya berjalan kaki..kemudian, pergi tengok orang lakukan korban dan ke KEDUBES (Kedutaan Besar Malaysia) untuk merayakan di sana :D

    ini mungkin boleh dikatakan entry bergambar..jom, layan jelah..heehe (berdasarkan kronologi =p )

    solat sunat di masjid Nurul Hikmah ^_^

    kambing dan biri-biri bakal mangsa korban..heehe

    bersedia untuk menyembelih..Bismillahirrahmanirrahimm...

    melapah daging lembu...eh segan nak snap ni sebenarnya, keliling laki je, teruk betul aii ~_~

    kambing yang dah siap disembelih..

    kawan-kawan kambing yang lain juga...
    melapah kambing pula...


    lepas tengok orang korbankan lembu, kambing dan biri-biri kami ke KEDUBES untuk rasa suasana raya kat sana, ternyata ramai juga dekat sana dan masa kami sampai tu mereka masih lagi sedang bergotong-royong memasak bersama-sama (^__^)

    gotong-royong nak masak..

    kambing bakar...yummy, sedap nih!

    eh, gambar diri sendiri haruslah ada :P 

    mereka teman setia saya..wink  >_<

    dalam dewan kat KEDUBES :)

    macam-macam lauk ada...bakar, goreng, kari..



    kami lagii...masa ni dah siap makan, nak pulang

    tarra!! sempat kami tapau sup tulang sebab banyak lagi tak habis..huuhu...

    overall, best je sebenarnya beraya kat sini walaupun memang banyak perbezaannya dengan kat rumah..malam sebelum raya mesti sibuk kat dapur, main bunga api tapi kat sini sibuk dengan assignment dan kerja-kerja..oh, dua report kena hantar dahla isnin tak cuti...huuuhu, memang bersengkang matalah kitorang..takkan tak nak raya kot?? kerja-kerja jugak, raya-raya jugak...

    kalau kita kenang balik kenapa kita kena sambut raya aidiladha??kenapa kita perlu berkorban??hayatilah pengorbanan Nabi Ibrahin dan Nabi Iamail, sesungguhnya kita akan lebih mengetahui dan menghayati makna hari raya korban itu sendiri...Insyallah...

    saya teringat kata-kata seorang kakak yang comel, bila saya cerita yang banyak kerja minggu ni dahla minggu raya lepas tu dia cakap kita "kita akan dapat lebih kepuasan bila kita dapat buat banyak kerja dalam tingkat masa yang sama dengan orang yang hanya buat satu kerja" that's soo true!! contohnya, kita tak nak keluar rumah, nak duduk depan laptop ngadap assignment tapi orang lain semua keluar beraya, solat sunat, tegok orang berkoban dll..akhirnya bila orang lain pulang kita still tak siap jugak kerja dan mereka yang baru pulang tu dapat je nak siapkan dalam masa yang tak seberapa itu...kita hanya buat satu kerja sedangkan orang lain??rasa rugi tak (T_T), wallahua'lam..peringatan buat diri sendiri jugak~




    Sunday, September 4, 2011

    menghitung hari-hari terakhir.. selamat hari raya!!

    Assalamualaikum dan salam sejahtera...


    hari ini sudah masuk 6syawal, maksudnya sudah 6 hari kita menyambut hari raya aidilfitri dan juga selamat menyambut bulan kemerdekaan!!Alhamdulillah kita masih lagi diberi kesempatan oleh-Nya untuk menyambut hari raya pada tahun ini, apakah mita masih sempat beraya pada tahun hadapan??wallahua'lam..

    sudah lama tidak berblogging, memang terlalu sibuk dengan raya dan juga persiapan untuk melanjutkan pelajaran di bumi asing...masakan tidak, nak kena buat medical check-up yang sangat menyakitkan hati tu..bukan apa, masalahnya bila benda senang orang lain yang buat susah...nanti kena buat satu entry pasal medical check-up yang menyakitkan hati tu...tunggu jelaa..

    nasib jugak pegi lepas raya, bolehla beraya dulu..teringat pulak kata-kata roomate aku kat intec..if lepas nak fly harap-harap la lepas raya sebab nak kutip duit raya dulu..hahahha..memang best kan..aku rasa inilah raya yang paling banyak dapat duit...kiranya sedekah la dari kaum keluarga..kalau sorang bagi sekeping dua..ramai-ramai agak banyak jugaklah...

    ni tengah packing barang-barang takut ada yang tertinggal..yelah bukannya dekat nak hantar kalau ada barang tertinggal kan..kalau setakat baju-baju tu tak kisahlah, yang kisahnya kalau tertinggal dokumen penting, memang kena simpan awal-awal...bawak 3 beg je, 1 beg bagasi luggage, 1 beg backpack dan satu lagi laptop bag...harap-harap la muat kalau tak muat pun bawak jelah setakat muat, yang tak muat tu boleh carik kat sana je..hehe..

    jom tengok gambar raya sekeping dua..hehe..

    with my sis and cousins

    cepat betol abah salin pakai baju tshirt...


    dengan family yang ada..yang lain ada pulang beraya kat rumah mertua dll..

    dengan dua orang cousin


    nah gambar straight dari kamera, xde edit pun..hehe..tak sempatlah nak update, nak edit gambar dan nak macam-macam lagi..nanti aku akan update cerita pasal UKRIDA dan new environment at Jakarta kayh!!selamat berhari raya :D



    P/S : Jom sama-sama kita berpuasa 6 hari di bulan syawal...



    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...