nuffnang

    Showing posts with label motivasi. Show all posts
    Showing posts with label motivasi. Show all posts

    Saturday, January 17, 2015

    erti hidup pada memberi

    Bismillahirrahmanirrahim.

    Sebelum saya tulis dengan lebih lanjut, saya nak share one of resolution saya untuk tahun 2015 yaitu banyakkan memberi...when you give, u get more..bila kita memberi insya Allah kebaikan tu akan datang pada kita balik, bahkan berlipat kali ganda Allah beri.

    Kalau kita tolong orang susah dan memerlukan, jangan rasa pertolongan kita tu merugikan diri kita, dan hanya menguntungkan pihak lain. Sebenarnya kita sebenarnya memberi kebaikan buat diri kita. Pahala amal itu akan tercatat dalam lembaran buku amal kita dan siapa tahu amal itu boleh membawa kita ke syurga, kan :D

    Saya suka dengan kata-kata

     "erti hidup pada memberi"

    Maksudnya bila kita tidak memberi, bererti  hidup kita tak bererti kan?kalau difikirkan memang betul, hidup bukan untuk diri sendiri tapi sebab segalanya yang kita ada hari ini bukanlah milik kita, tapi pinjaman dari Dia yang mana ESA. Susah, ya memang susah tapi  insya Allah sama sama kita berusaha.

    Lalu ada yang bertanya, nak beri apa? Apa yang kita patut lakukan?saya tidak punya apa apa untuk dineri, terus bagaimana? =="

    sebenarnya banyak perkara dalam dunia ni yang kita boleh buat tak semestinya benda tu perlu besar, hanya dengan benda kecil seperti senyuman pun boleh membuatkan orang yang melihat kita turut sama rasa bahagia. Dapat pahala sedekah senyum lagi, tak gitu?


    Saya dulu selalu tulis, bila dah stop tulis ada yang bertanya kenapa dah tak tulis dan ada yang cakap supaya teruskan menulis, mana tahu ada tulisan tulisan saya yang boleh membantu orang diluar sana.

    Mungkin saya tulis tentang pengalaman biasa, tapi bila mana ada yang membaca dan terkesan serta boleh dijadikan iktibar Dalam hidup, boleh menyentuh mana mana hati di luar sana, siapa tahu kan? :)


    Saya rasa saya tak mampulah. Sadalamkan hebat macam orang lain, saya tak banyak ilmu macam orang lain, saya takut apa yang saya cakap nanti salah dan macam macam lagi benda benda negative keluar dari mulut kita. Semua benda kita rasa  tak boleh dan tak mampu.


    U will never know if you never try

    Bila mana saya membaca, atau saya terkesan, ada ada hal yang menyentuh hati saya atau saya ada terfikirkan sesuatu saya akan cuba kongsi dan tulis. Insya Allah..

    Salah satu sebab saya beli tablet ni sebab saya nak tulis langsung dalam blog bila mana saya rasa nak menulis, di mana sahaja, kapan sana,,,sekarang ni saya dalam bus menuju ke jatinangor ada daurah
     di sana..Hehee..nak jugak tulis :p


    Usrah minggu lalu murabbi ada bertanya, kita nak meninggal dalam keadaan bagaimana? Apa status dan keadaan kita masa tu dan kami diberi masa seminit untuk berfikir.


    Jawapan saya ialah benda yang saya cakapkan diatas. Kalau boleh sepanjang hidup saya saya nak banyak2 berbakti pada orang, memberi pada orang dan berbuat amal bakti untuk diri dan orang lain  sebanyaknya agar semua itu bakal menjadi saham saya bila saya meninggal kelak.

    Ilmu yang bermanfaat, amal jariah akan dapat pahala yang berterusan walaupun time tu kita dah meninggal...itulah harapan dan cita cita saya, kalau boleh saya nak bina masjid atau tempat belajar supaya tempat tu boleh digunakan sebaiknya dan pahala amal akan sentiasa mengalir pada diri ini yang amal pun sentiasa compang camping.


    Kalau boleh saya nak membina manusia..manusia yang faham Islam dan boleh menjadi manusia yang membina orang lain juga. Menjadi salah satu puzzle atau batu bata yang membina semula bangunan Islam insya Allah..Islam itu pasti akan menang pada akhirnya dan semoga kita adalah salah seorang penyumbang, bukan sekadar pemerhati dan berborak kosong sahaja...

    Semoga Allah sentiasa menuntun kita berada di jalanNya yang benar.tadi saya ada up satu status di muka buku.

    "Tidak cukupkah syurga sebagai motivasi"

    Iya cukup.
    Malah lebih dari cukup.
    Inginku ke syurgaMu ya Allah.
    Bertemu rasulullah para sahabat, orang mukmin.
    Yang lebih utama pasti berjumpa Allah s.w.t :D


    Terus bagaimana?

    Berbuatlah, beramalah.
    Kerana kita tidak selamanya di dunia,

    Biiznillah ^_^

    Saturday, November 8, 2014

    jiwa kental

    Bismillahirrahmanirrahim.

    Assalamualaikum wbt.

    Alhamdulillah ala kulli hal.

    It has been a tough week for me.
    There's a lot of thing to be settled down.
    And yeah! I dunno why but I had to face this.

    :( :'(

    Semester 7 sekarang.
    Blok 29 sekarang, jadi tinggallah sisa 1 blok lagi sebelum habis, blok 30.
    4 tahun sudah di Jakarta. Banyak benda yang aku lalui.
    Sumpah terlalu banyak sampaikan aku tak mampu nak luahkan.

    Peperangan dengan diri, dengan sahabat, dengan study dan dnt.
    Yeah that's my life in Jakarta.

    Belajar cara nak handle program.
    Belajar cara kawal emosi.
    Belajar untuk berdikari.
    Belajar uruskan masa.
    Belajar uruskan duit.

    Memang banyak benda yang aku belajar.
    Sungguh kota hamka ini ada seribu satu kenangan.
    Lagi dua tahun nak balik for good.
    Tak tahu nak kata cepat ke lambat.

    Tapi untuk aku sendiri aku berharap semua ini akan berlalu dengan pantas.
    Nak cepat2 koass, nak cepat2 balik malaysia.
    Nak cepat2 berbakti dekat ma, Abah, masyarakat.

    Allahu.
    Tak tahulah ready ke tidak.
    Tapi aku kena jugak ready.

    Tetiba teringat sharing dari Kak Aisyah, founder muharikah.com.
    Katanya study medic betul2, be a good doctor!
    Sebab doctor itu profesi dan tak boleh pisahkan dengan DnT.
    Banyak kali orang akan datang share tentang dnt.
    Tapi kali ni ada kelainan, bercakap tentang dunia medik.
    Yeah!! Let's struggle! Be a good Muslim doctor one fine day! ^^

    Semester 7 ni kena jadi ketua pbl.
    Kena jadi Ketua batch.
    Satu benda yang beratla.
    Aku tulis kena sebab aku tak berapa suka.
    Kenapa? Wallahua'alam.
    Tak perlulah diceritakan :(


    Cuma sekarang ni aku kena kuatkan hati,
    Cekalkan diri, kuat.

    Tapi aku xnak jadi macam lembu kena tarik.
    Kalau terlalu lembut kepala aku dipijak-pijak.

    Kalau aku marah2, kasar emosi,
    Itu lagilah teruk, xmenunjukkan qudwah hasanah.
    Akhlaqul muslimah yang sepatutnya berlembut.
    Aku buat salah sikit, semua nampak.
    Kelompok aku dipersalahkan.
    Sungguh tidak logik di situ!!!


    Kalau nak ikutkan perangai aku yang dulu,
    Berang naik angin marah2 boleh je.
    Boleh je aku nak balas ayat sentap.
    Tapi aku tak nak jadi tunjukkan akhlak buruk tu.
    Orang provoke kita balas balik..hmmm..


    Aku tolong buat macam2 takde orang nak appreciate.
    Bukan berharap apa sangat, xnak ucap terima kasih pun takpela.
    At least berikanlah kerjasama.
    Itu je aku minta.
    Kerjasama.


    Tetiba terfikir, baru handle Kelompok kecil pun dah rasa macam ni,
    Apelah agaknya rasa PM kita yang setiap hari kena macam2 tu.huhuu..


    Aku ada mission.
    Cuba sebaiknya kawal diri.
    Diam selagi gak perlu bersuara.
    Tak perlu nak balas2 emosi.

    Insya Allah.
    Kita ada cara nak selesaikan.
    Allah pun cakap, mohonlah pertolongan dengan sabar dan solar.

    Dua je kunci:
    Sabar, solat.

    Sabar layan karenah manusia yang bermacam ragam.
    Sabar, kuat dan tak mudah melatah.

    Kemudian solat,
    Mohonlah pada Allah agar diberi kekuatan.
    Semoga Allah tunjukkan jalan.

    Insya Allah.
    Pegang ke dengan apa yang Allah cakap.
    Semoga semuanya baik2 saja.

    Allah menguji kita sebab Dia sayangkan kita, dan nak tinggikan derajat kita.
    Maka kita sepatutnya rasa beruntungkan?

    Heee..that's how we think.
    Tetap positive dan semangat!!!


    Strong girl never give up.

    Dan jiwa kental kena ada untuk jadi mujahidah.
    Nak kejar cinta Allah dan syurga!

    Ohyeahh.
    Jom sama-samalah kita :D




    Monday, September 24, 2012

    refleks diri sejenak

    hari ini rasa jiwa tidak tenang, nak marah orang, stress, tertekan?
    duduk sejenak, tenangkan diri....berfikir....refleks diri....


    hari ni dah baca quran ke belum?
    solat sepanjang hari adakah di penghujung waktu?
    solat tidak khusyuk?
    banyak mengata orang sana sini?


    mungkin itulah penyebabnya.....
    penyebab tompokan  titik hitam yang kecil...
    yang kalau bertumpuk akan jadi tompokan besar...
    kena cuci...berus biar hilang tompok...


    cas iman, tingkatkan kerajinan...
    wallahu'alam

    Thursday, September 13, 2012

    Sesi refleksi diri

    Assalamualaikum.........


    sebagai manusia biasa, saya pun tak pernah lepas dari membuat kesilapan...saya hanyalah insan yang lemah yang hanya berpijak di bumi pinjaman Allah s.w.t yang cukup indah ini...subhanallah...saya diberikan nikmat rezeki yang melimpah ruah tak pernah putus putus mendapat nikmat dari-Nya, tak pernah pun terpaksa berlapar mengikat perut dan tak cukup makan pakai...terasa sangat beruntung kalau nak dibandingkan dengan saudara saudara seIslam yang terpaksa menderita menahan kesakitan dan kelaparan (T_T)



    tetapi diri ini masih belum bersyukur..astaghfirullahala'zim....nafsu syaitan selalu membelenggu diri, sudah ada keperluan yang mencukupi namun masih ingin melayan kehendak yang tak perlu pun...perasaan geram dan marah memang sinonim kalau tidak dapat buat sesuatu yang diinginkan...menghamburkan kata-kata yang kurang menyenangkan dikala merasa diri tertindas, dimarah atau melakukan kesilapan yang memang tidak patut dibuat...bukankah itu semua ujian Allah?Allah ingin melihat tahap mana kesabaran dan keimana hamba-hambanya...tidakkah kamu ingin berada dalam kalangan orang-orang yang beriman? *kesat air mata*


    "Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." (Al-Baqarah : 153)


    pagi ini bangun pagi, sangat pagi pukul 3 pagi...hati rasa resah gelisah dan bersalah....kenapa aku pergi meluahkan kekusutan hati aku kepada manusia?manusia biasa yang mungkin seperti aku juga, punya perasaan marah, sakit hati, geram dan sebagainya...kenapa tidak luahkan kepada yang Maha Esa, yang maha berkuasa, yang maha pengasih dan penyayang???kenapa?sungguh keluar dari landasan :(


    segera aku bangun dan bangkit, berwuduk dan bersujud kepada-Nya...luahkan segalanya, memohon keampunan di atas dosa-dosa yang lalu...Ya Allah....aku dapat rasakan betapa lemahnya diri ini, seorang hamba yang hidup di atas muka bumi ini dengan semua benda pinjamanMu...seorang insan yang kerdil memohon kepada Allah yang maha agung...aku dapat rasakan tenangnya hati ni, nikmatnya hidup ini...sungguh! nikmatMu terlalu banyak dan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata....ibtila' yang sedikit itu hanyalah asam garam kehidupan :)


    mari berzikir dan menjadi hamba! zikir terapi diri oleh Hafiz Hamidun :)





    rancang apa yang hendak dilakukan pada hari ni, mulakan harimu dengan niat yang betul...insyaAllah perjalanan hari ini akan lebih lancar dan diredhai-Nya ^_^



    Monday, July 16, 2012

    Kisah Ghulam: The Boy and Tke King



    Assalamualaikum........

    Saya nak kongsi kisah benar yang banyak memberi pengajaran kepada kita iaitu kisah seorang budak belajar ilmu sihir dan raja...baca cerita di bawah ni dulu yee :D

    (Cerita ini diceritakan semula secara bebas daripada versi panjang yang terdapat dalam buku Tafsir Al-Azhar, Juzu’ 30, halaman 84 – 94.)


    Pada zaman dahulu, ada seorang ahli sihir. Dia sudah tua. Dia bermohon kepada Raja untuk menurunkan ilmunya. Raja menunaikan permintaannya. Baginda memilih seorang remaja yang bernama Ghulam untuk berguru dengan ahli sihir.



    Ada seorang pendeta. Rumahnya terletak di antara rumah Ghulam dengan rumah ahli sihir. Setiap pagi Ghulam berguru dahulu dengan pendeta. Selepas itu barulah dia mempelajari ilmu sihir.





    Menurut sumber yang saya dapat, pendeta/ rahib itu berada di dalam gua...abaikan lukisan saya yang tak berapa nak betul tu sebab cuma nak menunjukkan kedudukan istana tempat ghulam belajar sihir, tempat tinggal pendeta dan rumah si ghulam sendiri...


    setiap hari sebelum pergi belajar sihir, dia akan singgah untuk belajar dengan rahib dan apabila pulang dari belajar sihir, dia akan singgah untuk belajar lagi dengan rahib sebelum pulang ke rumah. Jadi dia selalu pulang lambat ke rumah dan ke tempat belajar sihir..

    Oleh sebab dia lambat, ahli sihir memarahi dan memukulnya. Waktu pulang, dia lewat tiba di rumahnya. Ibu bapanya pula memarahi dan memukulnya.








    Pendeta memahami masalah Ghulam. Jadi, dia mengajar Gulam berhelah. “Apabila tukang sihir bertanya sebab engkau lambat, katakanlah kamu terlambat bertolak dari rumah. Jikalau engkau lambat sampai di rumah, katakan pula tukang sihir menahanmu.”



    Ghulam terus berguru dengan pendeta dan dengan ahli sihir.



    Pada suatu hari, seekor binatang buas menghalang perjalanan. Semua orang ketakutan. Ghulam memberanikan diri. Dia mengambil seketul batu dan berseru, “Ya Allah, kalau ajaran pendeta itu benar, bunuhlah binatang ini!”



    Dia melemparkan batu kepada binatang itu. Binatang itu mati. Dia dan orang ramai menggunakan jalan itu semula.



    Ghulam menceritakan peristiwa itu kepada pendeta. Pendeta berkata, “Wahai anakku, sekarang kamu mencapai darjat yang lebih tinggi daripadaku! Kamu akan menghadapi pelbagai dugaan. Apabila dugaan itu tiba, janganlah kauberitahu bahawa kamu mengenaliku.”





    Ghulam semakin besar dan terkenal. Dia berjaya mengubati penyakit kusta dan penyakit-penyakit lain. Apabila mendengar kebolehannya, seorang pembesar yang buta bertemu dengannya lalu berkata, “Sembuhkanlah butaku! Hadiah ini untukmu.”



    Ghulam menjawab, “Saya tidak berkuasa menyembuhkan sebarang penyakit. Yang boleh menyembuhkan sesuatu penyakit hanya Allah. Jikalau tuan beriman kepada Allah, saya akan berdoa kepada-Nya. Saya akan memohon agar Allah menyembuhkan penyakit tuan.”



    Pembesar buta itu pun beriman. Ghulam berdoa. Akhirnya mata pembesar itu sembuh.

    Setelah matanya sembuh, pembesar itu menemui raja. Baginda tercengang lalu bertanya, “Siapakah yang menyembuhkan mata engkau?”



    Pembesar itu menjawab, “Tuhan patik.”



    Raja berasa hairan dan bertanya “Betakah yang engkau maksudkan?”



    Pembesar itu menjawab, “Bukan. Tuhan patik dan Tuhan tuanku ialah Allah!”



    Raja membentak, “Wah, engkau mengakui ada Tuhan selain beta! Siapakah yang mengajar kamu?”



    Pembesar itu enggan memberitahu orang yang menyebabkannya beriman. Jadi, dia ditangkap dan diseksa. Oleh sebab dia tidak mampu menanggung derita, akhirnya dia memberitahu Raja bahawa orang yang mengajarnya mengesakan Tuhan ialah Ghulam.



    Orang-orang Raja menangkap Ghulam. Raja menyoalnya, “Benarkah kamu dapat mencelikkan orang buta?”



    Ghulam menjawab, “Tidak benar, tuanku. Patik tidak dapat menyembuhkan sesiapa. Yang menyembuhkan mereka hanyalah Allah Yang Maha Kuasa.”



    Raja bertanya lagi, “Betakah yang engkau maksudkan?”



    Ghulam menjawab dengan yakin, “Bukan tuanku, tetapi Allah!”



    Raja bertanya lagi, “Engkau mengakui ada Tuhan selain beta?”



    Ghulam menjawab dengan tegas, “Tuhan patik dan Tuhan tuanku ialah Allah!”



    Orang-orang raja menyeksa Ghulam. Oleh sebab dia tidak tahan menanggung derita, dia memberitahu nama gurunya.



    Pendeta pun ditangkap. Pendeta pula diseksa dan dipaksa meninggalkan agamanya. Namun pendeta tetap mempertahankan imannya. Raja memerintahkan orang membunuh pendeta. Akhirnya, matilah pendeta demi mempertahankan imannya.



    Seterusnya, Raja memaksa Ghulam meninggalkan agamanya. Oleh sebab Ghulam berkeras, Raja memerintahkan orang membawanya naik ke puncak gunung.



    Raja berkata, “Apabila sampai di puncak, paksa dia kembali kepada agama kita. Jikalau dia berdegil, lemparkan dia ke bawah!”



    Ghulam dibawa ke puncak gunung. Apabila tiba di sana, dia berdoa, “Ya Allah, peliharalah aku daripada mereka dengan kekuasaan-Mu!”



    Tiba-tiba gunung itu bergoncang. Orang-orang Raja berjatuhan bagai batu. Ghulam selamat dan kembali menghadap Raja.



    Raja menyoal Ghulam, “Di mana orang-orang yang menghantar engkau ke gunung?”



    Ghulam menjawab, “Tuhan memelihara patik dan memusnahkan mereka.”



    Raja memerintahkan orang menghantar Ghulam ke tengah laut pula.



    Raja memberikan perintah, “Apabila sampai di sana, paksa dia kembali kepada agama kita. Jikalau dia enggan, benamkan dia ke laut!”



    Sebaik-baik tiba di tengah laut, sekali lagi Ghulam menadah tangannya ke langit dan berdoa. Maka turunlah ribut. Orang-orang Raja tenggelam bersama-sama sampan mereka. Dia sendiri selamat berenang ke tepi.



    Dia kembali menghadap Raja. Dia memberitahu Raja bahawa Tuhan Yang Maha Esa menyelamatkan dirinya. Orang-orang baginda semuanya tenggelam.



    Akhirnya Ghulam berkata, “Tuanku hanya dapat membunuh patik dengan satu cara sahaja.”



    Kata Raja, “Nyatakanlah cara itu.”.



    Ghulam memberikan penjelasan, “Suruh manusia berkumpul di satu tempat. Letakkan patik pada palang kayu. Ambil anak panah patik dan bidik diri patik. Bacalah kalimah ‘Dengan nama Allah, Tuhan Ghulam’dengan suara yang lantang. Lepaskanlah anak panah itu. Dengan cara itu sahaja Tuanku dapat membunuh patik.”



    Raja melaksanakan panduan Ghulam. Dengan mengucapkan, “Dengan nama Allah, Tuhan Ghulam,” baginda melepaskan anak panah.








    Anak panah mengenai pelipis Ghulam. Dia pun mati.



    Tiba-tiba berhamburanlah kalimah “Kami beriman kepada Allah, Tuhan Ghulam!” daripada mulut orang ramai. Suara mereka gegak-gempita.



    Seorang pembesar berkata, “Perkara yang tuanku takuti selama ini sudah terjadi. Ghulam mati tetapi rakyat menganut ajarannya!”



    Raja sangat murka. Baginda memerintahkan orang menggali parit, menghimpun kayu dalam parit itu dan menyalakan api. Apabila api marak, baginda berkata, “Sesiapa yang percaya kepada Tuhan Ghulam akan dibakar hidup-hidup!”



    Orang ramai yang sudah beriman kepada Allah tidak berundur. Mereka rela dihumban ke dalam parit api demi mempertahankan keimanan mereka.


    Antara mereka ada seorang ibu. Dia mendukung bayinya. Ketika ditolak ke pinggir parit api, dia berasa takut. Tiba-tiba bayinya berkata, “Teguhkan hatimu, ibuku. Kita dalam agama yang benar!”

    Allah ada menceritakan kisah ini di dalam Al-Quran :



    وَالسَّمَاءِ ذَاتِ الْبُرُوجِ. وَالْيَوْمِ الْمَوْعُودِ. وَشَاهِدٍ وَمَشْهُودٍ. قُتِلَ أَصْحَابُ اْلأُخْدُودِ. النَّارِ ذَاتِ الْوَقُودِ. إِذْ هُمْ عَلَيْهَا قُعُودٌ. وَهُمْ عَلَى مَا يَفْعَلُونَ بِالْمُؤْمِنِينَ شُهُودٌ. وَمَا نَقَمُوا مِنْهُمْ إِلاَّ أَنْ يُؤْمِنُوا بِاللهِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ. الَّذِي لَهُ مُلْكُ السَّمَوَاتِ وَاْلأَرْضِ وَاللهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ. إِنَّ الَّذِينَ فَتَنُوا الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ الْحَرِيقِ


    Demi langit yang mempunyai gugusan bintang, dan hari yang dijanjikan, dan yang menyaksikan dan yang disaksikan. Binasa dan terlaknatlah orang-orang yang membuat parit. Yang berapi (dinyalakan dengan) kayu bakar, ketika mereka duduk di sekitarnya, sedang mereka menyaksikan apa yang mereka perbuat terhadap orang-orang yang beriman. Dan mereka tidak menyiksa orang-orang mukmin itu melainkan karena orang-orang mukmin itu beriman kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji, Yang mempunyai kerajaan langit dan bumi dan Allah Maha Menyaksikan segala sesuatu. Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan cubaan kepada orang-orang yang mukmin laki-laki dan perempuan kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab Jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang membakar.” [al-Buruj: 1-10]



    apa pengajaran yang kita dilapat daripada kisah ghulam ni???


    Di dunia ini (setiap zaman) memang ada raja dan pembesar- pembesarnya yang menyokongnya. Salah seorang daripada pembesar tersebut ialah ahli sihir.

    Raja sebagai pemimpin, menteri, Tukang sihir  merupakan Orang yang menjadikan raja nampak sangat hebat, berkuasa dan Ahli sihir pada zaman sekarang ialah sains dan teknologi

    setelah membaca kisah Ghulam ni sememangnya banyak perkara yang kita boleh belajar dan ambil iktibar seperti si ghulam yang belajar ilmu sihir waktu itu yang kini boleh diibaratkan seperti ilmu dunia zaman sekarang seperti perubatan dan kejuruteraan tetapi dalam masa yang sama dia juga belajar ilmu agama.




    maksudnya kat sini walaupun kita adalah seorang pelajar yang belajar bidang kedokteran yang akan menjadi doktor pada suatu hari nanti, kita kena grab peluang dan waktu yang ada untuk belajar ilmu agama, untuk bekalan kita di akhirat kelak...dunia ni sementara sahaja, hanyalah permainan dan sekejap yang kekal selama-lamanya adalah alam akhirat..kalau kita hanya mengejar ilmu dunia semata-mata, lantas bekalan apakah yang kita nak bawak nanti??? T,T




    Si Ghulam memberitahu yang dia lambat ke tempat belajar sihir sebab lambat dari rumah keluarga dan lambat pulang kerana lambat dari tempat belajar. dalam konteks ini sebenarnya dia bukannya menipu, tetapi menggunakan tektik putar alam...dia tidak menipu tetapi tidak memberitahu...sememangnya dia dari rumah tetapi dia singgah di suatu tempat untuk belajar, jadi kalau kita tahu yang keburukan yang akan timbul lebih banyak lebih baik kita jangan beritahu..




    begitu juga dengan keyakinan masyarakat kampung..berita tentang raja yang mahu membunuh ghulam ni telah tersebar luas lalu, semua orang tahu yang raja telah melakukan pelbagai cara untuk membunuh ghulam namun tidak dapat akhirnya selepas membaca kalimat 
    "bimillahirabbighulam"  dengan nama tuhan ghulam ahirnya ghulam meninggal dunia...akhirnya semua orang kampung masuk Islam dan ini menunjukkan betapa besarnya kekuasaan Allah dan keyakinan orang kampung terhadap agama dan pegangan Ghulam.




    semoga kita boleh jadikan kisah Ghulam ni sebagai motivasi untuk kita terus maju...kita boleh jadi seorang doktor yang berjaya namun kita juga mahu jadi seorang hamba Allah yang berjaya dan berbakti kepada orang...sebaik-baik manusia adalah manusia yang bermanfaat kepada orang lain...sementara kita merawat pesakit bolehla kita memberi kata-kata nasihat dan doa supaya mereka cepat sembuh...orang ramai biasanya percaya dan yakin dengan doktor jadi kita hendaklah yakinkan mereka bahawa hanya Allah yang berkuasa menyembuhkan segala penyakit sedangkan kita hanya berusaha, wallahu'alam.....

    Tuesday, June 12, 2012

    Aku.......

    Assalamualaikum...........


    Jangan lupa bagi salam kalau jumpa orang tapi aku rasa jarang betul nak bagi salam jumpa je woiii!!!baik sikit haiii....susah ke nak bagi salam???kekadang rasa macam awkward jumpa kawan tepi jalan, dahla dia ala-ala rock sikit kan, Assalamualaikum Mat rock! heheee....tapi takut kata perli pulak kalau dia pegi kat kita tepuk belakang, woiii!! kat sini rupanya engkau pastu kita bagi la salam...kalau ada yang ok, takde hal tapi kang jumpa yang tak berapa nak faham keluar lagi fitnah....susah, hidup memang macam ni...nak kene jaga hati banyak orang tapi kalau dah macam tu kita sendiri yang susah sebenarnya....pandangan manusia saja yang nak kene fikir, pandangan Allah??? (T_T)



    nama tajuk post pun aku jadi aku nak cerita sikiit je pasal diri aku kebelakangan ni.....awal-awal dulu aku banyak stress mana nak adapt dengan new environment, mana nak cari kawan yang best, selalu rasa diri hipokrit tapi dalam masa yang sama nak cuba jadi orang yang lebih baik...aku banyak nangis dulu sebab aku selalu dok fikir mende bukan-bukan....dahla duduk negara orang lepas tu aku keliru dengan perasaan dan apa yang aku nak sebenarnya, kekeliruan itu bertambah kusut sebab aku tak tahu apa yang terbaik untuk aku.....aku ni pemalu sikit susah nak cerita kat orang tapi tulis kat blog boleh pulak?? -,-'



    heh, aku tak rasa pun semua orang yang baca ni faham dan aku tak harap pun korang faham....kalau ada yang faham diam-diam sudah tak payah nak bawak cerita dalam blog ni kehulu ke hilir, baca diam-dia sudah tapi kalau tak faham buat-buat je lah faham.......hahaaaa....ada satu blog setengah lagi nak habis first year, Alhamdulillah aku dah boleh adapt dengan suasana sekeliling, kenal kawan, manage time mana perlu mana tak, manage money takyah nak bazir beli mende yang tak berapa nak perlu dan aku sekarang malas nak fikir  mende-mende yang tak sepatutnya pun aku fikir...mesti korang fikir aku ni complicated kan??lol !! aku ni budak simple saja, sangat innocent, pemalu kekadang tapi aku tak rasa perlu malu tak bertempat...



    sekarang ni aku banyak lepak dengan kengkawan local, bebudak indonesia....pergi jogging sesama, lepak makan sesama dan study sesama...makin kerap pulak diorang datang ke kosan aku, kosan tu rumah sewa bagi yang tak tahu.....aku rasa aku selesa begini tak perlulah nak carik best friend sangat yang boleh kita ajak dia ke mana-mana sebab aku dulu selalu macam tu mesti ada best friend so that bila aku ada problem aku cerita kat dia, mana-mana aku nak pergi ajak dia dan semua benda yang aku buat dia tahu dan apa yang dia buat aku tahu...tapi aku rasa sekarang ni tak perlulah, dah hampir setahun aku macam ni dan aku rasa aku dah selesa macam ni sampailah habis study....aku harap bakal suami aku nanti boleh jadi bestfriend aku yang terbaik, boleh dengar keluh kesah aku tapi dalam masa yang sama boleh bagi motivasi kat aku...boleh jadi peneman ke mana saja aku nak pergi, heh apa aku merepek ni -,-



    aku rasa tu dah jadi lumrah alam, kawan beribu kita boleh ada tapi semuanya datang dan pergi....masing-masing ada tugas dan komitmen masing-masing...kalau kau asyik nak ikut kawan tak hiduplah, bawalah haluan sendiri tapi janganlah lupakan kawan....maksud aku jangan terlalu bergantung pada kawan cubalah berdikari sikit!!! bersikap tegas dan pandai buat keputusan sendiri dah besar kot...huhuuu...kau nak lepas kau ikut geng lepak, nak shopping ikut yang nak shopping, nak jogging ikut yang suka jogging dan nak pegi usrah pun ikut yang pergi usrah...that's life!!! untung sangat kalau kawan-kawan kau suka buat semua benda yang kau suka, susah kan......sebab tu kita kene pandai bawak diri jangan sampai jatuh, tergelincir dan rebah...banyakkan kawan, kurangkan lawan :D



    aku ni banyak minat mende-mende pelik, padahal takdelah pelik mana pun tapi aku tak jumpa kawan kat sini yang suka semua benda yang aku suka.......hahaaaa...sebab tu aku kene jadi macam apa yang aku dah tulis tadi, aku minat tengok bola tapi takde geng!! kalau ada pun lelaki buat apa, orang nak layan bola kat rumah sambil kunyah keropok baru best...aku suka tulis blog so aku carik kawan yang suka blog jugak boleh borak-borak pasal blog...blog cikai tak sememeh pun bukan aku kisah, hehee...aku suka martial art rindu gilaa nak bersilat tapi yang harapan jela kat sini kan :'( lepas tu aku suka mende yang mencabar, macam outdoor activities...swimming, hiking, mende-mende camtu laa...dalam masa yang sama aku nak je perbaiki diri jadi seseorang yang lebih baik, join program-program islamik...ada tak kawan yang suka buat semua benda yang aku suka seperti di atas, ada tak??? jom jadik BFF, takde la aku ni forever alone..heheee....



    aku tadi nak tulis dua perenggan je tapi dah panjang lebar aku merepek pun aku tak tahulah apa aku tulis ni...malam tadi lepas masak mee goreng aku tertido pukul 3.30 pagi aku terbangun, buat tahajjud sekejap lepas tu harap nak study laa...lepas tu aku rasa nak tulis blog kejap dan harapan agar lepas ni aku boleh study, petang ni aku ada exam practicum, esok integrasi dan jumaat skill lab..woohoo...next week lak everyday aku exam, doakan aku ye!!!doakan aku supaya rajin dan apa yang aku baca tu boleh melekat jangan nak ingat mende lain sangat....tajuk pun aku memanglah aku cerita pasal aku, itulah saja yang aku nak tulis, lama lak tak buat sesi curhat..hahaa :p


    p/s: Dalam kepala ingat nak balik dah ni haaa...btw hujung Julai aku balik Malaysia :D


    Way seputih II, Tanjung Duren Selatan, Jakarta Barat
    12/06/12
    4.15 pagi








    Saturday, June 9, 2012

    10 Muwasafat Tarbiah :D

    Assalamualaikum.....




    Jom sama-sama kita amalkan 10 Muwasafat Tarbiyah ini dan semoga kita dapat menjadi manusia hebat, super dan osem!!! berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat, InsyaAllah :D

    1. Aqidah yang sejahtera
    2.  Ibadah yang benar
    3. Akhlak yang mantap
    4. Luas pengetahuan
    5. Sehat tubuh badan
    6. Mampu berdikari
    7. Melawan nafsu
    8. Sangat menjaga waktu
    9. Tersusun urusannya
    10. Bermanfaat kepada orang lain





    p/s: Muwasafat tarbiyah bermaksud ciri-ciri orang yang sudah di tarbiyah atau di didik dengan acuan Islam oleh Allah SWT. 



    Thursday, May 17, 2012

    ketenangan jiwa dan kecelaruan identiti ~_~


    Assalamualaikum...........



    pernah tak anda berfikir tentang nasib, takdir dan semua mengapa anda lahir di dunia??kenapa anda berada di tempat anda sekarang??kenapa bukan dilahirkan dalam keluarga yang lain?? sungguh rumit bukan.........aku tak tahu kenapa fikiran sekarang ni sungguh bercelaru, setiap hari rasa stress rasa nak nangis (T_T)...rasa seperti kesunyian, tersisih dan tidak dihiraukan...Ya Allah...mungkinkah aku kini sudah jauh dari-Mu...




    orang yang jiwanya tidak tenang mesti mempunyai masalah dengan penciptanya, aku petik kata-kata seorang kakak ni....setiap kali aku berfikir aku rasa stress ( memang aku selalu sebut stress kan) aku rasa nak balik kampung tanam jagung duduk senang lenang dalam bilik tidur without doing nothing....aku rasa nak terbang  pergi jauh dari semua orang dan duduk di sebuah pulau yang semua orang tak kenal aku, aku nak jadi orang lain dan mulakan hidup baru...tapi apa gunanya??nanti lama kelamaan peristiwa ini berulang kembali dan semestinya apa yang aku merepek ni memang takkan jadi kenyataan pun -,-




    manusia....banyak orang banyak ragam...kita tak dapat nak puaskan hati semua orang, nak senangkan hati semua orang...kita manusia biasa je, tak ada apa-apa semua yang ada sekarang ni pinjaman semata-mata...kalau Allah nak tarik sekarang pun semua benda Dia boleh buat, kun fayakun!! sekarang ni boleh je Allah nak bagi rumah terbakar, kau rentung dalam rumah tu, tak pun tengah kau berjalan seseorang langgar kau dari belakang jadilah kau lumpuh seumur hidup...senang kan??Allah itu maha berkuasa, maha kuat..Dia boleh je nak buat apa-apa sekalipun kau tak pernah mejangkakan benda tu akan berlaku....


    rindusangatwalaupungambarsangatlahblurr -Form 1, 2004-


    sejauh mana pun kau melangkah, sebanyak mana pun duit kau ada, setinggi mana pun kau belajar, kalau jiwa kau tak tenang, resah gelisah....semuanya hanya sia-sia....ketenangan dan kebahagiaan itulah yang lebih penting, lebih berharga sebab dia teramat mahal dan memang tak boleh dibeli di mana-mana....janganlah kita fikir nak ubah dunia, negara, masyarakat kalau kita sendiri tak pernah pun nak berubah...semua benda bermula dari benda yang kecik, lama-lama jadi besar...kalau menyimpan tu sikit-sikit baru lama-lama jadi bukit..sama jugak dengan belajar, kita tak boleh nak hafal satu buku tu sehari, tapi tiap-tiap hari belajar sikit-sikit...bila dah tiba waktu exam satu buku tu insyAllah dah boleh khatam :)




    kalau aku tanya apa benda yang boleh buat jiwa kau tenang????apa kau akan jawab??




    adakah bila kau rasa stress kau nak hisap rokok??keluar berjimba dengan member, merempit naik moto laju-laju tanpa langsung menghiraukan risikonya??karoke non-stop sampai suara serak? pergi pantai tengok keindahan alam, panjat gunung, tengok movie?makan?atau kembali kepada yang maha pencipta?



    tepuk dada. tanya diri.



    aku tahu aku bukan budak baik dan aku bukanlah budak jahat.... aku tak pandai nak jadi baik macam kau  tapi aku bukanlah nak ikut kau berfoya-foya keluar sampai lewat pagi. tidak... aku nak jadi diri aku, tapi siapakah aku yang sebenarnya???aku rasa itu mungkin salah satu sebabnya, aku sendiri pun belum kenal siapa diri aku sebenarnya...aku rasa bercelaru, patutkah aku buat menda ni, tak buat menda tu?? mungkin masih lagi mencari identiti diri...tapi sampai bila? aku dah masuk tahap umur dewasa kot -,-




    tiap kali aku buat menda baik, kenapa perlu timbul persoalan "kenapa aku buat mende ni, adakah sebab aku nak tiru dia supaya aku tak rasa pelik dan janggal bila bersama dia..tidakkah aku hipokrit??" tapi setiap kali aku ikut kawan yang so called 'melalaikan' aku mulai terfikir "aku tidak sepatutnya berada di sini, aku tak suka berada di tempat sebegini dan bergaul bersosial beramai-rama sebegini" ohhh...memang kecelaruan identiti sungguh, aku rasa orang lain pun mungkin ada yang rasa macam aku ni, ke aku sorang je??hurm....




    orang cakap, kawan kita adalah cermin kepada diri kita....siapa kita adalah dengan siapa kita berkawan...nak jadi baik kena kawan dengan orang baik dan kalau kita ikut kawan yang kurang baik dengan kita sendiri akan terlibat buat menda yang tak baik tu....tapi aku ada macam-macam jenis kawan,  tapi takdelah aku nak ikut mereka semua...




    aku pun tak tahu aku tulis pasal perkara macam ni pagi-pagi hari ni, aku pernah bagitahu seorang kawan baik yang aku hanya kenal dia melalui Yahoo Messenger (sumpah aku tak pernah tengok muka dia dan tak berapa kenal dia siapa tapi kami selalu berhubung kongsi pengalaman, idea, masalah dan cerita..pelik kan??) dah dua tahun aku hanya jadi kawan chatting dia dan aku hanya tahu sedikit latar belakang dia....kita lebih berbincang mengenai perkara lain...


    hidup ini penuh dengan warna-warni...buatlah pilihan sendiri...


    dia cakap aku kena jadi seorang yang fleksibel dan bijak...kalau masuk kandang kambing mengembik, masuk kandang harimau mengaum ye dak??kalau kau pergi majlis formal kau pakai baju kurung, tapi main sukan pakai pakaian sukan...lebih kurang macam tu lah nasihat dia, aku cerita yang aku mengalami masalah kecelaruan identiti sebab ada waktu ketika aku rasa aku sangaaaat baik (tak perlu kot cerita apa yang aku buat) dan kadangkala aku rasa nak bebas dari semua tu, aku rasa malas dan aku nak enjoy malas nak ikut program...tidakkah itu sungguh berbeza? 




    adakah aku hanya berlagak baik dan hipokrit, padahal sebenarnya tidak?? so dia cakap aku kena ada pendirian, jangan terlalu mengikut orang tapi tahu batasan dan prinsip diri....kita hidup dalam masyarakat jadi kita kena adaptasi dengan keadaan apa yang kita tengah lalui sekarang...kita boleh cuba berubah sikit-sikit paksa diri buat benda baik tu sampai satu saat kita akan terbiasa dan suka buat benda tu...bukan lagi paksaan sesiapa...kalau kita tak suka math sebab kita tak pandai, tapi bila dah paksa buat hari-hari dan betul-betul faham bila dapat jawab soalan dan markah tinggi mesti kita rasa best dan suka kan??hurm...




    hanya aku yang tahu siapa aku yang sebenar, dulu dan sekarang... kamu mungkin kenal aku yang dulu atau mungkin baru kenal aku sekarang.....kawan boleh datang silih berganti tapi keluarga hanya satu, tiada duanya...



    aku rindu family di Malaysia...



    jangan nak judge orang kalau kau tak kenal dan tak tahu kisah sebenar...
    entry yang ditulis dengan penuh kejujuran ^^




    Monday, May 14, 2012

    prasangka baik prasangka buruk

    Ada prasangka baik
    Ada prasangka buruk




    Orang beribadah disangka riak
    Orang yg relaks disangka malas
    Orang yg pakai baju baru disangka menunjuk
    Orang yg pakai baju buruk disangka zuhud(hina)




    Orang yg makan bnyk disangka pelahap
    Orang yg makan sikit disangka diet
    Orang baik disangka buruk
    Orang buruk disangka baik




    Orang yg senyum disangka mengejek
    Orang yg masam disangka merajuk
    Orang yg bermuzakarah disangka mengumpat
    Orang yg diam disangka menyendiri
    Orang yg menawan disangka pakai susuk
    Orang yg nampak ceria disangka membela


    Mana tahu yg diam itu krn berzikir kpd Allah
    Mana tahu yg senyum itu krn sedekah
    Mana tahu yg masam itu krn mengenang dosa
    Mana tahu yg menawan itu krn bersih hati n mindanya
    Mana tahu yg ceria itu krn cerdik dan cergasnya
    Jauhi sikap suka berprasangka


    Memusnahkan ukhuwwah
    Seperti musnahnya kayu dimakan api…






    -quoted-





    best kan jadi baby...xpayah fikir banyak pun :D


















    Firman Allah SWT QS49:12 maksudnya:
    ”Hai org2 yg beriman, jauhilah kebykan dr prasangka, sesungguhnya sbhgn prasangka itu adlh dosa dan jgnlah kamu mencari2 kesalahan org lain n jgnlah sbhgn kamu menggunjing sbhgn yg lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yg sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kpdnya. Dan bertakwalah kpd Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lg Maha Penyayang.”





    jom kita muhasabah diri kita, jangan cari salah orang tapi tengok dan nilai apa kesalahan yang kita dah buat....cuba husnud zhon dan berlapang dada kerana itulah yang terbaik :D



    Saturday, April 21, 2012

    ayuh kita berusaha semoga hari ini lebih baik dari semalam

    Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang kau buat tapi kau rasa sia-sia, Allah s.w.t tahu betapa keras engkau sudah berusaha…

    Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih, Allah s.w.t sudah menghitung air matamu…


    Ketika kau merasa sendirian dan kawan-kawan sibuk dengan urusan masing-masing, Allah s.w.t selalu berada disampingmu…


    Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi, Allah s.w.t punya jawapannya…


    ayuhhh kita berusaha, kerana Allah menilai segala apa yang kita lakukan ^^




    [At Taghaabun:11]
    Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.


    Friday, April 13, 2012

    siapakah wanita solehah?


    Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”



    Si ayah pun menjawab “anakku, 
    Seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.Itulah yang terbaik”



    Si ayah terus menyambung 
    “muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.




    Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”






    jom sama-sama berusaha!!!


    p/s: kawan saya yang comel share, jazakillah ^^



    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...