nuffnang

    Tuesday, November 8, 2011

    Sambutan hari raya Aidiladha di Jakarta

    Assalamualaikum....

    tahun ni merupakan tahun pertama sambut perayaan di perantauan, jauh dari keluarga dan hanya ditemani kawan-kawan untuk menghilangkan rindu pada keluarga. mulanya pepagi tu pergi solat sunat Aidiladha di masjid Nurul Hikmah dengan hanya berjalan kaki..kemudian, pergi tengok orang lakukan korban dan ke KEDUBES (Kedutaan Besar Malaysia) untuk merayakan di sana :D

    ini mungkin boleh dikatakan entry bergambar..jom, layan jelah..heehe (berdasarkan kronologi =p )

    solat sunat di masjid Nurul Hikmah ^_^

    kambing dan biri-biri bakal mangsa korban..heehe

    bersedia untuk menyembelih..Bismillahirrahmanirrahimm...

    melapah daging lembu...eh segan nak snap ni sebenarnya, keliling laki je, teruk betul aii ~_~

    kambing yang dah siap disembelih..

    kawan-kawan kambing yang lain juga...
    melapah kambing pula...


    lepas tengok orang korbankan lembu, kambing dan biri-biri kami ke KEDUBES untuk rasa suasana raya kat sana, ternyata ramai juga dekat sana dan masa kami sampai tu mereka masih lagi sedang bergotong-royong memasak bersama-sama (^__^)

    gotong-royong nak masak..

    kambing bakar...yummy, sedap nih!

    eh, gambar diri sendiri haruslah ada :P 

    mereka teman setia saya..wink  >_<

    dalam dewan kat KEDUBES :)

    macam-macam lauk ada...bakar, goreng, kari..



    kami lagii...masa ni dah siap makan, nak pulang

    tarra!! sempat kami tapau sup tulang sebab banyak lagi tak habis..huuhu...

    overall, best je sebenarnya beraya kat sini walaupun memang banyak perbezaannya dengan kat rumah..malam sebelum raya mesti sibuk kat dapur, main bunga api tapi kat sini sibuk dengan assignment dan kerja-kerja..oh, dua report kena hantar dahla isnin tak cuti...huuuhu, memang bersengkang matalah kitorang..takkan tak nak raya kot?? kerja-kerja jugak, raya-raya jugak...

    kalau kita kenang balik kenapa kita kena sambut raya aidiladha??kenapa kita perlu berkorban??hayatilah pengorbanan Nabi Ibrahin dan Nabi Iamail, sesungguhnya kita akan lebih mengetahui dan menghayati makna hari raya korban itu sendiri...Insyallah...

    saya teringat kata-kata seorang kakak yang comel, bila saya cerita yang banyak kerja minggu ni dahla minggu raya lepas tu dia cakap kita "kita akan dapat lebih kepuasan bila kita dapat buat banyak kerja dalam tingkat masa yang sama dengan orang yang hanya buat satu kerja" that's soo true!! contohnya, kita tak nak keluar rumah, nak duduk depan laptop ngadap assignment tapi orang lain semua keluar beraya, solat sunat, tegok orang berkoban dll..akhirnya bila orang lain pulang kita still tak siap jugak kerja dan mereka yang baru pulang tu dapat je nak siapkan dalam masa yang tak seberapa itu...kita hanya buat satu kerja sedangkan orang lain??rasa rugi tak (T_T), wallahua'lam..peringatan buat diri sendiri jugak~




    10 comments:

    NIA said...

    seronok kan dapat pengalaman beraya dekat perantauan :)

    Admin said...

    salam aidiladha dari Malaysia ;-)

    sjaa64 said...

    @izzati
    heee, bolehla....new experience :)

    Dr Zatiel Ismail said...

    hi. saya dl pernah beraya di Indonesia juga. kalau raya aidilfitri mmg x best. raya qurban ok

    sjaa64 said...

    @phat- salam aidiladha jugak :)

    sjaa64 said...

    @dr zatie- yekee...xtawlah raya aidilfitri nanti balik ke tak..harap2 bole raya kat kampung (:

    shah said...

    meriah nampak
    siap ada kambing panggang lagi
    feveret tu

    sjaa64 said...

    @SHAH- boleh tahanlah..heehe

    sjaa64 said...

    @SHAH- boleh tahanlah..heehe

    EmpayarUtama said...

    Meriahnya :)

    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...