nuffnang

Monday, April 30, 2012

Jalan-jalan di Kuningan City

Assalamualaikum............


semalam lepas je keluar dari kedutaan Malaysia untuk briefing gerai kami rasa lapar dan nak carik makanan untuk mengisi perut...err, sebenarnya rasa macam bersalah jugak sebab balik awal...dahla takde exam dan 2009 ada exam esok tapi dah siap gunting no cabutan bertuah tu macam takde bende je yang patut aku buat...duduk kat situ main batu seremban dan tengok orang je..er..er...nasib baik dapat ketua yang memahami, dia macam tahu-tahu je aku nak balik..heehee....dia cakap kalau nak balik pun ok je aku ape lagi...ingat tak segan ke, awkward tahu tak dengan semua senior -,- tapi sekarang dah rasa ok dah..haha :D


Kat sebelah kedutaan Malaysia tu jalan sikit je ada satu mall nama Kuningan City, first time masuk sini...nampak macam baru lagi sebab banyak kedai yang belum dibuka...yang ada hanyalah advertisement coming soon, akan dibuka , is coming dan banyak lagi...orang kat situ pun tak ramai sangat...tapi itulah mall dekat Jakarta ni kenapalah banyak betul yang cantik dan lawa...masuk je kami tengok macam ada exhibition France week dan pameran...dari nak carik tempat makan kami dah jalan-jalan pusing satu mall tu haa...


jumpa vespa nih..antik ni tahu tak..haahaa


dengan farah..sekarang jadik pembonceng pulak...heeeheee...ayu betol duduk macam tu kan..puii :p


 pokok gergasi....sebenarnya kami bertiga tapi haz taknak masuk gambar, biar di jadik photographer kami..hehee..



i love all these shoes...awwwhh...tapi ingatkan heel yang dah ada pun tak terpakai dan lama dah tak pakai heels ni semua...bukannya apa, aku pergi kelas kekadang tu jalan kaki boleh tahan dalam 15 minit ke kampus lalu pulak tepi jalan raya yang sibuk tu memang takde maknanya lah nak pakai heel...pulak tu sekarang ukrida dah makin ketat peraturan, wajib kasut bertutup...ingat dulu kat intec semua kasut aku ada heel, sekarang ni pakai yang flat je semua..haahaa



suka! (:



i'm reading the magazine...

kami jalan-jalan lagi keliling dan tengok gadjet-gadjet terbaru...kami adalah try main latest handphone dengan semua galaxy tab bagailah...mak aihhh memang rambang mata, bukan setakat terdetik kat hati je nakk tapi dah salivate apa semua dah tengok gadjet tuh semua sampai nangis wehhh, hingus siap keluar lagi (T_T)  *over gila description*


 
tengok tu farah pun tengah gila main gadjet, siap main angry bird lagi haa dekat pc yang paling besar kat situ...besar gila mak!! puas hati nak main game tapi susah jugak besar sangat camni..haahaa..



 basikal tua, basikal atok aku dulu ada cmni..hehe..



eiffel tower!!actually kat situ stage ada org perform ^^

lepas tu kan ada pameran macam gambar-gambar yang menarik....banyak gambar, tapi nak share beberapa ni jee..heehee...jap baca description ni dulu...



 gambar 1 : kesian kan tengok mak cik ni...

dia tido macam tu je, bahaya kan??tapi benda macam ni sangat biasa kat sini...kanak-kanak kecik pun dah berani buat aksi bahaya dengan duduk atas van la, pastu duduk tepi-tepi lori serius ngeriii...kita nampak pun takut tapi diorang selamber jee...macam mak cik ni yang tidur dalam perjalanan nak pergi berjual kat pasar..hari tu time pergi surabaya, naik gunung bromo (baca sini) nampak mak cik ramai2 atas lori macam ni tidur atas timbunan barang yang diorang nak jual...kesian sangat, dahla sejuk gilaaa pagi2...pengorbanan besar kan nak cari rezeki, serius sebak tengok :'(

 gambar 2: banjir di Jakarta

macet tu adalah traffic jam....kat sini hujan sekejap je air dah naik, hadoiii...depan rumah aku sendiri je pun kalau hujan setengah jam non stop pasti air melimpah longkang dan jalan...gila kan??sebab tu kat sini jarang hujan, kalau hujan pun sekejap sekejap...kalau lama memang takleh keluar laa...mungkin saluran air yang tak berapa nak lancar, kawasan Jakarta ni memang susah nak carik longkang/sungai bersih...huhuuuu...air hitam semua :(


gambar 3 tak ambil sebab rasa biasa je....merenung cermin saat dirias di hari pernikahan...common sangat kan, heeheee....nanti korang kawin bolehle ambil gambar..opss, kat sini maksud kahwin tu bahaya sikit, kena cakap nikah....nikah dan kawin tu dua benda yang sangat berbeza, hari tu tak tahu...buat malu je cakap kawin...huhuhuuu...



mini cooper terbalik

mini hatchback cooper :)

tetiba teringat roomate kat intec yang bawak mini cooper, nabilah...sekarang dia smbung degree kat us :) pernah la jugak merasa nak mini cooper dia..haaahaaa...


ok lah nanti part makan saya kena buat entry lain pulak yee..got to go..assalamualaikum...thanks for reading!


p/s: hari ni umur saya genap 21 tahun....thanks for all the wishes, really appreciate it!! xoxo




Sunday, April 29, 2012

makan di Soto ayam lamongan Pak Rejo

Assalamualaikum.....


Habis je kelas anatomy dekat RS Husada saya dan dua lagi kawan nak mengisi perut dulu...laparr sangat, tapi macam takde kedai makan je yang dekat...lepas tu kami naik angkot dan pergi cari tempat makan dan jumpalah kedai ni, Soto ayam lamongan Pak Rejo di dekat kawasan mangga besar, Jakarta...

pemandangan dari luar kedai...hijau kuning gitew!



ni ayam penyet (:


 nasi goreng Yulita (:



yang comel ni namanya Ria..heehee...dia tinggal dekat je ngan kosan saya, jadi kami bareng (sama-sama) pergi ke rumah sakit tiap-tiap minggu...hurm, biasalah saya sensorang Malaysia kelas E jadi memang nak tak nak memang saya kawan dengan budak local semua...majority Malaysia batch saya dekat kelas A


Mie kuah  jawa Ria...nampak macam mee kari je kan...



pemandangan depan kedai....


overall makanan kat sini berasaskan makanan jawa dan rasanya pun boleh tahan sedapp....bolehlah kami hilangkan rasa lapar sebelum balik....sebenarnya bau formalin tu boleh buat pening kepala, terutama kalau perut kosong...tapi bila dah lama-lama jadi biasa je...dah lama saya tak share kedai makan kan, asyik masak je sekarang (^_^)v



Friday, April 27, 2012

demo yang tak habis-habis dan pembunuhan warga negara Indonesia di Port Dickson??

Assalamualaikum......

pagi-pagi hari nak pergi exam tadi aku dapat beberapa bbm dan sms yang berbunyi

Rentetan isu penembakan WNI (Warga negara Indonesia) di PD, saya memohon perhatian semua pelajar Malaysia di Indonesia supaya berhati-hati dan meningkatkan keselamatan diri masing-masing. mungkin wujud rasa tidak puas hati dan kemungkinan akan berlaku balas dendam. saya mohon kerjasama pelajar untuk menyebarkan berita ini secara halus kepada rakan2. terima kasih (pagi ini dijangka demo akan diadakan di kedutaan besar Malaysia Jakarta)

fuh..fuh...fuh...isu apa pulak ni??apa tembak tembak ni??apa demo-demo ni??sama jee negara Malaysia ke Indonesia kee, sukaaa sangat dengan demo nih...tak habis-habis dengan demo...aku  kat sini tak sampai lagi setahun tapi macam-macam demo dah ada (itupun yang aku tahulah, yang tak tahu tu entahla kan) ada pasal yang Ukrida nak buat hospital tu tapi orang yang tinggal dekat kawasan setinggan tu tak nak pindah demo bakar bas apa semua...lepas tu dah ada demo dekat kedutaan Malaysia pasal apa pun tak ingat dah...dan yang aku ingat demo tentang BBM (bahan bakar minyak) yang nak naik tu...Malaysia pun sama!!! demo nak hapus PTPTN, nak bersih, bebas mahasiswa.......aduiiii....demo lagi dan lagiii...



pada pendapat aku sebenarnya demo ni banyak keburukan berbanding kebaikannya...memang betul nak memperjuangkan sesuatu benda tu kena semangat!!! tapi cuba lihat ada berapa orang yang cedera????berapa banyak harta benda persendirian dan kerajaan yang musnah??berapa banyak kerugian???penat, lelah!!buang masa!! perusahaan kedai apa semua turut terjejas...lepas tu timbul pergaduhan, pukul memukul, rosak merosakkan....jap apa keuntungan dia??mungkin pihak atasan akan buka mata, tapi takkan semua benda nak cetuskan demo??takde ke cara lain yang lebih relevan, selamat dan boleh memberi keuntungan kepada semua pihak???aku takde nak sokong mana-mana pun tapi walaupun aku hanya jadi pemerhati, baca komen-komen, tweet dan semua media...tapi aku juga jadi pemikir, memikirkan tentang isu ini, kenapa dan mengapa???-,-



ohhh, ok pasal pembunuhan tu sebenarnya pagi ni baru aku dengar pasal ni....tapi itulah, apa sebenarnya kisah pembunuhan ni??kena tahu dulu betul ke ini pembunuhan dan kenapa mereka dibunuh??kena siasat dulu betul-betul jangan serkup jarang cakap WNI dibunuh di Malaysia terus nak buat demo kan??kena tahu kebenarnnya dulu....tapi aku tak rasa pun ada demo pasal ni, cuma langkah berjaga-jaga je mereka suruh ambil...bila aku google aku jumpalah berita media Indonesia pasal ni...


Foto: Getty Images

menurut beberapa sumber yang aku baca, diorang mengatakan TKI (Tenaga kerja Indonesia) yang bekerja di Malaysia dibunuh untuk diambil organ dalaman mereka...biar betul???organ dalaman WNI ini diambil dan dilakukan penjualan organ tubuh...ni aku dapat dari media Indonesia...sebenarnya mereka hanya menduga, dan siasatan masih dijalankan.....


Pasalnya semua yang beredar ke publik, utamanya terkait dengan penjualan organ masih sebatas dugaan, belum ada hasil penyelidikan resmi. 
“Yang ada sekarang kan semua masih dugaan. Otopsi harus ada, karena prosedur. Namun jangan seolah-olah diambil untuk diperdagangkan,itu harus dibuktikan terlebih dahulu. Karena belum jelas, jangan terlalu over react. Kita yang wajar saja dan jangan berdasar dugaan. Kan masih dugaan semua, kecuali sudah terbukti,” tandasnya. 




Tiga orang warga negara Indonesia (WNI) yang menjadi Tenaga Kerja Indonesia (TKI) di Malaysia dikabarkan ditembak mati oleh polisi Malaysia, Senin (23/04/12). Ketiga TKI tersebut berasal dari Pancor Kopong, Pringasala Selatan, Lombok Timur, Nusa Tenggara Barat (NTB). 



harap-harap semuanya okeeee sajeee....oh yaa exam blok 6 dah habis, minggu depan masuk blok 7..sungguh pantas masa berlalu, bilakah masa untuk berehat???setiap minggu exam, minggu 1 exam herr, minggu 2 exam integrasi1 minggu 3 exam skill lab dan minggu 4 exam skill lab praktikum dan integrasi 2 lagiii...habis blok 7 masuk blok 8 -,- ulang lagi siklus yang sama (lol siklus u! :P)   bilakah semua ini bakal berakhir???haaaahaaaa...sekarang baru rasa jadik budak medic kan, sem lepas kan banyak enjoy jeee...ni baru betoi punya!!!


minggu depan ada event besar-besar punya!!!! MAFEST!!! haaaha, jom semua datang yeh!! kalau nak tahu MAFEST tu apa mehh usha fb page MAFEST, like okey!!heeee :D


thanks for reading!!! :*


P/S: tiga hari lagi aku dah duapuluhsatu.... :p


Wednesday, April 25, 2012

Random #blok 6

Assalamualaikum.........


lama la pulak tak update blog ni...haaa, busy la katakan sekarang ni musim exam..hari-hari exam, huuhu...hari isnin exam prakticum anatomy dan skill lab osce...Alhamdulillah praktikum kali ni aku rasa ok dan bolehla dikatakan better than the previous block...untuk skill lab pulak dapat op (orang peraga) yang berlakon sebagai orang sakit, sangat membantu!!! seorang lelaki muda, tapi senang sangat nak dapat reflex so sekali ketuk dah nampak :D Oh ya kali ni aku exam blok neurosciense so belajar pasal nerve and brain....



overall, semalam pulak exam praktikum histology dan hari ni practicum physiology...esok pleno iaitu presentation case yang kitorang dah bincang dan last sekali hari jumaat exam integrasi 2...kene score betul-betul integrasi 2 ni sebab integrasi 1 aku macam dah hancur..huhuuu...dahla masa tu aku sakit kan, ok aku da tulis pasal aku tido masa exam hari tu kat sini...doakan yang terbaik ya!!


exam-exam....credit google :D


kebelakangan ni memang musim sakit kan, ohh yaa nak ceria pasal sorang kawan aku, housemate aku yang indian...dia dah demam dua minggu dan muntah-muntah tiap kali makan, pastu bila pegang part kidney rasa sakit...pastu bia diagnose nampak kidney and appendix dia bengkak...tu yang jadi kene tahan spital tu, dia langsung tak boleh makan apa-apa...tapi lepas dah buat ultrasound and ct-scan alhamdulillah averything is ok ;D ok semalam dah keluar hospital...bukan apa takut jugak kalau ada penyakit pelik-pelik ni...aku ni pun actually ada lagi batuk-batuk tak berapa nak pulih lagi...kawan pun ada beberapa yang demam selesema batuk..hurm, ujian betul kan di  usim ujian ni..heehe


banyak lah pulak aku merepek, ohh memang tujuan aku buat blog untuk tulis dan share apa saja yang aku rasa nak share...tak boleh nak tulis benda fakta dan berilmiah sangat sekarang ni sebab tak boleh nak fikir...buku tebal tu pun tak habis baca lagi (T_T)  habis exam ni saya update lagii...next week masuk blok baru lagi, blok 7: respiratory....kalau nak dikirakan aku takde pun waktu nak rehat, dua minggu belajar, exam...habis exam masuk blok baru lagi...huuu benda sama lagi kita buat..


semalam skype ngan ika, dia student IMU(International Malaysian University)...jeles sangat!! dia kan exam final satu tu je, bulan 8 ni...kiranya dia belajar satu sem lepas tu exam satu je bukan macam kita ada 6-7 exam sebulan termasuk skill lab, practicum and integrasi...tapi dia kene regular study sebab satu sem belajar baru exam....takpelah setiap system ada kebaikan dan kekurangan dia kan...aku takdelah nak complain everything and i just feel ok ...so far so good, aku takdelah stress sangat pun...boleh je nak catch up dengan semua ni nak tunggu aku rajin ngan tidak je..heehe...


ok lah nak kene pegi study, petang ni exam...thanks for reading! :D




Saturday, April 21, 2012

ayuh kita berusaha semoga hari ini lebih baik dari semalam

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang kau buat tapi kau rasa sia-sia, Allah s.w.t tahu betapa keras engkau sudah berusaha…

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih, Allah s.w.t sudah menghitung air matamu…


Ketika kau merasa sendirian dan kawan-kawan sibuk dengan urusan masing-masing, Allah s.w.t selalu berada disampingmu…


Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi, Allah s.w.t punya jawapannya…


ayuhhh kita berusaha, kerana Allah menilai segala apa yang kita lakukan ^^




[At Taghaabun:11]
Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.


tidur masa exam

Assalamualaikum......


Alhamdulillah, hari ni saya rasa semakin sihat, takde dah batuk macam semalam....ok fyi, yessterday i got exam integrasi 1 and that was one of the worse exam for me...


yeah, i can't focus to study due to my bad non-stop cough for one these whole week...i did skip some classes and didn't manage to cover all the subjects...huh!!! for the first 20 minutes i think i just read throughly a few questions and i fall asleep during the exam...it was 100 questions for 100minutes....


bila saya sedar saya rasa sakit tekak dan batuk, gila tak gila banyak lagi belum jawab...saya baca sekali imbas terus tanda jawapan...oh my bad!! malam semalam tak dapat tidur asyik batuk terjaga je sebab tu yang ngantuk sangat tu...Ya Allah ujian betul buat diri ini T_T


bila masa tinggal 8 minit lagi saya rasa berpuluh lagi tak jawab, tak tahu nak gelabah macam mana lagi....banyak yang terpaksa bulat tanpa tengok soalan....dan saya tak rasa saya bulat semua 100 questions tu..losernyaaa :(  




nasib baik integ 1, bawak 30%, kene semangat!!!!kene study lepas ni tak boleh buat cmtu dahh.....rasa macam teruk sangat, dahla ada yang macam stress bila saya batuk dalam exam tu ganggu diorang nak jawab soalan...nak fikir stress dia, cuba fikir stress saya! dahla tak study tak pegi kelas tak tahu jawab apa, tertido lagi...berapa kali stress tu? :( balik tidur sebab stress melampau.....terus nangis sebab homesick tetiba #lol


malam mak call macam tau2 je saya nak call dia.....macam biasa pesanan mak jaga kesihatan, jaga diri, belajar rajin2, rajin solat ngaji apa smua ^^


mak cakap petua kalau batuk, rebus bunga 7 bunga cengkih tambah halia lepas tu minum......haaaa, dengar pun macam dah tak sedap kan?tapi ubat memanglah tak sedap, nama pun penawar.....tengoklah esok kalau rajin nak cuba, thanks a lot my lovely mum!!


keneeee belajarrrr -,-  

Wednesday, April 18, 2012

Beberapa kesalahfahaman Bahasa orang Indonesia terhadap bahasa Melayu

Assalamualaikum.....


Setelah hampir 7 bulan aku merantau kat Jakarta ni, macam-macam orang tanya aku pasal Malaysia, bahasa Melayu dan makanan...tak kisahlah kan, tapi yang agak mengejutkan aku adalah beberapa bahasa kita seolah-olah dipermainkan dan dijadikan bahan ketawa mereka...setakat ni dah 4 orang tanya aku tentang rumah sakit korban lelaki, apekah?????



this is so funny!!! aku ingat diorang main-main bila ada yang tanya betul ke rumah sakit kat Malaysia dipanggil rumah sakit korban lelaki??tapi bila semalam ada lagi yang tanya aku rasa konfuse lantas aku google...ternyata memang ada khabar angin tentang mende tu...kawan indonesia aku cakap cikgu dia cakap dalam kelas yang dekat malaysia takde rumah sakit bersalin, tapi rumah sakit korban lelaki..lol!!! aku sendiri pun pertama kali mendengarkan hal ini..rumah sakit hospital la beb, kalau untuk bersalin dipanggil hospital bersalin camtu je...manalah diorang dapat cerita ridiculous macam ni...huhu...



ni adalah antara yang jadi salah faham bahasa.......


Bhs Indonesia

Bahasa Malaysia

Pasukan terjun payung

Askar2 Bergayut

Rumahsakit Bersalin

Rumahsakit Korban Lelaki

Tiarap

‘Setubuh bumi’ atau ‘bercumbu bumi’

Menteri Kehutanan

Menteri Semak Belukar

Jalan ditempat

Injak2 bumi

Perata jalan (stoomwalls)

Seterika jalan

Pegawai/staf

Kaki-tangan

Tim sepak bola

Pasukan bola sepak



bila aku baca ni pun aku rasa kelakar...aduyaiiiii, ada ke patut pasukan payung terjun tu dia cakap askar bergayut...tapi kawan aku ada tanya pasal injak-injak bumi tu, aku cakap mana ada benda tu..aku cakap jelah pijak tanah...rupanya jalan setempat...yang lain takdelah tanya sangat, cuma kebanyakan bahasa kita sama, tapi penggunaan yang beza....apa yang diorang tahu hanyalah upin ipin, tu je kot cerita malaysia yang sampai sini...kalau negara kita, perh!!! semua channel nak tunjuk sinetron -,-


dah memang pandailah orang kita dan faham dengan bahasa Indonesia, tapi mereka??tahu betul..betul..betul je, bak kata upin ipin tu.lol!!!apapun, yang penting saling menghormati sesama kita, bagus jugak dapat memperluas dan perkayakan bahasa....aku sendiri kat sini pun ada beberapa salah faham bila bercakap...last sekali guna english nak explain something....tapi itulah, penguasaan english orang kat sini ternyata lebih rendah berbanding negara kita...diorang hanya guna english time kelas bahasa inggeris je, yang lain bahasa indonesia....tp negara kita pun da nak tukar sistem semua bahasa melayu balik kan?jadi takde beza daa....



ok lah tu je sedikit sharing dari saya...time kasih :)

Monday, April 16, 2012

mengeluh.....

manusia......kenapa suka mengeluh??

sakit sikit nak mengeluh......
masalah sikit nak mengeluh..........
susah sikit nak mengeluh.......

mengeluh, mengeluh dan mengeluh!!!

sistem universiti suka berubah...

ohh exam diundur jadi esok, hari tak jadi..haiiihhhh!!
sistem skill lab biasa dah tukar jadi macam osce..haiihhhhh!!
hari ni dosen tak masuk, jadi kuliah ganti esok sore..haihhhh!!!
exam anatomy tadi bapak susahnya wehh..haihhhh!!


perasan tak, bila kita mengeluh, apa yang kita rasa???
sesuatu yang macam tak best kan?rasa stress je!!!
kalau kita stress, kita akan rasa down kan, sakit hati kan??
geram kan??rasa nak tumbuk orang kan??
kan??kan???kannnn???


orang yang dengar kita mengeluh pun turut merasa tempiasnya...
mungkin dia baru nak berfikir positif, tapi kita dah rosakkan mood dia sekali...
kalau sekali dua kita mengeluh mungkin dia boleh terima..
cuba kita asyik mengeluh je depan kawan kita, dia pun turut sama stress kan...


apa kata cuba jadikan benda tu semua sebagai cabaran, ujian...
kita kalau tak diuji, kita takkan rasa susah kan...
takkan hidup nak selalu senang kan...


kalau lagu hijjaz...
hidup tidak selalunya indah..
langit tidak selalunya cerah...


diri ini suka sangat mengeluh, kalau tak pada kawan, dekat twitter...
follower kat twitter pun stress baca....
jaa kene berubah, jangan asyik nak mengeluh je (T_T)

sabar.......sabar.....sabar..........



saya masih lagi sakit, exam hujung minggu ni tapi masih tak ready, nak fokus belajar tak dapat asyik batuk, selesema, kepala pening...tu yang jadi kuat mengeluh tu :( masih melatih diri supaya sabar, nangislah dalam hati dalam bilik dalam tandas tapi tak payah nak tunjuk kat orang yang kita lemah.....


Sunday, April 15, 2012

Anjakan paradigma kehidupan :D

Assalamualaikum.....


sihat merupakan salah satu nikmat yang tak dapat nak dibeli di mana-mana, walaupun wang berjuta-juta tapi sakit hanya mampu terbaring tiada gunanya kan?? sudah hampir 3 hari saya rasa tak sedap badan, selesema tapi malam tadi demam yang sangat teruk sehingga badan menggigil...pagi ini batuk tidak berhenti-henti sehingga saya yang malas ke hospital menggagahkan diri ke sana, dapat ubat dari doktor...memandangkan hari ini hari minggu, hanya UGD(unit gawat darurat) ataupun emergency yang dibuka...


sejujurnya saya cakap sakit itu sangat tidak selesa, mata berair, hidung berair kepala pening, batuk non stop...masa tu saya mula rasa bersyukur sangat yang Allah nak uji saya dengan sakit ni sebab saya sedar saya dah sihat berapa lama, ini kali pertama sakit di tahun 2012...saya juga sedar betapa nikmatnya kesihatan itu, saya sedar ujian ini hanya sedikit saja berbanding nikmat yang saya dapat selama ini... maka nikmat tuhan manakah yang engkau dustakan???


ohh, agak panjang intro saya kali ini...sebenarnya saya cuma nak buat sedikit sharing tentang kehidupan saya...anjakan paradigma mungkin boleh jadi perkataan yang paling tepat untuk saya gambarkan di sini....semenjak saya datang sambung belajar di Jakarta ni, sejujurnya kehidupan saya banyak berubah...bukan dari segi gaya kehidupan tapi dari konteks pemikiran itu sendiri...saya tidak pasti semua ini adakah kerana saya sudah semakin matang berumur 20 tahun dah masuk usia dewasa atau apa yang menjadikan saya sebegini...saya yakin saya banyak berubah, mungkin orang lain tak nampak semua itu tapi hanya saya dan Dia yang mengetahui segala-galanya...


tapi apakah anjakan paradigma itu???perubahan dari segi pegangan dan pemikiran tapi mungkin dari part negative ke positif, insyallah...saya mungkin akan bagi contoh saja, kalau dulu apa yang saya fikir nak enjoy, happy, usha jejaka hensem dan er...err.... tak sanggup nak tulis, banyak sangat benda mengarut yang saya buat dulu...lepas habis sekolah adalah masa saya mencari identiti, wahhhh dahla mak kasi kerja kan, jadi pulak promoter..Ya Allah, apa yang saya buat masa tu pun dah tak mampu saya nak tulis kat sini..setiap kali saya teringat saya rasa nak nangis, saya rasa dosa saya bertimbun-timbun...apa yang saya tahu masa tu nak enjoy, keluar dengan yang memember dan buat mende yang macam tak perlu pun, tp kenapa buat jugak??


sekarang ni saya rasa hidup saya lebih tenang, saya rasa sangat bersyukur bila saya datang sini, saya jumpa kakak-kakak yang serius owesome...diorang belanja makan, lepas tu bawak keluar belanja tambang semua  dan bila saya ke rumah mereka saya rasa nak nangis, kenapa mereka semua ni baik sangat???solat berjemaah 5 waktu, rajin mengaji dan mereka hidup sungguh bahagia beramai-ramai dalam satu rumah tu...pakaian diorang pun macam ustazah-ustazah labuh-labuh semunya...tapi bukan skema, most of them sangat sempoi macam kita-kita jee..sebab tu adalah masa awal-awal saya datang sini, saya kagum dengan mereka....


credit: google

sekarang bila dah join aktiviti mereka, semakin hari fikiran saya semakin terbuka...pakaian labuh tu bukan ustazah je pakai,memang kita wanita ni kene jaga aurat bebetul...pergaulan pun macam tu jugak, jaga antara laki dan perempuan...saya juga makin sedar yang kita tak perlu terhegeh-hegeh nak carik cinta lelaki, couple semua tu...tak perlu pun...apa yang penting mencari keredaan-Nya...saya juga semakin rajin nak baca dan cari tentang islam yang selama ini hanya belajar dalam kelas agama je, habis kelas tutup buku....baca pun sebab nak exam, langsung tak fikir selain dari tu...rugi kan??banyak benda yang saya dah tahu tapi saya tak faham...


satu lagi pasal penulisan saya dalam blog, saya dah dua tahun lebih tulis blog...kalau korang baca entry saya dulu-dulu banyak pasal k-pop, artis, hiburan, lepas tu cintan cintun yang entah apa-apa....sekarang saya rasa macam langsung takde faedah saya tulis pasal semua tu...dulu-dulu mana adanya saya nak tulis pasal agama, sebab malas nak ambik kisah, apa yang saya tahu saya dah buat apa yang sepatutnya solat 5 waktu, puasa di bulan ramadhan dahla cukupla tu...tapi kalau kita singkap balik, pengalaman banyak mengajar kita...saya dah rasa kehidupan yang begitu dan saya tak nak terus-terusan hidup dalam keadaan begitu...sekarang saya rasa perkongsian yang boleh membawa orang lain dekat dengan Allah tu lebih bermakna dari semua benda yang membawa orang lebih lalai dari-Nya...


lepas korang baca entry ni, mesti korang rasa saya hipokrit...tak nampak pun berubah??still sama je macam dulu...itupun kalau korang kenal saya in person la...sejujurnya saya masih saya yang dulu, masih seorang yang kepoh gelak kuat tapi saya sendiri dapat merasakan perubahan saya...saya masih seorang yang peramah seperti dulu suka senyum dan tegur je mana-mana orang, bukan berubah jadi pendiam tidak!! tapi kita ubah rohani kita, pemikiran kita dan dalaman kita...saya mungkin masih seorang yang suka memberontak bila tak sukakan sesuatu, tapi bila saya dah faham saya akan memberontak dengan cara yang lain...kalau ada yang follow saya di twitter @jaa_kat pun boleh nampak perubahan tweet saya, insyallah...


nak berubah itu susah dan nak istiqamah dengan perubahan itu susah....itulah permainan dunia, terbukti dunia ini hanya permainan...seperti firman Allah :

“Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akherat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui” ( Ar-Rum:64 )

kalau dulu saya mungkin seorang yang menolak untuk menghadiri majlis ilmu, majlis agama...bahkan lari dari solat berjemaah tapi sekarang saya sangat cintakan majlis ilmu, saya dahagakan perkongsian dan ilmu yang baru...Alhamdulillah saya sangat gembira dengan perubahan saya tapi mungkin graf iman itu memang sentiasa turun naik...ada kalanya saya rasa sangaaat malas untuk pergi majlis ta'lim atau bangun berjemaah subuh, tapi kadangkala saya begitu bersemangat..sebab itulah kan, kene selalu recharge iman...kalau dah nampak atau rasa-rasa low tu cepat-cepat recharge balik...baca Quran, baca blog islamik, video best dan yang paling penting kita dekatkan diri dengan Allah :D


kita tengok orang lain perh hebatt!!!kita biasa-biasa je :( jangan cepat rasa inferior....saya pernah rasa macam tu, tapi saya rasa kenapa nak bandingkan diri kita dengan orang lain??kita buatlah apa yang kita mampu, tapi jadikan orang yang lebih baik itu sebagai contoh untuk kita perbaik diri kita menjadi lebih baik kan...saya nak kongsi satu video ni dengan anda, lagu nasyik bertajuk menjadi diriku dari Edcoustic ^^




saya sukaa sangat dengan lirik lagu ni, sungguh bermotivasi...saya rasa bersemangat dan er...tak tahu nak explain perasaan saya...saya tak tahu anda kalau tengok ni dapat rasa macam apa yang saya rasa ke tak..heee..ni liriknya..

Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Karena diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Dan wajahku memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Ku akui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya

*)

Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
Atas kelebihanku.......

Terimalah aku
Seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Ku pun tak sempurna

Tetap ku bangga
Atas apa yang ku punya
Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang ku miliki


kita memang tak sama, jadi kita gunalah apa yang kita mampu dan berbangga dengan logam atau kelebihan yang kita ada, gunakan ia sebaiknya...sukaaa, saya replay bebanyak kali lagu ni...orang cakap kalau kita suka something, kita kene share..tak kiralah makanan ke kegembiraan ke,video cmni pun bolehh...sebab tu saya suka tulis blog, sebab saya suka share...tak kisahlah tak ramai baca pun, tapi sekurang-kurangnya sedikit yang baca itu kalau dia dapat manfaat pun saya dah rasa bersyukur dan suka sangat dah...


ayuhh, kita cuba ubah paradigma pemikiran dan kehidupan kita....kita sama-sama berubah fillah dan mencari keredaan-Nya, insyallah ^^


time kasih sudi baca :*




Friday, April 13, 2012

siapakah wanita solehah?


Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”



Si ayah pun menjawab “anakku, 
Seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.Itulah yang terbaik”



Si ayah terus menyambung 
“muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.




Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”






jom sama-sama berusaha!!!


p/s: kawan saya yang comel share, jazakillah ^^



Thursday, April 12, 2012

pindah rumah dengan bajai

Assalamualaikum.....


 minggu lepas kawan saya dua orang keluar dari tempat sewa sekarang ke tampat baru, yang jauh lebih murah dan dekat dengan kampus...dah makin kurang lagi orang dekat rumah ni..(T_T) eh touching lak..heee..


apa yang menarik saya nak kongsi saya nak kongsi sebenarnya adalah tentang cara diorang pindah, biasa kan mesti sewa lori ke naik kereta ke apa kan, ni sewa bajai je..haahaa...mungkin sebab barang takdelah banyak sangat, tapi still rasa kelakar tak tahu kenapa, so nak jugak share :p



antara barang diorang..



gambar pertama dan terakhir  bersama embak...inilah ibu kost kitorang, kita panggil dia embak je...haaha, dia ni baik lah jugak orangnya..dia cuci pakaian kitorang dan kemas rumah...pada mulanya rasa pelik bila sewa rumah, ada orang yang jaga macam bibik la kot...tapi memang dah trend kat sini kalau kita sewa bilik atau lebih dikenali sebagai kosan a.k.a kost pasti ada perkhidmatan cuci pakaian dan kemas rumah...dia tinggal sama2 dengan kitorang bersama suami dan sorang anaknya, tapi bilik di kat luarla...suami dia pun hari minggu baru nampak...


barang yang telah disusun oleh supir bajai..hehe

 sewa dua bajai, satu sorang...haaa bapak supir nak letak kipas yang paling last..haha



ellya bersama barang-barang dan kipasnya di dalam bajai...bersedia nak berangkat...ayuh!!!penuh ok barang kat belakang tu, ada ruang sikit je untuk duduk...serius rasa macam kelakar mungkin ni kali pertama kot...selama ni dengar2 je kalau senior ada yang pindah pakai bajai je...nak buat cemana, kita bukanyaa banyak modal sangat, barang pun takde banyak sangat kan...



haz yang comel tersengih ready nak berangkat...ehh bapak bajai pandang apa??nak masuk gambar gak ek,wkwkwkwkw :p

kami(saya dan farah) mengiringi mereka dengan naik basikal....dahla masa tu hujan macam rintik-rintik pulak tu kitorang baru je lepas game futsal yang saya pernah cerita kat sini ...bukan apa nak tolong diorang angkut barang masuk kost baru tu,dahla kene panjat tangga yang tinggi kan...dengan beg dan barang berat tu bapak bajai pulang dulu..huuuhu...kami terpaksalah menggunakan kekuatan tenaga wanita kami, hoyeh!!


inilah ghupaa bajai tu..hikhik...


sekarang ni, rumah kami hanya ada 7 orang, semua malaysian laa...3 melayu 3 indian dan sorang sabahan....setakat ni rasa ok je ngan rumah je, masak semua everything is just fine..tapi sewa boleh tahan mahal sebenarnya....nak ke kampus tu boleh tahan jauh jugak tapi ramai je  jiran kitorang yang sama kampus kat situ...sekarang ni pun dah biasa jalan kaki, dahla kelas sorang-sorang je kan...memang pegi kampus balik pun jalan kaki sesorang laa, tapi dalam taman ni ok jee...naik angkut pun kalau panas terik, hujan dan lambat daa...



semoga kawan kita gembira dengan rumah baru dia^^


P/S: Alhamdulillah gempa bumi di Acheh semalam tidak diakhiri dengan Tsunami besar yang digembar-gemburkan...Allah dah bagi peringatan tu, kita tunggu apa lagi??




Wednesday, April 11, 2012

benarkah kita sudah melafazkan Shahadatul Haq??

Assalamualaikum.....


Minggu lepas saya ada sertai satu program yang dinamakan Shahadatul Haq (SH) dan saya ada nak share beberapa benda yang saya dapat, ilmu mana boleh simpan, kedekut...kenalah share baru best kan!!heee ^^


Sebelum tu saya nak tanya tahukah anda apakah itu syahadah??pasti kalau kita orang Islam kita sudah biasa menyebut dua kalimah syahadat, yakni dalam solat pun ada kita sebut kan...Kalimat yang sungguh berharga dan mulia ini merupakan satu ucapan kepercayaan dan pengakuan sebenar bahawa Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad  adalah utusan Allah. kalau mualaf pun lepas ucapkan lafaz ini barulah secara rasminya jadi muslim xD




kalimat Syahadat =D


Semasa anda melafazkan kalimat ini, apakah yang anda rasa???apakah ia hanya sekadar satu lafaz yang menunjukkan keislaman kita tanpa mengandungi apa-apa makna??sejujurnya saya sendiri sebelum mengetahui dan menghayati sebenar-benarnya maksud kalimat ini saya hanya tahu melafazkannya tanpa rasa apa-apa tanggungjawab, biasa saja...mungkin sejak kecil sudah diajarkan orang tua dan di sekolah juga ada diajarkan jadi ia seakan-akan lafaz yang biasa, sekadar disebut tanpa difahami maksudnya...secara analoginya, mungkin boleh diibaratkan seperti lafaz ikrar rukun negara, pernahkah anda memahami rukun negara yang anda lafazkan itu??ia sebenarnya mempunyai erti yang sungguh mendalam tapi disebabkan ia sering diamalkan tanpa kita memahaminya, kita rasakan ia tidak mempunyai apa-apa kesan kepada kita, alangkah ruginyaa...


"Syahadah Al-Haq" bukan sekadar mengimani kewujudan Allah, malaikatNya, kitabNya,rasulNya dan hari akhirat. malah tanggungjawab syahadah ini juga tidak cukup sekadar mendirikan sembahyang, puasa, zakat dan haji. Syahadah ini hanya terlaksana apabila orang-orang yang beriman menyampaikan kalimah hak ke seluruh bangsa manusia dalam bentuk amal soleh, akhlak terpuji dan pemerintahan yang adil.

petikan di atas merupakan kata-kata dari Syeikh Abul Al-A'la al-Maududi, iaitu seorang pemimpin persatuan Islam yang telah menyampaikan ucapandi bandar Sayyal Kaut, salah sebuah bandar di Barat Wilayah Punjab...ucapan beliau berkaitan erti dakwah islamiyah dan buku yang bertajuk syahadatul-Haq  merupakan isi kandungan ucapan beliau....


boleh faham tak??kita sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang cukup besar setelah kita melafazkan kalimah syahadah...kita bukan hanya sekadar mengakui bahawa kita percaya Allah dan Rasulullah serta melakukan semua rukun Islam tetapi jauuuh lebih besar dari itu...kita mesti menyampaikan kalimah hak ini kepada seluruh bangsa manusia, biarkan semua umat manusia tahu dan faham, bukan hanya kita sahaja...berat kan tanggungjawab itu???sungguh berat, tapi mampukah kita memikulnya??yaa kita pasti mampu...






dah tengok video ni??so apa peranan kita??? cuba pandang kanan kiri, kawan-kawan kita....ada ke tak lagi yang belum tahu tentang Islam...kenapa dan mengapa Islam tidak membenarkan kita bergaul bebas?kenapa harus menutup aurat??kenapa mesti solat lima waktu sehari semalam??ohhh, memandangkan saya sendiri belajar di sebuah fakulti kedokteran Kristian di Jakarta, jadi tak hairanlah rata-rata kawan saya adalah non-muslim....jadi saya rasa saya sangat perlu berusaha sebarkan dan sampaikan kepada mereka...tapi bagaimana???saya sendiri pun masih belum sempurna, bagaimana ingin menyeru orang lain??tapi kalau nak tunggu sampai sempurna sampai bila??saya pasti sampai bila-bila pun tak mampu (T_T)


nanti kalau ada di antara kawan-kawan kita yang menyalahkan kita kerana kita tak pernah sampaikan kepada mereka tentang ajaran Islam ini sedangkan kita sudah berkawan dengan mereka bertahun-tahun lamanya, apa yang boleh kita buat???saya sekarang agak berkawan rapat dengan beberapa rakan dan mereka ada bertanyakan kepada saya tentang Islam, saya sebenarnya teragak-agak untuk membalas kerana saya tahu persoalan agama ini bukan perkara main-main...tapi saya berusaha sedaya upaya untuk menjawabnya dengan ilmu sedikit ini...




140. ataukah kamu (hai orang-orang Yahudi dan Nasrani) mengatakan bahwa Ibrahim, Isma'il, Ishaq, Ya'qub dan anak cucunya, adalah penganut agama Yahudi atau Nasrani?" Katakanlah: "Apakah kamu lebih mengetahui ataukah Allah, dan siapakah yang lebih zalim dari pada orang yang menyembunyikan syahadah dari Allah yang ada padanya?" Dan Allah sekali-kali tiada lengah dari apa yang kamu kerjakan.





sebenarnya, bila kita faham benda ni tak susah sangat sebenarnya, kita boleh sampaikan dalam bentuk perkataan melalui media,lisan dan penulisan seperti bercakap-cakap dengan mereka, menulis  artikel ataupun di dalam blog dan bagi mereka pinjam buku bagi yang suka membaca, mungkin itu yang terbaik....sekarang ni dunia makin maju, dunia di hujung jari ni mudah kita boleh share dengan kawan-kawan kita hanya dengan facebook ataupun twitter sajaaa..melalui perbuatan pun boleh dengan menunjukkan ciri-ciri kehidupan seharian kita berlandaskan islam....bukan apa pun, senang saja...berpakaian menurut syarak, menutup aurat kemudian solat di awal waktu, berpuasa dan terangkan semua kelebihan ibadah  kepada mereka..mana tahu mereka tertarik dan terbuka hatinya :)


saya nak kongsi beberapa kisah saya sendiri...semasa kami praktikum, kami sekarang ni tengah belajar tentang saraf, jadi kami harus praktikum dengan otak manusia dan ada cadaver, ketika tengah membelek kepala tetiba salah seorang rakan lelaki beragama kristian bertanya"rambut kamu warna apa?panjang atau pendek?" mungkin perkara tu perkara biasa, sebab yeah kita bertudung litup sentiasa...jadi mereka akan jadi tertanya-tanya tapi saya tahu itu mungkin boleh jadi salah satu tempat untuk saya sampaikan dakwah, bukannya yang ekstrem tapi sekadar berkongsi dengan mereka betapa indahnya Agama Islam yang menyuruh umatnya menutup aurat dan membuka hanya kepada yang berhak...senang kan?dakwah tak semestinya kita harus kumpulkan mereka ramai-ramai dan cerita itu ini, tidak!!!berkongsi apa yang menarik dan kita rasa best pun boleh..dengan cara ini saya rasa saya dah sampaikan walaupun tidaklah begitu bagus hujahannya xD



sebenarnya masa sekolah dulu-dulu saya memang hanya ada kawan melayu dan Islam, jadi tekanan tidaklah begitu terasa...namun apabila sudah menjengah ke alam kolej, saya ada kawan dari pelbagai bangsa dan agama...mulai dari itu saya semakin menyedari dan memahami betapa indahnya Islam...mungkin dulu kita rasa ia biasa, tapi bila dalam ramai-ramai hanya kita yang Islam masa tu kita kena jadi begitu kuat, masa tu baru keimanan kita teruji atau tidak...senang je saya bagi contoh, bila kita keluar jalan-jalan dengan semua kawan non-muslim dan masa tu kita perlu solat dan orang lain masih nak bergembira hore hore...semuanya bergantung pada kita sama ada nak berdikari cari surau atau teruskan melaghaa lagi sehingga lupa solat, masa tu takde orang dah nak ajak...hanya kita dan keimanan kita yang menentukan, kalaulah kita boleh tunjukkan disiplin solat kita kepada mereka, pasti mereka akan lebih hormatkan kita, itu pasti...ohh saya ada menulis tentang seorang kawan beragama kristian, tapi berusaha mencari ayat dalam Quran di sini..




















sama juga ketika memilih makanan, saya pernah keluar bersama rakan kumpulan yang bukan muslim juga semuanya, oleh kerana sudah biasa dengan kawan muslim dan saya bukanlah jenis yang memilih bab makanan, jadi saya main ikut jee...tengah order tu baru saya perasan yang kita tengah makan di dalam sebuah restoran cina yang semua tulisan cina saja...ok ini kisah di Jakarta, saya makan itik bakar dan beberapa makanan lain lagi...tapi bila dah balik bilik terfikir kedai itu halal atau tidak, lepas google alhamdulillah diyakini halal....ini menunjukkan kita mesti prihatin terhadap apa yang kita nak makan tu dan cerita pada mereka dan bertegas yang kita hanya makan yang halal saja, bukan main hentam makan je..ok lepas ni saya harus lebih berhati-hati...bukan apa, ada kawan yang bergurau nak bagi saya makan pork...haihhh...benda halal haram macam ni bukan gurauan -,-


sebenarnya banyak lagi pendekatan lain yang boleh digunakan untuk menyampaikan ajaran Allah, jangan kita terikat dengan satu benda saja...kita sama-sama meperbaiki diri tapi dalam masa yang sama kita cuba bawa kawan kita yang lain untuk turut sama menghayati keindahan kesucian ayat-ayat cinta Allah dan ajaran-Nya ^^

satu lagi video yang saya nak kongsi :)





kalau anda sebagai pemandu apa yang anda lakukan???sekiranya anda yang menyaksikan hal tersebut adakah anda lari tanpa menghiraukan kejadian tersebut??buat-buat tak tahu apa-apa sedangkan anda nampak semuanya???semuanya bergantung kepada diri kita sendiri sama ada kita hendak bercakap yang benar atau sebaliknya...apa yang jadi sekiranya nasib orang yang dilanggar itu tidak terbela dan teraniaya kerana anda tidak menjadi saksi kepada kebenaran tersebut???cuba perhatikan dan fikirkan....kita nampak dan tahu tentang kesucian agama Allah tapi kita lari menyorokkan diri,malas ceritakan dan kongsi dengan yang lain... lantas apa akan jadi pada nasib manusia lain disekitar??apa nasib mereka??adakah mereka harus dibiarkan meninggal tanpa mengetahui siapakah sebenarnya yang menciptakan mereka??lalu siapa yang patut dipersalahkan??



ayuhhh kita sama-sama bangkit dan fikir-fikirkan tentang hal ini...lafazkanlah shahadatul Haq dengan penuh pemahaman dan pengertian, insyaAllah :)


terima kasih sudi baca, kalau ada salah silap harap ditegur ya, saya hanya manusia biasa, banyak khilafnya





Monday, April 9, 2012

sepetang bersama Hafiz dan Hafizah


Assalamualaikum dan salam sejahtera :D


Pada cuti semester lalu, adalah balik rumah nenek kat kampung, lepas tu bawak dua orang sepupu adik beradik nih pergi jenjalan kat kampung, ambik angin tengok pemandangan...nak share beberapa gambar yang kitorang ambil hari tu, sebenarnya bawak motor je pusing kampung nih..heehe ^^



ok tu dia hafiz izzudin yang sedang nak mancing ikan lah kononnya, orang nak ajak pegi jenjalan dia nak bawak batang kail hape benda tu, dahla macam pendek je, tapi sebab dia dah beria ajak...ikut jelah....actually ni dekat pinggir tasik, dah jauh sikit dari tasik sebenar...kalau kat tasik tu ramai orang dari luar pun datang memancing kat situ, air kat sini pun nampak tak berapa nak bersih...


yang ni atas tempat bukak gate air tuh...aku memang rapat dengan budak kecik ni sebab dulu dia tinggal dengan nenek, dan aku selalu jugak duduk kat rumah nenek tu...sejak dia kecik lagi selalu main sesama, sekarang ni dah masuk darjah 3 dah...dulu-dulu kalau aku dok asrama pun selalu suruh mak dia call nak cakap pastu tanya bila nak balik..heehe, comel kan??


tengok tu, amboii..kemain posing...boleh jadik model kanak-kanak nih..haha

ni tempat bukak gate air tu, air kat sini akan disekat...lepas tu kalau bukak gate dia akan jadik laju camnilah..

satu-satunya gambar diri sendiri..haha...
sebenarnya berkenan betul dengan awan tu.. subhanallah,warnanya cantik!!



yang ini pulak si kakak, namanya Hafizah, dah darjah 4..beza setahun jee
nih pokok kayu terbalik ke hape pun tak tahulah...tapi boleh dijadikan titi untuk menyeberang...alahaii anak jantan ni sorang, penakut rupanya!!!heehe..dia takut nak berjalan atas titi tu, sebab tu dua duduk cmtu untuk menyeberang..mamcam-macam hal diorang nih...


ni Hafizah tengah buat apa pun tak pasti...abaikan~



pokok-pokok kelapa sawit


ok matahari dah nak terbenanm...cantik sangat masa nih...

sunset...

rasa macam cantik gambar ni, sebab kaka ada dalam tu..heee



kawasan yang terbiar begitu saja..

dahh...nak balik dahh












tak tahu nak letak caption apa..heee, sebenarnya nak share gambar je ^^

sungguh cantik ciptaan Allah, tiada tandingnya.....bersyukurlah dia atas nikmat mata yang kita ada untuk melihat alam yang indah ciptaan-Nya....bukan setakat lihat, tapi tadabur dan menghayati...InsyaAllah kita akan menjadi hamba yang lebih bersyukur (^_^)v




nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...