Assalamualaikum.........
lama la pulak tak update blog ni...haaa, busy la katakan sekarang ni musim exam..hari-hari exam, huuhu...hari isnin exam prakticum anatomy dan skill lab osce...Alhamdulillah praktikum kali ni aku rasa ok dan bolehla dikatakan better than the previous block...untuk skill lab pulak dapat op (orang peraga) yang berlakon sebagai orang sakit, sangat membantu!!! seorang lelaki muda, tapi senang sangat nak dapat reflex so sekali ketuk dah nampak :D Oh ya kali ni aku exam blok neurosciense so belajar pasal nerve and brain....
overall, semalam pulak exam praktikum histology dan hari ni practicum physiology...esok pleno iaitu presentation case yang kitorang dah bincang dan last sekali hari jumaat exam integrasi 2...kene score betul-betul integrasi 2 ni sebab integrasi 1 aku macam dah hancur..huhuuu...dahla masa tu aku sakit kan, ok aku da tulis pasal aku tido masa exam hari tu kat sini...doakan yang terbaik ya!!
exam-exam....credit google :D
kebelakangan ni memang musim sakit kan, ohh yaa nak ceria pasal sorang kawan aku, housemate aku yang indian...dia dah demam dua minggu dan muntah-muntah tiap kali makan, pastu bila pegang part kidney rasa sakit...pastu bia diagnose nampak kidney and appendix dia bengkak...tu yang jadi kene tahan spital tu, dia langsung tak boleh makan apa-apa...tapi lepas dah buat ultrasound and ct-scan alhamdulillah averything is ok ;D ok semalam dah keluar hospital...bukan apa takut jugak kalau ada penyakit pelik-pelik ni...aku ni pun actually ada lagi batuk-batuk tak berapa nak pulih lagi...kawan pun ada beberapa yang demam selesema batuk..hurm, ujian betul kan di usim ujian ni..heehe
banyak lah pulak aku merepek, ohh memang tujuan aku buat blog untuk tulis dan share apa saja yang aku rasa nak share...tak boleh nak tulis benda fakta dan berilmiah sangat sekarang ni sebab tak boleh nak fikir...buku tebal tu pun tak habis baca lagi (T_T) habis exam ni saya update lagii...next week masuk blok baru lagi, blok 7: respiratory....kalau nak dikirakan aku takde pun waktu nak rehat, dua minggu belajar, exam...habis exam masuk blok baru lagi...huuu benda sama lagi kita buat..
semalam skype ngan ika, dia student IMU(International Malaysian University)...jeles sangat!! dia kan exam final satu tu je, bulan 8 ni...kiranya dia belajar satu sem lepas tu exam satu je bukan macam kita ada 6-7 exam sebulan termasuk skill lab, practicum and integrasi...tapi dia kene regular study sebab satu sem belajar baru exam....takpelah setiap system ada kebaikan dan kekurangan dia kan...aku takdelah nak complain everything and i just feel ok ...so far so good, aku takdelah stress sangat pun...boleh je nak catch up dengan semua ni nak tunggu aku rajin ngan tidak je..heehe...
ok lah nak kene pegi study, petang ni exam...thanks for reading! :D
1 comment:
good luck! :)
Post a Comment