nuffnang

    Showing posts with label kehidupan. Show all posts
    Showing posts with label kehidupan. Show all posts

    Saturday, January 17, 2015

    erti hidup pada memberi

    Bismillahirrahmanirrahim.

    Sebelum saya tulis dengan lebih lanjut, saya nak share one of resolution saya untuk tahun 2015 yaitu banyakkan memberi...when you give, u get more..bila kita memberi insya Allah kebaikan tu akan datang pada kita balik, bahkan berlipat kali ganda Allah beri.

    Kalau kita tolong orang susah dan memerlukan, jangan rasa pertolongan kita tu merugikan diri kita, dan hanya menguntungkan pihak lain. Sebenarnya kita sebenarnya memberi kebaikan buat diri kita. Pahala amal itu akan tercatat dalam lembaran buku amal kita dan siapa tahu amal itu boleh membawa kita ke syurga, kan :D

    Saya suka dengan kata-kata

     "erti hidup pada memberi"

    Maksudnya bila kita tidak memberi, bererti  hidup kita tak bererti kan?kalau difikirkan memang betul, hidup bukan untuk diri sendiri tapi sebab segalanya yang kita ada hari ini bukanlah milik kita, tapi pinjaman dari Dia yang mana ESA. Susah, ya memang susah tapi  insya Allah sama sama kita berusaha.

    Lalu ada yang bertanya, nak beri apa? Apa yang kita patut lakukan?saya tidak punya apa apa untuk dineri, terus bagaimana? =="

    sebenarnya banyak perkara dalam dunia ni yang kita boleh buat tak semestinya benda tu perlu besar, hanya dengan benda kecil seperti senyuman pun boleh membuatkan orang yang melihat kita turut sama rasa bahagia. Dapat pahala sedekah senyum lagi, tak gitu?


    Saya dulu selalu tulis, bila dah stop tulis ada yang bertanya kenapa dah tak tulis dan ada yang cakap supaya teruskan menulis, mana tahu ada tulisan tulisan saya yang boleh membantu orang diluar sana.

    Mungkin saya tulis tentang pengalaman biasa, tapi bila mana ada yang membaca dan terkesan serta boleh dijadikan iktibar Dalam hidup, boleh menyentuh mana mana hati di luar sana, siapa tahu kan? :)


    Saya rasa saya tak mampulah. Sadalamkan hebat macam orang lain, saya tak banyak ilmu macam orang lain, saya takut apa yang saya cakap nanti salah dan macam macam lagi benda benda negative keluar dari mulut kita. Semua benda kita rasa  tak boleh dan tak mampu.


    U will never know if you never try

    Bila mana saya membaca, atau saya terkesan, ada ada hal yang menyentuh hati saya atau saya ada terfikirkan sesuatu saya akan cuba kongsi dan tulis. Insya Allah..

    Salah satu sebab saya beli tablet ni sebab saya nak tulis langsung dalam blog bila mana saya rasa nak menulis, di mana sahaja, kapan sana,,,sekarang ni saya dalam bus menuju ke jatinangor ada daurah
     di sana..Hehee..nak jugak tulis :p


    Usrah minggu lalu murabbi ada bertanya, kita nak meninggal dalam keadaan bagaimana? Apa status dan keadaan kita masa tu dan kami diberi masa seminit untuk berfikir.


    Jawapan saya ialah benda yang saya cakapkan diatas. Kalau boleh sepanjang hidup saya saya nak banyak2 berbakti pada orang, memberi pada orang dan berbuat amal bakti untuk diri dan orang lain  sebanyaknya agar semua itu bakal menjadi saham saya bila saya meninggal kelak.

    Ilmu yang bermanfaat, amal jariah akan dapat pahala yang berterusan walaupun time tu kita dah meninggal...itulah harapan dan cita cita saya, kalau boleh saya nak bina masjid atau tempat belajar supaya tempat tu boleh digunakan sebaiknya dan pahala amal akan sentiasa mengalir pada diri ini yang amal pun sentiasa compang camping.


    Kalau boleh saya nak membina manusia..manusia yang faham Islam dan boleh menjadi manusia yang membina orang lain juga. Menjadi salah satu puzzle atau batu bata yang membina semula bangunan Islam insya Allah..Islam itu pasti akan menang pada akhirnya dan semoga kita adalah salah seorang penyumbang, bukan sekadar pemerhati dan berborak kosong sahaja...

    Semoga Allah sentiasa menuntun kita berada di jalanNya yang benar.tadi saya ada up satu status di muka buku.

    "Tidak cukupkah syurga sebagai motivasi"

    Iya cukup.
    Malah lebih dari cukup.
    Inginku ke syurgaMu ya Allah.
    Bertemu rasulullah para sahabat, orang mukmin.
    Yang lebih utama pasti berjumpa Allah s.w.t :D


    Terus bagaimana?

    Berbuatlah, beramalah.
    Kerana kita tidak selamanya di dunia,

    Biiznillah ^_^

    Friday, September 21, 2012

    duit memang tak pernah nak cukup

    Assalamualaikum.......


    petang tadi dah selesai first exam integrasi  1 bagi semester baru ni...macam biasa, selepas exam mall akan diserbu dan menjadi tempat persinggahan pelajar-pelajar ukrida, tak kiralah nak makan ke tengok wayang ke, jalan-jalan ke atau saja je melepak buang waktu buang duit...macam dah jadi fenomena, aku pun selalu macam tu padahal bukan habis blok, baru habis satu exam..isnin ni ada PBL lepas tu skill lab dan exam histology anatomy serta integrasi 2 pun akan menjelma lagi..ermm tapi tak kisahla yang tu, bukan itu pun yang aku nak coretkan kali ini...



    sekali keluar mesti nak pakai duit kan, semua benda nak kena bayar zaman sekarang ni....bukan setakat kehendak nak makan itu ini tapi nak buang air pun kena bayar..fuh fuh..duit duit....memang tidak dinafikan untuk hidup di dunia zaman sekarang memang memerlukan duit..orang berduit akan dipandang tinggi , ramai kawan sedangkan yang takde duit pula dipandang hina...ohh dunia!!kenapa perlu jadi begini..ini tidak adil ini tidak adil ini tidak adil *tetiba lagu yuna keluar*



    aku duduk dan merenung seketika, masih ingat lagi pernah sorang kakak ni share pasal syurga....ya Allah siapakah yang tidak mengimpikan syurgaMu??semua orang nak masuk syurga....tapi apakah yang kita dah buat, apakah yang telah kita korbankan?wuwuuwuwuu....even nak masuk tandas tempat kotor, rumah syaitan tu pun kena bayar, takkan nak masuk syurga yang teramat indah sehingga tidak dapat digambarkan dengan kata-kata tu nak free kot? muhasabah diri.....


    letak gambar duit rupiah sebab sekarang dekat Indonesia...duit pun berjuta juta :O


    cerita pasal duit ni...ermmm macam biasalah duduk jauh di perantauan, semua benda nak kena fikir sendiri....pengurusan kewangan tu sangat PENTING....kita semua dapat duit sama banyak , RM 1000 sebulan tak kiralah JPA ke MARA....tapi kenapa ada yang selalu takde duit, duit asyik semput-semput je nak tunggu elaun seterusnya tetapi dalam masa yang sama ada yang boleh simpan duit sampai berpuluh juta rupiah dalam bank??lepas tu mulalah nak cakap duit tak cukup, penaja bagi duit sikit dan sebagainya...tapi sebenarnya semua itu bergantung kepada diri kita sendiri...bagaimana kita menguruskan kewangan main beli apa saja macam orang banyak duit atau beli sekadar apa yang perlu sahaja?tepuk dada tanya diri...



    aku rasa benda ni memang semua orang tahu kot...lainlah mak ayah awak memang bagi duit tiap-tiap bulan dan awak memang anak orang kaya tak kisahlah apa yang awak nak buat dengan duit tu...tapi orang kata, ukurlah baju di badan sendiri, kalau rasa kita tak mampu, pakai pun duit elaun JPA bagi bulan-bulan je kita tak perlu kot nak mengikut orang lain yang mungkin dompetnya penuh berkepuk dengan wang....kita pakai duit tu untuk pelajaran dan keperluan kita kat sini je, memang cukup je sebenarnya...kita tak payahla ikut kawan kawan kita yang kaya raya tu, nak makan tempat mahal je, pakai baju branded dan lepak pun kat tempat-tempat mahal...



    saya tak nak cakap kat sesiapa pun pasal benda ni, peringatan kepada diri sendiri sebab banyak dah kawan-kawan macam ni....nak pergi melancong ataupun pergi international concert yang harganya memang mahal bak hang, tapi duit takde....lepas tu nak pinjam orang sana sini sebab nak pergi atau buat sesuatu yang bukan keperluan sebagai pelajar pun...lainlah awak nak pinjam buat bayar semester pendek, buat beli buku ke apa-apa keperluan tu memang tak boleh nak cakap apa lah...tapi..ermm sungguh menyedihkan...



    aku datang dari keluarga susah, takdelah susah mana pun, sederhana jelah bak kata orang...cukup je makan pakai tidur sedap boleh belajar dengan selesa boleh tengok tv sebagainya...hidup selesa senang lenang je tapi mungkin kami telah diajar dari kecil untuk tidak boros dan berjimat....tapi apa yang nak ditekankan di sini ialah hidup berdikari dan tidak menyusahkan orang tua, aku seboleh bolehnya tak nak pun mak ayah aku dengar benda yang tak elok tentang aku, bukannya kita nak hipokrot yang kita ni sebenarnya lain tapi kasi tahu mak ayah kita lain, tapi kita buatlah yang terbaik....mak ayah kita kat rumah berharap kita terbang jauh-jauh untuk belajar dan pulang nanti dapat segulung ijazah dan bergelar doktor, insyaAllah..tu je harapan aku..haa kan dah sebak..aku lemah sikit kalau cakap hal family ni...rasa macam tanggungjawab besar nak buat diorang happy



    memang aku dah berazam, aku dah dapat biasiswa JPA ni aku dah malas nak minta duit dari mak ayah aku...sepupu aku dulu pun dapat biasiswa, study dekat Jepun satu sen pun dia tak minta dari mak ayah dia mula dia masuk belajar sampai grad...semua benda bayar pakai elaun tajaan termasuklah tiket kapal terbang....setakat ni, dua kali dah balik aku bayar sendiri je semua benda tiket flight dari jakarta ke KL dan ke terengganu pun..alhamdulillah cukup je, tak payah pun nak cakap dekat mak suruh bank in duit ke apa...tapi aku takut jugak, kalau kene buat short sem kena bayar sendiri..mahal jugak kot, ermm tak nak laa mintak duit parents sebab tu kena belajar betul-betul biar lulus semua blok dan dari sekarang kena buat simpanan sebagai back up nak pakai duit jugak nanti...



    apa aku nak cakap sebenarnya kita hendaklah pandai menguruskan kewangan dengan baik, haaa kan dalam muwasafat tarbiyah 10 ciri peribadi muslim pon ada menyebut tentang pendai menguruskan waktu, melawan hawa nafsu dan teratur urusan...semua ni sangat berkait rapat dengan kewangan, jangan ikut sangat hawa nafsu dan pujuk rayu syaitan untuk beli itu ini yang bukan keperluan pun...tak payah nak enjoy pergi karoke tengok movie dan lepak yang membazir masa dan duit tu...gunakan waktu yang ada untuk belajar atau cas iman lagi atau buat je benda lain yang lebih bermanfaat :)



    kalau hidup target nak enjoy dan kesenangan je, kasilah wang beratus juta pun belum tentu cukup....duit hanyalah permainan dunia, manusia boleh bergaduh berpecah belah dan berbunuhan hanya semata-mata kerana WANG :O sungguh besar pengaruhnya dalam hidup kita....saya nak kena belajar bersyukur sebab dapat biasiswa, makan pakai cukup dan selesa...bandingkanlah dengan saudara kita yang lain yang serba kekurangan tu..insyaAllah kita akan menjadi seorang hamba yang lebih bersyukur dan pandai mengatur kewangan dengan baik, wallahu'alam  (^_^)





    Sunday, April 15, 2012

    Anjakan paradigma kehidupan :D

    Assalamualaikum.....


    sihat merupakan salah satu nikmat yang tak dapat nak dibeli di mana-mana, walaupun wang berjuta-juta tapi sakit hanya mampu terbaring tiada gunanya kan?? sudah hampir 3 hari saya rasa tak sedap badan, selesema tapi malam tadi demam yang sangat teruk sehingga badan menggigil...pagi ini batuk tidak berhenti-henti sehingga saya yang malas ke hospital menggagahkan diri ke sana, dapat ubat dari doktor...memandangkan hari ini hari minggu, hanya UGD(unit gawat darurat) ataupun emergency yang dibuka...


    sejujurnya saya cakap sakit itu sangat tidak selesa, mata berair, hidung berair kepala pening, batuk non stop...masa tu saya mula rasa bersyukur sangat yang Allah nak uji saya dengan sakit ni sebab saya sedar saya dah sihat berapa lama, ini kali pertama sakit di tahun 2012...saya juga sedar betapa nikmatnya kesihatan itu, saya sedar ujian ini hanya sedikit saja berbanding nikmat yang saya dapat selama ini... maka nikmat tuhan manakah yang engkau dustakan???


    ohh, agak panjang intro saya kali ini...sebenarnya saya cuma nak buat sedikit sharing tentang kehidupan saya...anjakan paradigma mungkin boleh jadi perkataan yang paling tepat untuk saya gambarkan di sini....semenjak saya datang sambung belajar di Jakarta ni, sejujurnya kehidupan saya banyak berubah...bukan dari segi gaya kehidupan tapi dari konteks pemikiran itu sendiri...saya tidak pasti semua ini adakah kerana saya sudah semakin matang berumur 20 tahun dah masuk usia dewasa atau apa yang menjadikan saya sebegini...saya yakin saya banyak berubah, mungkin orang lain tak nampak semua itu tapi hanya saya dan Dia yang mengetahui segala-galanya...


    tapi apakah anjakan paradigma itu???perubahan dari segi pegangan dan pemikiran tapi mungkin dari part negative ke positif, insyallah...saya mungkin akan bagi contoh saja, kalau dulu apa yang saya fikir nak enjoy, happy, usha jejaka hensem dan er...err.... tak sanggup nak tulis, banyak sangat benda mengarut yang saya buat dulu...lepas habis sekolah adalah masa saya mencari identiti, wahhhh dahla mak kasi kerja kan, jadi pulak promoter..Ya Allah, apa yang saya buat masa tu pun dah tak mampu saya nak tulis kat sini..setiap kali saya teringat saya rasa nak nangis, saya rasa dosa saya bertimbun-timbun...apa yang saya tahu masa tu nak enjoy, keluar dengan yang memember dan buat mende yang macam tak perlu pun, tp kenapa buat jugak??


    sekarang ni saya rasa hidup saya lebih tenang, saya rasa sangat bersyukur bila saya datang sini, saya jumpa kakak-kakak yang serius owesome...diorang belanja makan, lepas tu bawak keluar belanja tambang semua  dan bila saya ke rumah mereka saya rasa nak nangis, kenapa mereka semua ni baik sangat???solat berjemaah 5 waktu, rajin mengaji dan mereka hidup sungguh bahagia beramai-ramai dalam satu rumah tu...pakaian diorang pun macam ustazah-ustazah labuh-labuh semunya...tapi bukan skema, most of them sangat sempoi macam kita-kita jee..sebab tu adalah masa awal-awal saya datang sini, saya kagum dengan mereka....


    credit: google

    sekarang bila dah join aktiviti mereka, semakin hari fikiran saya semakin terbuka...pakaian labuh tu bukan ustazah je pakai,memang kita wanita ni kene jaga aurat bebetul...pergaulan pun macam tu jugak, jaga antara laki dan perempuan...saya juga makin sedar yang kita tak perlu terhegeh-hegeh nak carik cinta lelaki, couple semua tu...tak perlu pun...apa yang penting mencari keredaan-Nya...saya juga semakin rajin nak baca dan cari tentang islam yang selama ini hanya belajar dalam kelas agama je, habis kelas tutup buku....baca pun sebab nak exam, langsung tak fikir selain dari tu...rugi kan??banyak benda yang saya dah tahu tapi saya tak faham...


    satu lagi pasal penulisan saya dalam blog, saya dah dua tahun lebih tulis blog...kalau korang baca entry saya dulu-dulu banyak pasal k-pop, artis, hiburan, lepas tu cintan cintun yang entah apa-apa....sekarang saya rasa macam langsung takde faedah saya tulis pasal semua tu...dulu-dulu mana adanya saya nak tulis pasal agama, sebab malas nak ambik kisah, apa yang saya tahu saya dah buat apa yang sepatutnya solat 5 waktu, puasa di bulan ramadhan dahla cukupla tu...tapi kalau kita singkap balik, pengalaman banyak mengajar kita...saya dah rasa kehidupan yang begitu dan saya tak nak terus-terusan hidup dalam keadaan begitu...sekarang saya rasa perkongsian yang boleh membawa orang lain dekat dengan Allah tu lebih bermakna dari semua benda yang membawa orang lebih lalai dari-Nya...


    lepas korang baca entry ni, mesti korang rasa saya hipokrit...tak nampak pun berubah??still sama je macam dulu...itupun kalau korang kenal saya in person la...sejujurnya saya masih saya yang dulu, masih seorang yang kepoh gelak kuat tapi saya sendiri dapat merasakan perubahan saya...saya masih seorang yang peramah seperti dulu suka senyum dan tegur je mana-mana orang, bukan berubah jadi pendiam tidak!! tapi kita ubah rohani kita, pemikiran kita dan dalaman kita...saya mungkin masih seorang yang suka memberontak bila tak sukakan sesuatu, tapi bila saya dah faham saya akan memberontak dengan cara yang lain...kalau ada yang follow saya di twitter @jaa_kat pun boleh nampak perubahan tweet saya, insyallah...


    nak berubah itu susah dan nak istiqamah dengan perubahan itu susah....itulah permainan dunia, terbukti dunia ini hanya permainan...seperti firman Allah :

    “Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akherat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui” ( Ar-Rum:64 )

    kalau dulu saya mungkin seorang yang menolak untuk menghadiri majlis ilmu, majlis agama...bahkan lari dari solat berjemaah tapi sekarang saya sangat cintakan majlis ilmu, saya dahagakan perkongsian dan ilmu yang baru...Alhamdulillah saya sangat gembira dengan perubahan saya tapi mungkin graf iman itu memang sentiasa turun naik...ada kalanya saya rasa sangaaat malas untuk pergi majlis ta'lim atau bangun berjemaah subuh, tapi kadangkala saya begitu bersemangat..sebab itulah kan, kene selalu recharge iman...kalau dah nampak atau rasa-rasa low tu cepat-cepat recharge balik...baca Quran, baca blog islamik, video best dan yang paling penting kita dekatkan diri dengan Allah :D


    kita tengok orang lain perh hebatt!!!kita biasa-biasa je :( jangan cepat rasa inferior....saya pernah rasa macam tu, tapi saya rasa kenapa nak bandingkan diri kita dengan orang lain??kita buatlah apa yang kita mampu, tapi jadikan orang yang lebih baik itu sebagai contoh untuk kita perbaik diri kita menjadi lebih baik kan...saya nak kongsi satu video ni dengan anda, lagu nasyik bertajuk menjadi diriku dari Edcoustic ^^




    saya sukaa sangat dengan lirik lagu ni, sungguh bermotivasi...saya rasa bersemangat dan er...tak tahu nak explain perasaan saya...saya tak tahu anda kalau tengok ni dapat rasa macam apa yang saya rasa ke tak..heee..ni liriknya..

    Tak seperti bintang di langit
    Tak seperti indah pelangi
    Karena diriku bukanlah mereka
    Ku apa adanya

    Dan wajahku memang begini
    Sikapku jelas tak sempurna
    Ku akui ku bukanlah mereka
    Ku apa adanya

    *)

    Menjadi diriku
    Dengan segala kekurangan
    Menjadi diriku
    Atas kelebihanku.......

    Terimalah aku
    Seperti apa adanya
    Aku hanya insan biasa
    Ku pun tak sempurna

    Tetap ku bangga
    Atas apa yang ku punya
    Setiap waktu ku nikmati
    Anugerah hidup yang ku miliki


    kita memang tak sama, jadi kita gunalah apa yang kita mampu dan berbangga dengan logam atau kelebihan yang kita ada, gunakan ia sebaiknya...sukaaa, saya replay bebanyak kali lagu ni...orang cakap kalau kita suka something, kita kene share..tak kiralah makanan ke kegembiraan ke,video cmni pun bolehh...sebab tu saya suka tulis blog, sebab saya suka share...tak kisahlah tak ramai baca pun, tapi sekurang-kurangnya sedikit yang baca itu kalau dia dapat manfaat pun saya dah rasa bersyukur dan suka sangat dah...


    ayuhh, kita cuba ubah paradigma pemikiran dan kehidupan kita....kita sama-sama berubah fillah dan mencari keredaan-Nya, insyallah ^^


    time kasih sudi baca :*




    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...