nuffnang

    Thursday, August 18, 2011

    mungkin ini yang terbaik untukku...aku redha =.=

    Assalamualaikum....

    terketar-ketar tanganku, berdegup-degup jantungku menantikan keputusan exam A-Level yang lepas..it's a tough exam for me..aku ada dua kali mimpi pasal result exam, dulu masa tengah exam...banyak kali aku nangis bila fikir pasal semua ni, pasal masa depan aku yang tak tahu macamana, memang aku nak jadi doktor..nak rawat orang nak ambik MBBS...

    beberapa malam sebelum ni aku ada mimpi yang aku tengah pegi ambik result dan someone said that i didn't pass and i just got 10 points...mungkin betul dan masa tu aku redha...aku dah fikir dah sebab dan akibat tapi aku anggap mungkin itu mainan tidur dan aku selalu berdoa semoga miracle can happen...memang aku bukan best student dulu, dan aku hanyalah antara pelajar corot, aku taw...

    aku memang tidak menyalahkan takdir dan aku reda dengan semua ini, mungkin ini ada hikmahnya..walaupun internet stuck tadi aku lambat check result..bila aku buka memang btul seperti yang aku mimpi, aku hanya dapat 10 points..meaning that i didn't pass the minimum requirement for me to fly to manipal, india...says goodbye to Manipal medical college (MMC)..i'm not going to study there...

    bila je aku dapat tgk result, memang aku rasa sedih tapi aku dah redha dari awal..alhamdulillah perjalananku bukan setakat ini, JPA officer call aku dan dia cakap diorang akan bagi aku option either to further my studies at ukrida, indonesia or study kat local..tapi aku kena cari dan apply sendiri..setelah pertimbangkan dan berdasarkan pengalaman kawan-kawan serta senior lepas, aku reda tempatku mungkin di indonesia..

    insyallah aku akan ke indonesia 6 september dan ada pre-departure pada 25hb ni...alhamdulillah aku bersyukur kerana JPA masih lagi akan menaja pembelajaranku demi mengejar cita-citaku untuk menjadi seorang doktor..walaupun bukanlah ke tempat yang aku idam-idamkan selama ini, namun aku masih bersyukur berbanding beberapa rakanku yang biasiswanya akan ditamatkan...kalaulah aku menerima ujian begitu, sungguh kelam dunia ini kurasakan..

    tahniah kepada semua kawan-kawan yang berjaya meneruskan perjuangan ke MMC, dan kepada yang senasib denganku mungkin inilah yang terbaik untuk kita..mungkin ada hikmah di sebalik semua ini...walaupun aku akan ke tempat lain, aku ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang banyak membantu aku selama ini, lecturers, friends, classmates and beloved roomates...

    walaupun belajar di tempat berbeza, namun tujuan kita sama...untuk menjadi seorang doktor yang berjaya, untuk menabur bakti dan jasa kepada rakyat bangsa dan negara...sorry to my parents, family, friends and everyone...mungkin rezekiku bukan di Manipal...gembira bila baca status facebook member yang berjaya lepas cut off points..

    All the best to all MMC students at Intec 2009/2011 especially from 10M9..u guys are great friends and congrates for those who manage to get 12 points and abouve..bravo!! gonna miss u guys soon :)

    aku tidak menganggap ujian ini sebagai kegagalan, namun hanyalah rezeki tidak memihak kepadaku...i got good marks for my maggot's experiments :D Aku juga tidak pernah menyesal menjadi pelajar A-Level Medicine at Intec seperti sesetengah pelajar yang lain, yang tidak boleh menerima kenyataan...hidup di shah alam dan belajar di intec banyak mengajar aku tentang erti kehidupan dan juga banyak mematangkan aku..meskipun tempat asalku telah berubah, namun banyak ilmu yang telah aku perolehi..

    aku tidak akan mensia-siakan segala peluang yang ada...i promise to do my best and can't wait to be a medical student...bukan aku tidak mahu belajar di negara sendiri namun aku tahu betapa sukarnya pelajar lepasan A-Level ingin mendapat tempat di negara sendiri yang lebih mengutamakan pelajar matrikulasi dan STPM...Alhamdulillah, aku reda...meskipun jauh di sudut hatiku aku rasa sedih namun aku yakin pasti ada hikmah di sebalik semua ini, doakan yang terbaik untukku...amiiin..


    12 comments:

    MiYOKO SuKi said...

    congrats...bakal doktor ye...

    izzurey anhert said...

    woah dapat ukrida,,tahniah2 =)

    Mayu said...

    salam alaiki..tahniah sebab berjaya smbung pelajaran ke ukrida..ur case actually is pretty exactly like mine..fyi,i'm one of the senior here in ukrida..belajar kt intec gak n seharusnye pegi ke MMMC tp result a-level kurang baik..dan sekarang genap 3 tahun kt cni :) jgn bersedih,seperti yg anda kata,setiap yg berlaku ada hikmahnya..i can guarantee it..yg penting teruskan berusaha,tawakal dan doa..hidup kt ukrida lebih sukar berbanding kt intec..terlalu byk cbrn yg perlu ditempuhi..u will know why later..tp x perlu takut,yg pnting jalani aja! hehe..selamat dtg junior!

    NMH said...

    anggap tu sebagai ujian..bukan senang nak dapat apa yang kita nak tapi percayalah..Allah mahaa mengetahui..tu yang terbaik bagi kita..mungkin bila ada kat manipal ade something tak elok ke jadi nanti..who knows..Allah tahu segala..btw, =) kat USM ade gak 3 4 orang budak A- level.. so no matter kita belaja dekat mana..

    DREM said...

    Selamat menempuh "cabaran" belajar di UKRIDA..XD

    Unknown said...

    ujian ALLAH sentiasa ada untuk uji kesabaran hamba2 Nya.. takpelah, walau tak dapat kat manipal..boleh further study jd doktor jugak kan? mane tau nanti kite boleh keje satu department..mira student nurse..ekeke :)

    btw, lame tak jenguk sini!

    ramadhani said...

    thniah dpt ukrida! Bes dpt blaja n duduk kat cni... kdg2 pe yg kte nk x dpt, tp Allah bg ap yg kte perlukan, smga bjaya adik ;) -sy pon student ukrida :)

    FaKArePa!n said...

    aku ade sorng kawan cyber yang blajar kat UKRIDA ni..

    Ihsan Khairir said...

    all the best ya! kalau balik malaysia time cuti nanti jgn la malu2 nak singgah kelas silat pulak... kitorang ada je kat situ...

    NIZAM said...

    salam. saya one of the silent reader. takpenah kot tinggalkan komen kat blog ni. selalu blog happy2 je. tp sedih plak baca arini.

    btw, gudluck utk next part: indonesia :)

    nije said...

    tahniah jaa...
    ape2pon ley jadi doktor gop...

    (bagi2 brape sore)

    hehe

    rasyidah yasin said...

    takpe Kat. it's the beginning. no worries my dearest friend. everthing happens for a reason..:)

    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...