nuffnang

Sunday, February 13, 2011

supriisee!!! hepi tak??

anda pernah tak dapat hadiah suprise?prank bday party?prank call?tak pun anda yang buat suprise kat orang?menarik kan..aku memang suka dapat suprise tak pun berkomplot buat suprise kat orang..memang best sangat bila dapat tengok reaksi muka orang yang terkejut dapat suprise :)

serius rasa terharu kan bila orang yang kita sayang buat suprise kat kita..tak kiralah kawan ke,adik beradik ke dan paling best mestilah family kan..masa birthday aku tahun lepas,diorang ada sambut birthday aku tanpa aku mengesyaki plan diorang,mantap ye!!thankss (^__^)

hari tu,kedua-dua roomate aku sambut birthday yang ke-20..selang 3 hari jep..maknanya antara kami bertiga akulah yang paling muda..hehe,masa tu duit biasiswa kitorang tak masuk lagi,jadi kami tak buat sambutan pun,sengkek!tapi ada dengar-dengar diorang cakap birthday diorang tahun ni hambar,tak keluar pun dan makan megi jep..alalala,kesian bday girls nie =(

petang tu balik kelas,aku singgah kedai kek dan beli sebijik kek yang cukup untuk kami bertiga,yang biasa-biasa je..tak mampu kek besar mahal tu...memang duit sangat pokai..masing-masing berharap bila la jpa nak masukkan duit kami..hehe..aku beli la kek tu tanpa pengetahuan mereka dan pasang lilin siap-siap..


dua batang lilin menunjukkan anda dah 20 tahun okeyy..selamat hari lahir kawan-kawan yang aku sayang,wee tetiba lak sedih...aku rasa aku boleh ngam ngan budak 2orang nie,masing-masing kepala gila-gila dan layan je...suka mengarut-ngarut,buat reaksi entah hape-ape dan macam-macamlah..pendek kata aku bersyukur dapat diorang as my roomate (klu korang baca jgn nak kembang 40 inci yep)


 tu dia,nasib baik muat aku tulis HAPPY BIRTHDAY IZA DAN KHALILAH...ler,gaduh pulak sebab nama iza pendek je,tapi nama khalilah panjang..aku keluar dari bilik dengan pasang lilin siap-siap dan nyanyi lagu birthdayy,ala..lilin padam la sebab kipas..huhuhu..diorang masa tu tengah asyik borak-borak kat meja study.. terus terkejut tengok aku bwak kek..at least ada jugak kek bday korang tahun ni kan,xdela hambar sangat..yela,aku bukan pandai sangat nak buat suprise ni,pulak tu sesorang...harap korang hepi la dapat kek ni je..haha


 dah-dah..cukup dengan gambar kek tu,gambar tuan tak boleh ambik sebab ni dalam bilik..kami sangat cantikk dalam bilik dan tak boleh buat tayangan umum,nanti ramai yang berkenan..hehe..ni aku edit nak beli frame kat iza,tapi tak  terbeli..sorry korang aku tak beli hadiah pun =(
comel tak aku edit?lalalala =) 


SELAMAT HARI LAHIR 
SWEET 20

till then,

suka??bolehla LIKE =D
Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...