nuffnang

Friday, January 21, 2011

Tips: perkara yang anda perlu tahu sebelum memakai ' contact lens'

setakat ni dh hampir setahun aku memakai kanta lekap atau contect lens ni..memang ada cerita sebenarnya cmne aku mula nak pakai ni (klik sini) dan (sini) uh,memang sangat memuaskan hati dan menyenangkan sampaikan kadang-kadang orang tak perasan pun yang kita ni rabun..heeeee,tu yang best :)



mula-mula nak pakai tu,ish ngeri jugak sebab fikir nanti tercucuk mata,lupa nak buang dan macam-macam lagi la tanggapan negatif terhadap benda alah ni..tapi bila aku dah pakai,erm ok je sebenarnya..haaa,bagi sesapa yang baru nak cuba pakai,xpayah takut la,everything are just ok as long as u know how to manage it :D



mula-mula tu memang nanges jugak nak bagi lens masuk dan melekat kat mata.. perh,berpuluh-puluh minit jugak la..kalau naik bas ke hape dah kena tinggal daa :'( tapi sekarang nak pakai ambik masa dalam 10 saat je dan nak buang mungkin 5 saat..semakin lama korang pakai,semakin senang pulak nak masuk,macam dah biasa..ye la kan'practice make perfect!'



sape baru nak cuba pakai,baca dulu kat bawah  ni :-

  • kalau nak beli contact lens,pastikan beli yang elok,yang disarankan oleh doktor..jangan main redah aci tak aci je beli..baik beli kat kedai,lebih selamat sebab kadang-kadang beli online yang atau mana-mana sale yang kita tak tahu kualitinya bahaya jugak..xpe berbelanja lebih sedikit,janji mata ok..nak kena infection??haaa...mencegah lebih baik dari mengubati xD

  • perkara paling penting la ialah kebersihan..pastikan tangan tu bersih,basuh biar cuci-cuci dulu baru boleh main dengan mata..jangan main redah je,tangan bekas main pasir ke,lepas makan sambal belacan ke..mak oii..tu namanya nak merosakkan mata..tapi basuh tu xpayahlah nak guna sabun banyak-banyak sampai satu bekas kan..xelok jugak nanti bahan kimia tu masuk juga xelok untuk mata kita..

  • letakkan lens di hujung jari telunjuk dan pastikan bentuknya betul-betul macam huruf 'u'..bukak mata luas-luas baru senang nak masuk dan terus melekat pada mata..kalau ada xbetul,kelepet kat tepi tu maknanya kedudukan salah dan cuba betulkan dulu sebelum pakai..kalau korang betul-betul ikut cara yang betul,buat apa nak takut pakai kan??

betul
salah
  • pastikan buang lens sebelum tidur nanti kering dalam mata susah!pedih wooo...tak pun nanti bila kering akan jatuh sendiri..tu pun kalau korang tidur bukak mata la..angin kuat-kuat pun boleh jatuhkan lens..aku pernah jatuh lens time bawak moto laju-laju...xpun masa nak bas perjalanan jauh,ketiduran dan bila bangun mata akan pedih bila lens dah kering..pastikan lens korang tidak kering ok :)

  • takutlah apae2 hal terjadi kan,baik bawak je selalu bekas lens dan mps(multi purpose solution)..senang la..kalau korang rasa pedih je tetiba dan air mata keluar mencurah-curah tanpa dipinta cepat-cepat keluarkan dari mata dan rendam seketika..sebenarnya air mata tu ada 'digestive enzyme' dan keluar bila ada kuman dalam mata..dan sebab tu la air mata kita keluar sebab nak keluarkan kuman tu sekali..

  • bila buang lens,terus sahaja rendam dalam multi purpose solution for protein removal and moisturising at least 4 hours...bekas tu pastikan bersih dan tutup ketat-ketat..pastikan jangan guna solution yang sama untuk rendam,bila dah pakai,buang dan rendam dalam solution yang baru okeyy


bila pakai contact lens ni confidence level pun tinggi kan,terutama nak pergi interview atau apa-apa function...xdela nampak macam skema sangat(bagi aku laa)lagipun bila pakai lens,nampak lagi muda..heeeeeee xD



If you experience eye redness, eye pain, or develop other unusual symptoms,immediately see your doctor :D





    Post a Comment

    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...