nuffnang

Thursday, January 27, 2011

boleh tak kalau senyum,bukan susah pun (@__@)

hari ni tak taw la kenapa rasa terkilan?terkejut,xpuas hati?macam-macam ada....sekrang ni kat library,perh sejuk banget.nak study xbrapa nak fokus sebab rasa macam nak beku..kejap lagi nak pergi kat pondok luar tu je la...xtahan cejukkk~

back to the topic,kalau kita cakap sombong kan,marah..tapi yang hang buat muka sombong muncung panjang 40 depa sampai boleh buat sangkut baju tu apekehal..bukan aku tak puas hati ke apa,at least senyum je la sikit...aku ni memang suka senyum,xkiralah kenal ke tak ke,kalau orang pandang muka aku,aku mesti senyum..kan comel tu (^___^) senyum lebar-lebar pun tak perr..

aku tak kisah la kalau aku xkenal ko,tapi kalau aku dengan susah payahnya menegangkan kulit muka untuk senyum pada engkau boleh pulak engkau buat muka seposen macam ayam nak kena sembelih hari ni..muka tu cam hape,fine lah kalau ko memang xnak tegur aku..aku memang tak kisahh..yelah,rambut sama hitam tapi hati lain-lain..mungkin aku ada buat salah kat ko,tapi aku tak perasan..aku mintak maaf sangat-sangat...aku tahu,aku manusia yang lemah kadang-kadang tak perasan buat orang terasa..kalau betul tu keadaan sebenar,sekali lagi aku minta maaf dan harap ko boleh maafkan aku..

tu satu hal,satu hal lagi kalau aku pergi kedai tengok orang penjual tu muka macam lepas kena cerai talak tiga..aisehman,bukan ko sorang je ada masalah,aku pun ada masalah...semua orang ada masalah...tapi ingat la sikit,aku ni 'costumer' kedai ko,boleh tak layan elok-elok sikit,ni aku tanya sikit jawab macam hape..sakit hati betul..kalau macam ni baik ko bungkus kain tutup kedai..aku kofirm,kalau hari-hari ko layan orang yang datang kedai ko macam ni..lepas ni diorang pasti xkan datang lagi..tak mesra pelanggan langsung!!

walaupun kita tengah sakit hati,sedih,geram cubalah tahan sikit perasaan tu...tolonglah jangan disebabkan nila setitik habis rosak susu sebelanga...kalau ko gaduh ngan kawan aku,tak kan dengan aku pun ko nak gaduh...tak pun kalau ko memang tak suka+anti belajar biologi, tapi aku ambik bio..janganlah ko tak nak kawan ngan aku sebab kes yang kecil sekecil cucukuman tuh..aih,tak faham betul aku..

lagi satu,kalau ko nak marah orang lain,boleh tak ko jangan lemparkan kemarahan ko tu pada pihak ketiga,yang tak tahu apa-apa..kes ni lah jadinya penceraian,porak peranda..masalah tempat kerja bawak balik rumah lepas tu semua anak bini kena marah..ape kes???kalau ko balik rumah senyum,buat muka manis ngan anak bini kan settle..masalah tu tinggal di dulu,cuba tenangkan fikiran...boleh pergi pantai ke,jalan-jalan...kalau aku aku suka jalan sorang-sorang sambil tengok-tengok pakaian,buku kat kedai..bila rasa dah ok sikit baru balik bilik..barulah xde rasa nak marah orang kat dalam bilik tu...

senyum tu kan sedekah..tak rugi walau sesen pun kalau ko senyum...bahkan ko akan dapat lebih dari tu,kulit wajah ko akan tegang,nampak muka manis,orang tengok pun senang hati..kalau ko buat muka nak marah,wajah seposen tu memang ko akan jadi tua di waktu usia muda..percayalah aku cakap..kalau ko rasa nak nampak lagi tua dari usia sebenar ko,buatlah muka macam tu lagi..konfim lama-lama orang menyampah tengok muka ko dan aku yakin ramai akan bercakap-cakap tentang betapa sombong bongkaknya engkau..itu aku jamin 100%..mungkin ko akan jadi macam kera sumbang sebab wajah ko yang xsuka senyum tu =p

senyum sokmo okey xD aku suka tengok orang senyum,semua masalah sakit hati boleh hilang kann..

JUST SMILE AS IT'S THE ONLY KEY
 THAT CAN FIT EVERYBODY'S HEART
(^_______________^)
Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...