nuffnang

Friday, March 25, 2011

video kahwin pertama yang aku edit..

salam semua ^^

dua tahun lepas, 2009 kedua-dua orang ibu saudara aku kahwin, sorang bulan 6 dan sorang lagi bulan 7..tapi sayang,bulan 7 tu aku tak dapat balik sebab baru je lagi daftar kat intec dan sangat sibuk, tapi yang kahwin bulan 6 tu aku belum lagi mendaftar dan masih lagi pelajar lepasan spm yang tak ada apa-apa nak buat...memang banyak la aku tolong mak cik aku,hias itu,ini,jahit manik buat gubahan dan tolong dia beli barang hantaran..bestkan...tapi untuk mak cik aku yang aku tidak dapat pulang,aku ada buat video khas untuk dia,jom tengok!!!


lambat loading??bolehla terus ke  sini

aku adalah edit beberapa video lagi,tapi ni memang yang first video kahwin..amacam??okey tak bagi amatur??komen la sikit..hehehe =D

 aku tahu banyak lagi kekurangan yang perlu diperbaiki kan...apa yang penting,tuan video ni sangat suka dan terharu dengan apa yang aku buat..hehehe..tetiba rasa nak kawin,hehehe,gatal betul belajar tak habis lagi calon tak de lagi nak kawin hape!!

Wednesday, March 23, 2011

syarat kemasukan ke program matrikulasi, IPTA dan permohonan biasiswa bagi lepasan spm

salam semua ^^


kepada semua pelajar lepasan spm 2010, tahniah diucapkan kepada yang berjaya mendapat keputusan cemerlang namun kepada yang kurang berjaya janganlah berputus asa...spm bukanlah penentu segala-galanya dan kita masih lagi boleh berjaya walaupun kurang berjaya dalam spm..sememangnya spm merupakan tiket bagi kita melanjutkan pelajaran ke tempat yang diingini dan bidang yang diimpikan..saya ingin berkongsi dengan anda syarat-syarat kemasukan ke matrikulasi bagi yang berminat =D


 Pusat Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia menerima pelajar-pelajar yang lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM.antara program- program yang ditawarkan di matrikulasi ialah...

  1. Matrikulasi Sains
  2. Matrikulasi Undang-undang
  3. Matrikulasi Perakaunan
  4. Matrikulasi Kejuruteraan
Syarat untuk kemasukan ke program di atas adalah seperti berikut :

1. Matrikulasi Sains

Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Matematik serta mendapat kepujian dalam 3 matapelajaran seperti berikut : Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan.
Pelajar juga perlu lulus Bahasa Inggeris.


2. Matrikulasi Undang-undang

Kepujian dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah.
Pelajar juga perlu mendapat 2 kepujian lain dalam mana-mana matapelajaran teras atau elektif.
Pelajar yang mendapat kepujian dalam Bahasa Arab atau Bahasa Inggeris 1119 akan diberi keutamaan.


 3.    Matrikulasi Perakaunan

Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Matematik serta mendapat kepujian dalam 3 matapelajaran berikut :
Sejarah, Geografi, Pendidikan Islam, Perdagangan, Prinsip Perakaun, Ekonomi Asas, Sains dan Kesusasteraan Melayu atau Inggeris.


4.    Matrikulasi Kejuruteraan

Kepujian dalam Bahasa Melayu, Matematik dan Fizik serta mendapat kepujian 2 matapelajaran berikut : Matematik Tambahan, Kimia, Pengajian Kejuruteraan dan Elektronik atau Lukisan Kejuruteraan atau Teknologi Kejuruteraan.
Pelajar juga perlu lulus Bahasa Inggeris.



Syarat kemasukan tertakluk kepada pindaan.. semoga berjaya =)

jika tidak berminat ke matrikulasi,bolehla memohon ke pusat asasi atau institut pengajian tinggi awam (IPTA)
permohonan kemasukan ke IPTA  bagi lepasan SPM 2010




bagi pelajar cemerlang pula bolehla memohon biasiwa JPA dan MARA bagi melanjutkan pelajaran di luar negara 


p/s:ingat masa lepas spm, tiap-tiap hari check laman web update pasal scholarship..hehe (^_^) all the best!!

sekolah menengah sains setiu...wujudkah??

salam semua ^^

hari itu ada desas-desus pasal pembukaan sekolah menengah sains setiu,sedah tentulah di setiu kan..bertambah lagilah jumlah sekolah berasrama penuh di terengganu kan..namun begitu berita itu kurang mendapat kepastian sehinggalah aku mekihat sendiri semasa aku pulang ke setiu minggu lepas..wah,makin majulah setiu macam ni..hehehehe :)

sekolah ini baru sahaja dibuka namun masih banyak yang baru hendak ditubuhkan,biasalah sekolah baru kan..dah lama juga sebenarnya aku tidak berjalan-jalan di setiu,maklumlah sejak tinggal di selangor ni..hhehehehe =p

aku dapat lihat banyak perubahan di setiu,tahniah diucapkan...walaupun tidaklah semaju kawasan lain namun sudah banyak pembangunan dan kemajuan yang boleh dilihat pada hari ini berbanding suatu masa dahulu...banyak kedai-kedai baru dibuka dan dibina,pusat komuniti dan kemudahan boleh didapati di sini..takm perlulah aku ke kuala terengganu setiap kali hendak berurusan =D

setiu selamanya..hehehehehehe~

suka??bolehla 'LIKE' =D

Tuesday, March 22, 2011

keputusan rasmi SPM 2010 diumumkan esok, 23 MAC 2011

salam semua ^^

penantian semua calon SPM 2010 akan berakhir esok kerana keputusan rasmi akan dikeluarkan esok,23 mac 2011 pukul 10 pagi..semua pelajatr boleh mendapat keputusan di sekolah masing-masing atau memeriksa keputusan dengan menggunakan sms atau online..


semoga semua adik-adik berjaya dengan cemerlang dan melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati :) sudah pasti masing-masing tidak keruan kan??terasa berdebar-debar untuk menanti hari esok,hari yang pasti penuh dengan sejarah..mungkin ada yang menangis kegembiraan namun ada juga yang kesedihan...mungkin juga terlalu gembira berjumpa rakan-rakan dan guru-guru setelah sekian lama tidak berjumpa..


teringat pula peristiwa ketika aku menunggu saat keputusan diumumkan...beberapa hari aku rasa resah gelisah kepala asyik memikirkan keputusan spm...berjayakah aku??apakah kos yang akan aku ambil??sambung belajar atau kahwin??ohh,bermacam-macam persoalan bermain dalam kepala saat-saat menunggu keputusan diumumkan..


malam sebelum keputusan diumumkan aku tidak boleh tidur,ini serius...aku asyik berfikir tentang apa yang bakal aku hadapi keesokan hari..parah kan??mungkin juga ada yang mengalami keadaan seperti aku...walaupun keluarga aku nak ikut sama,aku berkeras nak pergi dengan kawan-kawan naik bas je..memandangkan sekolah aku di kuala terengganu dan aku tinggal di setiu aku telah berpakat dengan beberapa orang rakan untuk pergi bersama-sama..tapi akhirnya aku pergi 2 orang je,dengan kawan aku yang tetiba je mesej pagi tu..*erkkkkk,tidak terkata......suka (^__^)


cakap dengan mak siap-siap,kalau result tak macam diharapkan,jaa akan balik lewat tapi kalau jaa balik awal maknanya tu tandanya gumbiraa...alhamdulillah,keputusan spm aku berjaya membuatkan mak ayah aku senyum sampai ke telinga namun aku pergi beronggeng dengan kawan-kawan lepas ambil keputusan di sekolah..kami pergi makan-makan dan jalan-jalan sebentar..padahal,sebelum aku ambil result lagi dah berduyun-duyun orang call nak tau..waaa,terasa diriku begitu dihargai..


terima kasih kepada mak ayah dan keluarga yang telah mendoakan kejayaan aku, guru-guru yang penat lelah mengajar dan kawan-kawan yang sentiasa membantu seandainya aku tidak tahu..terima kasih semua...tanpa anda,aku tidak mungkin berada di sini...oh,melalut di sini...


ALL THE BEST TO YOU GUYS!!!


suka??bolehla 'LIKE' =D


Monday, March 21, 2011

Al-Fatihah buat Mr. Ishak..

salam semua ^^

Beberapa hari lepas aku ada menerima satu mesej dari salah seorang rakan yang mengatakan salah seorang lecturer Intec, sir Ishak yang mengajar subjek biology bagi program Ausmat sedang bertarung dengan kanser limfoma...his condition is too bad,pipi bengkak sebelah, mulut herot dan suara lain sangat..memang sangat terkejut mendengar berita tersebut..

walaupun beliau bukanlah lecturer yang mengajar aku namun aku mengenalinya kerana menjadi salah seorang pembantu mahasisawa tahun lepas..sir ishak adalah antara lecturer yang terlibat menjadi fasi kami semasa kem...sepanjang mengenalinya aku akui dia memang seorang yang sempoi  dan kelakar =)

Namun hari ini aku mendapat berita yang beliau telah pergi, ternyata Allah lebih menyayangi beliau...sungguh tidak kusangka beliau yang begitu ceria dan masih muda  telah pergi meninggalkan dunia yang sementara ini..begitulah lumrah kehidupan, tiada yang kekal..bila-bila masa sahaja kita boleh pergi tanpa disangka-sangka..

sir ishak yang berbaju kemeja stripes
bersama team pm mms 2010 (^_^)
semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman..aminn..


p/s: sentiasa ingat mati kerana ia sangat hampir dengan kita...

suka??bolehla 'LIKE' =D

Friday, March 18, 2011

comel sangat biskut ni..sayang nak makan!!

salam semua =D

hari tu kami pergi makan kat kafe dan tengok mak cik ni ada jual biskut yang comel-comel..macam-macam bentuk dan corak yang cantik..heeee,kami pun bercadang la nak beli..dah agak mesti rasanya kurang sedap,jadi diorang lukis cantik-cantik pastu jual..huhuhu (^_^)







waaa..nice right??kami belikan untuk untuk satu sama lain..hehe,kelakar la jugak..walaupun rasanya kurang sedap,namun kami telan jugak..erm,don't judge a biscuit by itd feature..hehhehehe..

tu je,just a simple and short entry (^_^)

suka??bolehla 'LIKE' =D

Thursday, March 10, 2011

peragut??oh mak...takottnyer =.=

Assalamualaikum semua (^_^)

wee,semalam tak hupdate,bihzii sangat...tak sabar nak habis exam,esok ada satu paper lagi dan sekarang ni baru balik exam jap..rindu ohh,tak boleh lari dari dunia blog ngan kawan2..heeeee~

baca dekat noticeboard'AWAS PERAGUT DI KAWASAN ANDA' waaa,takut seh..aku ni dahla jenis yang tak kisah keluar sorang-sorang kalau setakat nak pi kedai fotostat ke nak beli barang sikit je..bila ada dengar cerita macam ni mulalah takut..ada gak dengar-dengar cerita pasal mangsa yang kena tu,tapi tak kenal pun...


cuak tak??err.ngeri lah pulak..ni biasanya kerja bebudak nakal yang tinggal kawasan berhampiran ni je,hari tu pun rumahku pernah dimasuki pencuri,nah baca sini...sedih ohh,bila rumah kena rompak..grrr!!! bahaya betul la kan,lepas peristiwa kecurian tu,ramai lah anggota RELA yang buat pemantauan dan benda ni berjaya menghalang mereka meneruskan lagi kegiatan tu..

ni pulak baru muncul cerita baru yang ada peragut depan pintu pagar kolej ni je pun yang kena...bila si mangsa sedang asyik baca sms,peragut yang bermotosikal ni ape lagi..bawak motor laju-laju dan rampas je telefon tu..sedihh kan...ape punya manusia la...benda ni memang boleh berlaku di mana-mana sahajaa..

kalau dalam train tu lagilah senang,terutama bila peak hours dan ramai orang bersesak-sesak..kalau pegang handphone kat tangan dan handbag tu senang je orang nak ragut kan...nak carik balik pun memang susah sebab orang ramai dan bayang pun tak kelihatan...pastu benda sama gak dengan lelaki yang biasa letak wallet kat poket belakang,bahaya...tuptup tengok dah lesap..tak ke nangis tak berlagu???nak bayar dengan hapee??

oh,rasa macam ngeri dan seram sejuk pulak bila dengar cerita-cerita yang tak enak ni...beberapa hari lepas pun baru pasang grill kat tingkap dapur dan ampaian..rasa selamat la sikit..sekarang ni,keselamatan perlu dijaga..kat mana-mana pun boleh berlaku kejadian sedemikian...safety first!!


p/s:dah lama tak bersilat,nak keluarkan buat silat pun lupa habis,berterabur!!hehe

suka??bolehla 'LIKE' =D

Sunday, March 6, 2011

new header and template..yeay!!


Assalamualaikum ^.^

malam tadi tengah buat math,terasa nk bukak SB dan dpt notification yang header sudah siap.. yeay!!hahahaha :) terus tak sambung kerja menghadap SB,komen-komen dan pasang new header...
aku ni dahla tak reti dalam bidang edit mengedit ni.. haha,header dulu pun aku guna photoscape je.. lagipun semalam bila aku resize header tu jadi buruk gila..grrr!!!

lepas pasang header ni,aku godek2 sikit adjust colour and template..nilah hasilnya..wink2...header ni bukan aku buat,tapi kawan baru fakhrul yang edit,kreatif kan?? terima kasih daun keladi ye,appreciate it much2 (^_^) nak mintak kepakaran dia buatkan untuk korang???terjahlah dia..heheheh...

p/s: komen sikit template n header ni...memang aku suka warna pink xde masalah kan =D


suka??bolehla 'LIKE' =D

tutorial untuk stand alone pages/column pages

 assalamualaikum ^.^

ada beberapa blogger baru yang tanya macamana nak buat column yang bawah header tu ek??cmne nak masukkan pages lain yang ada about me,bla2..dush2,setiap kali tu mesti nak kene explain kan..ada tutorial bergambar ni senang sikit..hehe..(grrr,bajet je..padahal 4 orang je setakat ni tanya)

ok lah,kalau kita tahu apa salahnya kita share kan,ilmu itu patut dikongsi..padahal aku serius,mula-mula dalam bidang blog ni banyak gila habiskan masa explore blogspot ni..dulu pun semua nak letak,benda kelip-kelip la,lagu la...hehehe,itu memang lumrah bagi blogger baru (citttt, #perasan dh lama berblog)..jom kita mulakan..

mula-mula macam biasa masuk dashboard dan ambik design

lepas tu,pilih posting > edit pages
dekat page title tu korang boleh tulis nak suruh appear apa..
cth:contact dan macam biasa tulis mcm update blog biasa

lepas tu korang masuk sini..boleh letak banyak sampai sepuluh..
korang boleh pilih nk letak atau tidak dengan hanya untick or tick dekat pages to show

macam biasa,jangan lupa save okeyy ;)

hasilnya..tarraaa!!dah siap pun (^_^)
bolehla publish macam biasa...

okey tu je..bagi yang dah tahu xpayah la cakap,benda simple ni pun nak buat tutorial (biasalah manusia ni ada je sifat tak puas hati kan) tapi jaa rasa mungkin berguna bagi blogger baru sebab tu jaa tunjuk step by step...aku dulu pun merangkak nak explore semua benda alah ni,tapi sebab sifat nak taw tu ada cuba jugak godek-godek...rasanya tu je untuk kali ni,selamat mencuba yeee..ada stand alone pages ni senang jugak =D

p/s: sekarang ni makin gila berblogging..habislah!!


suka??bolehla 'LIKE' =D


Saturday, March 5, 2011

kisah baby 'maggots'ku...sungguh menggelikan

it had been a long time since i wanted to  post about this...about my forensic investigation and unit 6 experiment.. actually i almost give up with this project because some of my ideas and titles had been rejected!! yeah,maybe i still can't think about an extraordinary thing,complicated problems and think out of the box...

what?simple experiment about enzyme??vit.c?sound lame!!!!grrrrr...i almost give up and crying ;'( they said "please think like an adult,something new"...yes, i'm an adult to be..no more teen =p just take it in a positive way,it's a kinda good advise so that u can be better..if u keep telling yourself that you can't do it,u are not like others,actually you are just making the thing worse...please,never and ever give up =) chill ya!!

i did some research,asked seniors and consulted lecturers...thanks,you guys are very nice and share a very good info (^__^) finally,i made decision to use maggots in my experiment....maybe some of u think it is ridiculous but i still wanna proceed it~


*oppppppsss,gian nak nulis lam BI,dulu-dulu semua post kot english..xpelah,nak tulis jugak walaupun grammar berterabur (exam BI dh abes,tulis grammar salah sikit2 xpela ka??kihkih =p)


geli tak??geli tak??haha..mmg geli dan baunya memang amat menusuk hidung dan kalbu..sebenarnya maggots ni tak delah busuk sangat,tapi sumber untuk dapatkan maggots ni tersangat-sangat busuk..oh,busuk power of 100..kehkeh...hiperbola??sememangnya..baunya boleh buat orang loya dan muntah weiyh~

korang tau tak maggots tuh ape??ni ulat anak lalat..kawan aku cakap baby lalat...so aku kena expose dulu makanan busuk semacam hati ayam pastu lalat datang  dan bertelur..telur tu menjadi maggots nie..okey =D

keluar dari petri dish pulak dah..

banyak kan???penat weih nak jaga ni..hehe =p
nak ucapkan terima kasih kepada roomate aku yang tahan sabar dengan bau menda alah ni walaupun sangat menyengat hidung...memang diorang ada cakap pasal bau ni busuk,tapi nasib baik kami rapat dan satu kepala..xdelah nak melenting kan..shayam korang,eeuu geli lak bila saja2 nak buat typoo ni..hehe ~

korang mesti terfikir kan mana aku dapat ulat-ulat tu..hehe,nak beli??haha ade orang jual ke? aku peliharalah maggots tu..hehehehe...life cycles of maggots is very short,just in 24 hours period i can get the maggots already (^_^)

mula-mula beli ikan,sebab ikan lagi cepat...pernah tak korang nampak ulat2 kat ikan buruk,ha yang tulah aku pelihara..geli kan??eeewww!!!mula-mula beli ikan ni pastu siang sikit nk suruh expose,then biarkan je kat kawasan yang ala-ala lalat boleh masuk...grrr!!banyak halangan betul,hari tu letak kat luar,habis dimakan oleh kucing..pastu letak tinggi sikit makcik tukangsapu pulak buang...adeih,jadi terpaksalah buat dalam bilik walaupun memang sangt busuk dan menggelikan..


bila maggots tu dah ada,bawak pergi lab dan buatlah experiment....hehehe,alhamdulillah everything are alright (^_^) penat kot fikir pasal ni..yaw,this individual experiment + report contribute 20% from my a-level biology..i investigate the effect of different temperature on the metabolic rate of organism..metabolic rate tu link atau berkaitan ngan effectiveness of enzymes...

owh,xpayah cerita detail sangat..nanti satu report siap..kehkeh,3kali kot aku buat mende alah ni...sebab letak dalam bilik,walaupun dh tutup dgn bekas+5lapis plastik,baunya tetap menyengat hidung...walllaweh..nasib baik lah dah siap...demi eksperiment,sabor jelah..tu tak main dengan mayat lagi kan =) kene struggle buat report dgn statistical data sekali pulak lepas ni..oh tu je nak cerita~


p/s: lepas eksperiment ni je mesti balik pengsan...baunya pun membuatkan tak lalu nak makan..huhu


suka??bolehla 'LIKE'=D

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...