nuffnang

Wednesday, March 23, 2011

syarat kemasukan ke program matrikulasi, IPTA dan permohonan biasiswa bagi lepasan spm

salam semua ^^


kepada semua pelajar lepasan spm 2010, tahniah diucapkan kepada yang berjaya mendapat keputusan cemerlang namun kepada yang kurang berjaya janganlah berputus asa...spm bukanlah penentu segala-galanya dan kita masih lagi boleh berjaya walaupun kurang berjaya dalam spm..sememangnya spm merupakan tiket bagi kita melanjutkan pelajaran ke tempat yang diingini dan bidang yang diimpikan..saya ingin berkongsi dengan anda syarat-syarat kemasukan ke matrikulasi bagi yang berminat =D


 Pusat Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia menerima pelajar-pelajar yang lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM.antara program- program yang ditawarkan di matrikulasi ialah...

  1. Matrikulasi Sains
  2. Matrikulasi Undang-undang
  3. Matrikulasi Perakaunan
  4. Matrikulasi Kejuruteraan
Syarat untuk kemasukan ke program di atas adalah seperti berikut :

1. Matrikulasi Sains

Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Matematik serta mendapat kepujian dalam 3 matapelajaran seperti berikut : Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan.
Pelajar juga perlu lulus Bahasa Inggeris.


2. Matrikulasi Undang-undang

Kepujian dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah.
Pelajar juga perlu mendapat 2 kepujian lain dalam mana-mana matapelajaran teras atau elektif.
Pelajar yang mendapat kepujian dalam Bahasa Arab atau Bahasa Inggeris 1119 akan diberi keutamaan.


 3.    Matrikulasi Perakaunan

Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Matematik serta mendapat kepujian dalam 3 matapelajaran berikut :
Sejarah, Geografi, Pendidikan Islam, Perdagangan, Prinsip Perakaun, Ekonomi Asas, Sains dan Kesusasteraan Melayu atau Inggeris.


4.    Matrikulasi Kejuruteraan

Kepujian dalam Bahasa Melayu, Matematik dan Fizik serta mendapat kepujian 2 matapelajaran berikut : Matematik Tambahan, Kimia, Pengajian Kejuruteraan dan Elektronik atau Lukisan Kejuruteraan atau Teknologi Kejuruteraan.
Pelajar juga perlu lulus Bahasa Inggeris.



Syarat kemasukan tertakluk kepada pindaan.. semoga berjaya =)

jika tidak berminat ke matrikulasi,bolehla memohon ke pusat asasi atau institut pengajian tinggi awam (IPTA)
permohonan kemasukan ke IPTA  bagi lepasan SPM 2010




bagi pelajar cemerlang pula bolehla memohon biasiwa JPA dan MARA bagi melanjutkan pelajaran di luar negara 


p/s:ingat masa lepas spm, tiap-tiap hari check laman web update pasal scholarship..hehe (^_^) all the best!!
Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...