nuffnang

Tuesday, March 22, 2011

keputusan rasmi SPM 2010 diumumkan esok, 23 MAC 2011

salam semua ^^

penantian semua calon SPM 2010 akan berakhir esok kerana keputusan rasmi akan dikeluarkan esok,23 mac 2011 pukul 10 pagi..semua pelajatr boleh mendapat keputusan di sekolah masing-masing atau memeriksa keputusan dengan menggunakan sms atau online..


semoga semua adik-adik berjaya dengan cemerlang dan melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati :) sudah pasti masing-masing tidak keruan kan??terasa berdebar-debar untuk menanti hari esok,hari yang pasti penuh dengan sejarah..mungkin ada yang menangis kegembiraan namun ada juga yang kesedihan...mungkin juga terlalu gembira berjumpa rakan-rakan dan guru-guru setelah sekian lama tidak berjumpa..


teringat pula peristiwa ketika aku menunggu saat keputusan diumumkan...beberapa hari aku rasa resah gelisah kepala asyik memikirkan keputusan spm...berjayakah aku??apakah kos yang akan aku ambil??sambung belajar atau kahwin??ohh,bermacam-macam persoalan bermain dalam kepala saat-saat menunggu keputusan diumumkan..


malam sebelum keputusan diumumkan aku tidak boleh tidur,ini serius...aku asyik berfikir tentang apa yang bakal aku hadapi keesokan hari..parah kan??mungkin juga ada yang mengalami keadaan seperti aku...walaupun keluarga aku nak ikut sama,aku berkeras nak pergi dengan kawan-kawan naik bas je..memandangkan sekolah aku di kuala terengganu dan aku tinggal di setiu aku telah berpakat dengan beberapa orang rakan untuk pergi bersama-sama..tapi akhirnya aku pergi 2 orang je,dengan kawan aku yang tetiba je mesej pagi tu..*erkkkkk,tidak terkata......suka (^__^)


cakap dengan mak siap-siap,kalau result tak macam diharapkan,jaa akan balik lewat tapi kalau jaa balik awal maknanya tu tandanya gumbiraa...alhamdulillah,keputusan spm aku berjaya membuatkan mak ayah aku senyum sampai ke telinga namun aku pergi beronggeng dengan kawan-kawan lepas ambil keputusan di sekolah..kami pergi makan-makan dan jalan-jalan sebentar..padahal,sebelum aku ambil result lagi dah berduyun-duyun orang call nak tau..waaa,terasa diriku begitu dihargai..


terima kasih kepada mak ayah dan keluarga yang telah mendoakan kejayaan aku, guru-guru yang penat lelah mengajar dan kawan-kawan yang sentiasa membantu seandainya aku tidak tahu..terima kasih semua...tanpa anda,aku tidak mungkin berada di sini...oh,melalut di sini...


ALL THE BEST TO YOU GUYS!!!


suka??bolehla 'LIKE' =D


Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...