nuffnang

    Showing posts with label comel. Show all posts
    Showing posts with label comel. Show all posts

    Wednesday, January 2, 2013

    sedapnya makan dalam talam :)

    Assalamualaikum........


    saat mengajak mereka makan, kita bimbang....bolehkah mereka makan dalam talam? boleh ke tak mereka nak berkongsi makanan yang diletakkan dalam satu talam makan beramai-ramai... letak nasi, lauk dan sayur kemudian kongsi makan dalam satu talam 5-6 orang...mungkin tak semua orang sama, ada yang kata:


     "ewww geli wehh makan macam tu, tangan dia tu bukan bersih sangat"

    "macamana nak share foods macamtu, makanan ditolak ke sana sini..tak sukaa"




    berbagai-bagai tanggapan lagi, tapi percayalah banyak sebenarnya kelebihan makan dalam talam ni, masa ni sesi ta'ruf pun boleh berlaku...dia tak suka makan timun, dia pulak tak makan udang...ohh dia suka makan terung dan banyak lagi..secara tak langsung ukhwah tu terjalin, kita dapat kenal sahabat dan saudara kita dengan lebih dekat...hubungan menjadi rapat walaupun baru kenal, tapi lepas makan setalam rasa macam dah lama kenal...ecececee...



    nenek selalu cakap sukaaa sangat kalau anak cucu balik ramai-ramai, makan ramai-ramai rasa berselera, makan bertambah tambah walaupun lauk biasa-biasa je...sebelum ni kalau duduk rumah sorang-sorang atau ada sorang anak je teman makan, lauk sedap pun makan sikit...walaupun tak makan dalam talam, kami keluarga besar...makan tu buat bersila, duduk dalam bulatan besar lutut bertemu lutut..wahh terasa sangat best makan macam tu..rinduuu :*


    bukan solat je berjemaah, makan pun boleh berjemaah, beramai-ramai...makan berjemaah ni sunnah Rasulullah :)


    “Berjama’ahlah dalam menyantap hidanganmu dan sebut nama Allah padanya, nescaya akan mengandung berkah bagimu.” (Silsilah Hadits-hadits Shahih no. 664).




    bila makan dalam talam ni, makanan yang sedikit boleh jadi cukup untuk ramai orang, portion untuk seorang boleh dikongsi berdua...rasa kenyang tetap sama, tak percaya??cubalaa duluu...kemesraan yang terjalin saat makan bersama-sama tu yang best, timbul rasa kasih sayang dan cinta...haipp, jangan salah faham...tak ada cinta songsang di sini, tak boleh juga kongsi dengan yang bukan muhrim yee...cinta yang terlahir itu adalah cinta kerana Allah, terasa kebersamaan tiada beza usia, pangkat, senioriti...semua boleh makan dalam satu talam yang sama ^^



    bila makan dalam talam ni tiadalah membazir, kalau ada yang makan sedikit dan tak dapat habiskan ada sister yang tolong habiskan...siap boleh sambung lagi, dah habis talam sebelah pergi sambung makan talam yang sebelah lagi...sama-sama tolong habiskan, akhirnya tidaklah berlaku pembaziran...kekadang makan dalam pinggan ni mungkin ada yang tak biasa nak habiskan makanan dalam pinggan orang lain kan??tapi bila makan dalam talam ni, jarang ada yang tak habis..semuanya licin..alhamdulillah...nikmat keberkatan rezeki Allah bagi :)



    kalau korang baca firts sentence in the first paragraph mesti rasa macam 'gak nyambung' kan?? hehee..ajak sape?? kenapa takut tak nak..hehee..mehh ada cerita sikit....kitorang buat program dengan adik-adik junior yang baru masuk, ajak makan dalam talam dan ada sorang chinese girl, kitorang tanya dia selesa ke nak makan macam ni??dia kata dia ok..biasanya kawan kalau kat intec yang chinese sahkan nak share makan macam tu, makan dengan tangan pun tak biasa...tapi dia ni lain sikit, seronok katanyaaa makan macam tu..


    bila balik rumah dia ajak kengkawan dia yang lain pergi beli talam, nak makan macam tu..comels kan??comel shangatt...heheee..cik jah overr :p


    first time tengok video kat bawah ni rasa macam ukhwah sesama mereka sangat comel, indah..ohh kaum adam boleh jadi comel cenggitu apatah lagi kita kaum hawa yang dah sedia comel ni kan? ehh...kalau dah tengok, boleh tengok lagii..ada sambungan dia nanti cari sendiri tomato 2.0 ^_^







    selamat makan dalam talam! ehh...selamat tahun baru dua ribu tiga belas!! selamat mengejar dan mencari keredhaaNya ^_^





    Thursday, September 20, 2012

    alololoo...haziq tomeyy :)

    Assalamualaikum.........


    buka album lama, nak kemas folder...jumpa pulak gambar haziq, sepupu aku...anak pak cik yang tinggal dekat Klang..heheee...comel betul budak ni, geraammm gerammm nak cubit cubit pipi dia..huhuu...ni sebenarnya gambar sewaktu februari lepas...takpe la kan,adil je kan..hehe...



     haziq dalam kereta...nak pegi jalan-jalan, oyeah!!snap gambar sikit...haaa bulat mata tu haaa


     tekun sangat nih...tak layan orang panggil -,-


     haziq ada bola...boleh main!!kak ja jangan kacau boleh!hehe ^^


     ermmmm...dah penat bermain, haziq tisur dulu yee...hohoo..sedap tuu tidur tu..nyenyak sungguh!


     zzzzzzzzzzzzzzzz...

    ok dah sampai rumah!!ni rumah nenek kita kat terengganu! kat Jelapang..yeyeyeyeey.


     kita ada mainan baru, takde bola dah haa

    ehh..eh..eh...tergigit jari pulak!alamak!hehehehe...mama minta susu!



    comel tak comel tak??ok saja je nak kongsi :) saya ada mission ni, selamat malam~




    Saturday, June 16, 2012

    Twin babies :)

    Assalamualaikum......


    Aku ni memang jenis yang sukakan bebudak kecik dan baby....sungguh kalau tengok baby yang cute tu rasa geraam je nak cubit-cubit pipi dia..awww, rasa macam tak sabar nak ada baby sendiri...hehee...tapi yang tu lama lagilah kan, jauh lagi perjalanna tu....aku kat sini nak main dengan baby sape?? nampak mak ayah bawak baby pergi jalan-jalan aku rasa geram nak ambil, tapi anak orang..hehee...


    hari tu aku jalan balik dari kampus lepas tu tengok sepasang baby perempuan yang sangat comel...subhanallah sungguh comel kembar itu, rasanya tak sampai setahun lagi, muka dia dahla ala-ala mixed pakai baju sama lepas tu mak ayah dia bawak jalan-jalan, sorang dukung satu...sumpah comel!! aku senyum je dekat baby tu....mungkin aku ni ada naluri keibuan kot,kahkahh...aku sebenarnya suka je jaga baby tapi bab yang malas tu nak basuh bahan buangan dia..teruk betul >_<


    sampai satu tahap tu aku berangan nak dapat baby kembar, nanti boleh pakaikan baju sama...tapi tanggungjawab agak berat la kan, sorang nangis nak susu sorang lagi nangis jugakk....kalau nak jaga sorang diri memang penatlah kan terutama time diorang kecik-kecik...tapi kalau dapat suami bertanggungjawab suka jaga baby takde hal la kot...ramai je kawan aku yang kembar dan aku tengok mereka sangat comel!! perempuan biasa rapat dengan kembar, boleh jadi sister, bestfriend nak pulak belajar benda sama boleh study sesama, balik kampung sesama....dah sama mak ayah kan...tapi lelaki biasanya ego sedikit, malu nak jalan-jalan dengan kembar (kawan aku yang kembar cakaplah)


    aku google beberapa gambar kembar yang sungguh comel...

    gerammmm nak cubit-cubit pipi tu...awwwhhh...

    kalau ada anak kembar senang jugak kan, sekali lahir dua orang..hehee...anak kita takdelah kesorangan sangat nak main toys tu sorang-sorang...boleh main sama-sama...


    ini lagi comelll...eyyyyy, geram jugak!!!rasa nak ambil peluk cium je bebudak ni, aishh...kenapa comel sangat???


    ini sangat sweet....ini yang kita mahu....twin dari kecik kita ajar berkasih sayang..hehee...


    i know i should stop sharing cute twin babies pictures....they are so cute!!! aku ni tak boleh tahan tengok baby yang cute, sungguh rasa geram...harap-harap bila besar pun mereka maintain cute, mak ayah kene ambil peranan didik anak-anak dengan betul sebab anak-anak ni ibarat kain putih kitalah yang mencorakkan mereka nak jadikan mereka ni macam mana....semoga jadi anak yang soleh dan solehah baru sejuk mata memandang..hehee..


    please cute baby come to mama!!hahaaa....ok aku dah merepek..thanks sudi baca :D






    Friday, March 18, 2011

    comel sangat biskut ni..sayang nak makan!!

    salam semua =D

    hari tu kami pergi makan kat kafe dan tengok mak cik ni ada jual biskut yang comel-comel..macam-macam bentuk dan corak yang cantik..heeee,kami pun bercadang la nak beli..dah agak mesti rasanya kurang sedap,jadi diorang lukis cantik-cantik pastu jual..huhuhu (^_^)







    waaa..nice right??kami belikan untuk untuk satu sama lain..hehe,kelakar la jugak..walaupun rasanya kurang sedap,namun kami telan jugak..erm,don't judge a biscuit by itd feature..hehhehehe..

    tu je,just a simple and short entry (^_^)

    suka??bolehla 'LIKE' =D

    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...