nuffnang

Saturday, February 4, 2012

That's the end of semester 1-----> HOLIDAY!


Assalamualaikum.......



Alhamdulillah syukur aku dah berjaya mengharungi hidup selama satu semester di perantauan dengan jayanya...yeah!!! (^_^)v   tepuk tangan buat diri sendiri..haaha, ok mukaddimah yang agak poyo tapi itulah hakikatnya, kegembiraan bila dah boleh berehat seketika dari menghadiri kelas setiap hari, exam setiap minggu dengan bebanan tugas-tugas yang lain...tapi seketika jelah, biasalah kita kan manusia biasa yang perlukan masa untuk berehat seketika dari kesibukan tugasan harian...




tadi baru habis exam terakhir bagi semester 1,tak tahulah macamana result nanti kan, harap-harap dapat ok la untuk first sem ni..hehe...aku akan bercuti selama sebulan di Malaysia...3 hari lagi balik, tapi hari ni nak kena pergi kem dulu..esok balik, then nak beli ole2 buat family baru balik...ehem2, banyak betul orang nak pesan nih orang sana suruh beli apa-apa dari sini, member sini pulak cakap jangan lupa bawak ole-ole dari Malaysia...alamak, cemana ni?botak eden -,-'



Banyak benda baru yang aku dapat dan pelajari sepanjang 5 bulan di sini, dapat tahu benda baru, kawan baru, tempat baru dan semuanya baruu belaka...biasalah dalam setiap perjalanan pasti ada onak duri yang perlu dihadapi dan ia sangat bergantung kepada bagaimana kita menempuh halangan dan cabaran tersebut....semoga aku dapat menempuhi perjalanan selama 5 tahun di sini dengan jayanya...benda baru ni sebenarnya banyak mematangkan aku dan membuatkan aku berfikir dengan lebih luas lagi, takdelah nak duduk bawah tempurung sangat kan...



Apa yang pasti, aku akan menggunakan waktu cuti aku sebaiknya...haaha, nak makan semua makanan Malaysia yang takde dekat jakarta...nak jumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa dan yang paling penting guna masa dengan family...tapi sebulan tu agak lama kan??bolehla aku melepaskan rasa rindu pada semua benda...tapi kekadang bimbang takut-takut terguna bahasa indonesia kat rumah...mesti kena kaw-kaw ngan adik beradik aku yang kepala otak diorang agak sewel macam aku jugak..biasalah adik beradik, tapi kami sewel bukan macam orang lain..sewel kami sewel yang comel..kahkahkah (^_^)



Ok lah tu je nak share, sebenarnya nak pergi packing barang nak pergi kem tu...apapun happy holiday everyone!!! aku tahu bebudak IPTA/IPTS memang tengah cuti sekarang dan dah nak masuk semester lain balik dah..kami baru nak cuti...heehe...thanks for reading!!



Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...